012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Chalet Abu Nawas

>> 15.3.12

Mula-mula nak buat chalet berbumbung atap nipah serta
berdinding dan berlantai kayu. Setelah berbincang dengan tukang,
cadangan tersebut terpaksa dipinda. Jadinya ialah atap zing,
dinding batu dan lantai simen.

Kata tukang, dalam chalet itu nanti panas berbahang. Sama ada
ketika siang mahupun di waktu malam. Kecuali jika ada kipas atau
pendingin udara.

Saya teringat istana para khalifah di zaman 'Abbasiah. Ketika itu
belum ada pendingin udara dan belum ada penggunaan letrik. Tetapi,
suhu dalam istana mereka tetap dingin.

Saya cadang tak mahu guna kipas dan pendingin udara. Malah,
tak mahu guna letrik. Saya nak cuba guna teknologi sendiri.
Mudah-mudahan tidak panas seperti yang dikatakan oleh tukang.
Hhhhmmm, macam mana tu?

Tunggu siap Chalet Abu Nawas di SantaiD'Rimba.

Sehingga tengahari tadi.

4 comments:

ISA March 15, 2012 at 11:18 PM  

Salam;

Macam pernah ku lihat.... tapi di mana yeaaaa...???

Pengasas March 16, 2012 at 6:02 PM  

W'salam ISA,
Bukan dalam mimpi ke? Kaaahhhhh, kah kah ...

MOH KEMBARA March 16, 2012 at 9:23 PM  

Salam Prof,

Negeri deme tu panas kering dan humidity tak tinggi, ada musim dingin pulak. Gini prof, cer tutup zink tu dgn atap nipah, kurangkan panahan matahari, baru tak bape panas kot...cadangan jer prof. Tp yg saya perati kalau kita dok bawah pokok, kan tak panas, jadi boh atap nipah atas zink tu, double jadinya tp dah kata tak mau pakai kipas atau aircon.

Pengasas March 18, 2012 at 12:58 PM  

W'salam Halima,
Atap nipah yang jadi masalah tu. Atap nipah untuk sebuah chalet menyamai zing untuk tujuh buah chalet. Atap nipah dah jadi emas sekarang ni. Begitu juga papan.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP