012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Anak Pokok Blackberry

>> 30.8.14

SDR dan PTL. Sekarang, banyak kerja tertangguh.
Gambar atas, semaian blackberry sudah bercambah penuh.
Mesti diubah ke dalam bekas berasingan supaya mereka
terus membesar. Bila besar mereka akan berbuah.
Saya tak kisah mengenai buah, tetapi mengenai
daun-daunnya. Baik dibuat teh.

Read more...

Makan Sedap atau Sedap Makan

>> 28.8.14

Sepinggan nasi putih, seekor sepat pekasam
goreng, sebiji buah putat yang dipotong-potong,
dua papan kacang kelisa, tiga ulas ubi kunyit muda
dan sedikit sambal belacan untuk makan tengah
hari semalam. Tanpa kuah. Alhamdulillah,
cukup sedap dan sungguh lazat.

Read more...

Wow .. Teh Daun Pokok Tin (Edited)

>> 27.8.14

Alhamdulillah, dah siap memproses teh daun
pokok tin. Kali ini guna uncang dari Jepun. RM5.00
sebanyak 20 uncang. Dalam satu uncang diisi dua
sudu besar daun teh-tin dan lima kuntum
bunga cengkeh. Ini untuk satu cerek.

Read more...

Wow ... Separuh Bogel?

>> 26.8.14

Di PTL. Gambar sebahagian anak-anak pokok tin.
Kelihatan mereka separuh bogel kerana daun-daun
matang telah dituai untuk dijadikan teh. Hhmm,
wangi, sedap lagi menyegarkan. Jom cuba!!!

Lagi info di sini ... dan di sinun ...

Read more...

Anak Pokok Durian Belanda

>> 25.8.14

Di SDR. Hujan renyai sepanjang hari.
Seronok berehat di sini. Aman, tenang
dan harmoni. Sebelum bergerak pulang
sempat kemaskini anak pokok durian
belanda. Durian Belanda?

Read more...

Pokok Tin dan Pohon Zaitun

>> 24.8.14

Tin dan Zaitun disebut dalam al-Qur^an.
Ada failasuf mentafsirkan, kedua-duanya
yang hidup dari biji ibarat kejadian Adam
(a.s.); dan yang hidup dari ranting ibarat
kejadian Hawwa (r.a.). Masing-masing dengan
keistimewaan sendiri. Namun, tidak kedua-duanya
mempunyai kelebihan. Jadi, yang manakah ada
kelebihan? Jawabannya juga ada dalam
ayat-ayat al-Qur^an.

Read more...

Menyemai Biji Buah Zaitun

>> 23.8.14

PTL. Menyemai 30 biji buah Zaitun Hindi muda.
Dilembabkan dengan hormon GA, ppm yang tinggi.
Jika ada rezeki, tumbuhlah ia. Namun, Allah
Maha Kaya, Maha Pemurah lagi Maha
Pemberi. Aamiin!!!

Read more...

Menyemai Tin jenis Black Evita

>> 22.8.14

Di PTL. Menyemai sedikit benih pokok tin jenis
Black Evita. Giliran akan menyusul ialah Black
Bursa. Kemudian, diikuti oleh White Ghazzah.
Semoga berjaya. Amin ya Rabbal-'alamin.

Read more...

Menyemai Keratan Batang Zaitun Hindi

>> 20.8.14

Alhamdulillah, 9 keratan batang Zaitun Hindi
telah disemai secara tradisional. 3 batang lagi
akan disemai secara spara-saintifik, esok.
Insya Allah, akan ada koleksi baru.

Read more...

Benih Tin Ghazzah Putih dan Zaitun Hindi

>> 18.8.14

Petang tadi amat gumbira. Gembira pertama kerana
dapat sedikit benih pokok tin jenis Ghazzah Putih
(White Ghazzah). Gembira kedua kerana dapat 12
keratan batang pokok zaitun jenis buah kecil
iaitu Zaitun Hindi (Olea ferruginea).
Alhamdulillah!!!

Read more...

Gambar ini bercerita

>> 16.8.14

Aik? Apa dah jadi?

Pagi tadi ke SDR sebentar. Ada beberapa
bukti ribut kuat sebelum ini. Beberapa pokok
sawit dari kebun jiran turut tumbang.

Read more...

Alhamdulillah, Fawzan pun gumbira

>> 14.8.14

Fawzan sedang dalam elective posting di National
Transplant Resource Centre (dulu tempat abang
dia Anis bertugas). Nampak dia juga gembira
dan syukur dalam semua keadaan.
Syukur kami ya Allah!!! ...

Read more...

Alhamdulillah, kami sungguh gumbira

>> 13.8.14

Alhamdulillah, kami sungguh gumbira
kerana Anas (bungsu) telah ditawarkan
melanjut pengajian untuk MBBS mulai 01
September, 2014 ini. Anas gembira kerana
cita-citanya untuk belajar perubatan mulai
tercapai. Syukur kami ya Allah!!!

Read more...

Hahhaaa, apa ni? (Perbaharu Tarikh)



Antara khasiat teh daun pokok tin
di sini ... dan di sinun ...

Read more...

Seronok kerja di SDR

>> 11.8.14

Hari ini ke SDR. Cuaca redup dan berangin.
Seronok buat kerja. Antara yang dilakukan ia-
lah tolong isteri semai benih berbagai jenis
kurma (Ajwa, Barari, Lamry dan Fard).

Read more...

Wow, dapat anak lagi

>> 10.8.14

Wow, dapat anak lagi.
Kali ini, anak pokok ciku king.
Seronok, semaian bercambah baik.
Alhamdulillah!

Read more...

Suatu Sudut Pokok Tin dan Pohon Zaitun

>> 7.8.14

Gambar suatu sudut di PTL pagi ini 7 Ogos 2014.
________________

Isnin, Selasa dan Rabu berturut-turut ke SDR.
Kemaskini zon baru untuk semaian. Semalam, isteri
menyemai 46 benih kurma deglet nour (tangkai atau
an-nur). Minggu depan akan semai beberapa jenis
yang lain pula. Semaian gold kiwi pun mulai
membesar. Perlu diubah ke dalam bekas
yang lebih besar dan berasingan.

Read more...

Projek Baru: Jarjir

>> 3.8.14

Petang 01 Ogos menyemai biji Jarjir. Petang
semalam, 02 Ogos, semaian itu mulai bercambah
(gambar atas).

Sebentar tadi menyemai lagi (gambar bawah).
Besok atau lusa tambah lagi semaian. Projek
ini untuk memperbanyak benih Jarjir di Malaysia.
Semoga berjaya. Amiin ya Rabbal-'alamiin.

Info? Di sini dan di sinun ....

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP