012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Radio dan rancangan yang diminati

>> 5.4.11

Semasa kecil-kecil dulu tak ada radio dan jauh sekali tv. Ketika belajar di Seberang Perai, saya hanya dengar syarahan Presiden Sukarno melalui radio Indonesia. Tapi saya tak mampu beli radio. Sekadar tumpang dengar radio milik almarhum Ibrahim Libya (Memali). Saya sekelas dengan almarhum tu. Radio dia 24 jam buka setesyen Indonesia. Tunggu syarahan Sukarno. Sesekali pergi ke rumah ustaz Othman Abd. Hamid di Guar Perahu. Di situ dengar lagu-lagu Arab dari setesyen Radio Arab di London.

Bila belajar di peringkat universiti dan setelah bekerja, amat jarang saya dengar radio. Sebulan sekali pun susah. Dalam setahun tu hanya dua-tiga kali dengar sahaja. Radio dalam kereta pun tak dengar.

Bila bersara, mula dengar lagu-lagu Arab, melalui Astro. Tengok wrestling, sekali dalam seminggu, juga, melalui Astro. Kalau dalam kereta dengar Klasik Nasional. Yang banyaknya saya menonton الجزيرة dan العربية.

Semasa mem/berblog saya sambil mendengar
إذاعة الشرق لبنان atau
إذاعة الشرق الأوسط من القاهره.

2 comments:

MOH KEMBARA April 6, 2011 at 8:32 AM  

Salam Prof, saya pun dah lama tak dengar radio, kecuali bila dalam keta/teksi...jadi tak bape tau perkembangan muzik tanah air. Tp masa kecik2 suka dengar radio terutama citer bangsawan!

Pengasas April 7, 2011 at 1:11 PM  

W'salam Halima,
Saya hanya sukakan lagu-lagu Arab dan lagu-lagu Sepanyol. Walaupun pernah duduk di negeri orangputih, tapi tak ada satu pun lagu inggeris yang saya suka.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP