Petang tadi isteri sakit kepala. Saya suruh dia tidur. Lepas maghrib, dia kata sakit sangat sampai ke mata. Macam nak pecah biji mata. Dia minta saya guna teknik akupunktur.
Saya dah lama tak amalkan akupunktur. Kalau guna pun mungkin tangan dah menggeletar. Jarum-jarum pun entah di mana. Saya belajar akupunktur, teorinya di England dan amalinya di Malaysia. Saya belajar dah selesai tujuan. Tujuan asal nak merawat ibu sahaja. Bila ibu dah meninggal, saya jarang amalkan. Siapa yang minta, saya buat.
Begitu juga tujuan belajar homeopati dan herbalogi. Belajar sampai dapat PhD in Homeopathic Medicine; dan MSc in Herbalism. Boleh buat ubatan sendiri dan boleh merawat pesakit. Tapi tujuan belajar hanya satu, iaitu nak merawat ibu. Bila ibu dah meninggal, homeopati dan herbalogi dah tak dihirau sangat. Ada yang datang minta, baru saya buatkan.
Kalau nak cari duit, buka pusat homeopati, herbalogi dan akupunktur pun boleh. Tapi bukan itu tujuan belajar dulu. Sekarang, hanya by appointment only.
Berbalik kepada sakit isteri tadi. Apa yang saya lakukan ialah dengan membuat tuaman kiub air-batu pada dahi dia dan menekan sedikit pada perut bahagian kanan. Itu teknik urutan. Alhamdulillah. Sekarang dah ok. Dah boleh tidur. Isteri biasa dengan urutan saya. Lepas bersalin pun saya yang urut. Tak perlu panggil bidan.
Sebentar tadi saya goreng kentang. Suruh dia makan. Kalau betul-betul sihat, pagi besok nak jalan-jalan ke Perak. Nak ziarah mengejut blogger Zaid di Telok Intan dan MSK di Kuala Kangsar.
Read more...
Seperti biasa, setiap minggu saya menerima email dari pemaya blog mengenai berbagai perkara. Ada minggu banyak dan ada minggu sedikit. Minggu ini agak banyak. Termasuk ahli perniagaan, profesor dan penyelidik.
Kebanyakan perkara yang disentuh adalah "personal". Itu tulis mereka. Yang betul-betul personal saya jawab melalui email juga. Namun, ada yang personal tetapi saya kira sebagai awam. Yang ini saya akan tulis dalam blog ini dari semasa ke semasa. Maaf saya tukar status personal kepada status awam atau terbuka.
Antara yang saya tukar status ialah cara-cara membuat ragi tradisional. Ini saya akan buat satu tajuk dalam blog ini, insya Allah. Mengenai cara menyemai benih pohon anggur, saya dah buat tajuk dalam blog yang lain. Penulis-penulis email boleh layari di Taman Pokok Temperate. Ini blog baru saya. Posting pun baru malam tadi.
Mengenai cara membalut makanan dengan daun anggur pun ada beberapa email. Mungkin mereka ini sudah ada pokok anggur. Sebenarnya, perkara ini saya dah siarkan dalam blog ini dan blog-blog lain. Tapi saya dah lupa, bila dan di mana. Malas nak buka arkib. Jadi, saya siarkan pula dalam blog yang lain, iaitu: Kelab Peminat Pohon Anggur Malaysia.
Saya mohon maaf kerana tidak menjawab dalam email. Perkara ini patut dikongsi bersama, jika ada yang sudi. Mengenai cara membuat hormon dan mengadunnya dengan berbagai vitamin, racun dan baja, memang saya tak jawab dalam email dan dalam blog. Pada masa yang lalu, perkara ini saya sebut dalam kursus pengurusan pohon anggur.
Sekali lagi mohon maaf.
Read more...
1.15 tengah malam, kejutkan isteri ajak keluar makan. Sampai di restoran 24 jam order 2 roti canai, seketul daging rendang dipotong kecil-kecil dan segelas air buah.
Balik di rumah, saksikan perlawanan bola antara MU dengan Bacelona. 5 dari 7 anak adalah peminat bola. Semua peminat-tegar MU. Anis memilih dan belajar di Manchester University. Sewa rumah berhampiran kelab MU. Dia dan adik-adik ada baju MU ori punya. Puh, punya fanatik. Kata mereka hanya MU yang tak ada kaitan dengan Yahudi.
8.23 pagi bergerak ke Hospital Sg. Buloh, bawa isteri buat medical checkup. Sebenarnya, perjalanan ke sana dua kali ganda lebih jauh berbanding ke Hospital Klang. Cuma, ke Hospital Sg. Buloh tak banyak lampu isyarat dan di sana banyak ruang letak kereta. Sampai ke bilik pendaftaran jam 9.11 dan dapat nombor 4022.
Pada pengamatan saya, di sini, macam di Hospital Klang dan Hospital KL juga. Berduyun-duyun pesakit datang. Di Hospital Ipoh dan Putrajaya juga ramai pesakit. Memang penduduk Malaysia lebih ramai yang sakit. Dari sakit kepala dan mental sampailah kepada sakit kaki dan gout. Hari-hari di sepanjang tahun hospital dipenuhi pesakit. Ini tidak termasuk pesakit yang ke pusat-pusat kesihatan suwasta dan rumah-rumah tok bomoh di merata kampung. Huh, hebat. Kenapa terlalu ramai manusia yang sakit dari yang sehat?
Kami sampai di rumah jam 10.35.
Read more...
Tengahari tadi makan nasi dengan kari kepala ikan. Kepala ikan murah, kecil dan tak tau jenama. Tapi kepala ikan.
Peniaga ikan di pasar-pasar England tak jual kepala. Bila membersihkan ikan, kepala di letak pada tempat khas. Sapa-sapa nak, ambil dan percuma. Kebanyakan orang putih ambil buat makanan kucing.
Keadaan begitu diambil kesempatan oleh orang Melayu yang berkeluarga. Dapat tiga-empat kepala dah cukup seminggu. Ada sorang kawan (dari UM) sedang buat PhD dapat 20 kepala ikan berjenama. Dia buat kenduri makan nasi kari kepala ikan.
Gambar hiasan: Yang bawah ni betul-betul kari kepala. Cara makannya, jilat atau hisap tulang sahaja. Yang atas tu ada isi.
Read more...