012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

PTL aktif semula

>> 30.6.13

Secara astronominya, awal Ramadhan di Malaysia
tahun ini ialah pada hari Selasa, 9 Julai 2013. Sempena
Ramadhan itu nanti saya dan isteri akan mengurangkan
aktiviti perkebunan di SantaiD'Rimba. Sebaliknya, kami
akan melebihkan aktiviti PTL (Pertanian Tanpa Ladang)
di hadapan rumah sahaja.

Petang Jumaat, dulu semalam, saya aktifkan semula PTL
dengan menyemai sayur bayam. Pagi tadi dah mula tumbuh.

Bayam mulai tumbuh.
Alhamdulillah!!!

Read more...

Oooiiiiii, teruknya

>> 25.6.13

Gambar hiasan. Google.

Isnin, ke kebun. Cadang nak buat kerja. Dah lebih
dari seminggu badan tak keluar peluh. Namun, cadangan
terpaksa dibatalkan. Jerebu amat teruk. Bukan sahaja
merata dalam kebun tapi juga mendap di celah-celah
rumput atas tanah. Kira-kira 20 minit kemudian,
cau balik. Rasulullah pernah mengingatkan kita
tentang jerebu dari arah barat di akhir zaman.
Maha Suci Allah dan amat benar Rasulullah.

Read more...

Memang cantik dan sedap

>> 23.6.13

Sabtu. Tengahari, balik kampung sekejap. Tinjau
tempat nak buat tapak rumah. Terpaksa tangguh pelaksanaan
hingga ke tahun hadapan. Masalah teknikal.

Bincang nak dapatkan burung wak-wak. Perlu ada lesen.
Insya Allah, jika ada kemahuan maka adalah jalan.

Memang cantik dan sedap.

Read more...

Errrkkkk, alhamdulillah

>> 21.6.13

Jumaat. Cuti.
Ronda-ronda di daerah internet dan tertarik pada:

Burung Wak-wak

Burung Ayam-ayam

Ayam Hutan

Ideanya, dua-tiga hari lagi nak balik kampung cari siapa
yang ada lesen berkenaan. Buat tempahan beberapa ekor untuk
jamuan anak-cucu semasa raya nanti. Hhmmm, nyam nyam ...
Errrkkkk, alhamdulillah ...

Read more...

Nampak macam cantik

>> 19.6.13

Dah lama tak ke kebun. Siang-malam di samping isteri.
Dia demam. Beberapa doktor (termasuk anak sendiri) dah cuba
rawat, tapi belum sembuh sepenuhnya. Itu antara bukti kuasa
mutlak Allah SWT. Dan begitulah kehidupan warga-emas.

Di waktu siang, kami hanya berdua. Lima anak bekerja;
dan dua lagi sedang belajar. Adapun bekerja itu kewajiban;
dan belajar itu perjuangan. Semua itu untuk masa hadapan.

Sambil itu, saya berinternet. Antara yang ditemui ialah
gambar yang terpampang di bawah. Sumber dari bro-Google.
Mungkin ada kaitan dengan perkara ini.

Nampak macam cantik.

Read more...

Digemari dan digerami

>> 17.6.13


Yang di atas itu Puyuh.
Yang di bawah ini Sintar.
Digemari dan digerami.

Read more...

Model Pilihan

>> 14.6.13

Sumber: Google

Sejak Anas masuk UiTM, cuti Jumaat dah jadi
macam wajib. Tak boleh gi kebun atau ke mana-
mana. Sebab, jam 3.00 lepas solat, ambil dia
dari kolej. Hari Ahad, hantar semula. Inilah
akibat rumah terlalu dekat dengan kolej.

Besok, cadang nak buat perkara dalam gambar
kat atas tu. Dah lama geramkan puyuh, sintar
dan lain-lain burung di kebun. Kalau siap,
boleh bawa ke kebun pada Isnin nanti.
Semoga berjaya dan berhasil.

Read more...

Mudah-mudahan jadi realiti

>> 12.6.13

Rabu. Pagi, balik kasmpung. Bincang dengan adik
mengenai cadangan hendak buat tambak rumah dan urusan
tanah waqaf surau. Tengahari, ke SantaiD'Rimba.

Di kebun, bersihkan tapak untuk tanam ubi kayu kuning
dan pindahkan pokok delima madu ke tanah.

Wow. Berbunga ketika umur 10 bulan.

Read more...

Rest house di kawasan sawah

>> 10.6.13

Sebelah kanan, di celah pokok-pokok, kelihatan
rumah almarhum ibu-bapa kami. Kini, ia didiami oleh adik
bungsu kami. Sebelah kiri, dicelah pokok-pokok; berhampiran
jalan besar ialah sebuah surau. Di sebalik pokok-pokok itu
ialah tanah sawah panggu pusaka untuk saya. Saya minta
adik bungsu usahakan sawah ini.

Sejak seminggu yang lalu, saya asyik memikirkan tanah
panggu ini. Terfikir nak buat tambak rumah; dan beberapa
bulan kemudian buat rumah dari kayu-kayu second-hand.
Mungkin dengan special design.

Jika fikiran ini jadi realiti, boleh lepak-lepak dan
rehat-rehat di kawasan sawah pula. Lagipun, di sinilah
kami dibesarkan. Secara khusus, saya mula ke kawasan
ini sejak ia masih hutan belukar lagi.

Read more...

Anak cuba mengatasi ayah

>> 9.6.13

Gambar hiasan. Google.

Ahad, jam 11.42 tengahari, Dzul (anak ke empat kami)
bergerak dari Kuala Kerai, Kelantan. Sampai di Kapar
jam 6.05 petang. Jarak sejauh 432km. Menariknya, dia
menunggang motosikal Yamaha 135LC. Perbelanjaan petrol
hanya kira-kira RM19.00 sahaja.

Wow, dari aspek kejauhan, dia sudah mengatasi rekod
yang pernah saya cipta. Namun, dari aspek usia, dia
belum mengatasi. Syabbas, anak abah.

Read more...

Taganang Wayah Bahari

>> 8.6.13


Taganang wayah bahari.
Wayah ulun kanakan.
Baras tumbuk balauk wadi.
Kanyang pang kada bakuahan.

Read more...

Makanan Para Rasul tentulah yang terBest (Edited)


Makanan Para Rasul tentulah yang terBest.

Sepenuhnya .....

Read more...

Kerja Remeh

>> 6.6.13

Bakawali atau Patawali?

Khamis. Di SantaiD'Rimba. Buat kerja-kerja remeh.
Antaranya, pindahkan pokok bakawali ke atas tanah,
anak sweet cherry ke dalam pasu dan mengemaskini
zon penyemaian. Petang, cabut ubi kayu kuning.
Insya Allah, hari Isnin, akan ke sana lagi.

Read more...

Wow ...! Terduduk ...?

>> 4.6.13

Pagi tadi, hanya kami (saya dan isteri) di rumah.
Anas dah masuk UiTM semalam. Dua abang bujang dia pergi
kerja. Biasanya pulang awal malam.

Jam 10.30, kami bergerak ke kebun. Saya hanya tolong
isteri cabut ubi kayu. Dapat 51kg. Insya Allah, esok
ke kebun lagi. Ada projek baru.

Isteri cabut ubi hingga terduduk.
Kaahhh, kah kah ....

Read more...

Semoga berjaya dengan cemerlang

>> 3.6.13

Kanan (putih): Khairul, Anas dan Zahid.

Alhamdulillah, Anas telah mendaftar Asasi Sains UiTM,
Puncak Alam. Kolej, sebilik dengan kawannya semasa di MCKK.
Khairul, sepupu Anas, juga telah mendaftar. Semoga mereka
berjaya dengan cemerlang. Aamiin yaa Rabbal 'aalamiin!

Read more...

Kisah keluarga

>> 2.6.13

Anas dan kawan

Minggu lepas, tengahari Ahad, tiba-tiba tiga orang
cucu (Nasrul Farhan, Fathul Farhan dan Abdul Qayyum
Farhan) datang. Lewat petang mereka pulang.

Minggu ini, awal malam tadi, tiga cucu (Muhammed
Naufal, Muhammed Dzakuan dan Izzatul Husna) pula
datang. Malam nanti, adik sekeluarga dari Kedah
juga dijangka datang. Wow, tentu meriah.

Besok, kami ke UiTM Puncak Alam untuk mendaftar
Anas dan Khairul. Mereka, bersepupu, akan belajar
di sana. Semoga berjaya, insya Allah.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP