Daging tak ada di laut
>> 19.7.13
Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ini belum
beli sayur atau ikan di pasar. Bahan-bahan dan
perencah masakan sahaja yang dibeli dari sana.
Sayur dan ulam memang banyak di kebun.
Ikan laut, beli di jeti-jeti tepi pantai.
Daging, di kebun tak ada dan di laut pun
tak ada. Kenalah beli di pasar-pasar.
Hari ini, kali pertama petik daun turi atau geti
yang ditanam sendiri. Mudah-mudahan halal lagi
berkhasiat (Halalan Toyyiban).
0 comments:
Post a Comment