012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Mengubah Semaian Di Waktu Malam

>> 6.9.08

Sabtu 6 Ogos:

Hari ini semua anak dan cucu ada di rumah, kecuali Dzul di USM dan Anas di MCKK. Aku hanya tidur kerana kepuasan berjaya melahirkan pohon kiwi versi Malaysia yang mampu berbunga seawal 18 bulan dari mula menyemai biji.

Malam, mulai pukul 10.00 hingga 11.40 mengubah semaian anak pohon kiwi. Dapat 82 pohon. Cadang nak kerja sampai sahur, tapi tak larat. Letih. Kerja malam begini dikira ibadat juga. Niat, cara dan tujuan memenuhi syarat-syarat ibadat. Insya ALLAH sambung kerja pada malam-malam akan datang.

Read more...

Hari Yang Amat Bersejarah

Juma'at 5 Ogos 2008.

Hari ini aku amat gembira. Kerana, kajian dan percubaan melahirkan baka Golden Kiwi telah berjaya. Berjaya melakukan pembenihan, pembiakan dan pembungaan pohon Golden Kiwi Versi Malaysia. Ia berbunga lebih awal dari percubaan asal di New Zealand. AlhamdulilLAH. Penat-lelah selama ini tidak sia-sia. Wang-ringgit yang dihabiskan selama ini tidak membazir. Cerita khusus mengenainya

Pohon Kiwi Di Malaysia

Di KPT, mengemaskini anak pohon anggur untuk pesanan dari seorang peminat pohon anggur di Ulu Klang. Maklumat lanjut

Pengurusan Pohon Anggur


Read more...

Kerja Luar Biasa

>> 4.9.08

Kira-kira jam 10.25 pagi dapat call dari Wah mengatakan dia berada di Klinik Suria Shah Alam pasal jatuh motosikal. Bila kami sampai, doktor dah periksa. Dia suruh x-ray dan jumpa doktor di Poliklinik Shah Alam. Sampai situ, kaunter dah tutup. Kena tunggu jam 2.30 petang. Lepas x-ray, doktor suruh ke Bahagian Kecemasan Hospital Tungku Ampuan Rahimah, Klang.

Sampai HTAR, doktor suruh daftar masuk wad. Setelah beberapa proses aku balik rumah untuk berbuka dan hantar isteri serta cucu. Kira-kira 5 minit setelah sampai rumah, Wah call pasal doktor nak bagi maklumat. Sebaik berbuka terus ke sana semula. Keputusan doktor ialah suruh balik rumah. Tulang selangka yang paling atas sebelah kiri dah patah. Bahu pula berubah kedudukan. Doktor kata tak ada ubat selain ubat tahan sakit. Hmm, hampir sehari kelamkabut, rupa-rupanya tak ada ubat. Tapi tak mengapa. Di rumah tadi aku dah buatkan ubat untuk patah tulang. Homeopati ada ubat patah tulang.

Dari hospital, terus ke Shah Alam tengok motosikal. Ashraf bawa perlahan-lahan ke rumah biras (Dato' Mohd. Tamyez, Mufti Selangor). Jadinya, Wah balik dan motosikal menumpang di rumah maktehnya. Pukul 11.23 malam, sampai rumah.

Itulah kerja luar-biasa hari ini.

Read more...

Awal Ramadhan Yang Sungguh Indah

>> 1.9.08

Hari ini awal berpuasa Ramadhan. Keadaan, mendung dan diselang-seli dengan beberapa kali hujan. Lepas asar ke kebun meninjau keadaan di sana. Tiada kerja perkebunan dilakukan. Semasa balik, singgah di Kapar. Seorang sahabat keturunan Cina hadiahkan buah tembikai, sebelah. Untuk berbuka puasa, katanya.

Maghrib pun tiba. Berbuka dengan 3 biji kurma Safavi dan secawan kecil air tebu. Solat maghrib, kemudian makan. Sungguh nikmat dan seronok pada hari pertama Ramadhan ini. Semoga berkekalan sampai bila-bila.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP