012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Alhamdulillah, selamat ...

>> 31.7.13

Gambar hiasan: Google.

Sebentar tadi dapat berita dari Kelantan.
Alhamdulillah, menantu kami di Kuala Kerai
selamat melahirkan anak perempuan. Ini ialah
cucu kami yang ke-7 (yang ke-2 perempuan).

Insya Allah, kami akan ke Kelantan paling
lewat beberapa hari selepas hariraya.

Read more...

Sedang fikir-fikir ...

Sumber ...

Sedang fikir-fikir:
- Nak dibuat apa?
- Nak dimakan bila?

Ada apa-apa idea?

Read more...

Yang mana lebih terkenal?

>> 30.7.13


Yang mana lebih terkenal?
Yang dalam gambar atas atau gambar bawah?


------
Sumber gambar: Google.

Read more...

Nak Berendam?

>> 29.7.13

Air tadahan di kebun.

Dalam setiap bulan Ramadhan, Allah kurniakan pelbagai
perkara dan banyak nikmat kepada yang berpuasa. Antaranya,
kesihatan yang lebih dan rezeki yang berkat. Termasuk
juga semua air mandian menjadi dingin. Dingin lebih
nikmat dari sejuk di musim sejuk.

Air dingin adalah satu dari beberapa bahan untuk
menyegarkan badan. Jadi, suatu masa nanti saya
nak cuba berendam. Nak berendam?

Read more...

Cendol Timun

>> 28.7.13

Gambar isi dan biji Timun Suri.

Dalam bulan Ramadhan, ramai yang jual buah
timun suri. Ia diparut halus seperti cendol,
dibubuh santan atau susu dan ditambah dengan
air gula kabung. Wow. Memang syiok.

Read more...

Wow. Besok hari yang seronok

>> 26.7.13

Faridul Fawzan.

Malam ini, Anis dan Lily serta anak-anak akan sampai,
insya Allah. Besok, Faridul Farhan dan Nur Hanani serta
anak-anak akan sampai. Faridul Fawzan juga, insya Allah,
akan tiba. Anas memang setiap minggu balik ke rumah.

Maksudnya, besok, semua anak, dua menantu dan semua
cucu akan berkumpul di rumah. Tentu meriah dan seronok.
Macam suasana raya. Tapi, pada hari raya nanti dua anak,
dua menantu dan tiga cucu akan beraya di Kelantan.
Giliran raya tahun ini begitu adanya.

Read more...

Plum baru tumbuh

>> 24.7.13

Lepas solat subuh terus berada depan
rumah. Buat kerja-kerja PTL. Banyak perkara
yang perlu dibuat. Antaranya, kemaskini semaian
biji Plum yang mulai tumbuh sejak semalam.

Semaian Tumpang juga mulai tumbuh. Gambarnya,
insya Allah, akan disiarkan beberapa hari lagi.
Sekarang masih terlalu kecil.

Read more...

Nafsu ya Nafsu

>> 23.7.13


Nak buat jus untuk berbuka puasa.
Ragu-ragu: Jus ciku atau jus mangga?
Ghairah: Jus ciku dan jus mangga.
Anda?: ...?

Read more...

Wow. Semaian Tumpang

>> 21.7.13

Gambar di PTL.

Gambar: Kiri, paling jauh ialah pasu pohon anngur.
Dalam pasu itu kelihatan beberapa pasu kecil semaian
bunga matahari. Tengah, pasu (plastik hijau) pokok zaitun.
Dalam sekitar pasu itu juga disemai sedikit benih ulam
jarjir. Dalam pasu paling kanan ialah pokok Granny Smith
apple. Dalam pasu itu juga disemai empat biji bawang besar
Dalam pasu-pasu lain ialah pokok pear jenis Packham dan
pokok terung. Di dalam pasu-pasu itu juga disemai
beberapa butir benih kangkong.

Alhamdulillah, dalam kawasan terhad dan jumlah
pasu yang sedikit kita dapat banyak manfaat.
Inilah kaedah Semaian Tumpang.

