012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Majlis Perkahwinan

>> 6.5.12

Sabtu. Ke rumah besan di Bandar Seri Putra.
Dia buat kenduri kahwin anak ketiga.

Dari kiri: Bapa pengantin perempuan (masih Kristian),
pengantin lelaki (anak ketiga besan), pengantin perempuan
(dah lama menganut Islam) dan nenek pengantin lelaki.

Semoga keluarga pengantin perempuan mendapat
Taufiq serta Hidayah dari Allah ... Amiin.

Read more...

Kesihatan bertambah baik

>> 4.5.12


Jumaat. Jam 6.28 pagi terima SMS dari Fawzan.
Dia dah sampai di Klang Sentral dari KB. Dia nak
solat subuh di terminal.

Hari ini public holiday di wilayah SantaiD'Rimba.
Namun, saya tak ke sana sejak Selasa lepas.

Walaupun tidak hari-hari ke SantaiD'Rimba tetapi
kesihatan terus bertambah maju dan baik. Pada 3 Mac,
berat badan ialah 77.9kg. Pada 3 April, berat dah kurang,
iaitu 75.7kg. Pada 3 Mei semalam, timbangan badan lagi
kurang, iaitu 73.8kg.

Keadaan perut juga bertambah baik. Kini sudah
mengempis kira-kira 3 inci. Semua seluar ketika muda
boleh dipakai semula. AlhamduliLLAHI ...!!!

Read more...

Wow, bermotosikal dalam kebun ...?

>> 3.5.12


Seorang sahabat datang ke SantaiD'Rimba.
Dari jauh, dia nampak saya macam sedang bermotosikal.
Secara pantas dia meneka projek baru yang sedang saya
usahakan.

Apabila sampai di lokasi, dia terkejut kerana
saya sedang memotong rumput dan bukan sedang
bermotosikal.

Hah ha, begitukah persepsi ....?
Apakah puncanya ...?

Read more...

Wajah sebenar ...

>> 2.5.12

Isnin. Bersama isteri ke SantaiD'Rimba. Malam,
menginap di Chalet Abu Nawas. Kali pertama Stesyen Letrik
SantaiD'Rimba beroperasi. Malam ini, hilang keaslian bunyi
dan suasana SantaiD'Rimba. Suara generator mengatasi semua
bunyi. Dengan itu hilanglah keseronokan 'back to the nature'
yang dirancang.


Wajah sebenar Stesyen Letrik SantaiD'Rimba

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP