Program hidup cara lama
>> 20.7.13
Gambar hiasan. Google.
Hari ini Sabtu. Di kebun dari 7.18 hingga 10.43 pagi.
Tengahari, balik kampung, berunding dengan adik bungsu
nak JV pelihara ayam kampung, itik air dan ikan sawah.
Insya Allah, lepas Ramadhan bincang lanjut.
Projek ini adalah sempena dengan kisah:
Belanja almarhum ibu-ayah menunai haji kali pertama
adalah hasil jualan itik dan telur, ayam dan telur, ikan,
pokok tebu, buah tomato, buah labu serta upah menjahit
pakaian. Alhamdulillah, mereka hidup tanpa berhutang
walau satu sen pun. Malah meninggalkan harta untuk
anak-anak. Semoga ibu-ayah kekal bahagia. Aamiin
ya Rabbal-'alamiin!!!
1 comments:
Al-Fatihah. Kasih sayang keduanya hingga ke syurga hendaknya.
Post a Comment