Read more...

Program hidup cara lama

>> 20.7.13

Gambar hiasan. Google.

Gambar hiasan. Google.

Hari ini Sabtu. Di kebun dari 7.18 hingga 10.43 pagi.
Tengahari, balik kampung, berunding dengan adik bungsu
nak JV pelihara ayam kampung, itik air dan ikan sawah.
Insya Allah, lepas Ramadhan bincang lanjut.

Projek ini adalah sempena dengan kisah:
Belanja almarhum ibu-ayah menunai haji kali pertama
adalah hasil jualan itik dan telur, ayam dan telur, ikan,
pokok tebu, buah tomato, buah labu serta upah menjahit
pakaian. Alhamdulillah, mereka hidup tanpa berhutang
walau satu sen pun. Malah meninggalkan harta untuk
anak-anak. Semoga ibu-ayah kekal bahagia. Aamiin
ya Rabbal-'alamiin!!!

Read more...

Daging tak ada di laut

>> 19.7.13


Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ini belum
beli sayur atau ikan di pasar. Bahan-bahan dan
perencah masakan sahaja yang dibeli dari sana.
Sayur dan ulam memang banyak di kebun.

Ikan laut, beli di jeti-jeti tepi pantai.
Daging, di kebun tak ada dan di laut pun
tak ada. Kenalah beli di pasar-pasar.

Hari ini, kali pertama petik daun turi atau geti
yang ditanam sendiri. Mudah-mudahan halal lagi
berkhasiat (Halalan Toyyiban).

Read more...

Video ini banyak beri idea kepada saya

>> 18.7.13



Selamat menonton ...

Read more...

Semua sedap dan berkhasiat

>> 17.7.13

Semalam, sedekah pucuk ubi, kacang bendi, terung
bulat, ulam raja dan pucuk janggus kepada jiran-jiran
di kiri-kanan dan depan rumah. Semua itu masih berbaki
di dapur. Hari ini, isteri tambah dengan tuaian baru
pula. Dah jadi bertimbun ulam dan sayur di sudut
dapur. Susah pula nak pilih yang mana untuk di-
masak petang ini. Semua sedap dan berkhasiat.
Semua tak guna baja atau racun.

Sebahagian tuaian hari ini.

Read more...

Nasi Arab+Melayu dan Jus Cherry

>> 16.7.13

Gambar hiasan. Google.

7.13 pagi dah sampai di SantaiD'Rimba. Hanya buat
satu kerja sahaja. Memotong rumput dengan mesin. Lepas
tu, rehat dan mandi. 11.57 mulai bergerak pulang.

Lepas zuhur, pergi Giant. Cari daging dan bahan-
bahan nak masak nasi Arab+Melayu. Beli buah cherry
untuk buat jus berbuka. Insya Allah, untuk sahur
nanti jus kurma madu pula. Alhamdulillah ...

Read more...

Makanan Sahur

Gambar hiasan. Google.

Sahur pagi ini ialah sedikit nasi tanpa lauk, lima
butir buah kurma, secawan teh-o dan dua potong tembikai.
Insya Allah, cukup untuk berpuasa hari ini.

Makluman ...

Read more...

Wow. Salam ya Salaaamm

>> 15.7.13

Pagi, PTL di halaman rumah. Tengahari ke
nerseri-neseri di Sg. Buloh. Beli pokok Salam.
(Gambar kat bawah. Baru dipasukan).



Lepas zuhur hingga 4.30, sambung PTL. Banyak
perkara telah diselesaikan. Besok, subuh-subuh
lagi nak ke SantaiD'Rimba. Kali terakhir ke
sana ialah pada pagi Jumaat.

Makluman ...

Read more...

Wow ... Blackberry dan Raspberry

>> 14.7.13


Sabtu. Lepak di rumah. Pergi Tesco dan beli
bahan-bahan lauk untuk berbuka. Anis sekeluarga
akan berbuka sama.

Ahad. Buat kerja-kerja PTL (Pertanian Tanpa
Ladang). Gambar paling atas: Cambah benih pokok
Raspberry (kiri) dan cambah benih pokok Blackberry
(kanan). Gambar di bawahnya: Cambah benih Gold
Kiwi. Semua itu untuk tempahan tahun 2012.

Read more...

Pecut awal subuh

>> 13.7.13

Juma'at. Lepas solat subuh pecut lebih laju
ke kebun. Sampai di sana jam 7.04. Macam hari Khamis
juga bersih dan gembur tanah, kemudian tanam enam
batang benih ubi kayu pikul (merah). Isteri tanam
benih labu. Nak makan pucuk, katanya.

Setelah bersihkan depan SantaiD'Rimba, kami buat
keputusan untuk segera pulang. Lepas Juma'at nak
jemput Anas dari kolej. 10.36, kami bergerak
pulang. Juma'at dalam qariah.

Antara hasil kerja pagi Juma'at.

Read more...

Hebat tapi menyebabkan batu karang

>> 11.7.13

Buah tomato memang hebat khasiatnya.
Masa muda dulu saya amat gemarkannya. Namun,
waktu akhir-akhir ini saya kurangkan memakannya.
Sebab, beberapa doktor kata ia menyebabkan
batu karang. Insya Allah, besok nak semai
beberapa pokok.

Read more...

Usah terlalu ghairah

Rabu. Lepas solat subuh, terus pecut ke SantaiD'Rimba.
Sampai di sana jam 7.24. Muhasabah sekitar bangunan, berfikir
dan buat keputusan. Ok. Baik dan sesuai untuk buat kerja.

Isteri buat kerja di zon lain. Saya hanya bersihkan
tapak dari rumput dan membuat gemburan tanah. Kemudian
tanam enam batang benih ubi kayu pikul (merah). Cukup.
Warga emas bekerja, tak boleh ghairah. Enam batang sekali
tanam, kalau lima kali, dah 30 batang. Cukup. Badan dah
berpeluh, ubi sudah ditanam dan puasa pun selamat.
Jam 9.28 bergerak pulang.

Keratan benih pokok Sutera.

Beberapa hari lagi nak tanam benih pokok sutera ini
di sekitar kolam ikan. Daun-daun pokok sutera boleh
dicampur dengan ubi kayu untuk makanan ikan. Hmm,
ikan jadi lebih sihat dan selamat. Selain itu, kita
pun tak keluar belanja. Semoga berjaya!!!

Read more...

Ikan darat dan pokok sutera

>> 9.7.13

Atas: Kolam yang digali pada hari Jumaat
tadi. 12kaki x 50kaki luas dan 10kaki dalam. Kolam
ini untuk saya pelihara ikan darat. Di sekelilingnya
akan ditanam pokok sutera. Daun sutera amat baik
dijadikan makanan ikan. Semoga berjaya.

Makluman ...

Read more...

Sebelum Subuh

>> 7.7.13

Sabtu, 4.36 subuh, mulai bergerak ke Perak.
Anas ke majlis anugerah kecemerlangan di MCKK.
6.08, berhenti di R&R, solat subuh.

4.16 petang, sampai di rumah.
Alhamdulillah!!!

Read more...

Wow ... Timun Tikus

>> 4.7.13

Tengahari, balik kampung. Urusan nak buat tambak
rumah, kolam ikan dan kawasan tanam keladi. Insya Allah,
besok, jentera akan memulakan kerja-kerja itu.

Semasa pulang, singgah di SantaiD'Rimba. Tak lama.
Hanya kira-kira 10 minit sahaja. Sempat rakam gambar
buah dan pokok timun tikus. Tak pasti, sama ada buahnya
boleh dimakan oleh manusia ataupun tidak.

Read more...

PTL: Bawang dan Jarjir

>> 1.7.13

Renovate rumah yang bermula sejak Selasa dah
selesai petang tadi. Setelah pekerja bersurai, saya semai
beberapa bawang besar dan benih jarjir dari Jordan.
Hhmmm, tak lama lagi, nyam nyam lah hasilnya.

Benih Jarjir Jordan.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP