012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Pohon Anggur Berbuah Dengan Arahan

>> 6.7.09


Sepanjang minggu lepas, saya terima 294 email dari para pengunjung pelbagai blog yang saya kendalikan (termasuk yang tidak disenaraikan di sini). Kebanyakan mereka tidak mempunyai blog sendiri. Lebih dari 90% mengenai pertanian. Kebanyakannya mengenai pohon anggur.

Email mengenai peribadi, saya dah jawab semua. Yang minta saya delete setelah dijawab pun, saya dah delete. Yang lain, tak semua saya jawab. Yang korek rahsia saintifik pun saya tak jawab. Itu kena datang berkursus pada saya. Yang lain-lain saya rangkumkan jawapannya melalui blog. Atau search posting saya yang lepas-lepas.

Yang email tanya maksud "prun" dan "anak pohon anggur berkualiti" saya dah jawab secara rangkuman dalam blog
Prun Anak Pohon Anggur
.

Yang email tanya pohon anggur dia dah empat-lima tahun tak berbuah layari blog saya di atas tadi dan ikuti apa yang saya tegaskan disini.

1. Pohon Anggur yang berusia setahun ke atas sudah boleh berbuah.
2. Pohon Anggur akan berbuah hanya dengan arahan pengurusnya sahaja.

Arahan yang dimaksudkan ialah "prun" atau "pruning" atau "pangkas" sebagaimana yang saya nyatakan dalam blog di atas. Tanpa "pruning", pohon anggur tidak akan berbuah. Kalau ada buah pun hanya sedikit sahaja. Itu pun buah-buah yang tersesat.

Setelah di"prun", 2 - 3 minggu kemudian, pohon anggur akan bertunas, kemudian terus berbunga. Lihatlah gambar-gambar ladang pohon anggur yang telah di"prun". Ladang itu akan mengeluarkan bertan-tan buah anggur.


7 comments:

PG July 7, 2009 at 1:35 AM  

Salam Pakcik.
Semoga pakcik sekeluarga dirahmati Allah.
Cantiknya pemandangan.

anak laut July 7, 2009 at 12:03 PM  

salam...Dr,

bila masuk blog Dr, sesuatu yg baru selalu saya dapat..

kali ini berkaitan anggur pula.. hebat Dr.

moga Allah swt memberi rahmat pada Dr sekeluarga..amin.

Pengasas July 8, 2009 at 8:59 PM  

W'Salam Dr.PG,
Mata juga ada haknya kan?
Dari mata turun ke hati!

Pengasas July 8, 2009 at 9:01 PM  

Salam DinBinjai,
Subhanallah! Itulah cetusan hati mukmin yang kagum terhadap kuasa Pencipta.
Syukur!

Pengasas July 8, 2009 at 9:03 PM  

W'Salam AnakLaut,
Allah memang Maha Hebat. Kerana Dia lah yang Mencipta sistem segala makhluk.

Anonymous,  December 5, 2009 at 10:10 PM  

Ada gambar pokok aggur berbuah di taman Pak Dr di Malaysia?

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP