012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Berfikir Lebih Lama Dari Bekerja

>> 31.10.08

3.10 petang sampai ke kebun. Bekerja sikit-sikit sahaja. Duduk dan memerhatikan seluruh keadaan kebun. Memikirkan sama ada selaras dengan yang dirancang ataupun tidak.

Rasa-rasanya mungkin tak siap pada awal 2010. Kalau nak siap pun ialah awal Julai 2010. Pembersihan tapak, menanam pokok mengikut design yang dirancang, bla.. bla.. bla... Bukan senang nak design Temperate Garden atau Taman Temperate yang akan dijadikan sebagai contoh.

6.50 sampai rumah. Teliti semula kertas kerja asal. Keyakinan terhadap kajayaan semakin kukuh. Alhamdulillah. Semoga, akan lahir sebuah Temperate Garden atau Taman Temperate milik persendirian dalam tahun 2010.

Taman yang dimulakan dengan penyelidikan dalam bidang pembenihan pokok-pokok temperate lebih dari 10 tahun. Taman yang dibangunkan dengan idea dan perbelanjaan sendiri. Tak ada bajet khas, tak ada bantuan dan tak ada hutang. Taman yang diusahakan dengan tenaga sendiri tanpa upah, tanpa pekerja dan tanpa bantuan boroh.

Read more...

Tetamu Ziarah Saya Di Kebun

>> 30.10.08


Hari ini dan hari Selasa lepas ada tetamu datang ke kebun. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja yang datang berkunjung ke kebun. Mereka borak-borak dan ada juga yang bincang itu dan ini. Malah, ada juga usahawan besar yang minta nak datang ke kebun dan borak-borak.

Sebenarnya, kebun saya tu bukan luas. Hanya berukuran 65 kaki x 120 kaki sahaja. Sebahagian besarnya ialah rumput rumpai. Selain tu adalah sepokok-dua pokok itu dan sepokok-dua pokok ini. Pokok-pokok temperate. Semuanya bahan kajian saya sahaja. Sambil tu ada juga tanam sayur sepohon-dua. Kadang-kadang ada sorang-dua students universiti buat practical training. (Saya adalah bekas ahli akademik universiti awam. Jadi, diiktiraf menyelia pelajar universiti buat latihan).

Saya bagitahu mereka kebun saya tu sebenarnya macam belukar. Semak-samun. Tak dibenarkan tetamu datang. Mungkin ada lintah, pacat dan sebagainya. Tapi mereka nak juga datang tengok. Namun, mereka sanggup nak bayar masa saya dengan RM jika dibenarkan. Saya tak benarkan bukan kerana nak RM. Kalau bagi pun, saya tak akan terima.

Tapi, ada juga yang degil. Datang tanpa diundang dan tanpa keizinan. Sebagai muslim, saya tak akan halau mereka. Dalam hati, saya benar-benar tidak selesa dengan kunjungan mereka tanpa diundang.

Apa sebab mereka nak sangat tengok kebun saya. Ada juga yang datang berkali-kali. Sedangkan kebun tu tak mendatangkan hasil RM pun? Mungkinkah mereka nak cari dan curi rahsia? Rahsia apa? Atau, nak benih pokok-pokok temperate?.

Read more...

Cerita Pohon Kiwi

>> 29.10.08


4.25 petang sampai ke kebun. Tak sempat tanam Angelina Plum seperti yang dirancang. Hanya memindahkan anak pohon kiwi ke dalam pasu yang lebih besar. Mengenai pohon kiwi ni ada dua perkara yang hendak diceritakan.

Pertama: Beberapa peminat email dan sms mahukan anak pohon kiwi. Mereka sungguh berminat. Saya amat dukacita kerana belum dapat membekalkan untuk mereka. Bersabarlah menunggu tahun 2010, insya Allah. Saya sendiri menunggu kejayaan lebih dari 10 tahun.

Kedua: Kalau meminati pohon kiwi dan ingin berbual dengan saya usahlah guna sms. Saya ada waktu dan credit yang agak terhad untuk melayan sms. Call apa salahnya.

Namun, saya ucapkan tahniah kerana meminati pohon kiwi dan terima kasih kerana menghubungi saya.

Jam 6.37 bergerak balik dari kebun.

Read more...

Seronok Di Kebun

>> 28.10.08


Petang tadi, seperti biasa, bersama isteri ke kebun. Memindahkan anak-anak pohon kiwi ke dalam pasu yang lebih besar dan merawatnya dengan hormon dan vitamin.

Bila mulai redup, bersihkan tapak dan buat lubang nak tanam anak pokok Angelina Plum besok, insya Allah.

Ada orang datang ke kebun tanya kenapa tak tanam pokok-pokok yang boleh dapat duit. Jawapan saya, saya hanya bekerja untuk keluarkan peluh dan itu sebabnya tak ada pekerja. Malah, kerja pun beberapa jam sahaja. Kalau jawab pasal penyelidikan, mungkin dia tak faham. Sebab, cara dia bercakap menunjukkan dia begitu.

Read more...

Isnin Yang Sebok

>> 27.10.08


11.00 pagi ke rumah kenduri kawin (Dr. Mujaini kawinkan anak sulong). Pukul 1.00 balik rumah. 2.15 kawan lama (Ezani & keluarga) datang ziarah raya. 4.10, besan sekeluarga datang beraya. Cukup susah nak dapatkan masa dan tarikh yang sama-sama free. Masing-masing sebok. Itu belum jadi YB. Kalau jadi YB, hmmmmm, entahlah.

Malam, berjumpa kawan-kawan lama di rumah kenduri tadi. Letih betul hari ni. Begitu rupanya bila usia dah tahap emas. Energy dah kurang.

Pagi besok, cadang nak ke bandar sebelum ke kebun. Ada urusan zaman morden.

Read more...

Berehat Di Kebun


Ahad. Tengahari pergi kenduri kawin di rumah jiran. Kemudian ke kebun berehat. Sambil tu sempat tanam 4 pohon anggur, 1 pokok loqout dan merawat anak pohon kiwi. Gambar dalam blog-blog berkenaan.

Balik rumah, Naufal dah sampai.


Read more...

Tak Cukup Korum

>> 26.10.08


Gambar bersama ayah dan makcik di hariraya. Anis + Lily + Naufal, Ashraf dan Farid + Nani + Nasrul tak ada dalam gambar. Tak cukup korum.

Read more...

Tangkap Kumbang

>> 25.10.08

Pagi, sarapan dengan 7 biji buah kurma safavi. Pukul 10.39 dah sampai kebun. Kerja mula ialah tangkap kumbang yang buat lubang kat alang bangsal. Dalam masa kira-kira 10 minit dapat 21 ekor. Hmmm, nasib baik tak boleh dimakan.

Kemudian, mengubah anak pohon kiwi (gambar dalam blog Pohon Kiwi Di Malaysia).

Jam 1.53 bergerak balik. Sampai Kapar singgah kedai mamak. Roti canai banjir dan kopi tarik (di rumah tak ada kopi).

Sebelum makan, baca Selawat 3 kali, surah Fatihah sekali, surah Ikhlas 3 kali, surah Ma'uzatain masing-masing sekali. Hembus pada makanan.
AlhamduliLLAH, dah kenyang. Berkat doa dan ayat-ayat al-Qur^an. Itulah makanan tengahari ni.

Read more...

Rehat Sambil Petik Kangkung

>> 24.10.08


Hari ni tak ke kebun. Ada hal-hal lain. Petang, hampir maghrib, ambil Fawzan di stesyen LRT Klang. Dia berbuka puasa di kedai mamak.

Semalam, Khamis, lepas asar ke kebun berehat. Memantau pokok-pokok sambil menikmati udara yang sentiasa nyaman. Isteri sambil petik kangkung liar di sekitar telaga. Tengahari dah ditumis. Hmmmm, syukur rezeki dari Allah.

Read more...

Sedap Dan Enak Buah Zaitun

>> 23.10.08


Tengahari semalam (kelmarin), tengahari tadi dan malam ini, makan nasi dengan ikan goreng, sayur tumis, air asam jawa dan buah zaitun segar.

Resipi yang sama dan biasa sahaja. Tapi memang sedap dan sungguh berselera. Satu dari sebab-sebabnya ialah buah zaitun segar. Rasanya kelat, pahit dan lemak. Kelat tak sama kelat ulam-ulam biasa. Pahit tak serupa pahit peria. Lemak bukan lemak santan atau petai. Rasa buah zaitun segar tidak seperti rasa buah zaitun yang dijeruk. Rasanya memang special. Lepas memakannya, terasa sampai beberapa hari.

Zaitun disebut oleh Allah beberapa kali dalam al-Qur^an. Malah, Allah bersumpah dengan menyebut "Demi Tin dan Zaitun...".

Orang zaman dulu kata, kalau tak pandai makan buah zaitun segar, ertinya belum pandai bahasa Arab.

Read more...

Ziarah Dari Sahabat Berhati Mulia

>> 20.10.08


Buah zaitun segar, hadiah dari sahabat yang berhati mulia.

-----

Pagi, berjumpa doktor pakar untuk medical checkup. AlhamduliLLAH, level gula dalam darah 4.5 = OK, kolestrol = OK, jantung = OK. Tekanan darah pagi tadi 112/76. Macam muda lagi.

Tengahari dikunjungi sahabat dan rakan baik, Ustaz Mahmud Abdul (juruacara bahasa Arab tilawah al-Qur^an), isterinya Nik Ismak dan iparnya (adik Nik Ismak) Nik Azmi. Yang menarik kunjungan mereka ialah hadiah yang berupa buah zaitun segar kegemaran saya. Saya amat berterima kasih dan amat terharu dengan susah payah mereka mendapatkan buah kegemaran saya itu. 18 bulan lamanya mereka berusaha. Begitu mulia hati mereka. Tentunya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

Petang, ke kebun sebentar. Tak banyak kerja dapat dilakukan. Cukup sekadar mengeluarkan peluh. Cerita dan gambar klik:
Pertanian Pokok Temperate

Read more...

Sebentar Out Station


Sabtu, 12.44 tengahari bergerak dari rumah. Ada meeting kumpulan thinkers di suatu tempat di sebuah negeri. Jam 5.41 pagi Ahad sampai rumah. Lepas subuh, tidur. 10.50 pagi sedara mara datang beraya. Terpaksa bangun. Lepas zuhur, sambung tidur. Terlalu letih.

Lepas asar, buat draft perancangan hasil dari meeting semalam. Insya Allah akan dilaksanakan mulai Januari 2009. Malam, berehat lagi. Masih letih. Insya Allah, hari Isnin aktif semula.

Read more...

Gambar Raya Yang Terpilih (Sambungan 1)

>> 17.10.08


Sambungan Gambar Raya Yang Terpilih:



Nizam + Khairiah serta anak-anak bergambar depan rumah ayah. Latar belakang sawah.


Tiga sepupu yang sungguh rapat. Sama-sama cemerlang dalam UPSR. Dari kanan: Khairul, Sek. Sains Tahfiz; Anas, MCKK; dan Radhi, Sek. Integrasi, Rawang. Bergambar depan rumah ayah. Latar belakang sawah.

-------
Berikut ialah gambar yang tak boleh bertanding:


--------

Aktiviti di KPT petang tadi klik:

Pokok Temperate
dan Pokok Apple Dan Pear

Read more...

Ke Kebun Lebih Awal

>> 16.10.08


9.08 pagi, seseorang dari sebuah negeri talipon, jemput menghadiri suatu perbincangan mengenai sesuatu pada hari Sabtu di suatu tempat.

10.28, Pusat Kesihatan Meru talipon, bagitahu bahawa tarikh janjitemu dengan doktor pakar dipercepatkan, iaitu pada 20 Oktober ini.

Tengahari bergerak ke KPT. Semasa di sana, seseorang talipon bagitahu hendak membeli formula pertanian pokok temperate dan mencadangkan supaya dipasarkan bahan-bahan yang saya gunakan untuk pertanian pokok-pokok temperate. Hmmm, cadangan kedua tu memang dalam perancangan. Cadangan pertama, kena fikir panjang. Bertahun-tahun buat penyelidikan dengan perbelanjaan sendiri, kemudian jual dengan mudah?.

Kerja-kerja yang dilakukan di KPT petang tadi dan gambar-gambar dalam:

Pertanian Pokok Temperate

Read more...

Membersih Tapak Semaian

>> 15.10.08


Pokok Apple Special

Pokok Loqout

Hari ini membersih tapak semaian dan mengemaskini berbagai anak pokok. Antaranya pokok epal, pear, anggur dan loqout. Sebelum itu meracun rumput. Gambar-gambar ada dalam blog Pertanian Temperate, Pokok Apple Dan Pear dan Pengurusan Pohon Anggur.

Read more...

Semua Anak Dan Cucu = Lelaki

>> 14.10.08

Kami ada 7 anak, semua lelaki. Ada 3 cucu (setakat ni), pun semua lelaki. Ada 2 menantu (setakat ni), semua perempuan (kah.. kah... kah..).

Lepas nangis. Dapat susu, happy.
Raya tadi, kali pertama rasa 4 - 5 ulas mi goreng. Pedasnya, tapi sedap.
(Naufal, 021008)

Hai, tengah comot pun ambik gambar?
Nasrul, kalau makan makanan khas yang dibeli, sakit perut. Yang ibu buat, very ok.
(Nasrul, 041008)

Bersihkan sendiri. Tak comot dah!
Fathul, makanan khas ke makanan yang ibu buat ke, semua ok.
(Fathul, 041008)


Read more...

Mula Kemaskini Anak Pokok


2.00 petang, bersama isteri ke KPT. Cadang nak meracun rumput, tapi tak sempat.

Antara kerja yang sempat dilakukan ialah mengemaskini anak pokok-pokok Packham Pear 25, Red Delicious Apple 8 dan Granny Smith Apple 10. Isteri pula mengemaskini anak-anak pohon anggur.
(Gambar akan menyusul kemudian).

Insya Allah, besok akan ke KPT lebih awal.

Read more...

Aktiviti Pertanian Dimulakan

>> 13.10.08


Petang tadi ke KPT, meracun rumput. Ini merupakan permulaan kerja dalam jadual baru. Maksudnya, mulai hari ini hingga akhir Disember 2008, membersih dan mengemaskini tapak KPT. Ini juga menandakan berakhir kerja-kerja formal kajian serta percubaan mengenai pertanian pokok-pokok temperate. Kajian serta percubaan tidak formal akan dilakukan secara berterusan.

Jadual selepas ini, mulai Januari 2009 - Disember 2009 ialah merangka kawasan, menanam dan membiakkan benih pokok-pokok temperate untuk menyambut tahun 2010.

Dalam tahun 2010, KPT akan dibuka untuk kunjungan orang ramai dan beberapa jenis pokok temperate akan dipasarkan. Jadual secara lebih terperinci akan dibincangkan dengan rakan kongsi sebelum 01 November ini.

Read more...

Anak-Cucu Makcik

>> 12.10.08

Sebahagian dari anak-cucu dan menantu Makcik (Makcik ialah isteri ayah sekarang. Emak kami telah kembali ke RahmatiLLAH. Makcik tiada anak bersama ayah.) Gambar pada 01 Oktober 2008.

Sumber: http://rash-wangi.blogspot.com/ (Blog adik Shidah).

Read more...

Adik Dan Sedara-Mara Datang Ziarah


Pagi - tengahari, adik dari Temerloh dan bapa-saudara-pupu datang ziarah. Petang, ibu-saudara dan sepupu-sepupu dari kampung pula datang.

Lepas asar, membelek album-album lama. Terjumpa 1 gambar yang tiada catatan tarikh. Namun, tahunnya masih dalam ingatan. Iaitu selepas ketua pengarang majallah Agro World datang menemuramah. Rencananya disiarkan pada keluaran Jun 2003. Ini berarti, suatu kelalaian telah berlaku mengenai peristiwa penting dalam bidang pertanian pohon anggur. Perlukah dibuat kajian mengenai tarikh tersebut?.


Read more...

Gambar Raya Yang Terpilih

>> 11.10.08


Dalam banyak-banyak gambar raya yang dirakam oleh anak-cucu ayah, maka dipilih beberapa gambar untuk memenangi gambar raya istimewa. Pemilihan berdasarkan latar-belakang yang memberi makna kekampungan.

Setakat ini, gambar yang dipilih ialah:

Gambar Abu Hassan + Shidah serta semua anak di hadapan rumah ayah. Latar-belakang sawah.

Read more...

Rindukan Cucu Kami Naufal

>> 10.10.08


Hari ini betul-betul pencen. Rehat fizikal sepenuh hari. Otak, kerja macam-macam. Petang, di luar rumah hujan lebat campur ribut. Hati, rindukan cucu-cucu, terutama Naufal.

Naufal bersama neneknya.

Naufal pada 26 Nov. 2007.

Naufal pada 30 Mac 2008.

Naufal pada 30 Mac 2008.

Di sebelah ayahnya, Naufal lebih rapat pada pakteh Fawzan dari yang lain-lain.

Read more...

Amalan Salah Menyambut Raya

>> 9.10.08


Ada sorang kawan tak jumpa tulisan saya mengenai Amalan Salah Menyambut Raya dalam blog lain. Tapi blog ini dia jumpa. Sebagai meraikan beliau (dan pengunjung lain juga) saya salin semula tulisan yang dimaksudkan itu:

Beberapa hari lagi hariraya menjelang tiba. Kebanyakan orang Islam di Malaysia membuat pelbagai persiapan untuk diri, keluarga dan rumah-tangga. Pakaian-pakaian, makanan-makanan, minuman-minuman dan perhiasan-perhiasan rumah. Tidak ketinggalan menyediakan sampul-sampul dan duit-duit raya untuk kanak-kanak. Mungkin ramai yang berbelanja secara luar-biasa kerana MENYAMBUT HARIRAYA. Mereka yang begini termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat, ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh agama.

Mereka bermewah-mewah dan berluar-biasa di hari-raya. Mereka sebenarnya sudah lupa atau tidak faham maksud BERPUASA dan hikmah BERHARI-RAYA. Mereka tidak bersikap qana'ah dan jauh dari amalan zuhud yang terpuji. Mereka melanggar makna hari-raya iaitu hari-raya untuk golongan faqir dan miskin
(عيد الفقراء والمساكين)
(Raya golongan tidak mampu dan tidak berada).

Sikap kebanyakan orang Islam (di Malaysia) berhari-raya begini ialah mengabaikan golongan faqir dan miskin serta menyinggung golongan yang tidak mampu. Malah memilukan lagi perasaan golongan tidak berada. Sikap begini menyebabkan musnah maksud BERPUASA Ramadhan, hancur hikmah BERHARI-RAYA. Hilang makna ZAKAT FITRAH dan tidak berjiwa PUASA-ENAM. Semua jadi lagha dan tiada kesan positif terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Sikap menyedia dan memberi duit raya juga amat buruk kesannya. Perhatikan dan dengarkan cakap-cakap, bisik-bisik dan perbualan kanak-kanak mengenai duit raya si anu dan duit raya si polan. Sikap kanak-kanak berhari-raya kini lebih bertujuan mengutip duit dari berziarah silatul-rahim. Seolah-olah meminta sedekah secara senyap dan terhormat. Didikan bid'ah ini merosakkan jiwa kanak-kanak. Melatih mereka ke arah DUIT. Hidup kerana DUIT dan untuk DUIT. Ibadat dapat DUIT, ziarah dapat DUIT dan bermasyarakat demi duit.

Fikir-fikirkanlah.

Read more...

Ulang Alik Ke Nilai


Rabu, 8 Oktober.

Pagi, balik dari Nilai. Sampai rumah pukul 10.00 -/+. Buat kerja-kerja rumah. Tengahari makan di luar. Malas masak. Pukul 3.00, menantu pulak yang demam. Pukul 4.00, dapat tau besan dari Kelantan (ibu dan abang kepada Nani) dalam perjalanan ke Nilai.

Pukul 7.45, pergi ke Nilai. Sampai sana, cucu dah kebah dari demam. Ceria. Menantu pun dah ok. Baru balik dari klinik. Pukul 11.00 malam, balik rumah. Letih. Tidur nyenyak campur mimpi-mimpi indah.

Demikianlah adanya!

Read more...

Rindu Membawa Demam

>> 8.10.08

Selasa, 7 Oktober.

Pagi, tunggu rumah. Isteri berurusan dengan bank dan pejabat pos. Kirim barang-barang ketinggalan Dzul dan Anas. Baharui lesen memandu. Tengahari, hujan lebat campur sikit ribut. Sedap tidur.

6.30 petang dapat tau cucu demam. 6.45 bergerak ke Bandar Baru Nilai. Sampai sana, cucu jadi ceria, cuma sikit-sikit kesan demam. Baru dua malam berpisah, dah terlalu rindu pada cucu dan cucu pun demam. Begitulah hubungan jiwa antara atuk dan cucu.

Read more...

Ke GHKL

>> 6.10.08

7.15 pagi ke GHKL. Ada janjitemu dengan doktor bius. Punya la susah nak dapat tempat parking. Kalau naik motosikal lebih baik.

Pukul 10.45 selesai urusan. Insya Allah, 3 November masuk wad untuk operate buah pinggang. Nak keluarkan batu karang yang sudah keras dan semakin membesar. Borang-borang berkenaan telah ditandatangani. Mudah-mudahan selamat dan berjaya.

Petang, tidur kerana keletihan. Bukan letih fizikal, tapi penat berfikir. Ditambah dengan rindukan cucu yang baru berpisah sejak malam tadi. Terasa nak pergi ambil sekarang jugak. Tapi, ibu-bapanya lebih berhak menjaga dan mendidik.

Teringat masa muda-muda dulu. Hantar anak-anak ke kampung kerana mereka nak berehat dan belajar hidup di sana. Aku di rumah sorang diri malam tu. Siang, pergi lecture. Lecture tak sempurna, semangat tak ada. Teringat dan rindukan anak-anak di kampung. Petang, ambil mereka dari kampung. Besoknya, lecture pun bagus.

Kenapa rindukan anak-anak, sedangkan mereka banyak karenah dan membuat bising tak henti-henti? Kenapa rindukan cucu, sedangkan dia suka menangis. Lapar, menangis. Pampers basah, menangis. Nak tidur pun, menangis?

SubhanALLAH!!!

Read more...

Aktiviti Raya

>> 5.10.08


Khamis, 2 September. Balik kampung. Ziarah rumah ipar-ipar, bapa-bapa-saudara dan ibu-saudara. Di rumah ayah penuh sesak. Nak bergerak pun susah. Adik di Sg Tengi bersama seluruh anak-cucunya. Anak-cucu makcik (makcik ialah isteri kedua ayah) dan kawan-kawan ayah. Aku juga bersama anak-cucu. Lepas maghrib, balik rumah.

Juma'at, 3 September. Pagi berehat. Petang dan malam, beberapa tetamu datang.

Sabtu, 4 September. Tengahari, ziarah ayah Nizam. Petang, ayah datang. Zul ke asrama USM. Ipar dan anak-anak sedara sebelah isteri, dan kawan-kawan datang ziarah. Tengah malam, Dr Mujaini dan isteri pula ziarah.

Ahad, 5 September. Pagi, anak-anak sedara sebelah isteri dan kawan-kawan datang ziarah. Anas ke asrama MCKK. Lepas zuhur, ke rumah besan di Bandar Sri Putra, kemudian ke rumah Farid di Bandar Baru Nilai. Anis hantar Fawzan ke asrama Alam Shah. Lepas maghrib, ke Nilai 3 (apalagi) isteri shoping. Lewat malam, sampai rumah. Keletihan.

Read more...

Tiada Aktiviti Raya

>> 1.10.08

Tengahari talipon ayah, bagitau tak jadi balik kampung hari ni, sebab cucu demam. Insya Allah, besok balik bersama Anis + Lily + Naufal dan Farid + Nani + Nasrul & Fathul.

Malam, potong rambut. Berehat.

Read more...

Gambar Sebahagian Anak-Cucu Ayah

Gambar Sebahagian Anak-Cucu Ayah. Apa perbazaan antara gambar-gambar berikut:

Read more...

Letih Tapi Menyeronokkan

Hari Selasa:

10.00 pagi: Balik kampung berjumpa ayah, makcik, adik-adik dan anak-anak mereka. Seronok bila berkumpul ramai-ramai. Itu belum berkumpul semua. Adik-adik dari Sg. Besar, Temerloh dan Sg. Tengi serta anak-cucunya belum sampai. Kalau berkumpul semua tu tentu lebih meriah. Ayah nampak sungguh gembira.

Lepas zuhur: Ke Sg. Leman. Ziarah ipar. Anak-cucu dia juga sudah berkumpul untuk sambut hariraya bersama.

5.45 petang: Ke Shah Alam, menemui blogger tersohor Mat Saman Kati. Selepas tumpang berbuka dengan beliau kami beredar ke Bukit Kapar. Kami berbual hingga 12.30 pagi. Tak sedar, rupanya dah lebih dari 4 jam. Sungguh seronok dan bermanfaat bercakap dengan orang yang banyak pengalaman dalam berbagai bidang. Kalau anda nak tau, semua tajuk dalam blog beliau mempunyai latar-belakang yang benar. Tak ada yang mengarut, walaupun beliau tulis fiksyen. Cuma penceritaan dan cara menulis saja yang berbagai. Saya kagum dengan idea dan kebolehan saintifik beliau dalam berbagai perkara. Bila-bila ada kesempatan saya akan berjumpa beliau lagi. Terima kasih Mat Saman Kati kerana sudi terima jemputan saya.

Selamat hariraya, maaf zahir batin.

Bersama MatSamanKati pada: 12:02:44, 01/10/08.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP