012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Tiap-tiap malam dia bawa balik

>> 30.4.11

Gambar hiasan.

Jumaat pagi, tidur sampai tengahari. Mengantuk, kurang tidur ketika malam. Kemaskini blog-blog yang ada.

Lepas solat maghrib jemput Anas di Klang Sentral. Dia balik cuti. 12.40 malam, gi jemput Fawzan di Pitza Hut. Mulai Jumaat depan dia berhenti kerja. Dia perlu studi semua subjek untuk melanjutkan pengajian. Cukuplah bekerja. Dah rasa bagaimana bekerja.

Semasa bekerja di Pitza Hut, tiap-tiap malam dia bawa balik pitza.

Read more...

Gambar Ni: Hanya orang perempuan yang faham

>> 29.4.11

Perhatikan reaksi tiga first ladies kat belakang
dan Suzanne Husni Mubarak kat sebelah tu.
Hanya orang perempuan yang faham ...?
Mungkin berbeza dari kefahaman orang lelaki ...?

Read more...

Teringat semasa belajar memasak

>> 28.4.11

Gambar hiasan.

3.11 pagi Khamis belum ngantuk. Teringat masa muda-muda dulu. Semasa saya berumur 11 tahun ibu mula ajar memasak. Step pertama mengupas dan memotong bawang merah dan bawang putih. Ibu huraikan kegunaan bawang itu dalam tumisan. Step kedua memanaskan kuali dan bila boleh masukkan minyak untuk tumisan. Step ketiga ialah menumis sayuran dan meletakkan garam. Hhmmm, cara ibu mengajar sebiji macam seorang jurulatih profesyional, kata orang zaman sekarang.

Kemudian ibu ajar cara-cara masak nasi dan menggoreng ikan dan lain-lain. Kira-kira berumur 12 tahun saya mulai merantau jauh dari keluarga dan kampung halaman. Cara zaman dulu, semasa di perantauan mesti masak sendiri. Lagipun, itulah cara si perantau yang tidak berada.

Balik dari perantauan ketika berusia 28 tahun. Maksud saya, memasak sendiri dari berusia 12 tahun hingga berumur 28 tahun. Hhmm, 16 tahun memasak sendiri. Teringat semasa di Kaherah, beberapa rakan keturunan Arab (lelaki) selalu datang dan ajar saya memasak makanan Arab.

Read more...

Gambar yang mengalirkan air mataku

>> 25.4.11

Saya mengenali beliau ini.
Saya kagumi cara hidupnya yang tawadhu^.
Saya cuba meniru cara hidupnya yang qana'ah.
Ya Allah, lanjutkan usia dan kepimpinan hambaMu ini.
Aamin, ya Rabbal-'alamin!!!

Read more...

Seronok betul jadi orang pencen

>> 24.4.11

Ahad, 24 April 2011. Lepas solat subuh terus ke Klang Sentral ambil Fawzan yang sampai dari KB. Di sana tunggu sekejap. Dia baru selesai solat. Kemudian, isteri belanja kami minum.

Sampai di rumah, sambung tidur hingga tengahari. Lepas zuhur, sambung lagi. Hujun pun turun lebat. Huh, syiok betul tidur semasa hujan lebat di luar rumah. 6.15 petang hantar Fawzan gi kerja part-time. Kemudian, gi beli tiket untuk Anas.

Seronok betul jadi orang pencen.

Read more...

Hari Sabtu 23 April 2011

>> 23.4.11

Sabtu. 6.00 pagi, isteri kejutkan Fawzan dari tidur di hotel Kubang Kerian. Rupa-rupanya dia dah bangun pun. Alhamdulillah!!! Dalam zaman moden, anak tidur jauh beratus km masih boleh kita kejutkan dari tidur. Malah, dalam bulan Ramadhan lepas, anak sedang berada di Canada pun boleh dikejutkan supaya bangun bersahur.

9.46 pagi, Fawzan call bagitahu dah siap interview. 12.00 tengahari bergerak ke KB beli tiket bas dan meronda bandar. Selepas solat jamak, jam 9.30 malam bergerak balik dari KB. Insya Allah selamat dalam perjalanan.

