Beberapa ratus anak pokok kurma dari
berbagai jenis telah berpindah ke Kuantan.
Para peminat pokok yang inginkan maklumat
mengenainya boleh hubungi Puan Fatimah,
di 014 502 5080.
Read more...
Jumaat, cuti besar. Rehat-rehat di PTL
dan ternampak sebatang tut zaitun berakar
banyak. Potong dan tanam dalam pasu (gambar).
Subhanallah wal-hamdulillah ...
Read more...
Petang tadi ke kedai Arab Suria. Membeli-
belah bahan makanan untuk seminggu. Sempat
juga beli minyak biji anggur keluaran Turkey.
Saja beli. Harganya RM10.60 termasuk GST.
Sedikit info ...
Read more...
Lepas zuhur ke SDR. Sampai balik di
rumah ketika azan maghrib. Di SDR sempat
ambil umbut kelapa. Memang tanam kelapa
untuk dapatkan umbut. Umbut kelapa
memang susah nak dapat dan
mahal harganya.
Read more...
Selasa, pagi. Suntik hormon bunga dan
buah pada semua semaian Alphonse lavallee.
Lepas zuhur nanti, in sya Allah, ke SDR.
Antara kerja penting ialah meninjau
lokasi Zon Pohon Anggur.
Read more...
Keratan cabang Alphonse Lavallee yang
disemai pada 19 Mei, 2015 mulai bertunas.
In sya Allah, mulai 19 Jun, 2015 boleh
dipindahkan ke dalam bekas berasingan.
- Semaian terawat.
Read more...
Alhamdulillah! Saya sudah aktif semula
dalam bidang Pokok Anggur setelah berehat
selama kira-kira 10 tahun (sejak 2004).
Pada 19 Mei yang lepas saya menyemai
70 batang keratan terawat untuk
tanaman di PTL dan SDR.
Pemasaran anak pokok serta kursus pengurusan
pohonnya, in sya Allah, mulai awal 2016.
Read more...
Sabtu. Pagi lagi dah sampai di SDR. Menyemai
kira-kira 300 benih delima madu. Kemudian, tanam
ubi kayu putih 6 batang, ubi kayu merah 4 batang,
ubi kayu pulut 4 batang dan ubi kayu kuning
6 batang. Ubi kayu ekor kuda? Belum.
Read more...
Pokok peria katak.
Pokok kacang botor.
Semalam, lepas zuhur bergerak ke SDR. Bersihkan
Zon Tumbuh Sendiri. Maksud saya, zon pokok sayur
tumbuh sendiri tanpa disemai. Antaranya peria katak,
kacang botor, terung pipit dan kacang bendi.
Read more...
Lepas solat zuhur terus bergerak ke
Sekinchan. Beli mesin potong rumput yang
terbaik di kedai itu. Di SDR ia dirasmikan
penggunaannya oleh isteri (gambar). Jam
6.37 petang kami bergerak pulang.
Read more...
Gambar: Google
Sebelum sarapan pagi ini semai 25 butir
biji benih terung putih. Semoga bertunas
dan dapat dimanfaatkan.
Read more...
Dalam minggu pertama Ogos 2014 saya menyemai
banyak benih Jarjir. Tujuannya termasuk
memperbanyakkan benih. Namun, projek itu terbengkalai
kerana gangguan ramai anak kucing. Mereka jadikan tapak
semaian sebagai tempat pelaburan mereka. Hari ini,
saya laksanakan semula projek itu dengan membuat
sungkupan daripada dawai. Mudah-mudahan bapak
dan datuk-nenek kucing tidak mampu
mengganggu projek ini.
Read more...
Khabarnya, sekarang ini ada pakej mandi
air ubi bemban untuk tujuan perubatan. Berubat
penyakit lahir dan merawat sakit batin. Pakej mandi
tersebut untuk tiga hari dengan harga RM7,000.00
termasuk jampi dan serapah. Kononnya, supaya
ia jadi Perubatan Islam. Kaahhh, kah kah.
Cekik jangan tak cekik wahai penjual
agama.
Read more...
Rabu. Sepenuh masa di PTL. Yang
terpenting, menyemai benih Delima
Madu dan benih Pokok Za'faran. Semoga
Allah kurniakan kejayaan.
Read more...
Hari ini, Jumaat, 010515. Sepohon pokok
zaitun dipisahkan dari pokok induknya. Ini
adalah pokok zaitun tut pertama dalam tahun
2015. Sepatutnya, pokok ini dipisahkan pada
050515. Namun, atas sebab-sebab tertentu
maka ia dipisahkan hari ini, iaitu empat
hari lebih awal.
Subhanallah wal-hamdulillah ...
Read more...