012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Buat Ubat-ubatan

>> 31.12.10

Sebelah pagi, mengubah dua pokok petola ke dalam
beg plastik. Empat pokok masih belum diubah. Ubah
pada minggu depan pun masih ok. Sempat mengubah
32 anak pohon Gold Kiwi. 139 lagi akan diubah pada
minggu-minggu akan datang.

Petang tadi tidur. Bayar qadhak kerana tak cukup
tidur beberapa malam yang lalu. Lagipun, sebelum
musafir, kena tidur cukup dan puas.

Malam ini proses ubat kolestrol dan ubat darah
tinggi. Pagi besok dia orang nak datang ambil.
Sediakan ubat cerdas akal untuk beberapa murid
sekolah. Ramai ibu-bapa yang mahukan anak mereka
cemerlang dalam pelajaran. Sayangnya harga bagi
bahan-bahan ubat sudah melambung tinggi.

Read more...

Nombor Kiraan Usia Berubah lagi

>> 30.12.10

9.15 pagi mulai tidur. Malam tadi berjaga sepanjang waktu. Buat apa? Buat apa lagi, komputer dan internet lah jawabnya. Lepas zuhur, sambung berinternet. Meronda dengan uncle Google.

Besok, 31 Disember, PM suruh cuti. Tapi saya nak mengubah anak-anak pokok petola ke dalam beg plastik dan letak kat belakang rumah. Bila berbuah nanti senang nak petik. Sabtu, 1 Januari 2011, dunia suruh cuti. Saya nak mengubah anak-anak pokok cili padi ke dalam beg plastik. Nak letak kat belakang rumah juga.

Adapun hari Ahad, 2 Januari, hari maulid saya. Seumur hidup tak pernah sambut hari maulid. Baru-baru kawin dulu, isteri selalu letak kad ucap harilahir dalam almari pakaian. Bila saya buka almari, saya pun terjumpa. Kejutan lah tu. Sekarang dia tak buat. Sebab, saya bagitahu dia itu adalah bid'ah. Rasulullah pun tak buat.

Syahdan, hari Ahad, 2 Januari 2011, juga hari hantar Anas ke asrama. Cadang nak bergerak dari rumah sebelum subuh. Bersubuh di R&R. Dia kata nak buru pendaftaran awal dan pilih dom yang baik.

Demikianlah adanya.

Read more...

ALLAH telah bersumpah ...

>> 29.12.10


Tiga hari tak berinternet. Modem rosak.
Secara kebetulan saya tak perlukan internet
ketika itu. Hanya anak-anak yang keciwa.

Kebetulan saya sibuk dengan menyediakan
sampel-sampel kajian mengenai pokok zaitun.
Dapatlah buat 56 sampel mengenai pembiakan.

Beberapa minggu lagi saya nak beli buah Tiin
pula. Isinya untuk dimakan dan bijinya untuk
disemai. Pokok ini sudah dikaji kira-kira
10 tahun yang lalu.

Pokok Tiin dan pokok Zaitun ini ada disebut
dalam Qur^an. Malah, ALLAH telah bersumpah
dengan kedua-duanya.

Read more...

Terlupa Tidur

>> 24.12.10

8.10 pagi, lepas sarapan, terasa mengantuk sangat. Barulah sedar, rupa-rupanya saya lupa tidur malam tadi. Asyik study mengenai hal-ehwal pokok zaitun.
Kenapa pokok zaitun?

Semalam, 23 Dis., terima 100 benih pokok zaitun
yang saya order dari US pada 8 November lepas.
Mengikut pesanan penjual, benih itu akan bertunas
setelah setahun dalam semaian. Huh, punyalah lama.
Saya fikir mungkin ada cara lain supaya benih-benih
itu tumbuh lebih cepat. Jadi, saya pun study
sepanjang malam. Itu sebab, saya lupa tidur.

Petang, buat persiapan untuk stratifikasi 50 benih.
Belum pun siap, Fawzan call minta ambil dia dari
kampus. Dia bercuti mid-sem selama seminggu.

Read more...

Kasut Baru

>> 23.12.10

Khamis, berehat full-time. Hanya tinjau pokok-pokok
dan semaian depan rumah. Berehat bukan
bererti tidur 24 jam.

Kegumbiraan pertama hari ini ialah kira-kira pada jam
9.20 pagi. Anas, anak bungsu kami, yang belajar di MCKK
dapat semua A dalam PMR. Sepupu dia di Temerloh pun
dapat semua A. Sepupu di Alam Budiman dapat 8A dan 1B.
Yang di Kelantan dapat 8A dan 1C. Yang di Ipoh pula,
khabarnya, tak banyak dapat A. Namun, semua itu
wajib disyukuri.

Anas dah tuntut hadiah. Dia nak beli kasut pakai dan
kasut sukan yang berjenama lagi berharga. Selama ini,
dia hanya dibelikan kasut murah tidak berjenama. Pernah
suatu hari guru dia panggil dan cadangkan supaya mohon
bantuan untuk ganti kasutnya yang patah dan terkopak.

Hmmmm. Saya bersetuju dengan tuntutan Anas. Saya
kira dia sudah lulus ujian dan dugaan. Latihan untuk
hidup sederhana, tawadhu^ dan qana'ah amat perlu
untuk menjadi Manusia Muslim.

Syukurku kepadaMU wahai ALLAH.

Read more...

Batal Rancangan. Perlu Rehat ...

>> 22.12.10

Petang tadi sempat ziarah ke dua buah bank. Urusan ansuran ViVa. Kemudian, ke TESCO. Di situ terasa pening kepala. Pemandangan juga tak selesa. Setelah bertenang, kembali pulih dan normal. Kemudian, ke GIANT. Sekali lagi rasa macam kat TESCO tadi.

Sampai di rumah, cepat-cepat periksa BP. Huh, 136/84. Lepas tu nak periksa paras gula. Periksa mesyin, baterinya pula kehabisanul-lazi. Sekali lagi bertenang. Berfikir dan concentrate pada perasaan badan. Kesimpulannya, dalam usia umur-subsidi ni, kesihatan wajib dijaga dengan sebaik mungkin. Perlu berehat penuh. At least for two or three days. Jadi, rancangan nak keLuar Negeri pagi besok terpaksalah dibatalkan. Kesihatan lebih berharga dari meronda ke sana-sini.

Ke surau, rasanya tak jadi masalah. OK jer. Namun, masa solat isyak tadi imam baca surah agak panjang. Rasa tak berapa selesa berdiri terlalu lama.

Read more...

Esok nak keLuar Negeri

Malam tadi lepak di Shah Alam dengan bloggers. Keluar
jam 8.35 malam dan sampai rumah jam 1.20 pagi.
Mengalahkan orang muda oooo.

Pagi tadi mengubah cambah pohon kiwi madu yang
disemai minggu lepas. Lain hari sambung lagi.
Tengahari ronda blog-blog kroni. Jumpa gambar
terbaru cucu kembar Nasrul dan Fathul (atas).
Petang nanti nak ronda super-market, nak cari
buah-buah temperate.

Besok keLuar Negeri (betul ejaan dan istilah tu).
Sibuk nampak?

Read more...

Lupa Jiran, Abai Pahala ...?

>> 21.12.10

Ahad dan Isnin sibuk skratifikasi dan stratifikasi
benih-benih pokok temperate, termasuk benih plum
dan sweet cherry (gambar atas).

Hari ini, Selasa, menyemai benih petola enam biji. Tak
boleh agak sama ada akan bercambah atau tidak. Kerana,
biji-biji itu sudah bertahun dalam simpanan. Kemudian,
menyemai 56 butir biji cili padi. Cadang nak latih
supaya buah-buah cili itu akan lebih besar dan lebih
panjang.

Jika bercambah dan mengeluarkan buah maka bolehlah
dihulur kepada jiran-jiran. Begitulah nawaitu semasa
menyemai tadi. Takkanlah nak lupakan jiran dan
abaikan pahala.

Read more...

Yang dalam gambar ni pun cantik ...?

>> 20.12.10

Cakap pasal nak buat pondok di Kebun Eksotik, yang dalam gambar ni pun cantik. Patut difikirkan.

Read more...

Sedih, sungguh sedih ...

Hari ini ialah hari yang amat sedih dalam sejarah berblog. Sebabnya ialah kerana saya tak boleh mengedit atau membuat posting blog Kebun Eksotik. Komputer menjelaskan password yang saya gunakan adalah
salah dan email yang saya gunakan tiada dalam senarai.
Pada hal semua itu saya ingat dan catatkan.

Tunggu sehari dua lagi. Kalau masih tak boleh masuk
maka blog baru sebagai ganti akan dibuat.
Mudah-mudahan lebih baik.

Read more...

Jangan Mareh Haaaa ...?

>> 17.12.10

Gambar hiasan.

Petang nanti nak ke Pahang. Tidur di rumah adik.
Besok nak ke Felda Kumai. Ipar kawinkan anak.

Pagi tadi rehat sepenuh masa. Tengahari makan kari
kepala ikan. Ada orang kata "Jangan makan kepala ikan.
Nanti jadi bodoh." Tapi, setahu saya kebanyakan yang
makan kepala ikan, bijak dan pandai. Yang tak makan
kepala ikan ramai juga yang bodoh.
Kah, kah kaahhh ...?
Jangan mareh haaaa ...?

Read more...

Sibuk persiapan untuk Ogos 2011

>> 16.12.10

Rabu. Pagi, urusan pembiakan pokok zaitun. Jika experiment ini berjaya maka akan banyaklah pokok zaitun tempatan akan dihasilkan. Petang, ronda super-market cari buah plum dan buahan temperate yang lain.

Khamis. Sepanjang hari dengan urusan skrafikasi benih buah Sweet Cherry. Dapat 32 butir. Semua ini adalah persiapan untuk Kebun Eksotik, Ogos 2011.
Semoga berjaya dan diberkati Allah.

Read more...

Kuah asam pedas tulang ikan talang kering

>> 13.12.10

Semalam, nawaitu nak semai benih parsley hari ini, Isnin. Pagi tadi, Isnin, baca panduan ini. Terpaksa ditangguh hingga hari esok, Selasa.

Hari ini cukup panas. Tak berani keluar rumah. Lepak dalam rumah memang meletihkan. Dah lah letih, mengantuk pula. Natijahnya tidur sampai petang.

Balik dari surau terus ke dapur. Tengok ada nasi dan kuah asam pedas tulang ikan talang kering. Wow, sedap ooooo. "Alhamdulillah, Allah kayakan aku dengan selera makan."

Read more...

Ladang tak ada, tapi sibuk bertani

>> 12.12.10

Pagi, siapkan urusan benih biji zaitun dan menyiram semaian. Tengahari ke Sg. Buloh beli Tanah Baik untuk mengubah anak pohon anggur dan menyemai pokok
sutera. Ke ACE Store, Puncak Alam, beli media untuk
semaian bijian kecil.

Sampai di rumah, urus biji benih pisang kaki.
Berehat kerana solat jamaah di surau.

Malam, balik dari surau terus menyemai biji
Gold Kiwi. Besok, insya Allah, semai biji Parsley.
Huh, sekangkang kera di depan rumah macam
sepuluh ekar kebun orang Melayu.

Read more...

Berkenan dengan gambar ini ...?

Sabtu. Bangun pagi agak lewat. Pukul 6.06.
Seharian sibuk dengan mengurus biji benih zaitun.
Malam, urus biji benih anggur.

Beberapa hari kebelakangan ini suka tengok gambar yang kat atas tu. Entah kenapa? Rasa sungguh berkenan.

Read more...

Huh, letih betul hari ni ...

>> 9.12.10

Pukul 9.35 pagi bergerak ke UiTM Shah Alam bersama suami sepupu menguruskan hal pengajian anaknya. Gedubuk gedebak, sampai di rumah jam 1.15 tengahari. Terus call Suhaimi di Lekir.

Jam 2.04 bergerak ke Kebun Anggur Suhaimi-Saloma di Lekir. Pukul 4.16 petang sampai. Di sana ada pulak yang mengaku kenal saya melalui blog. Tapi, apa yang dia sebut tak betul pun. Saya senyap jer.

Setelah berurusan dan minum-minum dengan Saloma, saya signal pada isteri yang hari dah larut petang dan perlu bergerak balik any minute now. Sampai di rumah jam 8.09 malam.

Read more...

Exotic dan Crimson

>> 8.12.10

Gambar: Exotic di tengah antara dua Crimson.

Semalam mengubah sepohon anggur Exotic dan dua
pohon anggur Crimson Seedless.

Tadi, buat percubaan formula baru ke atas sepokok
epal Granny Smith, sepokok western pear dan sepohon
Gold Kiwi. Mudah-mudahan berjaya.

Read more...

Ronda-ronda, jumpa gambar anak

Malam tadi ronda-ronda dalam facebook.
Terjumpa gambar Anis.

Read more...

Sabtu dan Ahad

>> 5.12.10

Semalam pergi kenduri di Lekir, Perak. Kemudian
melawat Kebun Anggur Saloma-Suhaimi. Lewat
petang sampai di rumah.

Ahad, menyemai beberapa benih anggur jenis Migrate,
La Valley dan Cardinal. Mengubah anak pohon anggur
jenis Exotic. Meninjau semaian benih kiwi.

Kemudian, sepupu datang ziarah. Tengahari, ipar dan
biras (Mufti Selangor) serta tiga anak mereka datang
ziarah. Petang, hantar ayah ke rumah adik (Khairiah)
di Alam Budiman.

Maghrib, seperti biasa, ke surau.

Read more...

Rasa Malas ...

>> 3.12.10

Hari ini Jumaat. Timbul rasa malas nak aktif. Tinjau-tinjau pokok depan rumah, kemudian masuk rumah buka internet. Pukul 10.00 pergi pasar besar Klang beli daun ketumbar dan daun parsley. Kali ni beli setengah kilo setiap jenis.

Lepas asar bawa Persona dan Viva ke bengkel basuh dan cuci. Besok nak pergi kenduri kawin di Setiawan, Perak. Kenduri di rumah sepupu sebelah isteri.

Semasa berdiri solat di surau tadi terasa macam nak tumbang. Macam nak pitam kut. Cadang nak tidur awal malam ni. Nak lebihkan rehat dan tidur.

Read more...

Ikan Talang, Ikan Tenggiri

>> 2.12.10

Khamis, sepenuh masa study dalam rumah. Bahan dari perpustakaan di rumah dan Perpustakaan MayaKu serta Google.

Lepas asar ke Pantai Remis beli ikan kering dua jenis. Ikan Talang besar RM27.00 dan dua ekor ikan tenggiri RM18.00. Sebahagian ikan talang dan sekor ikan tenggiri diberi pada adik.

Malam, makan nasi dengan sayur dan ikan kering yang baru dibeli. Sedap juga meratah ikan kering yang masin. Wow, best ooooo.

Read more...

Aktiviti menyemai benih ...

>> 1.12.10

Petang semalam menyemai sedikit biji ketumbar dan membuat lima cangkuk dahan pokok zaitun.

Pagi tadi menyemai biji sayur meranti dan sedikit benih
Gold Kiwi. Kemudian, mengemaskini catatan aktiviti penyelidikan pokok-pokok temperate sejak
kira-kira 15 tahun yang lalu.

Malam ini, isteri bersama Wah dan Anas bermalam
di rumah Anis. Nak tengok Naufal dan Dzakuan.
Mungkin malam Sabtu balik.

Besok sambung aktiviti PTL depan rumah.

Read more...

Usaha dan tawakkal

>> 30.11.10

Kira-kira 15 tahun dulu, seorang kawan bagi benih biji Mulukhiyyah dari Mesir. Pernah saya menyemainya sekali. Memang best. Kemudian, semua biji benih itu hilang. Puas cari tak jumpa. Tiba-tiba, semalam, semasa mengemas halaman rumah, isteri jumpai semula. Waduuhhh, dah 15 tahun kekeringan.

Namun, Allah yang menghidup dan yang mematikan segalanya. Maka saya terus menyemainya hari ini. Manalah tahu jika ada sebutir-dua yang masih hidup sebagai rezeki.

Read more...

Letih oooo, hari ni

>> 29.11.10

Pagi, kerja depan rumah. Beberapa peralatan dan bahan kajian lama-lama dulu dilupuskan. Ada juga yang patut disimpan. Berpakat dengan isteri, makanan tengahari beli dari restoran.

Petang, sambung lagi kerja depan rumah. Hujan ribut pun kuat. Tapi tak berani main hujan. Almaklum, keadaan fizikal badan dah tak sama dengan yang masa muda-muda dulu. Masa dulu selalu juga kerja sawah semasa hujan ribut. Seronok pulak tu.

Hari ni memang tak ke surau langsung. Tapi, lepas maghrib bawa keluarga makan malam di luar.

Read more...

Broooooooommmmmmmmmmmmmmmm ...

>> 27.11.10

Malam tadi, balik dari lepak di Shah Alam dengan blogger ISA pukul 12.35. Pukul 1.15 sampai rumah. 2.30 masuk tidur. Sebelum masuk waktu subuh dah bangun. Pagi,
buat kerja-kerja remeh depan rumah.

Tengahari, ipar sekeluarga dari kampung datang ziarah. Lepas zuhur mengantuk sangat-sangat. Tidur kejap.

Lepas asar ke Shah Alam. Anis ambil hamba Allah kat
dalam gambar tu. Wow, minyak, cc dan harganya sebiji macam sebuah kereta. Ikutlah. Duit, dia yang punya.
Abah tak keluar satu sen pun.
Broooooooommmmmmmmmmmm ....

Read more...

Kalau macam ni, tentulah best ...?

Kalau macam ni kat Kebun Eksotik
tentulah best ...? Tapi tak masuk bajet.
Yang ada bajet setakat ini sahaja.

Read more...

Scan Buah Pinggang

>> 25.11.10

Pagi, pergi jumpa doktor dapatkan keputusan dari
scan buah pinggang di HTAR, Klang bulan lepas.
Alhamdulillah tidak menyedihkan. Hanya sebutir batu
kecil dalam buah pinggang kiri dalam perjalanan
keluar menuju pundi-pundi. Mudah-mudahan tidak
dibedah lagi macam dulu.

Tengahari sampai petang buat kerja-kerja depan
rumah. Semua pohon anggur dah diprundidik. Anak
pohon-pohon kiwi sudah dikemaskini. Semaian ulam
jarjir juga sudah dipecahpindahkan. Biji benih
epal Granny Smith sudah diproses.

Sepanjang hari mendung. Gerimis berterusan.
Tak ke surau hari ni.

Read more...

Patah Kaki Maya

>> 24.11.10

Selama tiga hari peralatan internet rosak.
Nak tengok email kena pergi CC. Dulu, CC dianggap maju
dan laju. Kini, CC dah ketinggalan zaman. Yang di rumah
jauh lebih laju. Tiga hari tak boleh berinternet
ibarat patah kaki.

Bagus juga peralatan internet rosak. Boleh buat
kerja-kerja lain. Sempat mengubah cambah benih Jarjis.
Sempat kumpulkan benih sayur meranti. Kata kawan, kalau
beli benih sayur meranti di pasaran, harganya RM800.00
sekilo. Wow, mahalnya. Baik kumpul sendiri.

Sebelum ke surau petang tadi, sempat menyemai
biji benih Abiu.

Gambar buah di sini.
Gambar biji di sini.

Read more...

Musim mengawan ... Kita yang susah ...?

>> 21.11.10

Pagi tadi cadang nak ronda Klang dan Shah Alam. Kemudian, nak pergi UiTM nak tengok Fawzan bertanding silat. Tapi, tak jadi. Isteri nak ikut sama. Dia tak kasi ronda sorang-sorang. Sejak bersara ni, memang tak ada peluang nak keluar rumah sorang.

Petang, kemaskini benih-benih semaian. Entah berapa kali kemaskini. Terpaksa. Pasal, sekarang musim kucing mengawan. Almaklum, sebelum mengawan pasangan kucing tu berkelahi dulu. Lepas mengawan pun berkelahi lagi. Itu dah nature kucing. Itu tak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah bila berkelahi mereka berkejaran lintang pukang. Habis semaian dilanggar. Banyak tunas-tunas patah dan punah. Nak dimarah, mereka tu kucing. Nak dimaki, kita yang gila. Marah dan maki kucing adalah dosa kering. Dah nasib manusia. Kucing mengawan, kita yang susah.

Read more...

Berbumbung dan berdindingkan Pohon Anggur

>> 20.11.10

Pagi, mengulangkaji hal-hal pertanian temperate dan
cari idea untuk persiapan Kebun Eksotik. Akhirnya
dapat suatu idea.

Lepas zuhur, bawa motosikal baru buat service.
Lepas asar, melawat jiran sedang sakit di Hospital
Klang. Sebentar sahaja di sana kerana takut tak
sempat ke surau. Dah empat hari tak solat jamaah
di surau. Di surau, Allah sediakan banyak pahala.

Read more...

Gambar yang menimbulkan rasa geram ...

>> 19.11.10

Sejak seminggu-dua yang lalu sibuk dengan
mengulangkaji hal-hal pertanian temperate. Minggu
ini banyak tertumpu kepada hal-ehwal pengurusan
pohon anggur.

Kesibukan ini adalah sebahagian dari
persiapan projek ini.

Read more...

Anak Hantu ...?

>> 17.11.10

Rabu, 17 Nov. ialah hariraya Adha mengikut fatwa
kerajaan BN yang dikatakan bermazhab Syafi'iy. Ulamak
mazhab tidak mengiktiraf anak bulan Zulhijjah yang
lahir pada jam 12.52, 6 Nov. lalu kerana kurang dari
8 lapan jam. Barangkali, yang kurang dari 8 jam itu
ialah anak hantu. Iiiiii, takutnya.

Anak, menantu dan cucu-cucu kami semua balik pada
hari ini. Farid sekeluarga sampai pagi. Kami semua
balik kampung. Anis sekeluarga sampai lepas
maghrib tadi dari Melaka.

Malam ini juga Fawzan pergi kampus kerana ada sukan
dan memulakan semester pada hari Isnin ini. Hanya
Ashraf yang kena kerja pada hari ini dan esok.
Dia kerja siang minggu ini.

Read more...

Balik Kampung

>> 15.11.10

Ahad, tengahari, balik kampung ziarah ayah
dan makcik. Kemudian ke rumah ipar yang baru
tiga bulan pindah. Wow, rumahnya simple tapi
terasa luas dan belum ada syiling. Angin
sawah dan kampung menderu-deru masuk.
Seronok betul rumah di kampung.

Dalam perjalanan pergi, singgah sebentar
di tapak projek Kebun Eksotik. Sempat ambil
gambar.

Terkenang semasa aktif berkebun sebaik
bersara dalam tahun 2002 yang lalu.
Rasa tak sabar menunggu Ogos 2011.

Read more...

Hairan ... Kenapa Raya 17 haribulan ...?

>> 12.11.10

Hari ini full-time rehat dalam rumah.
Malam tadi boleh tidur dengan baik. Apa yang
difikirkan dua-tiga hari lepas dah selesai.
Hasil pemikiran itu diterjemahkan
di sini.

Petang tadi adik sms tanya bila hariraya.
Saya pun buat kiraan. Hmmm, hariraya ialah
pada 16 haribulan, Selasa.

Kenapa kerajaan punya hariraya pada Rabu,
17 haribulan ...?

Read more...

Lagi tak boleh tidur ...

>> 11.11.10

Malam tadi, lagi tak boleh tidur. Pukul
3.55 tengah malam, keluar bilik dan pergi
ke Meru. Pekena dua keping roti canai.

Lepas solat subuh barulah tidur. Bangun pukul
berapa? Ha ... pukul 2.17 tengahari.

Petang, buat blog baru. Berehat sekejap
dan berjamaah ke surau. Balik sambung
buat blog.

Read more...

Perkara berulang ...

>> 10.11.10

Malam tadi tak boleh tidur lagi. Lepas solat
subuh mata masih segar. Jam 7.05 baru masuk tidur.

Bangun tidur jam 12 tengahari. Lepas makan, pergi
RHB buat urusan pembelian barang macam hari Isnin
lepas. Bezanya, yang hari Isnin tu beli barang dari
US; dan hari ni beli barang yang sama dari UK.

Dari segi perbelanjaan, beli dari UK 50% lebih
mahal berbanding beli dari US. Perbezaan ini bukan
sahaja dari rate tukaran wang, tetapi juga dari
aspek-aspek lain.

Barang apa yang terpaksa dibeli dari US dan UK tu?
Mungkin ada yang boleh meneka ...?

Read more...

Selasa 9 Nov. 2010

>> 9.11.10

Malam tadi lepak dengan MSK dan ISA
di Shah Alam. 12 tengahmalam bersurai.

Pagi tadi sambung tidur dan berehat sakan.
11.47 ke Meru kerana sedikit urusan. Kemudian,
buat insuran Kembara. Huh, tak boleh buat 3rd.
party. Lepas tu ke Pejabat Pos Kapar baharui
cukai jalan. Beres.

Petang, sambung tidur. Lewat ke surau. Sampai
di sana bilal dah selesai azan. Lepas maghrib
cau paling awal.

Read more...

Huh, sibuk hari ni ...

>> 8.11.10

Malam tadi lepak dengan ISA di Shah Alam.
Cerita banyak perkara. Tapi tiada kaitan dengan
blogging. Pukul 12.27 kami bersurai.

Sampai di rumah mengadap komputer. Tak boleh tidur
sampai lepas subuh. Pukul 11.45 pagi, baru nak
keluar rumah, kawan call bagitahu dah nak sampai.
Aik ...? Bila buat appointment ...? 12.50 tengahari
dia balik.

12.55 pergi RHB buat IMO. Terpaksa buat cara lama
atau manual. Sebab, sejak bersara dah tak ada akaun
bank selain BSN.

Lepas tu, beli sampul surat besar dan terus ke
Pejabat POS hantar IMO ke US secara berdaftar.

Malam nanti ada dinner & meeting dengan VIP.
Huh, macam orang belum pencen ...

Read more...

Apabila Doktor Jadi Ustaz ...

>> 7.11.10

Kira-kira pukul 12.51 tengahari, Anis sekeluarga sampai
di rumah. Biasalah, kami pun bersalaman.

Tak sampai seminit kemudian, satu call dari HKL minta dia datang
segera. Bukan untuk urusan pesakit tenat, tetapi kerana diminta
membaca doa selamat. Doa selamat untuk PM nak keluar dari wad.
Namun, Anis minta maaf kerana baru sampai ziarah emak dan ayah.

Barulah saya tahu, anak kami ini bukan sahaja seorang doktor
tetapi seorang ustaz juga. Alhamdulillah.

Read more...

Menyemai ulam di tengah malam

>> 6.11.10

Jam 1.05 tengah malam, awal pagi Sabtu, menyemai ulam
Jarjir sebanyak 20 pasu kecil. Target untuk 60 pokok
atau dalam 20 rumpun.

Read more...

Bertani depan rumah - 01

>> 5.11.10


Atau yang ini:

Selamat mencuba ...!

Read more...

Tatapan sebelum tidur malam Juma'at

>> 4.11.10

Tatapan sebelum tidur malam Juma'at.

Read more...

Abahhh ... tolonnggg ... jangannn ...

Abahhh ... tolonnggg ... jangannn ...
Kah, kah kaahhh ...!

Read more...

Aksi mereka dirakam ...

>> 3.11.10

Aksi mereka dirakam ...?
Yang teruk-teruk tak perlu siar ...?

Read more...

Demand melebihi supply

Semalam, lepas zuhur, lepak dengan MSK di Shah Alam.
Malam, ahli lepak bertambah dengan kehadiran ISA.
Kemudian, Kulup Sakah dan isterinya pula join.
Pukul 12.00 tengahmalam kami bersurai.

Hari ini, petang, memasukan beberapa anak benih
pohon kiwi. Masih ada yang belum dipasukan. Yang
buat tempahan nak beli dah ramai. Jangan-jangan
demand melebihi supply. Kalau begitu,
sendiri nak tanam pun tertunda.

Read more...

Bersuamikan Orang Besar ... ?

Bersuamikan Orang Besar ... ?

Read more...

Gambar yang sungguh Mencuit Perasaan ...

>> 2.11.10

Entah kenapa ...?
Semakin direnung gambar ini ...
Sungguh mencuit perasaanku ...!
Bukan dari aspek politik ...!
...?

Read more...

Gambar-gambar bacaan ...

Isnin petang, sempat memasukan 16 anak pohon Golden Kiwi.
Insya Allah, petang Selasa akan sambung lagi.

Malam, membaca serta mengkaji gambar-gambar di atas.
Memikirkan design tapak tanaman dan bangunan untuk
berehat. Cadang nak buat di kebun Sekinchan.

Tanah di Jeram sudah dijual beberapa hari lepas.
Maksudnya, jual yang dekat dari rumah dan akan
usahakan yang jauh. Rasanya, tak lah bodoh.

Read more...

Suami-isteri berkongsi ...

>> 1.11.10

Saya amat tertarik dengan posting
SUAMI GELI NAK BERKONGSI.

Saya dan isteri selalu begitu. Di rumah mahupun
di restoran. Anak-anak kami pun begitu. Saling
berkongsi minuman atau makanan.

Suatu masa, saya dan isteri berkongsi segelas
minuman di sebuah warung. Ditegur oleh seorang
kawan, katanya: Cepatlah kaya kalau camtu ...

Saya jawab: Kami berkongsi hidup, berkongsi rumah,
berkongsi bilik tidur, berkongsi katil. Anak-anak
pun kami kongsikan. Kah, kah kaahhh ...

Tahniah dan terima kasih Melur!

Read more...

Facebook ...

>> 31.10.10

Semalam dan hari ni suntuk kemaskini
facebook. Malam ni ada kawan pelawa chatting.
Apa lagi, peluang belajar lah jawabnya.

Tengok dalam senarai chat tu ada anak sendiri,
ada anak sedara dan kawan-kawan lain.

Selain tu, belajar upload gambar-gambar keluarga.
Kalau boleh nak mahir dalam bidang facebook pula.
Kenapa? Warga emas tak boleh main facebook?

Read more...

Dua Gembira

>> 30.10.10

Facebook dah buka lama. Tapi tak tahu
guna. Nak jawab message pun tak pandai.
Nak masukkan gambar jauh sekali.

Hari ni ada message dari kawan lama. Dah lebih
dari 45 tahun tak jumpa. Maka bersemangatlah
saya menjawabnya. Lepas tu, panggil anak macam
mana nak upload gambar.

Mudah-mudahan akan bertemu banyak lagi
kawan-kawan lama, sekurang-kurangnya di
Alam Maya.

Read more...

Inna liLLAHI wa inna ilaiHI raji'uun ...

>> 29.10.10

Saya baru terima berita dari Pusat Khidmat ADUN Meru,
bahawa isteri kepada Ketua Kampung Bukit Kapar telah
kembali ke rahmatiLLAH sebentar tadi di SMC.

Haraf maklum kepada semua penduduk Bukit Kapar khasnya
dan penduduk DUN Meru keseluruhannya serta kawan-kawan,
sahabat handai dan kaum keluarga sekelian.

Takziah untuk Ketua Kampung Bukit Kapar serta keluarga.
Inna liLLAHI ...

Read more...

Gurauan dan mohon didoakan selamat

Sebelum Jumaat tadi saya terima SMS gurauan
dan mohon didoakan selamat dari ADUN Meru begini:

Keputusan mesyuarat MB dan EXCO memutuskan YB
Dr Rani mengetuai rombongan Misi Bantuan Kemanusiaan
Negeri Selangor ke Padang, Sumatera.

InsyaALLAH besok ana akan brtolak. Kalau tak balik
lepas 2 Nov. Pilihanraya kecil DUN Meru lah jawabnya ...
__________

Semoga beliau serta rombongan dalam perlindungan
Allah, sehat sejahtera dan selamat pergi serta
kembali. Rakyat dalam kawasan Meru amat rindukan
YB mereka yang sentiasa merayau siang dan malam
mengawasi kehidupan mereka.
Ma'as salamah wafi hifziLLAH.
__________

Read more...

Doa siapa yang paling maqbul ...?

>> 26.10.10

Ada dua jenis doa. Doa untuk kebaikan dan
doa untuk keburukan. Doa biasa dan doa penuh
emosi atau perasaan.

Dalam sejarah kenabian dan kerasulan, doa
kebaikan yang paling maqbul ialah doa bapa.
Cumanya, bapa jarang berdoa dengan penuh emosi
atau perasaan. Justeru bukan semua orang jadi
baik kerana doa bapa.

Manakala doa keburukan yang paling mustajab
ialah doa ibu. Cumanya, ibu mana yang sanggup
mendoakan keburukan untuk anaknya. Justeru bukan
semua orang jadi buruk atau jahat kerana doa ibu.

Carilah peluang supaya bapa berdoa sepenuh emosi
untuk kebaikan kita; dan elakkan dari ibu berdoa
sepenuh emosi untuk keburukan kita.

Read more...

Hari Isnin

Isnin, petang. Semasa berada di pejabat pos,
nak baharui cukai jalan motosikal, Anas call bagitahu
dia tak berapa sihat. Aik, semalam masa pergi, ok jer?
Dia berkeras nak balik rumah.

Setelah berbincang, lepas solat asar bergerak dari
rumah ke Kuala Kangsar. Nak rempit tak boleh. Sepanjang
jalan hujan lebat dan ribut. Waktu maghrib dah sampai
MCKK.

Semasa balik agak ok. Hujan lebat tetapi tak ribut.
Jam 11.05 malam dah sampai di rumah.

Read more...

Semalam dan hari ini

>> 25.10.10

Semalam, Anas dah ke asrama MCKK. Emaknya
yang hantar ke Klang Senteral.

Dari pagi hingga petang kemaskini blog politik.
Namun, belum siap. Letih juga melawat semua blog
dalam senarai. Banyak senarai yang tidak berfungsi
dan yang telah dilupus.

Lepas asar ada tetamu. Kawan semasa kerja dulu.
Seronok juga berborak pasal anak-cucu.

Hari ini, Wah mulai exam semester akhir. Mudah-mudahan
dia lulus dengan cemerlang. Dzul pula mulai bekerja
sementara di Shah Alam.

Lepas zuhur nanti nak ambil cukai jalan motosikal.

Read more...

Ketawa ketika Cerita Masalah Kesihatan

>> 23.10.10

Tengahari, saya berborak melalui handphone dengan
seorang blogger terkenal. Dia berada di hospital.
Katanya, satu jam lagi dia akan dibawa ke dalam dewan
pembedahan.

Menariknya, kami boleh ketawa besar ketika bercakap
mengenai masalah kesihatan. Itu bukti yang dia adalah
orang kuat semangat dan tidak lepas pergantungan kepada
Allah. Semoga dia selamat dan cepat sembuh.

Lepas solat zuhur, bersama isteri, Wah, Fawzan dan Anas
ke Bandar Baru Nilai. Ziarah cucu kembar. Dah lama tak jumpa.
Rindu sampai termimpi-mimpi. Waahhh, dah bertambah matang.
Lepas asar kami bergerak pulang.

Read more...

Gelagat Petang Juma'at

>> 22.10.10

Semalam Wah nak baharui cukai jalan motosikal.
Sampai pejabat pos tak boleh baharui sebab nama Farid
sedang diblack-listkan. Ada saman tiga buah kereta.

Petang ini dia ke JPJ selesaikan hak tuntutan. Mudah
jer selesainya. Mengenai cukai jalan JPJ kata boleh
baharui tetapi setakat enam bulan sahaja.

Fawzan pula sibuk nak ke klinik UiTM. Katanya nak buat
pemeriksaan dada. Sakit pasal silat-menyilat.
Kenalah emak dia bawa ke sana.

Dzul pula ke KL hantar borang. Borang kerja lah barangkali.
Anas pula sibuk nak beli tiket bas ke Kuala Kangsar pada
hari Ahad nanti.

Saya berehat di rumah sambil main internet.

Read more...

Dua kali terkantoi ...

>> 21.10.10

Pagi lagi dah panggil formen kerana kereta Kembara
tak mau hidup. Bateri baru beli. Bila formen sampai, dia
tengok sana sini dan usik sana sini dia start. Enjin pun
hidup. Rupanya, gear tak cukup letak pada P atau N.

Lepas tu, saya ke Meru bermotosikal. Gian semalam tak
tertunai. Setelah buat beberapa urusan saya pun celapak
motor. Entah bagaimana seluar tersangkut. Betis pun
terselak dan terkena ezos yang sedang panas. Waowww,
sakit dan pedih. Kulit betis masak melepuh. Teringat
petua orang tua-tua. Alhamdulillah, sakit berkurangan
dan terus baik. Kulit yang masak melepuh kembali
seperti sediakala.

Cerita anih di sini.

Read more...

Batal rancangan meronda bermotosikal

>> 20.10.10

Pagi tadi terpaksa batalkan rancangan meronda bandar
Klang dengan motosikal. Sebaliknya melawat HTAR. Hanya 15
minit di sana. Urusan selesai. Semasa balik singgah di Pasar
Besar. Kali kedua ke sini. Beli daun parsley untuk dijadikan
minuman kesihatan.

Tengahari sampai petang buat kerja-kerja di rumah.
Sesekali meronda di alam maya. Kawasan negara Arab.
Terfikir nak buat blog dalam bahasa Arab. Tapi,
macam tak seronok dengan bloggers mereka.
Mereka cerita hal dan budaya tempatan.

Read more...

Doktor & Anda: Bahagian 1 dan 2

>> 19.10.10

Temubual SPM TV1 dengan:
Dr. Muhammed Anis Abd Wahab; dan
Mohd. Fikri Nor Azmi, penerima organ

Sebahagian dari program Minggu Kempen
Pendermaan Organ.
________________

Maaf, suara bising dalam rumah
semasa membuat rakaman dengan
kamera tua.
________________

Read more...

Rehat yang aktif

Malam tadi, baru nak terlelap SMS masuk minta buatkan
ubat orang patah tulang belakang kerana kemalangan. Bangun
dan buat ubat. Lepas tu, dah tak ada mood nak tidur.

Pagi tadi, isteri bagitahu Anis dalam perjalanan ke TV1
untuk jadi tetamu Doktor & Anda (kalau tak silap).
Rancangan bermula dari jam 9.10 hingga jam 9.30.

Pukul 10.00 bawa Anas ke Klinik Kesihatan dapatkan
result pemeriksaan darah dan kahak. Pukul 11.30 beli
bateri kereta Kembara. Tapi enjin tak mahu hidup.
Lusa, nak panggil formen pulak. Tulat nak baharui
cukai jalan. Puhh, masa dan duit lagi.

Malam nanti nak rakam program Halaqah, TV9. Insya Allah,
Anis akan jadi seorang dari ahli panel.

Besok, pagi, nak merentas bandar Klang dengan bermotosikal.
Veroooommmmmmm.

Read more...

Besok dan Lusa ...

>> 18.10.10

Besok, sebelah pagi, bawa Anas ke Klinik Kesihatan.
Nak tahu result pemeriksaan darah dan kahak.

Malam, jam 9.00, nak tengok TV9. Ada rancangan Halaqah.
Kalau tak silap, Anis akan jadi seorang dari ahli penal.
Semalam dah dengar dia berforum di IKIM.FM.

Lusa, Rabu. Cadang nak bermotosikal merentasi bandar Klang
ke kawasan selatan Selangor. Dah lama tak meronda dengan
motosikal. Veroooooooommmm.
Motosikal kapcai jer ...

Read more...

Lagi pengakuan khasiat minuman kesihatan ....

>> 16.10.10

Malam tadi ke rumah kenduri kawin.
Lepas makan, seorang tetamu datang ke meja
dan mengucap terima kasih.

Saya bertanya, terima kasih sempena apa?
Katanya, terima kasih kerana dia dah seminggu
mengamalkan minuman rebusan daun ketumbar dengan
daun sup. Alhamdulillah, katanya, badan semakin
sihat, batuk yang dah lama tak sembuh pun dah
hilang. Tidur pun sedap dan selesa. Kepala pun
terasa ringan, bla bla bla ...

Terima kasih blogger ISA.

Read more...

Khasiat Luar Biasa ...

>> 15.10.10

Seorang pengunjung blog ini tertarik dengan
posting Projek Minuman Kesihatan. Dia minum air
rebusan daun ketumbar dengan daun sup. Setelah
10 hari dia mengamalkannya, dia terkejut dengan
suatu khasiat yang tidak diduga.

Ceritanya, sejak lebih 20 tahun yang lalu sebiji
batunya membesar seperti telur itik. Kini, batunya
itu telah mengecil dengan pantas dan telah kembali
kepada saiz asal. Dah jadi standard size.

Read more...

Gambar Cucu Kembar ....

>> 14.10.10

Malam tadi tengok gambar cucu kembar di sini.
Terasa rindu nak ziarah mereka di Nilai. Tapi, nak bawa
Anas ke klinik lepas zuhur. Badan pun rasa letih.
Keputusannya, tak jadi nak ziarah.

Read more...

Motosikal Baru ...

>> 13.10.10

Pukul 1.30 petang pergi ke JPJ urusan daftar
motosikal baru. Di sana hanya kira-kira lima minit.
Urusan dah siap.

Sampai semula di kedai motosikal kira-kira pukul
2.45. Jam 3.25 dah sampai di rumah dengan motosikal baru.
Ewah, seronok bawa motosikal baru.

3.35 ke Klang. Ambil Anas di stesyen komuter.
Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan
hari ini. Hanya DIA Maha Pentadbir.

Read more...

Projek Minuman Kesihatan ...

>> 12.10.10

Semalam, hari terakhir Anas mengambil peperiksaan PMR.
Besok dia akan balik berehat di rumah hingga petang Ahad.

Hari ini, 9.45 pagi hantar Fawzan ke pusat peperiksaan MUET
di Klang. Kemudian, saya dan isteri ke Pasar Besar Klang.
Inilah kali pertama kami masuk pasar. Anda percaya?

Hari ini juga ialah minggu ke empat Projek Minuman Kesihatan.
Minggu pertama, minum rebusan daun ketumbar dicampur dengan
daun sup. Minggu kedua, minum rebusan daun ketumbar sahaja.
Minggu ketiga, minum rebusan daun ketumbar dicampur daun sup
dan daun kucai. Minggu ini dan seterusnya akan minum rebusan
daun ketumbar dicampur daun parsley. Dijangka, insya Allah,
akan menjadi minuman harian.

Setakat ini, sebu perut sejak berbulan lalu dah tak ada.
Boroi perut mulai berkurangan. Kahak-kahak juga dah hilang.
Pinggang pun dah terasa kuat. Beberapa penyakit rutin
warga emas juga dah sembuh, dengan kuasa Allah.
Alhamdulillah.

Khasiat minum rebusan daun ketumbar dan
daun parsley di sini.

Read more...

Study macam student

>> 10.10.10

Sabtu, semalam, study beberapa perkara. Seronok macam student. Bezanya, sekarang lebih mahir dari muda-muda dulu. Petang, beberapa tetamu datang ziarah. Malam, ada kenduri. Orang nak pergi haji.

Ahad, pagi ini, berehat sambil memikirkan hal-hal perkebunan di kampung. Memikirkan perkebunan ini mungkin memakan masa berbulan-bulan. Sebab, ini bukan perkebunan cara lama. Perkebunan traditional ialah for living.

Read more...

Daun Ketumbar, daun sup dan daun kucai ...

>> 8.10.10

Petang tadi, semasa dalam kereta, buat kejutan
kepada isteri. Saya beritahu dia nak buat tempahan motosikal
baru untuk Dzul. Kejutan, kerana tanpa berbincang dengannya
terlebih dahulu. Guna kuasa mutlak lah konon.

Lepas tu kami ke Econsave beli daun ketumbar, daun sup dan
daun kucai. Nak dijerang untuk dijadikan minuman harian.

Seminggu yang lepas saya minum air rebusan daun ketumbar.
Dan seminggu sebelumnya saya minum air rebusan daun
ketumbar dan daun sup. Segelas setiap hari. Memang sedap
diminum dan sedap seluruh badan.

Minggu ini nak minum air rebusan tiga jenis daun pula. Cadangan
nak minum dua kali sehari. Isteri pun nak cuba.

Read more...

Ewaahhh, betul ke ni ...?

Khamis, petang, pergi melawat kebun di Jeram. Bagi tahu pada
jiran, cadang nak jual. Kebun terbiar dan tidak diusahakan.

Malam tadi, design plan pondok untuk kebun di kampung.
Kecik jerr. Jika panjang umur, nak buat dalam bulan September
2011. Dari sekarang sempat fikir berbagai aspek. Cadang nak
tanam pokok-pokok temperate. Pohon-pohon kiwi, anggur, epal,
pear, plum, peach, apricot dan yang sewaktu dengannya.

Huh, belum buat pun dah rasa seronok.

Read more...

OK, OK. OK. Pondok.

>> 7.10.10

Dua-tiga hari kebelakangan ini terfikir nak berkebun di kampung.
Nak tanam macam-macam secara teratur. Bukan untuk berniaga.

Tapi, kalau berkebun di kampung perlu ada rumah atau pondok
di kebun itu. OK. Kalau buat rumah di kebun, rasanya tak berbaloi.
Sebab, buat rumah yang berbaloi ialah ketika sebelum menjadi
warga emas. Atau, yang afdhalnya, sebelum usia 50 tahun.

OK. Kalau buat pondok mungkin sesuai. Pondok ala chalet.
Sesekali bermalam di pondok itu. Sesekali berkelah di kebun.

Waow, macam seronok juga. Teringat masa muda dulu, selalu
berkelah bersama keluarga. Masa tu, anak-anak masih kecil.
Masa tu, berkelah setiap minggu atau setiap dua minggu.
Paling lewat sebulan sekali.

OK. Sekarang nak fikir pasal "pondok".

Read more...

Borak pertanian dengan orang sebok

>> 5.10.10

Jam 5.00 petang tadi lepak-lepak dengan Encik Baharom, Setiausaha Khidmat Masyarakat DUN Meru. Bukan senang nak dapat lepak dengan orang sebok. Sambil tu, pekena roti nan berkeju dengan daging kambing. Teh tarik gelas besar.

Sepanjang borak, hanya kira-kira 10% topik politik. Yang lain pasal pertanian. Sebagai orang muda yang berpelajaran, Baharom mengusahakan juga tiga ekar pokok pisang dan tiga ekar pokok ubi kayu.

Produk pokok pisang ialah jantung, buah dan daun. Produk pokok ubi kayu ialah pucuknya sahaja. Ubi tidak digunakan. Dicelah-celah pokok, dia tanam pokok kantan. Waktu dia ke kebun ialah selepas subuh hingga jam 8.30 pagi sahaja. Kemudian, dia ke ofis khidmat masyarakat.

Waowww ...? Cuba kira, berapa pendapatan bulanan dia?

Read more...

Berehat di rumah

Semalam, bersama isteri menguruskan keratan benih pohon anggur Isabella. Dapat 190 keratan. Sekarang masih dalam rendaman tanpa hormon.

Benih-benih ini akan disemai beberapa hari lagi. Insya Allah, setelah dua bulan, akan dipasarkan kepada sesiapa yang berminat. Jika ada pengunjung blog yang berminat bolehlah hubungi saya.

Sebentar tadi, menghubungi YB DUN Meru bertanya khabar dan mendapatkan maklumat semasa. Alhamdulillah.

Hari ini nak berehat di rumah.

Read more...

Semalam dan Hari ini

>> 3.10.10

2.08pm, Sabtu, bergerak dari rumah. Hiway Plus lengang.
Boleh pecut hingga 160 kph. Ikuti program dari 6.00pm - 10.00pm.
Perjalanan balik, hujan sampai ke rumah.
Letih out-station dan balik hari.

Ahad, pagi, mera'ikan tetamu datang ziarah. Tengahari pergi
kenduri sepupu kahwinkan anak. Sebahagian besar tetamu kenduri
adalah sedara-mara. Mereka datang dari Perak, Pahang, Johor, Pulau
Pinang dan Selangor sendiri. Almaklum, keluarga besar dan ramai.
Dua ekor lembu tak cukup. Kena tambah ayam lebih dari 100 ekor.
Huh, sungguh ramai sedara-mara dan tetamu.

Balik ke rumah, solat. Kemudian, ke majlis terbuka DUN Meru. Mula
sekali jumpa Bahrom. Orang kuat Khidmat Masyarakat DUN Meru dan
Pengendali blog. Berjumpa YB ucap tahniah. Mengikuti ucapan Teresa Kock. Sungguh ramai berbilang kaum yang hadir. Saya amat terharu dengan para petugas program ini. Semoga mereka dapat ganjaran yang setimpal dari Allah.

Ke tempat cuci kereta. Basuh luar-dalam dan cuci enjin. Malam nanti,
jika tiada tetamu, dapatlah berehat. Rehat adalah mustahak bagi
setiap warga emas.

Read more...

Hari ini dan besok ...

>> 2.10.10

Pagi ini mendung. Badan pun kurang semangat.
Namun, rancangan out-station akan diteruskan.

Besok, banyak jemputan kenduri kawin. Rumah terbuka
pun ada. Kalau sempat nak turut hadir semua.
Kerja-kerja depan rumah (PTL) pun berlambak.

Entah bila boleh berehat?

Read more...

Kiwi, kiwi oh kiwi ...

>> 30.9.10

Sarapan, seperti biasa. Setengah roti pita dengan keju dan jeruk buah zaitun. Pita, made in Meru. Keju, made in Australia. Jeruk zaitun, made in Saudi Arabia.

Lepas sarapan, proses mendapatkan biji benih golden kiwi. Kemudian, mengubah cambah semaian kiwi. Periksa semaian biji apricot.

Petang, mengubah dua anak pohon kiwi ke dalam beg hitam besar. Tanda progres program PTL-2.

Read more...

Bekas isteri yakin ....

>> 29.9.10

"KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.

Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.

“‘Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.

Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.

“Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Pindahkan Cambah Golden Kiwi

>> 28.9.10

Hari ini, cuaca agak panas.
Kemaskini dan train beberapa pohon anggur
dan halaman rumah.

Memindahkan 87 cambah baru benih pohon Golden
Kiwi. Membaja cambah terdahulu yang telah
dipindahkan. Memasukan lima anak pohon
Golden Kiwi.

Read more...

Anak Pohon Kiwi

>> 27.9.10

Lepas zuhur cuaca redup. Pindahkan lebih dari 50 anak pohon kiwi ke dalam pasu berasingan. Jika tiada aral atau halangan maka sebulan-dua lagi bolehlah ditanam ke dalam pasu atau bekas yang besar.

Lepas asar kirim duit untuk Anas dan beli baja. Besok mengubah semaian golden kiwi yang sudah bertunas sejak hariraya.

Read more...

Roti Arab, Keju dan Buah Zaitun ...

Malam tadi tidur awal. Sungguh awal. Kira-kira jam 10.45.
Lepas solat subuh terus ke meja komputer. Ronda cari berita terkini. Sarapan, sekeping roti Arab dengan keju dan jeruk buah zaitun.

Kemudian, kemaskini dan train beberapa pohon anggur depan rumah. Petang nanti, nak beli baja.

Read more...

Bloggers-musang ...

>> 26.9.10

Tengahari ini redup. Kemaskini beberapa pohon anggur di depan rumah. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat disertai ribut kencang. Rahmat dari Allah. Alhamdulillah.

Petang semalam, besan datang ziarah. Kami, setiap kali bertemu, borak pasal politik. Namun, kami berlainan parti. Understanding and sporting. Ewaahhh.

Malam semalam, Jumaat malam Sabtu - jam 11.30 pm, dua orang bloggers hardcore datang ziarah. Setengah jam kemudian kami lepak di restoran 24 jam. Pukul 3.09 am kami bersurai. Seronok juga berborak tengah malam. Macam musang. Kah kah kaahhh.

Read more...

Cinta, Tunang dan Kahwin lain-lain ....

>> 24.9.10

Malam ini saya terkenang kenalan(H) lama.
Ketika itu kami belajar di luar negara.

Si H bercinta dengan si A.
Ayah H tidak bersetuju dan tunangkan dengan si B.
Semasa H dalam penerbangan pulang ke tanahair, dia
bersama si Z. Bila sampai ke Subang Airport,
mereka (H+Z) bersetuju untuk berkahwin.
Maka berkahwinlah mereka.

A jadi merana.
B sungguh kecewa.
Keluarga merasa hampa.
H+Z, semoga berbahagia.

Sesiapa yang membaca kenangan saya ini dan
mengenali si H dan/atau si Z tolong hubungi
saya.

Read more...

Minggu-minggu yang penuh jadual ...

Besok atau lusa, besan nak datang ziarah. Saya lupa
tarikh. 25 atau 26 haribulan. Nak tanya semula, tak patut.

Ahad minggu depan, ada kenduri sepupu kawinkan anak.
Tapi, kami akan singgah sebentar pada tengahari Sabtu
dalam perjalanan out-station.

Pada minggu berikutnya juga dah ada jadual.
Mungkin tertangguh lagi rancangan na ke
Pahang, Trengganu dan Kelantan.

Read more...

Kembali seperti baru ...

>> 23.9.10

Semalam, bawa Viva ke tempat cuci. Urusan bil dan kirim duit untuk Anas. Ke TESCO, membeli-belah.

Hari ini, urusan Kembara. Anggaran RM500 ke RM800. Kemudian, nak bagi cantik dan baik seperti baru. Kembali seperti baru.
Kah kah kaahhh ...!

Read more...

Mati kerana mercun: Bapa dipenjara 12 bulan

>> 22.9.10

"KUALA TERENGGANU, 22 Sept: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap bapa Khairul Arif Ayub 6 tahun yang maut akibat letupan mercun baru-baru ini, selepas mengaku bersalah diatas tuduhan memiliki mercun dan bunga api.

Tertuduh, Ayub Abdul Rahman, 29 tahun hadir ditemani isteri Kamariah Sufian, 25 tahun, dan keluarga terdekat dengan mengenakan baju kemeja T- berbelang coklat dengan rambut botak kelihatan tetang ketika keputusan dibaca oleh Hakim Mahkamah Majistret Puan Nor Azizah Yusof.

Tertuduh yang juga seorang buruh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada pukul 3 petang, 22 Ogos lalu dan dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan (Akta 207)."

Sepenuhnya Di sini.

Read more...

Tiba-tiba ana jadi lebih muda ...

Jemputan kawin sahabat warga emas selamat sampai.
Turut ternukil seperti berikut:

Salam, Nasib baik anta tak tulis nama ana dalam n3 tu.
Belum kenduri tapi kami dah nikah. Halalan toyyiban.
Ana 63 dia 55. Tiba-tiba ana jadi lebih muda dari yang muda.
Tak pernah mengalami semuda lo ni. 7 kali ganda.
Anta ubah cara fikir penakut tu.
Ada ilmu tak diamal macam pokok tak berbuah. Bak po.
_________

Kah kah kaahhh ...

Read more...

Nak kawin lagi ...?

>> 21.9.10

Seorang kawan lama call minta alamat.

Buat apa minta alamat? Kalau nak datang beraya
tu datang ajalah. Bila sampai Klang nanti call.

Bukan nak ziarah, tapi nak kirim kad jemputan kawin.
Tahniah. Menantu yang ke berapa ni?

Bukan anak yang nak kawin,
tapi aku lah.

Read more...

Berjaya ....

>> 20.9.10

Hari ini berjaya sempurnakan puasa. Tiada tetamu
yang datang ziarah. Petang tadi berbuka dengan kurma, buah
mangga dan jus orange.

Insya Allah, pada hari-hari mendatang akan berpuasa lagi.
Di sini.

Read more...

Dosa orang yang berPuasa Enam Syawwal

Berpuasa Enam Syawwal setelah menunaikan Puasa Ramadhan adalah sunat hukumnya dalam semua mazhab ahlis-sunnah wal-jama'ah, kecuali Imam Malik mengatakan ia adalah makruh hukumnya.

Di Malaysia ramai yang mengambil kesempatan berpuasa enam ini. Cuma yang jadi masalah ialah ada yang silap memilih hari. Ada yang memulakan puasa enam ketika hariraya masih segar dengan ziarah menziarahi.

1. Ada orang yang berpuasa enam tanpa meraikan tetamu yang datang berziarah. Tetamu dipelawa makan minum tetapi tuan rumah terus berpuasa.

2. Ada juga orang yang berpuasa enam berziarah ke rumah orang lain. Apabila dipelawa makan minum dia memberitahu yang dia sedang berpuasa enam.

Sedarkah kita bahawa menghormati tetamu dan meraikan perasaan tetamu atau tuan rumah itu adalah wajib (wajib: berdosa jika tidak dilaksanakan), sedangkan berpuasa enam Syawwal adalah sunat? Puasa enam boleh dilaksanakan pada hari-hari lain sepanjang Syawwal.

Rasulullah pernah menyuruh tetamu yang menziarahi sahabatnya supaya berbuka. " ...dia telah bersusah menyediakan makanan ..."

Read more...

Terima kasih blogger ISA

>> 19.9.10

Tengah malam tadi saya terima email dari blogger ISA (Ikut Suka Aku). Salinan penuh email tersebut sebagai berikut:

Salam Dr.

Moga dapat di manfaatkan.

CLEAN YOUR KIDNEYS IN LESS THAN Rs 1.00

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments and how are we going to overcome this?

It is very easy, first take a bunch of parsley (MALLI Leaves) KOTHIMBIR (DHANIYA) and wash it clean.

Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down and then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.

Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination also you will be able to notice the difference which you never felt before.

Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!
___________

Terima kasih tidak terhingga kepada ISA kerana mengirimkan maklumat yang sungguh berharga. Untuk menjadikan ia lebih bermanfaat juga kepada orang lain maka saya google dan senaraikan pula:

Di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.
___________

Blog asal ialah http://www.tech2fame.tk/

Read more...

Hah haa. Dah lama tak makan ....?

>> 18.9.10

Semasa kecil-kecil dulu, tak ada hospital di Tg. Karang mahupun di Sabak Bernam. Klinik dan kedai ubat juga, khabarnya, tak ada di mana-mana dalam daerah tersebut. Perkataan hospital, kelinik dan kedai ubat juga tidak pernah di dengar atau disebut. Percaya ...?

Almarhumah ibu selalu suruh saya makan ubi kunyit muda sebagai ulam. Memang sedap. Masa tu, gigi masih kuat. Bukan macam sekarang, dah tak ada gigi yang ori dan belum buat yang tiruan.

Ubi kunyit bukan sahaja sedap dibuat ulam malah ia mengandungi banyak khasiat dan mencegah beberapa penyakit. Harganya juga amat murah. Menanamnya juga sungguh mudah.

Petang semalam saya dengan isteri ke TESCO membeli kunyit dan halia untuk dijadikan ulam dan bahan minuman. Sebahagian lagi untuk ditanam dalam pasu di belakang rumah.
Insya Allah, bila berjaya nanti bolehlah dimanfaatkan.

Di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

Read more...

Email: Jumlah dan Ragam

>> 17.9.10

Minggu pertama musim raya tak buka email. Lepas Juma'at tadi baru buka. Woww, ada 300 lebih email. Selain yang ucap tahniah hariraya ada juga yang tanya perkara-perkara lain. Antaranya yang minta nasihat mengenai pertanian, khususnya mengenai pohon anggur dan kiwi.

Ada antara mereka bagi nombor kontek supaya saya hubungi mereka. Ada juga yang tak bagi nama. Guna anon saja.

Aik ...? Takkanlah mereka yang berhajat, saya yang pencen ini kena keluar belanja talipun. Takkanlah saya kena hubungi orang yang tak-bernama. Entah-entah mereka tu dari kubur ...?

Ragam manusia ...?
I em sori ...!

Read more...

Letih tapi Gumbira ....

>> 15.9.10

Raya tahun ini hanya ziarah ayah dan makcik di kampung. Rumah para pak-sedara serta ibu-sedara dan ipar-ipar tak ziarah. Badan tak berapa bersemangat.

Namun, sejak petang Sabtu hingga tengahari tadi sedara-mara dan kawan-kawan ramai yang datang. Boleh dikatakan bergilir keluar-masuk rumah. Kawan Fawzan, ada yang datang pukul 11.00 malam. Yang call dan sms hari ini, kata nak datang masih ramai.

Amat dialu-alukan. Walaupun letih melayan tetamu tetapi gumbira. Masih ramai yang sudi berkunjung. Kumpulan kali pertama pun ramai. Antaranya keluarga blogger Manjung Mari.

Read more...

Gambar Raya satu keluarga ...

>> 10.9.10

Lepas bergambar dengan semua anak, menantu dan cucu kami ke Sekinchan ziarah ayah dan makcik. Petang, Anis sekeluarga terus ke Melaka ziarah atuk isterinya. Emak dan ayah Lily (besan kami) sudah menunggu di sana.

Farid sekeluarga bergerak ke Kelantan ziarah ibu Nani (besan kami) dan sedara-mara sebelah sana.

Read more...

Semua anak, menantu dan cucu terkumpul ...

>> 8.9.10

Hari ini kami terkumpul kerana hendak sambut hariraya.
Insya Allah, semua dapat menziarahi keluarga di kampung. Pada
raya-raya yang lepas tak semua boleh berkumpul. Ada saja
sorang-dua yang kena bertugas semasa hariraya.

Selamat menyambut eidil-fitr il-mubarak.

Read more...

Besok Kami Beraya ...

Petang ini, semua anak, menantu serta cucu berkumpul dan berbuka bersama. Kami akan menyambut raya mulai besok. Begitu juga kaum keluarga kami yang lain.

Menurut kiraan astronomi, 6.30 petang ini ialah bulan baru di Malaysia. Walaupun ia tidak dapat dilihat semasa tenggelam matahari; ia kurang dari lapan jam ketika itu; ia tidak pada ketinggian 2 darjah ketika itu; dan tidak pada 3 darjah jarak lengkung antara bulan dan matahari ghurub (tenggelam), tetapi ia tetap bulan baru. (Ahli ilmu tidak mampu berkeras kepala mengatakan ia bukan Bulan Baru).

Bulan baru selepas Ramadhan ialah Syawwal. Sama ada ia diiktiraf oleh ulama Malaysia ataupun tidak, ia tetap bulan Syawal pada REALITInya. Bulan baru (Syawwal), walaupun belum berusia lapan jam sebelum ghurub (tenggelam matahari), tidak mungkin berpatah-balik menjadi bulan lama (Ramadhan).

Kami berpuasa dan beraya atas dasar penyaksian (شهادة) (ayat 185, al-Baqarah) wujud bulan dengan ilmu (sama dengan penyaksian wujud Allah, wujud hari akhirat, wujud para malaikat dan lain-lain); dan bukan atas dasar rukyah (رؤية) atau melihat dengan mata kepala.

Kami berhariraya mulai subuh malam nanti.

Read more...

HariRaya Fitrah .....

"Ertinya, saya hanya akan sempat berpuasa –insyaALLAH- satu hari sahaja bersama keluarga saya. Menurut hitungan cara klasik datuk saya (Tuan Guru Hj. Salleh) dan pengiraan saintifik cara moden ayah saya (Dr. Abdul Wahab Arbain), hari Khamis merupakan hari Raya Aidilfitri, kerana anak bulan sudah jelas kelihatan sebelumnya. Tidak tahulah pula bagaimana keputusan kaedah teropong pakcik saya (Sahibus Samahah Mufti Selangor), tentu hari Jumaat gamaknya. Inilah indahnya hidup di dalam keluarga yang di kelilingi ramai lulusan bidang agama; kita dapat menceduk rahmat perbezaan pendapat sesama mereka. Yang menjadikan perbezaan itu musibah sebenarnya, ialah tatkala sang ustaz menutup pintu kepada perbincangan sejak dari awal, hingga menimbulkan perseteruan, mencambahkan permusuhan. Dan inilah yang kita sering saksikan terjadi di luar sana."

Sedutan dari sini.

Read more...

Isteri rasa pelik ....

"KUALA LUMPUR, 7 Sept – “Tolong faham, abang tak balik rumah tiga hari dan abang minta maaf."

“Nanti balik abang akan cerita,” itulah kata-kata terakhir Noorhisham Mohammad kepada isterinya Suzana Radim Pangat menerusi telefon sebelum beliau dilaporkan hilang.

Noorhisham, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dilaporkan hilang bersama-sama juwatan kosmetik Sosilawati Lawiya, 44, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Suzana, 38, berkata kali terakhir beliau bercakap dengan Noorhisham ialah melalui panggilan telefon kira-kira 8.15 malam Isnin minggu lalu dalam keadaan tergesa-gesa."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Merayau di maya dan terjumpa ....

>> 7.9.10

Tengahari tadi merayau di maya; dan singgah di merata blog
dan website. Akhirnya terjumpa gambar anak dalam website
di mana dia bertugas. Dapat juga maklumat mengenai tugas
yang dilakukannya.

Berdiri, pegang fail kuning.
Berdiri, bertali leher.

Dia, dijangka, akan muncul dalam beberapa rancangan tv bulan
Oktober dan November mengenai pemindahan organ.

Read more...

Masak kepala gajah ...? Kah kah kaahhh ...

Petang tadi tolong isteri di dapur. Fawzan tolong potong daging segar
dari kampung. Isteri masak sayur dan buat karipap.
Nasi pun isteri yang masak.

Saya hanya masak daging. Resipi ala masakan Arab.
Resipi ini amat digemari oleh kawan-kawan semasa student bujang
zaman dulu. Ketika kat overseas.

Semasa berbuka, lauk daging habis licin. Hui, sekilo daging habis ...? Makan ke melantak ..? Begitulah bila sebahagian anak-anak berkumpul. Saya sendiri tak makan nasi. Hanya makan sekeping roti pita sahaja.

Sahur nanti nak masak apa ye ...?
Masak kepala gajah ...?
Kah kah kaahhh.

Read more...

Resipi sahur ....

>> 6.9.10

Berbuka puasa di kediaman ipar, kuaters High School, Klang. Lepas berbuka dia sekeluarga pindah ke rumah sendiri di Alam Perdana.

4.00 pagi masak untuk sahur. Nasi goreng lauk markerel dan kacang bendir. Resipi sebenar adalah ciptaan sendiri. Begitu juga dengan cara masak. Nampak ok dan sedap jer. Kah, kah kaahhh ....!!!

Read more...

Bekas isteri penyanyi Nash hilang ......

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Ahli perniagaan Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama tiga individu yang lain, demikian menurut polis hari ini.

Dua daripada tiga yang dipercayai hilang bersama beliau dikatakan pemandu dan peguamnya.

Beberapa blog hiburan melaporkan Sosiliwati dikatakan memaklumkan keluarganya mahu menghadiri perbincangan mengenai urusan perniagaan di Banting.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi The Malaysian Insider malam ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kehilangan mereka.

“Kami ada menerima laporan yang Datuk Sosilawati tidak ditemui sejak 30 Ogos, bersama beliau ada tiga orang lagi... kami sedang menyiasat sebagai orang yang hilang, itu sahaja yang saya boleh cakap buat masa sekarang,” kata beliau."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Huh, seronok .......

>> 5.9.10

Petang Jumaat: Anas balik dari MCKK.
Pagi Sabtu: Fawzan balik dari kolej UiTM,
Tengahari: Anis, Lily, Naufal dan Dzakuan sampai.

Yang tak balik, Farid, Nani, Nasrul dan Fathul.
Farid kena jadi siak di surau di tempat dia.
Yang lain semua ada.
Huh, seronok berbuka pada petang Sabtu.

10.00 malam, keluar lepak dengan blogger.
2.20 pagi, kami bersurai.

Read more...

Sayang, ketinggalan sehari ....

>> 3.9.10

Petang semalam, kira-kira satu jam sebelum berbuka, saya mangalami ceret-berat sebanyak dua kali. Selepas berbuka hingga ke waktu sahur sebanyak 18 kali. Lepas sahur, pagi tadi, ceret-beret berterusan. Agak tidak logik jika keracunan makanan. Kerana ia bermula sebelum berbuka.

Pukul 9.00 pagi terus ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan ke atas najis. Setelah diperiksa, sah bukan keracunan makanan. Tiada jangkitan dan tiada masalah selain dari kecairan. Ubat dan garam dibekalkan oleh doktor.

Sampai di rumah, bertenang sambil berfikir. Kalau makan ubat dan minum garam, maka rugilah puasa hari ini. Bila tengahari, badan semakin lemah. Rujuk kepada ayat al-Qur^an yang bermaksud, "Dan jika kamu sakit atau musafir maka ulanglah dari mana-mana hari yang lain ...." dan "Janganlah kamu campakkan diri kamu ke arah kebinasaan ..."

Maka saya bertawakkal makan ubat dan minum air garam. Alhamdulillah, tenaga mulai pulih dan ceret-beret mulai berkurangan. Sayang, ketinggalan sehari. Kuasa dan ujian Allah adalah untuk kebaikan hambaNya.

Read more...

Harga Diri dan Nilai Maruah ......

>> 2.9.10

Tengahari tadi, ke pejabat ADUN Meru. Bayar Fitrah diri sendiri dan Fitrah mereka yang dalam tanggungan saya. Ini adalah kali ke-3 bayar Fitrah di pejabat ADUN Meru. Fitrah ini saya wakilkan kepada ADUN supaya sampaikan kepada yang berhak menerimanya.

Sebelum ini, semua Fitrah saya agihkan di kampung sendiri, Sekinchan. Saya lebih mengenali kawan-kawan yang memerlukan di sana. Hingga kini, saya belum pernah bayar Fitrah kepada wakil kerajaan, sama ada kerajaan BN mahu pun kerajaan PR.

Zakat Fitrah adalah zakat harga diri dan nilai maruah sebagai mukmin-muslim. Ia bukan zakat harta. Tiga tahun kebelakangan ini saya wakilkan kepada Dr. Rani Osman sebagai individu, bukan sebagai wakil kerajaan. Kebetulan beliau adalah wakil rakyat. Saya kenal beliau dan saya percayakannya. Maaf kerajaan BN dan maaf kerajaan PR.

Read more...

Macam Mana Nak Layan 2 Orang Isteri ....?

Tengahari bawa kereta ViVa ke pusat servis. Waduuhhh, mahalnya. RM389.80. Semasa di sana call isteri minta bawa Kembara untuk pemeriksaan khas dan tukar minyak enjin. Habis pula RM107.60.

Adapun Kembara, enjin dah ada yang leaking. Kalau nak bikin supaya baik kenalah sedia antara RM600.00 ke RM1,000.00. Saya minta tempoh untuk berfikir. Kalau jadi, mungkin lepas raya nanti. Nampaknya tak jadi nak beli motosikal dalam masa terdekat ini.

Itu baru cerita melayan 2 buah kereta. Macam mana kalau nak
melayan 2 orang isteri? Kah kah kaahhh ...!

Read more...

Makanan Keraasss ... Kah kah kaahhh .......!!!!!

>> 31.8.10

Petang nanti, lepas berbuka, makan nasi dengan sup tulang, ikan pekasam dan kangkung celur. Hhuuhhhh, insya Allah menyelerakan.

Semasa makan sup tulang, pada masa-masa lepas, selalu saya tertanya dalam kepala kenapa saya suka masak sup tulang? Sedangkan, saya sendiri tahu yang tulang itu tidak akan lembut dan saya sendiri sedar yang saya tidak akan makan tulang itu?

Sumber gambar di sini.

Read more...

Suka tengok gambar ini ...

Saya tertarik pada gambar ini. Para petani di sebuah kampung di India. Mereka bijak.

Read more...

Rayau punya rayau terjumpa gambar ......

>> 30.8.10

Hari ni tak keluar rumah. Sepagi suntuk tidur. Isteri shopping cari tulang lembu segar pun tak ikut. Memang tak ada tulang hari ni.

Tengahari merayau di alam maya. Rayau punya rayau terjumpa gambar anak, menantu dan cucu-cucu semasa mereka melawat Queensland, Australia bulan Jun lepas.

Read more...

Awal lagi dah siap ...

>> 29.8.10

Jam 6.09 petang dah siapa masak untuk isteri dan anak-anak selepas berbuka nanti. Kali ini, masak daging segar dari kampung. Resipi masakan adalah ciptaan sendirian berhad. Pada pandangan mata dan bau (cium bau makanan tak batal puasa) macam sedap dan sungguh menyelerakan. Kah, kah kaahhh .... Dah masuk bakul ooiiii.

Sayur, hanya tumis kacang bendi. Kacang bendi lagiii. Harganya murah dan lembut ketika dikunyah. Amat sesuai untuk saya yang dah tak cukup gigi. Secara cakap masjidnya, kacang bendi dan apa jua kacang amatlah baik. Boleh memanjangkan waktu kenyang hingga empat jam.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Read more...

Lepak-lepak bloggers

Lepas berbuka petang tadi terlalu letih. Bukan kerana makan banyak tapi sebab kurang tidur. Lepas solat terlelap.

Jam 10.01 terjaga dan bangun. Badan dah segar. Jam 10.15 call rakan blogger. Dia tak jawab. Sah, belum balik tarawih. 10.25 dia pula call. Kami janji nak keluar lepak di suatu tempat jam 11.00.

Lepak sambil borak hal politik. Sedar-sedar dah jam 1.24 pagi. Jam 1.37 kami bersurai. Demikianlah lepak bloggers. Sorang baru bangun tidur dan sorang lagi baru balik tarawih.

Read more...

Soalan-Jawapan Peperiksaan A-Level ...?

>> 28.8.10

Hiasan dan contoh sahaja.

Walaupun pernah belajar di barat tetapi saya berpendapat sistem pendidikan dan pelajaran barat kini sudah jauh ketinggalan zaman. Jika untuk ke universiti, anak kita akan ketinggalan zaman sekurang-kurangnya 24 bulan berbanding sistem kemasukan ke universiti negara kita.

Read more...

Tak tidur, terlalu letih ....

>> 27.8.10

Rabu malam Khamis tak tidur. Lepas subuh start baring nak tidur. Baru mula terlelap, call masuk melalui hp. Lepas cakap, mula nak lelap. Orang sesat datang tanya rumah si anu kat mana.

Mula lagi cuba nak lelap, budak-budak entah dari mana bakar mercun. Cuba lagi nak lelap, isteri pulak bagitahu dia nak keluar bayar bil dan ansuran kereta. Terlelap sekejap, isteri buka pintu, terjaga lagi. Tengok waktu dah hampir zuhur. Bangun dan mandi.

Lepas zuhur ke Tesco, shopping. Beli itu beli ini, tengok sana tengok sinun, sorang budak dengan emaknya menghampiri saya, "Maaf, pakcik sorong troli kami." Bila pulak saya dah tersalah troli. "Pakcik minta maaf. Maaf ye!" Saya berlalu dengan tersipu-sipu.

Beli juga sekor ikan besar. Cadang nak masak macam kat dalam posting sebelum ini. Bincang punya bincang, akhirnya tak jadi masak macam tu. Keputusannya masak kukus sahaja.

Lepas berbuka dan solat terus tidur. Terlalu mengantuk dan terlalu letih. Jam 11.00 malam barulah segar semula.

Read more...

Ikan Bakar - Hari Khamis .... Kah kah kaahhh ...

>> 26.8.10


Selamat mencuba!

Read more...

Sedap kerana ada selera .....

>> 25.8.10

Lepas berbuka petang tadi makan nasi dengan pejeri terung. Hhmmm, pajeri terung lagi. Lauk pekasam ikan belanak dan pucuk ubi celur dengan kuah pecal.

Hhmmm, punya lah sedap. Sedap kerana ada selera. Syukur kerana Allah bekalkan selera supaya sedap menikmati apa jua makanan.

Read more...

Lepak bersama Wanita Arab .... For Ladies only ...




Mungkin ada yang tak berapa jelas dengan bahasa mereka
tetapi boleh difahami dengan melihat apa yang mereka lakukan.

Saya sukakannya kerana ada daun anggur tu.

Read more...

Tarikh Hari Raya tahun ini .....

>> 24.8.10

Beberapa sahabat, termasuk anak saya sendiri, bertanya mengenai tarikh kita mulai berhari raya tahun ini. Sebab, ada orang kata raya tahun ini bertepatan dengan 11 September.

Saya tak mahu sebut tarikh sebenar. Yang saya nak sebut ialah "kita berpuasa tahun ini hanya 29 hari sahaja." Itupun kalau kita ikut kiraan dan panduan ilmu. Kalau ikut kiraan dan panduan lain mungkin jadi 30 atau 31 hari.

Wallahu a'lam.

Read more...

Cadang nak ikut ayah dan makcik ......

Rabu besok ayah dan makcik datang ke rumah sebelum ke Kuala Trengganu ziarah adik. Rasa teringin juga nak ikut.

Setelah difikirkan secara masak, saya tak jadi ikut. Sebab ayah dan makcik ke sana dengan kapal terbang. Saya cadang nak pergi dengan kereta. Boleh bebas ronda-ronda. Semasa pulang, boleh rehat-rehat di Cherating. Kemudian singgah ke rumah adik di Temerloh.

Atau, jika dengan kereta, dari Kuala Trengganu terus ke Tumpat ziarah besan. Dah hampir empat tahun tak ke Kelantan.

Read more...

Betul-betul rehat dan tidur .....

>> 22.8.10

Malam tadi, jam 12.30, kejutkan isteri dan ajak anak ke McDonald. Wow, ramainya orang lepak. Kira-kira 40% sambil layari internet. Macam mana bila Kerajaan Selangor sediakan Wi-Fi di seluruh negeri nanti?

Hari ini, Ahad. Tak keluar rumah. Betul-betul rehat dan puas-puas tidur. 1.28 tengahari Anis call emaknya beritahu dah sampai KLIA. Dia kata, dia tak sedar bila hari Sabtu dan amat keletihan.

Read more...

SMS kejutkan supaya berSahur .....

>> 21.8.10

Malam tadi, jam 4.18 pagi,
sedang nyenyak tidur SMS masuk:
Anis ada di airport ni. Lagi 12 jam baru brtolak
(Sabtu 2 pagi waktu Canada). Sampai 12.30 tgh Ahad.

Nasib baik ada SMS. Kalau tak, mungkin kesiangan
tanpa bersahur.

Kesihan juga pada Anis. Belum dua minggu balik dari
Australia (8 minggu di sana) dah kena pergi ke Canada.
Lepas ni entah ke mana pula. Begitulah adat bekerja.
Kalau nak berehat kenalah macam saya.
Bersara awal. 24 jam lepak di rumah.
______________

2 pagi Sabtu di Canada ialah
5 petang Sabtu di Malaysia.
______________

Read more...

In pictures: Ramadan in Cairo

>> 20.8.10

Di sini.

Malam ini terkenang saya semasa buat master's di Cairo awal tahun 1970an yang silam. Teringin rasanya nak makan عيش بلدى, iaitu roti termurah (kira-kira tiga sen sahaja) yang berbentuk seperti roti canai dalam gambar 3, 6 dan 8.

Selain itu teringin juga nak makan طعمأية.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP