Semalam, Khamis. Lepak dan tidur sampai
tengahari. Buat beberapa kerja rumah. Fikir-fikir
nak berhari-raya di mana tahun ini. Kali pertama
berhari-raya tanpa emak dan ayah. Sekarang dah
jadi yatim-piatu.
Hari ini Jumaat. Lepas solat subuh dah bergerak ke
kebun. Tanam beberapa rumpun sayur petola. Sebelum
balik sempat menabur biji ulam Jarjir.
Sempena dengan program Islam supaya umatnya
berjimat di bulan Ramadhan maka menu makanan hari
ini ialah sayur labu masak tumis, ikan pekasam goreng,
kacang panjang celur dan sedikit sambal. Hhmm, sedap,
lebih jimat dan lebih mewah dari saudara-saudara kita
di Somalia yang tiada apa untuk dijadikan sahur dan
tiada apa untuk dijadikan iftor.
Insaflah dengan maksud Ramadhan ...
Jauhilah dari kenduri-kendara di surau mahupun
di masjid. Usah biarkan puasa dimusnah oleh pembaziran dan bermewah-mewahan.