Read more...

Hari Jumaat

>> 22.4.11

8.05 pagi, adik bersama suami dan 2 anak mereka sampai di rumah.
8.40, hantar Fawzan ke Klang Sentral nak ke USM, Kubang Kerian.
Bas bergerak jam 9.00.

3.35 petang, pergi bank bayar ansuran ViVa. Terus ke Tesco membeli-belah sekali lagi. Sampai di rumah pukul 6.15. SMS dari Fawzan bagitahu dia baru masuk hotel.

Malam, merayau di alam saiber. Jumpa sepupu dalam FB. Chatting kejap.
Dah lebih 25 tahun tak jumpa dia. Dia kahwin dengan orang Melaka dan
dah ada empat anak. Dalam tradisi orang banjar, dia gunakan bahasa
'abang' terhadap saya. Kerana saya lebih tua. Dalam tradisi orang jawa,
saya gunakan bahasa 'kakak' terhadap dia. Sebab ayah dia ialah paklong
saya. Oleh kerana kami sepupu sebelah ayah (ayah kami dua beradik
dan banjar) maka kami ikut tradisi banjar.

Read more...

Gambar Jarak Jauh

>> 21.4.11

Rumah kampung dari jarak jauh.
______________

Kalau ikut jadual, hari ni nak gi klinik untuk cabut gigi. Tapi, ada beberapa urusan mendatang. Antaranya, pergi bank hantar duit pada Anas dan membelibelah barangan dapur yang dah kehabisan.

Read more...

Cadang nak ke Kelantan

>> 20.4.11

Cadang nak ke Kelantan bawa Fawzan temuduga di USM, Kubang Kerian, pada pagi Sabtu. Tapi, setelah difikir-fikir, memandu jauh sangat ni boleh tensyen. Nanti demam pulak. Jadi, tak jadi ke Kelantan.

Petang nanti kena ke Klang Sentral beli tiket bas untuk Fawzan. Penginapan dah ditempah kejap tadi. Semoga Fawzan berjaya melanjutkan pengajian di Fakulti Sains Perubatan, USM, Kubang Kerian.

Read more...

Tak Patut serbu orang dalam bilik berkunci

>> 19.4.11

Gambar lelaki dan wanita kat atas tu terpampang di banyak media. Semua cerita mengenai mereka dicekup dalam bilik hotel di Pulau Pinang. Mereka dituduh berkhalwat.

Saya berfahaman tindakan pihak berkuasa agama ke atas mereka adalah salah dan tidak menepati syari'at Islam. Kerana, Islam melarang sesiapa sahaja masuk ke rumah atau bilik orang lain secara paksa, sama ada dengan senjata mahupun dengan kuasa-hukum. Islam juga melarang sesiapa sahaja mengaibkan orang lain tanpa bukti. Kalau pihak penguasa nak tuduh mereka berzina kenalah kemukakan empat orang saksi dengan pensyaratan yang betul. Jika tidak, penguasa itu dikira melakukan qazaf.

Kalau pihak penguasa hanya setakat tuduh khalwat sahaja, itu hanya sekadar mengaibkan. Kerana tiada nas dan tiada sunnah yang menyatakan khalwat sebagai suatu kesalahan syar'iy yang qat'iy.

Read more...

Syukur, AlhamduliLLAH

Malam tadi, sakit gigi mulai surut. Boleh rehat dengan baik dan boleh tidur dengan sempurna. Tekanan darah pagi tadi ialah 125/87. Walaupun ia gabungan yang masih anih tetapi boleh dikira ok.

Tekanan darah yang terlalu tinggi semalam adalah disebabkan oleh menahan sakit yang amat kuat, tidak cukup rehat dan tak boleh tidur.

Hari ini dan besok perlu rehat sepenuh masa. Mudah-mudahan ok dan stabil. Insya Allah, hari Khamis nak ke Klinik Kesihatan untuk cabut gigi.

Read more...

Sakit yang amat sangat, tak guna jadi samseng

>> 18.4.11

Petang semalam pergi ke nurseri di Bukit Cerakah. Kira-kira lima minit kemudian terpaksa balik. Tiga batang gigi mulai sakit. Huh, waktu malam, punyalah sakit. Sakit yang amat sangat. Tak guna jadi samseng. Kena guna Gambir Sarawak. Boleh tahan sikit.

Waktu subuh periksa tekanan darah. Wow, naik hampir sekali ganda dari biasa. Naik sampai 230/121. Terfikir, mungkin alat-periksa dah rosak. Cuba alat-periksa pada isteri. Dia ok jer. Sah, alat tu tak rosak.

10.00 pagi ke Klinik Pergigian Ikhwan, Meru. Cadang nak cabut sebatang gigi. Yang sebatang inilah ketua sakitnya. Sampai sana, dah agak, doktor tak mau cabut. Balik rumah dan tidur. Tiba-tiba, sakit lagi. Hhmmm, apa lagi? Terpaksa telan sebiji pain killer dan sebiji anti-biotik. Boleh buat posting ini.

Read more...

Gurau Malam Ahad: Tak jadi nak kawin

>> 16.4.11

Ada sorang kenalan beritahu saya:

"PR akan tambah banyak kerusi dalam PRN Sarawak. Tapi, BN tetap memerintah. Sebab, Melayu tidak akan berubah. Macam di Semenanjung juga.

Mengenai PKR? Kalau PKR boleh memerintah Sarawak kali ni, saya akan kawin dengan Elizabeth Wong by hook or by crook."
___________

Kesiaaannnn, kawan tu ...!!!
Tak jadi nak kawin ...!!!

Read more...

Lagi berita gumbira

>> 15.4.11

Sejak Fawzan selesai mengikuti kursus
Asasi Sains Gunaan, dia terus bekerja sementara
di Fizza Hut. Waktu kerjanya ialah dari jam 6.00
petang hingga 12.30 tengah malam. Jam 5.30 petang
dia mulai bergerak pergi dan jam 1.00 tengah malam
sampai di rumah. Jadi, saya terpaksa tidur lewat
menunggu dia pulang.

Semalam, Fawzan dimaklumkan berjaya untuk mengikuti
Kursus Pra-Perubatan di UiTM mulai akhir Mei ini.
Lagi setinggi-tinggi syukur kepada Allah.

Read more...

Gambar lama, cerita baru

>> 14.4.11

Bersama Fawzan terima keputusan SPM di SAS 2010.

Pada 11 April 2011 dulu semalam, Fawzan terima
keputusan yang menggumbirakan lagi. Dah selesai
Asasi Sains Gunaan dengan Str8t-As (CGPA-4).
Syukur al-hamduliLLAH.

Read more...

Seronok tengok Gambar ni

>> 13.4.11

Klik di sini.

Read more...

Nurseri baru

>> 12.4.11

Nurseri baru di Bukit Cerakah itu akan dijadikan
Pusat Pembenihan Maya, insya Allah. Kerja-kerja
permulaan boleh dikatakan OK.

Hari Ahad tadi, tanam enam pokok anggur. Semalam,
tanam lapan pokok lagi. Hari ini tadi, tanam sepokok
sahaja. Jumlahnya sudah ada 15 pokok sebagai pokok
ibu. Semua sama jenis iaitu Isabella. Buah muda
berwarna hijau. Mulai masak berwarna merah. Bila dah
cukup masak berwarna hitam. Minggu depan nak tanam
jenis-jenis lain pula.

Petang tadi semai 96 anak pohon anggur. Insya Allah,
pertengahan bulan Mei boleh dipasarkan.

Read more...

Ini Rumah tempat dibesarkan

>> 10.4.11

Walaupun saya lebih banyak hidup di perantauan
tetapi saya kira di kampunglah tempat saya dibesarkan. Atas ialah gambar rumah ayah di mana saya dibesarkan.
_____

Maaf paklong rembat gambar ni dari facebook Salwa.

Read more...

Sempat BerCicit ...?

Pagi ke Bukit Cerakah. Gotong royong bangunkan prasarana Nurseri Pohon Anggur dan Pusat Pembenihan Maya. Huh, dah tak larat buat kerja macam kawan-kawan. Faktor umur. Dah tak boleh berlagak.

Lepas makan dan solat tengahari sambung kerja. Empat kali krem kaki. Mula-mula kaki kiri, kemudian krem tu pindah ke kaki kanan. Rasa macam nak tercabut jari-jemari. Lagi faktor umur.

Petang, sampai di rumah, cucu-cucu dari Bandar Baru Nilai dah nak balik. Tak sempat bergurau dan main-main dengan zuriat.

Malam, cucu-cucu dari Bandar Seri Putra pula sampai. Huh, nasib baik dah banyak cucu. Mudah-mudahan sempat bercicit.

Read more...

Berita Gumbira

>> 7.4.11

Tengahari semalam, saya dan seorang rakan blogger bawa
mesen rumput ke kedai servis. Dah ok dan dah cuba guna.
Memang ok.

11.00 pagi tadi jumpa doktor buat medical checkup.
Medical checkup lima bulan lepas kata, ada sedikit
problem mengenai buah pinggang sebelah kanan.
Bila discan ada sebutir batu ajaib nak turun
ke pundi-pundi.

Keputusan medical checkup hari ni kata, problem buah
pinggang dulu tu dah berkurangan. Maksudnya, problem
yang kurang dan bukan buah pinggang yang kurang. Buah
pinggang sebelah kanan tu hampir pulih seperti
sediakala. Syukuuurrrrrr, alhamdulillah.

Masa borak-borak, doktor kata teruskan makan ubat itu.
Nampak memang bagus. Ha, ubat apa tu. Jawabnya ialah:
Rebusan Daun Ketumbar dicampur
dengan Rebusan Daun Parsley.

Read more...

Radio dan rancangan yang diminati

>> 5.4.11

Semasa kecil-kecil dulu tak ada radio dan jauh sekali tv. Ketika belajar di Seberang Perai, saya hanya dengar syarahan Presiden Sukarno melalui radio Indonesia. Tapi saya tak mampu beli radio. Sekadar tumpang dengar radio milik almarhum Ibrahim Libya (Memali). Saya sekelas dengan almarhum tu. Radio dia 24 jam buka setesyen Indonesia. Tunggu syarahan Sukarno. Sesekali pergi ke rumah ustaz Othman Abd. Hamid di Guar Perahu. Di situ dengar lagu-lagu Arab dari setesyen Radio Arab di London.

Bila belajar di peringkat universiti dan setelah bekerja, amat jarang saya dengar radio. Sebulan sekali pun susah. Dalam setahun tu hanya dua-tiga kali dengar sahaja. Radio dalam kereta pun tak dengar.

Bila bersara, mula dengar lagu-lagu Arab, melalui Astro. Tengok wrestling, sekali dalam seminggu, juga, melalui Astro. Kalau dalam kereta dengar Klasik Nasional. Yang banyaknya saya menonton الجزيرة dan العربية.

Semasa mem/berblog saya sambil mendengar
إذاعة الشرق لبنان atau
إذاعة الشرق الأوسط من القاهره.

Read more...

Aik, gambar saya pun ada ...?

>> 4.4.11

Ahad, 3 April 2011.
Bersama anak-anak muda dari:
Mutiara Print, TVS dan TranungKite.
Gambar oleh: Blogger Tok Ggawo

Read more...

Semalam dan hari ini

>> 2.4.11

Semalam tak keluar rumah. Cuaca panas sepanjang hari. Petang ke TESCO bawa isteri membeli-belah. Saya beli sehelai baju-t lelong RM15.00.

Hari ini, mulai jam 2.30 petang hingga petang besok, menghadiri seminar khas bloggers di KL.

Dua hari ni, pokok-pokok depan rumah akan kesunyian.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP