Hari Selasa, pergi meninjau bekas tapak penyemaian dan kajian. Dah 10 bulan ditinggalkan. Semak dan samun. Sempat berbincang dengan jiran-jiran di sana.
Hari Rabu, sebelah petang, mesyuarat lembaga pengarah. Kehadiran 100%. Hari ini, sambung lagi. Pada masa dan di tempat yang sama. Tetapi kehadiran merosot. Hany 75% yang hadir.
Sebelum balik sempat rakam gambar ini.
Read more...
Saya terima beberapa email minta dilanjutkankan sedikit tarikh dan bagi sedikit klu mengenai panduan menjawab teka gambar pada posting semalam.
OK, saya lanjutkan hingga 11.45 malam 3 Ogos 2009. Klu: Sekitar posting blog ini dan blog-blog peribadi yang lain.
Setakat ini, dah ada email-email jawapan yang hampir tepat. Selamat mencuba.
Read more...
Sebagai menghargai rakan-rakan maya, bloggers dan bukan-bloggers, saya anjurkan peraduan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan gambar di atas.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa diskriminasi kaum - agama - jantina dan status, kecuali mereka dalam gambar dan ahli keluarga terdekat mereka. Hadiah-hadiah terdiri dari:
1. Jawapan tepat: 5 keratan benih pohon anggur dan 4 keratan benih pokok sutera.
2. Jawapan hampir-tepat: 4 keratan benih pohon anggur dan 3 keratan benih pokok sutera.
3. Jawapan separuh-tepat: 3 keratan benih pohon anggur dan 2 keratan benih pokok sutera.
Hanya 3 hadiah yang disediakan. Tiada hadiah saguhati.
Soalan-soalan peraduan ialah:
1. Siapakah mereka dalam gambar tersebut dan cadangkan 1 isu sesuai yang mereka perkatakan?
2. Apakah barang-barang di hadapan mereka yang bertanda nombor 1 dan nombor 2.
3. Di mana gambar itu dirakamkan (nama kampung, nama pekan atau nama bandar).
Hantarkan jawapan serta no. hp melalui email kepada universiti.maya@yahoo.com sebelum 12.45 malam, akhir Julai 2009.
Keputusan hakim adalah muktamad. Saksi penghakiman: Allah s.w.t.
Read more...
Pasangan suami-isteri yang tidak mendapat anak boleh dikategorikan kepada:
1. Suami adalah mandul. Sedangkan isteri tidak.
2. Isteri adalah mandul. Tetapi suami tidak.
3. Kedua-dua mereka mandul.
4. Kedua-dua mereka tidak mandul.
Di negara barat, mereka ini tidaklah merasa buntu atau risau. Mereka masih boleh berusaha mendapatkan anak sendiri. Ada banyak cara dan berbagai usaha.
Antara usaha mereka ialah melalui khidmat Baby For Sale. Dan aktiviti yang dimaksudkan bukanlah seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, iaitu menjual atau membeli bayi. Kerana, anak yang dibeli bukanlah anak sendiri. Anak sendiri yang dimaksudkan oleh golongan ini ialah anak yang dilahirkan oleh isteri sendiri.
Begitu juga dengan peniaga bayi. Bukanlah bayi yang sudah dilahirkan itu yang dijual. Tetapi bayi yang belum dilahirkan yang dipasarkan. Caranya ialah, isteri pasangan yang tidak mendapat anak, akan bersama dengan lelaki penjual bayi untuk beberapa ketika, dengan bayaran yang tertentu.
Biasanya, isteri yang mandul juga boleh mengandung setelah bersama penjual bayi tersebut. Adalah dipercayai, lelaki tersebut bukanlah sebarangan. Justeru, bukan semua lelaki boleh menjadi usahawan penjual bayi.
Mungkinkah keadaan begini sebenarnya sedang berlaku juga di negara kita???
Read more...
"Seorang pelajar Tingkatan Dua membuat laporan polis mendakwa dirogol bapa kandungnya lebih 60 kali sejak November tahun lalu." Demikian lapor Berita Harian Online
Apa punya makhluk???
Read more...
Semalam, Sabtu. Jam 9.00 pagi, saya dan blogger ISA bergerak menyusur jalan pantai barat melalui Teluk Intan ke Dango Mamamat Dan Uda Kenang. Jam 12.10 kami sampai di destinasi.
Dango Mamamat dan Dango Uda Kenang adalah asas projek CERIA bloggers network Perak. Tanah tapak adalah milik Mamamat dan Uda Kenang. Mereka adalah guru biasa di dunia ini. Insya Allah, mereka adalah jutawan akhirat. Amiin ya Rabbal-'alamin!!!
Turut hadir ialah bloggers AnakPakUtuh, ManjungMari, Al-Banjari dan Tarmizi. MSK (PrimaMaya), secara mengejut tak dapat hadir. Dia diperlukan buat presentation dalam suatu kursus besar. Jadi, hanya kami sahajalah yang berbincang dan merancang.
Semalam juga, saya diminta meresmikan penanaman anggur. Tapi, saya katakan, orang yang menyumbanglah yang meresmikannya. Bukan macam amalan biasa, orang kampung yang bertungkus-lumus, orang luar yang tak kena-mengena pulak yang meresmikan. Jadi, Mamamat dan Uda Kenang lah yang meresmikan penanaman dua anak pohon anggur. Lihat gambar mereka di bawah.
Kami juga bercadang untuk membuat 5 buah chalet (podok kecil) yang berharga antara RM1,200 - Rm1,500 sebuah untuk diwakafkan kepada CERIA. Dan caranya ialah sama ada secara berseorangan atau secara berkongsi. Umpanya, 1 orang untuk satu chalet, 10 orang untuk 1 chalet atau 20 orang untuk 1 chalet.
Jadi, sesiapa, bloggers atau bukan bloggers, yang ingin menyumbang atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi Mamamat, MSK, ISA atau saya.
Contoh bentuk chalet yang dicadangkan atau yang lebih murah.
Read more...
Akhir zaman ini, bukan manusia sahaja yang naik darjat atau popular. Haiwan pun banyak yang begitu. Banyak haiwan yang dikaitkan dengan manusia.
Haiwan yang disebut setiap hari dan di seluruh dunia masa kini ialah babi. Ia didarjatkan kepada manusia, iaitu selsema babi. Selsema babi adalah tambahan kepada darjat lama iaitu gila babi.
Selain itu, katak juga didarjatkan kepada manusia. Ia dikaitkan dengan orang berpangkat dalam bidang politik. Si polan katak atau si katak polan. Semua faham maksudnya, iaitu politik katak. Politik katak adalah tambahan kepada darjat lama iaitu mati katak.
Di bawah ialah katak yang ada darjat. Berdarjat, kerana ia bijak. Ia bijak kerana berkepala dua.
Read more...
Hari ini setup blog Kursus Asas Pembenihan Pokok-Pokok Temperate. Ia merupakan kursus melalui maya mengenai pembenihan pokok-pokok epal, kiwi, pear, plum dan blackberry.
Untuk posting (lecture) pertama ialah mengenai pembenihan epal Granny Smith. Gambar bawah ialah buah dan butiran bijinya. Biji untuk disemai dan isi buah untuk dimakan.
Maklumat mengenai kursus berkenaan di bahagian atas di sebelah kanan anda.
Read more...
Lepas maghrib semalam, isteri ke pasar malam. Saya minta dia belikan sebungkus nasi beriani, lauk daging rendang. Kira-kira jam 8.15, saya selesai memakannya. Tiba-tiba terasa amat mengantuk.
Sebelum jam 9.00, saya terpaksa masuk tidur dengan niat untuk bangun sebelum subuh. Bila saya terjaga, jam sudah pukul 7.14 pagi. Isteri saya fikir, saya sudah bangun subuh dan tidur semula. Dia, lepas bersubuh, terus membuat sarapan untuk anak yang hendak ke kulliah.
Inilah tidur saya paling nyenyak dan tidak sedar walaupun satu minit. Saya rasa macam baru tidur sebentar sahaja. Saya fikir, tidak akan membeli nasi beriani dari peniaga itu lagi. Saya tidaklah menuduh apa-apa, tapi itulah pengalaman saya.
Read more...
Sebuah negara barat yang termaju, paling bertamaddun dan amat menghormati hak-asasi individu melahirkan pasangan suami-isteri yang teraneh di dunia.
Contoh pertama, seorang wanita (A) telah bersetuju berkahwin dengan anaknya sendiri (B) dan mengadakan majlis kenduri sebagai tanda kegembiraan dan kebahagiaan.
Anaknya (B) itu, kini suaminya, adalah hasil perkongsian hidup dengan ayahnya sendiri (C) iaitu bapa @ datuk @ mertua kepada lelaki (B) tersebut. Atau, lelaki (B) itu ialah anak @ adik @ suami kepada wanita (A) tersebut. Atau, lelaki (B) itu ialah anak @ cucu @ menantu kepada bapa wanita (C) tersebut.
Contoh kedua, seorang wanita (A) telah bersetuju menjadi isteri kepada anaknya sendiri (B). Anaknya (B) itu, kini suaminya, adalah hasil perkongsian hidup dengan abangnya sendiri (C) iaitu bapa @ bapasaudara @ ipar kepada lelaki (B) tersebut. Atau, lelaki (B) itu ialah anak @ anaksaudara @ ipar kepada lelaki (C) tersebut.
Penin, penin. Hebat, memang hebat. Patutlah beruk tidak maju dan tidak bertamaddun!
Read more...
Buah epal hijau (terutama Granny Smith) dan epal merah (biasanya Red Delicious) baik untuk kesihatan dan merawat beberapa masalah akut seperti sakit kepala, batu karang, batuk dll.. Begitu juga perut meragam, sembelit dan ceret-beret.. Malah sakit jantung dan darah tinggi.
Read more...
Lepas maghrib tadi saya ziarah blog KpSpn. Saya teringat masa-masa dulu, semasa hidup di kampung bersama emak dan ayah.
Sebagai herbalis, saya jahil mengenai buah-buahan. Maka saya cuba merayau ke tempat lain dan jumpa khasiat makan pisang dari aspek perawatan dan kesihatan. Hebat, memang hebat buah pisang. Terutama mereka yang berpenyakit Begini.
Read more...
Oleh kerana terlalu sibuk, saya dah lama tak ke blog Wak Aji. Malam tadi dan hari ini saya sempat ke sana. Saya amat tertarik dengan pengalaman beliau dengan pokok, buah dan daun sutera. Beliau ada cerita kejayaan mengenainya di sini
dan di sini
Tahniah Wak Aji!!!
Read more...
Bila tengok gambar-gambar di bawah, terfikir bagaimana hukum fiqah mengenai haiwan-haiwan ini. Terutama dari aspek halal atau tidak; dan jika halal, bagaimana dengan penyembelihannya?
Read more...
Malam tadi, masuk tidur puku 11.22. Bangun pagi, 5.46. Tidur semula, 9.13. Bangun, 11.13. Tidur lagi, jam 2.40 dan bangun jam 4.55 petang. Ini bermakna, berehat ialah banyak tidur.
Sebelah petang melihat-lihat keratan anggur yang disemai. Perasaan jadi gembira kerana semaian pada petang Sabtu, 11 Julai sudah bertunas panjang dan ada yang terus berbunga.
Bertunas sepanjang 5 inci satu malam.
Bertunas dan terus berbunga.
Cerita lanjut dalam blog Taman Pokok Temperate
Read more...
Mengenai dua posting yang lepas, saya amat bersyukur kepada Allah kerana terlepas dari penyakit yang amat ditakuti, iaitu denggi. Saya amat berterima kasih kepada warga Pusat Kesihatan kerana bertungkus-lumus melakukan tugas mereka mengenai masalah diri saya.
Terima kasih dan terharu saya kepada rakan-rakan maya yang mendoakan kesihatan ke atas diri saya. Ucapan ini dikhususkan pula kepada pemaya-pemaya ISA, KLCitizen, Zai, Dida, MountDweller, APU, Ijoks, DinBinjai, Aloha2, JomBuatDuit, BahromBasiron, PnKartini, Shaniza, SaifunNizam, NikFauziah dan KakCikSeroja. Seterusnya kepada yang mengirim email dan Pejabat YB Meru.
Doa anda semua dimakbulkan oleh Allah.
Read more...
Malam ini, balik dari mesyuarat, pergi ke blog Saifun Nizam mengambil Award Persaudaraan Maya. Terima kasih banyak kepada saudara Saifun Nizam. Di bawah ialah gambar award berkenaan.
Sempena dengan tajuk award-award ni, tak ada ke rancangan nak adakan kelab Bloggers Santai, umpamanya? Saya dan rakan-rakan bloggers politik Perak dah ada NetWork. Beberapa projek sudah dirancang dan ada yang sudah dimulakan. Layari halaman BloggersNetwork@Perak. Ayah saya berasal dari Perak.
Read more...
Saya sedang memikirkan beberapa perkara mengenai gambar ini. Manusia-manusia.
Read more...
Setiap hari saya melayari banyak blog. Politik, agama, pertanian, santai dan lain-lain. Di Malaysia dan di timur tengah. Sesekali di Indonesia dan di sebelah barat. Sebelah timur, utara dan selatan amat jarang, kecuali mengenai pertanian.
Siang tadi saya hanya di barat dan sedikit di Malaysia. Di barat ialah mengenai perubatan, khasnya homeopati. Kerana, saya sedang designing blog Homeopati Untuk Keluarga. Di Malaysia, saya terkejut dengan 2 perkara. Ada beberapa blog pertanian yang cerita hal saya dengan pertanian. Satu blog lagi anugerah kepada saya Award Maya. Wow! Di bawah ini gambar Award Maya tersebut.
Inilah award dari Zai (Zakiah). Terima kasih Zai!
Read more...
Diari, biasanya untuk orang yang sibuk dan berdisiplin. Termasuk juga orang yang bercinta. Tak kira bercinta dengan manusia atau bercinta dengan apa jua.
Semasa bertugas tempohari, saya juga mempunyai diari. Bukan sekadar sibuk memberi kulliah malah aktif di luar. Pernah jadi jurulatih keusahawanan, fasilitator berbagai kursus, penulis dan pembentang kertas, penyelidik dan lain-lain. Ke sana dan ke sinun. Bukan nak menunjuk-nunjuk atau bermegah. Memang sibuk dan letih. Itu antara sebab mohon bersara awal.
Sekarang dah bersara. Hasrat di hati nak berihat. Dapatlah rihat sikit, tapi masih sibuk juga. Sibuk dengan hal-hal lain pula. Diari masih digunakan.
Hari ini saya tertarik dengan makro-diari blogger AnakLaut. Saya belum pernah berjumpa dengan beliau. Tapi, mari kita layari Diari Beliau
Read more...
Beberapa tetamu blog ini sms, bertanya di mana boleh tengok gambar blogger Mat Saman Kati. Kata mereka, mereka bukanlah bloggers, tapi selalu dengar MSK yang popular itu.
Sebenarnya, ada beberapa gambar beliau dalam blog ini dan blog FSS saya. Tapi saya sudah lupa posting yang mana. Nak cari, makan masa lo. Namun, jika mahu lihat gambar yang lebih terkini layari blog PanglipuLara. Memang menarik.
Read more...
Malam tadi giliran rukun tetangga. Lepas subuh, masuk bilik untuk tidur. Baru terlelap, telepon berbunyi. Borak dulu. Kemudian, baru nak terlelap, telepon berbunyi. Borak lagi. Sampai empat kali begitu.
Mata pun dah malas nak tidur. Sambil tu baca macam-macam khazanah lama. Terjumpa pulak dokumen ini. Dalam sebuah majallah yang diterbitkan di Qatar. Agak-agak, kenal ke tiga orang dalam gambar di bawah ni?
Read more...
Semalam, rakan saya blogger Aloha2 beritahu ada cerita mengenai taman anggur dalam blog Din Binjai (dalam senarai Followers). Bila ke sana, saya dapati bukan sahaja cerita, tapi gambar kami pun ada. Gambar Aloha2 tak ada, sebab dia yang jadi juru kamera. Terima kasih banyak kepada Aloha2 dan juga Din Binjai.
Aloha2 dan Din Binjai adalah orang berjawatan tinggi dalam parti dan berpangkat besar dalam pekerjaan. Tapi, saya tak boleh detailkan. Sesiapa yang teringat, di mana-mana atau dalam tv, mungkin kenal siapa mereka. Begitu juga dengan dua lagi rakan dalam gambar itu.
Cuma, saya kira Din Binjai mengangkat saya terlalu tinggi. Kalau terjatuh, bukan sahaja sakit tapi mungkin terus pengsan. Apa pun, terima kasih banyak wahai rakan-rakan sekalian. Sekianlah adanya.
Sila layari Din Binjai
Read more...
(Selepas menyewa heli meninjau seluruh bandar Liverpool)
Malam ini, awal pagi, hujan renyai di luar rumah. Ashraf dah tidur, keletihan bekerja. Wah juga dah tidur, keletihan kulliah. Isteri, memang tak boleh tidur lambat. Nanti sakit kepala.
Saya merayau-rayau di ruang maya. Ke merata-rata tempat. Sampai ke beberapa blog mengenai PRK Manek Urai. Mula-mula saya di SINI. Kemudian, saya ke SINI. Begitulah alam politik.
Read more...
Antara yang diterima minggu lepas ialah 2 email dari rakan saya blogger Ikut Suka Aku (ISA). Walaupun email beliau pendek tapi sungguh bermakna. Insya Allah, saya akan memanfaatkan saranan beliau secara berganda dan lebih luas lagi.
Maaf, saya tidak menjawab email beliau, tapi saya ucap terima kasih secara terbuka dalam blog ini. Terima Kasih ISA!
Idea beliau menyebabkan saya mengemaskini blog KEPEPAM
(Kelab Peminat Pohon Anggur Malaysia) hari ini. Sepanjang hari bertungkus-lumus saya mengerjakannya. Begitulah nasib saya yang buta teknologi ini.
Sempena dengan posting ini, sesiapa yang ingin menjadi ahli kelab, sila layari KePePAM.
Maaf! Macam berkempen pulak.
Read more...
Anis dan Anas cukup minat makan buah durian. Macam emak mereka juga. Ashraf dan Farid cukup anti bau durian. Makan, langsung tak mahu. Dzul, Wah dan Fawzan boleh dipelawa makan durian. Tapi sekadar merasa sahaja.
Dzul amat suka tempoyak. Macam emaknya juga. Saya boleh makan durian dan boleh makan tempoyak. Tapi tak sampai ke peringkat mengidam. Sejak pencen selalu juga beli. Kadang-kadang beli sampai satu raga besar. Untuk makan dan buat tempoyak. Begitulah cerita rumahtangga saya.
Rata-rata orang Malay-sia dan Indone-sia mengatakan Durian ialah Raja Buah. Mungkin benar, dari aspek atau beberapa aspek tertentu.
Dari aspek sains pertanian, Raja Buah ialah Buah Kelapa. Dia ada media sendiri untuk akar, iaitu sabut. Dia ada baja dan hormon sendiri dalam tempurung. Dia ada air sendiri untuk hidup. Dia ada penapis sendiri untuk kontrol pemakanan. Itu sebab dia boleh tumbuh dan hidup lama di mana sahaja. Di permukaan air atau digantung ke udara.
Air kelapa mengandungi beberapa hormon. Baik untuk penyemaian benih. Bagus untuk siraman anak pokok. Namun, sukatan dari aspek ppm hendaklah betul.
Read more...
Malam ini, keadaan di rumah agak sepi. Isteri menonton tv. Wah, anak kami yang ke 5, tidur awal. Besok, kelas pertama dia di UiTM. Anak ke 2 bekerja malam di JPM. Biasalah, dari jam 7.00 petang tadi hingga jam 7.00 pagi besok.
Saya tak minat menonton, kecuali berita dan filem-filem P.Ramlee. Jadi, saya melihat-lihat album lama-lama. Terkenang kawan-kawan lama yang semuanya sudah pencen. Terjumpa pula gambar ini. Teringat sorang kawan baik berkata: "Kamu dalam gambar ni macam Melayu miskin saja..." Kawan tersebut gemar bergurau. Hatinya sungguh mulia.
Saya bersama anak ke 3. Sekarang, dia dah jadi Jurutera Kanan.
Read more...
Ada rakan maya email saya tanya sama ada daun-daun anggur boleh dijadikan Slimming Tea. Saya kira jawapannya patut dikongsi bersama, kecuali nama pengirim email adalah peribadi. Usah bimbang, saya memang tak kenal pun.
Links berikut adalah sebahagian dari panduan bersama.
Link 1 dan Link 2
Semoga pertanyaan beliau telah terjawab.
Read more...
Khamis petang kerja depan rumah dan menyemai pohon anggur. Lepas Maghrib ke Putrajaya. Balik letih. Hanya membaca gambar-gambar di bawah. Rumusannya akan dijadikan bahan kursus.
Read more...
Hari ni letih buat kerja kat depan rumah dan basuh kereta. Kredit hp tinggal 0.08 sen. Tak boleh hubungi rakan bloggers. Maklumat untuk blog FSS tak cukup.
Sambil melayari alam maya terjumpa gambar kat bawah ini dalam blog seorang blogger terkanal. Tak boleh bagi tahu siapa dia. Dari aspek hukum fiqah, kedua-dua pokok ini tidak melakukan sebarang kelucahan. Justeru, tidak timbul hukum haram.
Read more...
Lelaki dalam gambar ini ialah suami kepada empat wanita bersamanya. Saya tertarik kerana dia berdiri sahaja. Mungkin tidak dibenarkan duduk oleh isteri-isterinya atau dia terpaksa berdiri untuk mengawal atau melayan mereka.
Read more...