012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Bayangan Klasik Nasional

>> 25.3.12

Sumber: Google.

Kira-kira 11.15 pagi tadi, saya dan isteri bergerak balik
kampung ziarah ayah dan makcik. Semasa dalam kereta, kami
dengar Radio Klasik Nasional.

Antara yang menarik ialah tema lagu-lagu Melayu lama yang
dimainkan. Ia membayangkan suasana dan kehidupan pada masa
itu. Tiada letrik, tiada radio dan tv, tiada telefon, tiada
kenderaan canggih, perhubungan yang terbatas dan sebagainya.

Justeru, lagu-lagu yang diputarkan ialah mengenai minum kopi
campur gula, naik sampan, cerita teruna-dara, kisah pahlawan,
rembulan, kumbang dan bunga dan seumpamanya.

Saya sempat hidup di zaman begitu. Dan saya sedang berusaha
untuk merealisasikan sebahagiannya di SantaiD'Rimba. Di situ
nanti tiada paip air dan tiada letrik. Sengaja tak mahu.

Insya Allah, masak, guna dapur kayu. Air, guna tadahan. TV
dan radio memang tak perlu. Hmmm, bila malam, lepak depan rumah
bermandikan cahaya rembulan sambil minum kopi. Kebetulan pula
SantaiD'Rimba memang jauh terpencil dari orang ramai.

2 comments:

Wak Labu Farm March 26, 2012 at 12:49 AM  

Salam Prop,

Jangan lupe jemput Wak ye,

Pengasas March 26, 2012 at 7:47 PM  

W'salam Wak-Labu,
Insya Allah ... insya Allah.
Dah terbayang betapa seronok ketika malam seperti zaman dulu-kala.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP