012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kembang Harum Sekampung

>> 31.8.08


Hari ni dari pagi sampai hampir maghrib buat kerja pertanian di depan rumah. Berhenti makan dan solat sahaja. Mandi pun tidak. Kerja punya kerja dapatlah pindahkan 125 anak benih pohon kiwi. Dipindahkan ke dalam media yang lebih baik. Gambarnya disiarkan dalam blog Pohon Kiwi Di Malaysia.

Hmmm, gambar bawah ialah Kembang Joyo Kusumo atau Kembang Harum Sekampung. Menurut cerita, dia akan berkembang harum mulai waktu maghrib hingga tengahmalam sahaja. Harumnya mengikut pergerakan angin sekampung. Peliknya, ia tak mau berkembang jika diperhati atau diintai oleh manusia. Kembang dalam gambar ini di hadapan rumah dan masih kecil. Saya ada bagi sepokok kepada jiran sebelah. Yang itu pun berbunga.

Kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Karim Ramadhan Mubarak. Semoga kukuh serta kekal iman dan taqwa kita semua.

AlbumPeribadi.

Read more...

Tiga Perkara Celoteh Petang Ini

>> 30.8.08

Hari ini bekerja depan ruman. Menyemai 6 gram biji buah Golden Kiwi. Proses menguruskannya tidak kurang dari 4 jam. Nampak senang, tapi rumit. Jika tumbuh mungkin disekitar 400 - 500 anak pohon kiwi. Sasaran hingga akhir Disember 2008 ialah 1,000 pohon. Gambar semaian akan dimuatkan dalam blog:
Pohon Kiwi Di Malaysia.

Perkara kedua ialah mengenai Fawzan. Hhmmmm, tak sangka seorang pelajar Jepun ada bercerita dan menyiarkan gambar Fawzan. Kalau nak tengok dan membaca blog tu, klik:
人生てきとう

Perkara ketiga ialah mengenai Awal Puasa. Pada 20 Julai lepas saya ada siarkan dalam blog ini jadual anak bulan qamariah dalam tahun 2008. Tajuk tulisan itu ialah: Tak Lama Lagi Ramadhan Tiba.

Dalam jadual itu anak bulan Ramadhan tahun ini ialah pada pukul 3.58 pagi, 31 Ogos 2008. Maksudnya saya akan mula berpuasa pada 1 September. Sebabnya, petang besok ada bulan Ramadhan. Petang ini belum ada. Kaedah untuk berpuasa ialah sabda RasululLAH:
صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته
(Berpuasalah kamu kerana nampak anak bulan dan berayalah kamu kerana melihatnya, yakni bulan Syawwal).

Read more...

Kerja Tertonggak

>> 29.8.08

Rabu dan Khamis tidak ke kebun. Sebelum itu, Sabtu hingga Isnin tak pergi juga. Jadi, banyak kerja yang tertangguh. Itulah manusia, hanya mampu merancang tetapi tidak mampu melaksanakannya dengan tepat.

Sebentar tadi mula lakukan sedikit kerja. Berbincang dengan rakan kongsi mengenai pelaksanaan jadual kerja secara menyeluruh. Antara keputusan penting ialah untuk menghasilkan pohon kiwi sekurang-kurangnya 2,000 pohon pada September 2008 - Jun 2009.

Gambar atas: Anak pokok blackberry yang belum sempat diubah. Gambar bawah: Pokok ibu blackberry yang didapati uzur dan telah diremajakan pada 12 Ogos mulai pulih, stabil dan segar.

AlbumKPT

Read more...

Benih Pohon Golden Kiwi

>> 28.8.08

Semalam dan hari ni tak ke kebun. Sibuk kerja-kerja depan rumah. Antara kerja hari ni ialah mengubah anak pohon Golden Kiwi. Sempat 101 pohon. Sambil tu tolong jaga cucu, Fathul. Insya ALLAH besok petang akan ke kebun sekejap.

AlbumKeluarga

Read more...

Tiga Hari Tak Ke Kebun

>> 26.8.08

Hari Sabtu, tak ke kebun kerana terlalu letih. Hari Ahad, tak sempat pergi kerana hantar Anas ke MCKK. Hari Isnin, pagi ada janjitemu di Klinik Kesihatan. Petang ada urusan mini-makmal di rumah. Tak ke kebun lagi.

Hari ini, Selasa, ke kebun sekejap sahaja. Baru lepas hujan lebat. Permukaan bumi masih terlalu basah. Buat kerja penyembuhan pokok-pokok sahaja.

Gambar bawah ialah pokok Basyuni yang sudah bertunas dan mengeluarkan bunga.

Pukul 6.58 petang mulai terima maklumat keputusan PRK Permatang Pauh dari kawan-kawan di sana.

AlbumPeribadi

Read more...

Aktiviti Hari Sabtu Dan Ahad

>> 24.8.08

Semalam, Sabtu, kenduri pengantin anak Hj. Halidi di Puchong Utama. Jumpa ramai saudara mara dari jauh dan dekat. Balik rumah, tidur kerana keletihan. Anis sekeluarga juga balik.

Hari ini, Ahad, bersama Farid hantar Anas dan kawannya Sharimi ke MCKK. Sepanjang perjalanan pergi dan separuh perjalanan balik dengar CD2 Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad mengenai tafsir dan huraian hadith-hadith. Sungguh seronok dan asyiq mendengar kandungannya. Ustaz Shamsuri memang mahir, alim dan hebat orangnya.

Dalam perjalanan balik, hujan lebat dan kereta berduyun-duyun. Banyak juga kemalangan. Gambar-gambar berikut adalah sebahagian dari kemalangan-kemalangan tersebut.

Anis pula hantar Fawzan dan Yuki ke SAS Putrajaya. Ini bermakna, berakhirlah musim cuti sekolah. Kami beruntung kerana Anis dan Farid ada membantu tanpa diminta atau disuruh. Semoga mereka semua adalah anak-anak yang soleh. Ini adalah sebahagian dari kebahagiaan keluarga kami. AlhamdulilLAH!!!

AlbumPeribadi

Read more...

Menyemai Pokok Gula Atau Stevia

>> 22.8.08

Hari ini sempat menyemai Pokok Gula atau Stevia. (Maklumat lain boleh dilihat dalam pelbagai blog rangkaian persendirian di sebelah kanan anda).

AlbumPeribadi

Read more...

Taman Kelip-Kelip

Khamis, 21 Ogos 2008.

Pagi 8.05, ke HBKL kerana ada janjitemu dengan doktor pakar. Pukul 11.11 selesai urusan. 12.05 di nurseri pokok Sg. Buluh beli bahan-bahan untuk kebun.

Petang 6.45, ke Taman Kelip-Kelip di Bukit Belimbing bersama Nizam, Radhi, Fadhil, Fathi, Aida, Zuhir, Anas, Fawzan dan Yuki. Hmm, tiket untuk kanak-kanak 3 - 12 tahun RM7.00 dan dewasa RM12.00. Tak ada tiket untuk warga-emas seperti di Zoo Negara dan tempat-tempat lain. Mungkin kerana kebanyakan pelancong asing adalah warga-emas. Semasa tengok kelip-kelip tak dibenarkan flash.

Masa balik dari situ singgah makan-makan di Pantai Jeram. Satey dan kerang bakar adalah menu utama. Yuki makan semua jenias sajian. Kerang bakar yang paling diminati.

AlbumKeluarga

Read more...

Melawat Zoo Negara

>> 21.8.08

Rabu, 20 Ogos, bawa Fawzan, Anas, Radhi, Fadhil, Fathi dan Higami Yuki ke Zoo Negara. Sampai di sana, Zuhdi dan adiknya Afif dari Bangi pun sampai. Kami isi perut sebelum masuk.

Aku jalan kaki kira-kira suku km. dalam zoo, kemudian berpatah balik. Berehat bawah pokok sambil minum-minum. Berbual dengan pelawat-pelawat dari Arab Saudi. Rasa kekok juga berbual dalam bahasa Arab. Dah 32 tahun tinggalkan Mesir. Cadang nak berbual dengan pelawat-pelawat dari Russia, tapi langsung dah tak boleh cakap. Juga dah 30 tahun lebih tak praktik bercakap bahasa Russia.

Sampai rumah terus tidur sampai maghrib. Al-maklum, berjalan kaki berbeza dari bekerja. Pukul 10.15 hantar Dzul ke stesyen bas Klang.

AlbumPeribadi

Read more...

Pelajar Dari Jepun

>> 19.8.08

Gambar atas: Pelajar Jepun yang jadi anak angkat bersama dua pelajar SAS.

Petang tadi ke kebun sekejap. 6.45 bergerak ke Putrajaya untuk makan malam bersama Pengetua SAS dan beberapa guru yang terlibat dalam program pertukaran pelajar M'sia - Jepun.

Orang seronok dengar Pengetua SAS cakap. Aku pun seronok juga, tapi makan tetap bertambah. RasululLAH tak marah Abu Hurairah tambah makanan yang sedap. Cumanya, boleh sesekali sahaja.

AlbumPeribadi

Read more...

Kenduri Syukur Di Rumah Ayah

>> 18.8.08

Hari ini, Isnin, adik-adik buat kenduri kesyukuran di rumah ayah. Semua anak ayah hadir. Sebahagian besar cucu-cicit ayah juga datang. Merekalah yang bertungkus-lumus menjayakannya. Aku hanya tolong makan. Tak huloq baghang seduit. Tak malu pun!!!

Lepas solat zuhur berjama'ah ayah tanya: Hang kigha dak, beghapa oghang semua. Ghamai no. Seghonok!!!.

Sebelum bersurai sempat menubuhkan Tabung Amanah untuk semua keluarga. Tujuan utamanya ialah untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain. Yang nak belajar, yang nak kawin dan macam-macam lagi.

Sebagai yang sulong aku dipilih sebagai pengerusi. Hmm, nampaknya kena design betul-betul projek ni. Tapi tak apa, adik-adik aku banyak idea dan buah fikiran yang baik-baik. Selain mereka, anak buah pun ramai. Mereka banyak pandangan yang bernas. AlhamdulilLAH, kami adalah keluarga yang bersatu-padu, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu.

Kata orang, hidup yang seronok kerana kaum kerabat yang bekerjasama, tolong menolong dan bersatu padu. AlhamdulilLAH!!!


Read more...

Ahad Yang Menyeronokkan

>> 17.8.08

Semalam balik kampung kerana kakak ipar kenduri mengahwinkan anak. Tengahari lepak kat rumah ayah bersama isteri, Anis, Lily, Naufal dan Nasrul sampai petang.

Hari ini tak pergi majlis kesyukuran anak saudara, Hasan Hj. Othman, di Sg. Besar. Semalam dah bagitau dia yang paklong tak larat balik kampung berturut-turut tiga hari. Jadi, pagi tadi, sempurnakan kerja mengubah semaian pohon kiwi. Petang, ke kebun membuat kerja-kerja tertangguh sambil menikmati ketenangan suasana. Seronok bekerja di kebun. Fikiran pun lapang. (Kerja-kerja lain ada disebut dalam blog Pohon Kiwi Di Malaysia).

Besok belum tahu sama ada sempat ke kebun atau tidak. Pagi, balik kampung kerana adik-adik buat kenduri kesyukuran di rumah ayah. Memang pandai adik-adik. Buat kenduri di rumah ayah. Terpaksalah balik.


Read more...

Sekejap Di KPT

>> 15.8.08

Lepas Juma'at ke KPT. Terlalu panas. Siram beberapa pokok yang masih dalam pemantauan. Pukul 3.12 balik. Anas dijangka sampai Kelang dari MCKK pukul 4.15. Fawzan tak balik. Dia ke Nadwah di Kuantan hingga Isnin. Dzul belum pasti bila balik dari USM.

Sabtu, ipar adakan kenduri kahwin anaknya di kampung. Ahad, anak saudara adakan jamuan kesyukuran di Pekan Sungai Besar. Isnin, adik-adik adakan jamuan kesyukuran di rumah ayah. Selasa ambil Fawzan di Putrajaya dan anak angkat dari Jepun. Anak angkat akan berada di rumah selama seminggu.

Hohh. Sibuknya minggu ini. Macamana nak ke Permatang Pauh?

Read more...

Kerja Depan Rumah

>> 14.8.08

Hari ini sarapan pagi hanya dengan segelas air sejuk, sebiji kurma Safavi dan diakhiri dengan segelas milo. Bermain dengan cucu sementara isteri pergi ke rumah adik untuk mandi. Di rumah kami (seluruh Taman Bukit Kapar) tak ada air. Paip kosong. Pukul 12.30 barulah paip keluarkan air.

Kemaskini bahan kajian dan memindahkan semaian benih golden kiwi. Lihat cerita lanjut dalam blog Pohon Kiwi Di Malaysia.

Kemudian, kemaskini semaian-semaian lain.

Read more...

Pokok Basyuni Yang Terlepas Pandang

>> 13.8.08

Sembilan bulan lepas, seorang sahabat karib bernama Drs. Hj. Sharoni Hj. Ahmad menghadiahkan 3 anak pokok Basyuni. 1 pokok saya panjangkan kepada Md. Akhir Hanafi, 1 pokok kembali ke rahmatilLAH dan tinggal 1 pokok di KPT.

Pokok Basyuni ini hadiah dari bapa saudaranya yang menetap di Negeri Makkah. Katanya, pokok Basyuni ini tidak kedapatan di mana-mana negeri Arab lain. Buahnya berwarna merah, besar seperti dragon fruit, manis dan sedap rasanya.

Tadi, baru disedari yang pokok ini terbiar begitu sahaja. Hanya sesekali tersiram atau terkena hujan. Kesiaannnn. Jadi, mulai petang ini ia diberi perhatian yang sepatutnya.

AlbumPeribadi

Read more...

Peremajaan Pokok Blackberry

>> 12.8.08

Dalam bulan Nivember 2007, KPT memilikki 11 pokok blackberry. Sejak waktu itu KPT melakukan pembiakan anak-anak pokok daripada 11 pokok tersebut hingga sekarang. Kini, KPT sudah mempunyai hampir 300 pokok blackberry.

Oleh kerana pokok-pokok tersebut tidak berhenti membiakkan anak-anak maka ia kelihatan sudah mulai uzur. Justeru, mulai hari ini pembiakan pokok blackberry dihentikan serta-merta dan semua pokok akan diremajakan semula. Petang tadi sempat meremajakan 15 pokok. Insya Allah, yang lain-lain akan diremajakan secara berperingkat-peringkat mulai besok.

AlbumKPT

Read more...

Tiga Cangkok Pokok Zaitun

>> 11.8.08

Tengahari, kemaskini bahan-bahan kajian dalam mini-makmal di rumah. Ada beberapa kerja yang patut disegerakan. Ini menyebabkan berlaku rombakan pada jadual dan penumpuan KPT.

Di KPT, buat 3 cangkok benih pokok Zaitun (Olive). Ini adalah percubaan kali kedua. Percubaan kali pertama ialah pada 21 Jun 2008. Pada percubaan tersebut, cangkok zaitun berakar dan boleh dipotong dalam masa 6 minggu.

Pada 5 Ogos lalu KPT membuat keputusan bahawa Pokok Zaitun tidak akan dipasarkan dalam tahun 2010. Sebaliknya, dalam tahun tersebut KPT akan membuka ladang zaitun sendiri. Pemasaran pokok-pokok zaitun hanya seawal tahun 2015 dalam skala yang besar.

AlbumKPT

Read more...

Mengubah Semaian Kiwi

>> 10.8.08

Hari ini sebok bekerja depan rumah. Sempat mengubah ke dalam pasu 1 pokok sweet cherry, 2 pokok pi pa ye dan yang paling rumit ialah mengubah semaian golden kiwi (gambar atas). Maklumat mengenai semaian kiwi ada dimuatkan dalam blog: Pohon Kiwi Di Malaysia (Rangkaian Persendirian di sudut kanan blog ini).

Kerja yang tidak sempat dilakukan ialah kemaskini bahan-bahan kajian dalam makmal di rumah. Insya ALLAH, besok atau lusa akan dilakukan.

Read more...

Isteri Ikut Ke Kebun

Sabtu petang.

Isteri ikut ke kebun. Dia nak tanam 3 pokok dragon fruit.

Aku sempat prun beberapa pokok sutera. Bualan Ramadhan nanti boleh buat jus buah sutera. Daun muda boleh dibuat teh kesihatan dan kudapan rempeyek.

Read more...

Meracun Rumput

>> 8.8.08

Pukul 2.33 dah sampai kebun. Hari ini mendung. Seronok bekerja. Kerja merbahaya ialah meracun rumput. 16 Ogos nanti Anas mula cuti sekolah. Dia nak lepaskan benih ikan keli dalam telaga kecil kat sudut belakang kebun (lihat gambar: yang berkandang dawai mata punai tu ialah telaga yang dimaksudkan).

Kerja-kerja lain disebut dalam blog "Pokok Apple Dan Pear" dan "Pertanian Pokok Temperate".

Read more...

Buah Kurma Dan Madu Lebah

>> 7.8.08

Pukul 2.30 petang ke KPT. Sampai di sana, semua pokok telah disiram oleh hujan. Kemudian, balik kampung hantar buah kurma jenis Safavi untuk ayah.

Di kampung berbincang dengan ayah untuk membeli madu lebah sekali dengan sarangnya. Mengikut rancangan, nak beli keluaran Iran dalam bulan Ramadhan nanti. Memakan madu lebah sekali dengan sarang (lilin) lebih baik. Kerana, sarang lebah adalah anti-biotik yang terbaik di dunia selepas susuan kali pertama (masam) susu ibu. SubhanalLAH!!!

Mengamalkan makanan buah kurma amat baik untuk kesegaran badan dan kecerdasan otak. Tambahan pula, itu amalan Rasulullah. Saya mengamalkannya sebagai sarapan pagi selepas minum air sejuk.

Read more...

Kelapa: Raja Buah


Orang Melayu kata raja buah ialah buah Durian. Sekarang ini raja buah sedang dilelong. Satu raga besar, kira-kira 50 biji, hanya RM20.00. Seorang kawan kata itu masih mahal.

Saya difahamkan, saintis mengatakan raja buah ialah buah Kelapa. Buah kelapa berbentuk bulat seperti Kepala. Buah kelapa, berada dimana-mana, tanpa disemai boleh hidup. Kelapa mempunyai media sendiri untuk tumbuh. Bekalan air sendiri, keperluan makanan sendiri dan penapis sendiri. Ringkasnya, semua keperluan untuk tumbuh adalah milik sendiri. Hmmm, hebat buah kelapa.

Pagi ini, sambil jaga cucu, terbaca maklumat berikut:

"The highly mineral-charged coconut water acts to detoxify the kidneys, which indirectly affects its neighbors, the reproductive organs. Healthy kidneys are believed to promote a vibrant, healthy attitude, which expresses itself through the normal, healthy desire for sexual and emotional fulfillment. In a greater sense, this cycle is the silent call of nature to preserve the species. The coconut also has a symbolic meaning. Its very shape, with its three holes and long protective fibers, is compared to the human head and face, representing its importance as a basic food for mankind." (http://www.happystomach.com/coconut.htm)

Jadi, dapat satu lagi idea untuk membuat percubaan mengenai penyemaian. Bagaimana? Insya Allah, petang nanti mulai susun idea. Hmmm, firman Allah: "Ambil pengajaranlah wahai orang yang mempunyai pandangan-pemikiran." (Maksud surah Al-Hashr, ayat 2).


Read more...

Memasukan Benih Pokok Zaitun

>> 5.8.08

Hari ini meracun rumput di KPT untuk tanam sayur. Sepatutnya ia dilakukan minggu lepas. Hujan dan kesihatan kurang memuaskan terpaksa ditunda.

Selain itu, sempat memasukan dua anak pokok zaitun generasi ke-2 ZaitunKPT. Ini adalah percubaan kali pertama. Semoga hidup sehat dan subur.

AlbumKPT

Read more...

Isnin: Rehat Tambahan

>> 4.8.08

Pukul 9.30 pagi ke Klinik Kesihatan Meru buat janjitemu pengambilan dan pemeriksaan darah. Dapat tarikh pada 25 Ogos, jam 8.00 pagi. Kali ni agak lewat sikit. Biasanya setiap 2 bulan sekali ambil dan periksa darah. Yelah, darah usang perlu diperiksa selalu.

Pukul 12.25 tengahari talipon Hospital Kuala Lumpur minta tarikh janjitemu dengan doktor pakar. Dapat tarikh 21 Ogos pagi. Pun terlewat 3 minggu. Ilmu sendiri tidak mencukupi untuk membuat rumusan mengenai kesihatan diri.

Sekitar pukul 2.00 petang tertidur. Cucu menangis baru tersedar. Rupanya dah pukul 4.10 minit. Rehat sekejap, lepas tu solat zuhur.

Pukul 5.05 keluar beli kerusi sorong untuk cucu (gambar atas). Hmm, dah mahal rupanya. Zaman belikan untuk anak-anak dulu harganya lebih murah. Tak apalah. Cuma terfikir, zaman cicit besok tentu lebih mahal. Dunia, dunia.

Jadi, semalam dan hari ni tak ke kebun lagi. Kira rehat tambahan.

AlbumPeribadi

Read more...

Hari Minggu Yang Meriah

>> 3.8.08

Sabtu malam Ahad, minggu pertama setiap bulan, ayah dan makcik datang ke rumah. Sebab, pada malam tersebut ayah ada kelas pengajian di masjid Puchong. Petang Ahad ayah bergerak ke masjid Bukit Hijau. Selesai kelas pengajian di situ barulah ayah balik kampung. Pagi Isnin ada kelas di tempat lain. Ayah mengajar antara 38 - 42 tempat atau kelas dalam sebulan. Semua kelas pengajian adalah cara lama, bahasa klasik dan kitab kuning. Tokguru-tokguru yang seangkatan dengannya dah lama tak ada. Yang banyak sekarang hanya yang muda-muda. Graduate dan speaking.

Farid dan Nani pun balik. Adik di Temerloh (Arshad) dan anaknya (Firdaus) juga datang ziarah ayah dan makcik.

Perbualan kami semua yang bermanfaat. Mengimbas sunnah Rasulullah dan para sahabat, perjuangan golongan Syi'ah di peringkat antarabangsa, perjuangan para ulamak (khususnya Tuanguru Nik Abd. Aziz Nik Mat) di Malaysia dan keindahan Islam dalam kehidupan harian.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP