012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Lebih BerTenaga: Ramadhan Best

>> 24.7.12

Isnin, pagi: Cuci kereta, bayar bil dan rehat.
Petang: Membeli-belah di Mahnaz, kedai Iran. Beli
barang-barang makanan orang-orang Farsi, Turki
dan Arab. Luar biasa ramai pelanggan di situ.

Selasa. Lepas solat subuh, bersama isteri, pergi
ke kebun. Buat kerja sampai jam lima petang. Tak
rehat kecuali berhenti untuk solat sahaja. Dari
suatu aspek, ibadat Puasa memang best dan amat
memberi tenaga. Alhamdulillah, syukurku kepada
Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Perkasa.
Ramadhan Best ...!!!

Read more...

Hah haaa, selepas Subuh

>> 22.7.12

Sabtu. Selepas sahur, tunggu Subuh. Lepas solat
subuh terus ke kebun sorang diri. Wow, seronok musafir
pada waktu begini. Pengguna jalanraya tak ramai.

Sampai di Sekinchan, beli dua kg. ikan haruan. Dapat
sembilan ekor. Cadang nak dikeringkan. Kami suami-
isteri memang geraguk haruan kering sejak kecil.

Ahad. Lepas solat subuh, kami ke kebun lagi. Isteri
tinjau pokok-pokok yang ditanam. Saya menyemai kurma
mega. Cadang nak tanam lima pokok jenis ini.

Selepas solat zuhur, petik pucuk ubi kayu putih,
peria katak dan kacang panjang. Hhmmm, kami dah
dapat berjimat. Ramadhan adalah bulan berjimat.

Read more...

Hah ha ... Itu apa ...?

>> 20.7.12

Hari ini Jumaat. Cuti am dan awal Ramadhan. Berpuasa.
Muslim di negara-negara Arab mulai berpuasa hari ini.
Kecuali Syria yang menolak keputusan majlis agama
kebangsaannya sendiri. Ahli astronomi seluruh dunia
wajib memulakan puasa hari ini.

Malaysia? Malaysia,
seperti biasa. Perlu nampak anak bulan dengan mata
kepala sendiri. Seronok mencerap. Tak nampak anak
bulan, tapi nampak RM. Banyak habis duit ooo
tengok anak bulan ni. Lagi ramai yang ikut lagi
parah duit rakyat ...?

Hah ha ... Itu apa ...?

Read more...

Senduduk Putih sudah ditanam

>> 18.7.12

Petang tadi, tanam pokok ciku madu yang
telah berbuah. Tanam juga pokok cermai, pokok
geti, pokok limau nipis dan senduduk putih.

Antara Khasiat Senduduk Putih ...

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP