012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Ilmu Buat Ragi Tapai

>> 30.3.09


Baru baik demam macam-macam teringin nak makan. Petang ini teringin nak makan tapai pulut buatan sendiri. Tapi, bila nak buat dan berapa jam baru boleh makan. Pulut belum dibeli dan ragi belum pun dicari.

Bila sentuh pasal ragi, cadang nak tulis ilmu buat ragi. Terfikir pulak, cara tu ialah cara lama. Guna pengayak, guna nyiru dan kena ber'uzlah pula masa memprosesnya. Guna jampi dari ayat-ayat al-Qur^an dan solawat.

Orang sekarang mungkin dah buat cara lain. Cara saintifik dan canggih. Guna blender, guna oven, dll. Aahhh, tak jadi tulis.


Read more...

Gambar Kenangan

>> 25.3.09


Anak kami yang masih di sekolah menengah ialah Faridul Fawzan, tingkatan 5 di Alam Shah, Putrajaya; dan Muhammed Anas, tingkatan 2 di MCKK. Yang masih di universiti ialah Dzul Riyhayn, USM; dan Dzul Imtiyaz, UiTM.

Bila mereka ke asrama, kami tinggal berdua di rumah. Walaupun anak kedua tinggal bersama kami, tapi jadual kerjanya agak pelik. 2 malam kerja, 2 hari 2 malam cuti, kemudian 2 siang bekerja dan 2 hari 2 malam cuti. Semasa kerja malam, siang cuti. Semasa kerja siang, malam cuti. Dia bekerja di JPM, tapi tak ingat entah tingkat berapa. Yang pasti bukan di pejabat Pak Lah.

Semasa kecil, kami latih mereka makan berkongsi. Kadang-kadang dalam satu bekas sahaja. Macam orang-orang tabligh masa kini atau para sahabat di zaman Rasulullah. Kami juga melatih supaya hidup bersederhana. Menghormati orang lain dan jangan sekali-kali bongkak atau berdegar-degar. Usah malu dengan apa yang dimilikki dan jangan sesekali berbohong atau berlagak.

Gambar bawah dirakam dalam tahun 1996. Mereka gembira berkongsi makan kentang goreng dalam satu bekas sahaja. Alhamdulillah, anak-anak kami mesra sesama mereka. Tak pernah bergaduh besar dan tak pernah nafsu-nafsi. Syukur.

Bila tengok gambar-gambar mereka semasa kecil, basah juga mata dan hiba pula di dada.

Read more...

Gambar Ayah Saya

>> 24.3.09


Beberapa sahabat bertanya adakah Abdul Wahab Arbain itu nama penuh saya. Siapa nama ayah saya. Dan mereka nak tengok gambar ayah saya, mungkin mereka kenal.

Nama saya hanya Abdul Wahab. Arbain ialah nama ayah saya. Sengaja tak tulis "bin". Orang Arab kini jarang tulis "bin". Lagi pula, semasa di barat, kalau tulis "bin" menyebabkan nama saya jadi panjang, iaitu A.W.B. Arbain. Semasa di negeri Arab saya tulis عبد الوهاب أربعين حسان. Hassan ialah nama atuk saya. Kalau tak tulis nama atuk, orang Arab akan tulis begini عبد الوهاب ٤٠ . Kerana, perkataan Arbain dalam bahasa Arab ialah 40.

Ayah saya lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh Hassan. Tapi dalam passport dan mykad (serta dokumen resmi) ialah Arbain bin Hassan. Usia resmi ialah 85 tahun. Yang tidak resmi mungkin lebih dari itu. Maklumlah orang Melayu zaman dulu, ada yang tidak direkodkan. Jadi, pakai agak-agak semasa nak buat kad pengenalan. Ibu saya telah kembali ke rahmatilLAH.

Bawah ini ialah gambar ayah dan makcik saya sekarang.


Gambar pada 30092008.

Read more...

Ikan Bakar Berbalut Daun Anggur

>> 23.3.09


Makan tengahari tadi dengan sayur pucuk manis masak lemak. Berlaukkan ikan bakar bersalut daung anggur dan air asam jawa campur bela...* Walaupun simple tapi berselera. Bertambah nasi.

Dalam mazhab Syafi'iy, makanan yang masam tanpa perlu adalah makruh. Kerana, masam membuka selera kepada banyak makan. Makan terlalu banyak menyebabkan suka tidur dan malas bangun untuk beribadat.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP