012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Sesak Teruk?

>> 31.3.10

Jam 7.40 pagi bergerak ke KL, hantar Fawzan temuduga biasiswa ke luar negara. Sampai di warung tol Jalan Duta, semua lorong tiba-tiba terhenti. Tak berguna TnGo dan SmartTag. Biasanya dua-tiga minit di situ dah jadi 90 minit pagi tadi.

Semasa balik, rempit sampai 140km/h. Ada appointment dengan doktor di Meru. Sampai dah lewat, tapi OK. Balik di rumah, tidur keletihan.

Read more...

Petua dan Panduan Mengurut

>> 30.3.10

Terima kasih kepada semua yang mengirim email dan yang tinggal pesanan mengenai panduan ringkas urut-mengurut. Yang menarik dalam satu email ialah mencadangkan supaya saya paparkan secara terbuka dalam blog. Dengan itu lebih ramai yang dapat memanfaatkannya. OK saya bersetuju sangat.

Dalam posting tempohari saya nyatakan "mudah" belajar urut-mengurut. Rupanya mudah itu dalam pengertian zaman saya. Zaman sekarang ada yang lebih mudah. Nanti saya nyatakan.

Sekarang saya nak senaraikan beberapa perkara yang Islamik dalam hal-ehwal mengurut, terutama mengurut pasangan hidup kita.

Mengurut sesama pasangan suami-isteri adalah antara ibadah. Ia mengelakkan dari pendedahan aurat kepada orang lain di samping mengeratkan hubungan. Justeru, sebelum mengurut dan diurut patutlah:

a. Bersihkan badan atau mandi terlebih dahulu.
b. Pilih waktu dan tempat yang sesuai tanpa gangguan.
c. Sediakan minyak urut yang berkualiti dan sederhana harum, seperti minyak zaitun.
d. Bacalah solawat, fatihah, surah ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas. Tiupkan pada minyak urut sambil berdoa supaya mendapat kesembuhan dan keselesaan dari Allah.

Adapun yang saya katakan mudah pada waktu dulu tetapi lebih mudah pada masa sekarang ialah "buku panduan mengurut". Dulu, saya gunakan beberapa buku panduan lengkap mengenai mengurut. Ia ada gambar dan dalam bahasa Inggeris.

Sekarang, saya dapati lebih mudah jika menggunakan vedio atau YouTube. Tak perlu beli buku. Sekarang cukup dengan pergerakan dan suara. Saya sempat menyediakan beberapa siri dalam
Panggung Maya Rakyat.
Pilih dalam senarai "Massage" atau "Medical Massage".
Selamat mencuba!

Read more...

Sibuk Tapi Puas Hati

>> 29.3.10

Hari ini agak sibuk. Sebelah pagi, isteri tolong berurusan. Nak jumpa guru besar, dia ada urusan di sekolah lain. Nak jumpa tok penghulu, dia out-station. Talipon ketua kampung, dia berurusan di Klang. Nak ke pejabat YB, dia tengah merayau jumpa rakyat. Nasib baik ada talian hayat yang lain.

Sebelum zuhur, bergerak ke KL. Jalan dan laluan baru amat banyak. Silap-silap masuk terjumpa warung tengah jalan. Warung ni paksa bayar sekian RM. Jam 2.30 petang sampai destinasi.

Semua tu adalah urusan Fawzan untuk melanjutkan pelajaran. Katanya, kalau boleh nak lanjut di UK atau Ireland. Nak lanjut di timur tengah tak boleh. Dia tak ambil bahasa Arab. Yang dia ambil ialah bahasa Jepun.

Read more...

Penjelasan Gambar Kami

>> 28.3.10

Sejak gambar kami disiarkan di sini dan asalnya di sini beberapa kawan tanya cerita sebenar mengenainya.

Jawapan saya begini: Gambar ini dirakam oleh blogger Ikut Suka Aku (ISA) di stesyen bus seksyen 17 Shah Alam. Masa tu MSK nak meneruskan perjalanannya ke PD. Sebelum tu, biasalah, kami bertiga berborak sambil minum pagi. Pertemuan biasa sebagai kawan dan sahabat. Bab cerita atau isu? Tentulah yang best-best. Tak boleh bongkar. Kami bukan macam si katak-katak dalam parlimen tu!

Read more...

Kanak-Kanak Kenal Didikan Ibu dan Ayah Sendiri

>> 27.3.10

Fathul Farhan, cucu kembar kami, pernah kami pelihara beberapa minggu peringkat awal dahulu. Sementara menunggu ibunya benar-benar sihat.

Kemudian kami serahkan semula kepada ibu dan ayahnya. Sejak kami serahkan dia dah tak mahu kepada kami. Bila kami nak dokong dia lari kepada ibu atau ayahnya. Kami percaya dia sudah tahu bahawa kami bukanlah ibu dan ayahnya yang sebenar. Dia dapat menikmati didikan, layanan dan belayan ibu dan ayahnya yang sebenar. Dia dapat merasakan betapa istimewa sentuhan dan layanan seorang ibu dan seorang ayah.

Begitulah sunnatulLAH. Justeru Allah memberi anugerah istimewa kepada setiap ibu dan ayah terhadap anak-anak. SubhanalLAH!

Read more...

Gambar Mandi Sejuk Sebelum Pesta Panas

Ada juga golongan di kawasan bermusim sejuk mengadakan upacara mandi dalam air separuh beku sebelum berpesta panas. Konon, untuk kepuasan dan merapat hubungan sesama peserta. Ada faham ka?

Read more...

Gambar Perpustakaan Unik

>> 26.3.10

Gambar dan selanjutnya di sini.

Read more...

Apabila Ulama disifatkan sebagai Anjing

"Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176)."

Ulasan penuh di sini.

Read more...

Bapa Mithali?

Bapa mithali?

Read more...

Apa yang menarik dalam gambar ini?

Yang menarik dalam gambar ini ialah anggota polis. Memang sukar hendak mengenali mereka.

Sumber di sini.

Read more...

Apa maksud gambar ni?

>> 24.3.10

Apa maksud gambar ni? Hhmmm, cukup tak malu. Apa bentuk otak dalam kepala lutut mereka?

Read more...

Umie Aida Ke Venice Berbulan Madu

>> 23.3.10

"BERCINTA selepas berkahwin adalah satu nikmat yang tidak mampu dilafazkan dengan kata, kata pelakon jelita, Umie Aida, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.

"Umie membuat satu keputusan yang agak 'brutal' untuk berkahwin dulu sebelum bercinta dan ini ternyata memberi Umie ketenangan," jelas Umie ketika dihubungi mStar Online.

Bagi Umie, keindahan bercinta dengan suami yang disapa 'Abang' terlalu bermakna.

"Agaknya sebab itulah orang tua-tua suka dengan 'arangged marriage'. Selepas Umie sendiri melaluinya baru Umie tahu. Saya dan abang tidak pernah pun berdating sebelum berkahwin," kata aktres jelita yang masih mengekalkan sifat ramah dan merendah diri walaupun kini sudah bergelar 'Datin'."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Isteri Kekasih KD Enggan Mohon Cerai

"SILVALAY Noor Athalia sudah mengetahui hubungan intim suaminya, Raul Lemos dengan penyanyi Krisdayanti. Yang paling menonjol apabila penyebaran gambar Raul sedang berpelukan mesra dengan KD. Walaupun beberapa kali merasa disakiti, Atha tidak akan membuat keputusan untuk bercerai dengan Raul.

“Saya tidak akan melakukan apa-apa, biar Raul yang meminta cerai, bukannya saya,” tulis Atha dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada detikhot baru-baru ini."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Pemandangan dalam Otak Lelaki begini?

Khabarnya, beginilah pemandangan dalam otak lelaki. Betul ke khurafat?

Read more...

Nampak Apa dalam gambar ini?

>> 22.3.10

Anda nampak apa dalam gambar ini?

Read more...

Pendedahan Kerjaya SeOrang Doktor

Pagi semalam Anas dah pergi ke asrama MCKK, menaikki bas.
Petang, hantar Fawzan ke Putrajaya. Hari ini, dia memulakan program Pendedahan Kerjaya SeOrang Doktor di Hospital Putrajaya, selama enam hari.

Program ini anjuran JPA dan diwajibkan ke atas semua pemohon biasiswa ke luar negara dalam bidang perubatan. Laporan prestasi pemohon akan dibuat oleh hospital kepada JPA. Kemudian, JPA buat saringan dan memanggil temuduga.

Nampaknya, proses untuk mendapatkan biasiswa semakin hari semakin rumit. Namun, semoga Fawzan akan berjaya hendaknya. Amin ya Rabbal-'alamin!

Read more...

Jenis-Jenis Cemburu

>> 21.3.10

(Gambar Hiasan)

Ada beberapa jenis cemburu.
Atas ialah cemburu bercampur marah.
Bawah ialah cemburu bercampur gembira.
Anda yang mana?

(Gambar Hiasan)

Read more...

Tengok Anak kenal Ibu-Bapa

Tengok pada anak kita kenal ibu-bapa?

Read more...

Sampai Putih Rambutnya?

>> 20.3.10

Imam Asy-Syafi'iy mengatakan sekurang-kurangnya ada enam perkara untuk bijak belajar. Antaranya ialah guru yang bijak (إرشاد أستاذ). Bijak matapelajaran dan bijak menyelesai masalah.

Profesor saya kata: Antara tanda guru yang bijak ialah lama pengalaman mengajar, sampai putih rambutnya.

Read more...

Kena Potong B**** ke?

>> 19.3.10

Untuk mengelakkan generasi muda menjadi pandai dan menentang parti pemerintah maka kerajaan negeri entah-berentah telah memotong bajet kementerian pelajaran. Biar mampus kamu wahai budak-budak?

Read more...

Warung Bergerak

Semasa para pengunjung minum-minum, warung terus bergerak melalui kawasan-kawasan tertentu. Setakat yang diketahui, warung-warung begini banyak di Jerman dan Denmark.

Read more...

Fesyen yang menarik?

Idea manusia ni macam-macam.

Read more...

Kasih Sayang Faktor Kecurangan?

Ada orang tidak menghargai kasih sayang. Kerana, kasih sayang adalah faktor kecurangan. Ada juga orang tidak kisah dengan kecurangan. Kerana, kecurangan berasal dari kasih sayang. Ada pula yang mempercayai kasih sayang dan kecurangan ialah suatu yang bersebelahan.

Read more...

Gambar Malam Juma'at 18032010

>> 18.3.10

Urut-mengurut adalah antara perkara penting dalam sesebuah keluarga. Suami atau bapa dalam sesebuah keluarga patut tahu mengurut untuk pelbagai tujuan.

Saya bukanlah hendak berbangga tetapi sekadar menggalak dan meyakinkan sahaja. Ilmu mengurut boleh dipelajari dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Tak perlu bayar pengkeras dan tak perlu bersalam ijazah. Tak perlu bertapa atau berwirid panjang. Lagi mudah jika seseorang itu memahami bahasa Inggeris.

Antara pengalaman saya ialah mengurut anak-anak terkehel, sakit-sakit badan dan mengurut isteri selepas bersalin.
Alhamdulillah, dimakbulkan oleh Allah.

Sesiapa yang berminat untuk pandai mengurut bolehlah email kapada saya. Insya Allah saya akan berikan beberapa panduan ringkas. Termasuk ayat-ayat yang perlu dibaca.

Read more...

Laman Dapur Bakal Jadi Gaya Hidup Rakyat

"SUNGAI PANJANG, 18 MAC - Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) optimis, Projek Laman Dapur yang diperkenalkan pertubuhan itu bakal menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat di Selangor.

Yang DiPertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut berkata, sejak dirasmikan Januari tahun lalu program itu kian mendapat pernyertaan menggalakkan dari Ahli dewan Undnagan Negeri (ADUN) untuk diperkenal kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek Laman Dapur di Sungai Panjang.

Projek yang dirintis Pekawanis dengan kerjasama Jabatan Pertanian itu bertujuan meringankan beban rakyat terutamanya golongan ibu tunggal."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Pengantin Lebih Separa Bogel

Russia adalah sebuah negara tertutup. Budaya asing amat dilarang lagi disekat. Tetapi ia tidak berpandu kepada Wahyu Allah.

Di suatu bandar terdapat cara baru mengenai upacara perkahwinan. Pengantin lelaki berpakaian lengkap menutup aurat tetapi pengantin perempuan lebih dari separuh bogel. Kononnya, pengantin lelaki amat berbangga kerana kecantikan isterinya disaksikan oleh orang ramai.

Kepala hotak mereka berbeza dari otak kita kan?

Read more...

Gunting Rambut

Semasa bujang, saya bergunting rambut di kedai atau digunting oleh emak di rumah. Setahu saya, ayah tak pernah bergunting rambut di kedai.

Peringkat mula selepas berkahwin, saya hanya beberapa kali bergunting di kedai. Kemudian, saya yakinkan isteri supaya dia yang guntingkan rambut saya. Sejak itu, saya tidak pernah bergunting rambut di tempat lain. Anak-anak juga bergunting rambut di rumah, kecuali ketika mereka di asrama. Anak-anak yang sudah berkahwin, mereka dengan pengurusan sendiri.

Itu saya. Mengenai isteri, selalu juga saya yang tolong potong rambutnya. Ikut saja fesyen apa yang dia suka.

Read more...

Menteri Kesihatan Wanita

Beliau adalah wanita yang pertama dilantik menjadi menteri di Iran. Sebagai seorang doktor, beliau dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Beliau selalu melakukan kerja-kerja doktor ketika melawat orang ramai.

Read more...

Anak Ayam Kampung

>> 17.3.10

Semasa saya masih kecil, emak dan ayah bela banyak ayam dan itik. Ayam dan itik dibela dari kecil. Dilupuskan (dijual atau dijadikan lauk) setelah bertelur.

Setiap pagi, saya buka pintu reban supaya itik keluar dan cari makan dalam sawah atau dalam parit. Biasanya, saya akan mengutip telur dan basuh, kemudian disimpan dalam bakul.

Waktu tengahari, mengutip telur ayam di merata tempat, sekitar rumah. Telur ayam tak perlu dibasuh. Telur ayam boleh dijadikan susu ke dalam teh atau kopi. Ayah beli susu tin hanya dalam bulan Ramadhan sahaja.

Telur ayam dan telur itik dipilih oleh emak untuk dieramkan. Yang tidak terpilih akan dijual, dijadikan lauk atau dibuat kuih. Ketika itu, harga sebiji telur ialah 5 sen sahaja. Kebetulan harga gula ialah 15 sen sekati dan harga nasik lemak 10 sen sebungkus.

Read more...

Tak Bahaya ke macam ni?

Rugi sewa lori. Buat macam ni pun boleh. Suami-isteri ini satu kepala?

Read more...

Hah haaa. Ditangkap sejuk?

Hah haaa. Badan sejuk boleh guna gebar. Kepala sejuk boleh pakai tudung. Eh eh bro! Kenapa tak pakai kupiah?

Read more...

Cantik lagi Indah

Pada mata saya ia cantik dan pada imaginasi saya ia indah. Sedaaap hati memandangnya.

Read more...

Idea Taman

Barang-barang buruk boleh juga dijadikan hiasan taman.

Read more...

Cantiknya Restoran Dalam Air!

Cantiknya Restoran Dalam Air!

Read more...

Eh, kenapa mak wer ni?

Eh, kenapa dia ni? Apa yang dimakan?

Read more...

Apa jenis bapa ni?

>> 16.3.10

Bapa jenis apa ni?

Read more...

Teringin tinggal di sini?

Siapa yang teringin tinggal dalam rumah ini? Saya? Saya tengok gambar pun dah penin!

Read more...

Kahwinlah Orang Dewasa

"Dua kes perkahwinan kanak-kanak perempuan berumur 10 dan 11 tahun dengan lelaki berumur lebih 40 tahun telah sekali lagi menimbulkan persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agama dan orang Islam di negara kita ini. Dari aspek menyuarakan slogan dan retorik garang, sudah tentu ada. Ramai yang sanggup menggadai nyawa membela Islam. Tetapi apakah mereka ini akan membela nasib anak anak kecil yang dikahwinkan atau mereka hanya memilih isu isu "mudah dan sensasi"."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Shot woman saved by breast implants

"A US woman's life was saved by her size-D breast implants when she was shot at point blank range with a semi-automatic assault rifle.

Lydia Carranza was working in the office of a dentist in Beverly Hills, California, when a gunman ran in and opened fire.

Read more here.

Read more...

Hampir batal perkahwinan

>> 15.3.10

"MAKKAH: Aktres popular, Umie Aida atau Umi Khalsum Rahmad Ali nyaris membatalkan pernikahannya dua hari sebelum rombongan keluarga dan rakan karibnya berangkat ke Tanah Suci Makkah.

Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, keputusan berkenaan hampir diambil berikutan perasaannya yang berbelah bagi serta bimbang tidak mampu mencintai bakal suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan seperti diharapkan. “Selepas majlis berinai berlangsung Isnin lalu, tiba-tiba saya merasakan hati ini berbelah bagi. Saya juga takut tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri seperti diimpikan abang. “Barangkali perasaan itu hadir kerana saya pernah melalui pengalaman putus cinta,” katanya selepas majlis pernikahannya yang berlangsung jam 6.20 petang semalam (waktu tempatan)."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Lucu betul .....

Zaman dulu, kera di hutan yang disusukan!

Read more...

Isteri Kecil atau Suami Besar?

Pasangan ini dikatakan tidak sepadan kerana isteri agak kecil dan suami terlalu besar. Namun mereka berbahagia dan telah dikurniakan anak.

Read more...

Maaf Wahai Road Block!

Petang Ahad saya terima panggilan adik dari KLIA. Dia sedang tunggu ketibaan isteri dan anak-anak. Dia tanya apa nak dibuat dengan road-block yang akan dilaluinya. Kereta dia tak ada road-tax.
Jawapan saya rengkas sahaja.

Setelah masuk isyak, sekali lagi dia buat panggilan. Kali ini dia beritahu dah selamat sampai di rumah. Mengenai road-block, semua kereta di hadapan dan kereta-kereta di belakangnya (setakat yang ternampak) diperiksa. Hanya kereta dia sahaja yang tidak diperiksa.
Syukur kepada Allah kerana memberi perlindungan. Insya Allah, sehari-dua lagi dia ambil road-tax baru.
Dah 10 hari road-tax lama itu luput.

Read more...

Dilema siswi cinta lelaki 50-an

>> 14.3.10

"SOALAN:

SAYA pelajar institut pengajian tinggi (IPT) berusia 24 tahun dan bakal menamatkan pengajian.

Sebelum ini, saya menjalin hubungan percintaan, tetapi putus di tengah jalan. Kemudian saya bertemu dengan seorang lelaki berusia 50-an yang masih bujang.

Saya bercinta dengannya bukanlah atas dasar harta atau kekayaan, tetapi kerana kasih sayang serta kematangannya. Kami menjalin hubungan cinta tanpa pengetahuan ibu bapa saya.

Bagaimanapun, hubungan kami ini direstui keluarganya. Dia juga sudah menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya isterinya selepas tamat pengajian.

Masalahnya, saya tidak berani untuk memberitahu keluarga mengenai perkara ini kerana faktor usianya yang hampir sebaya dengan mereka. Saya takut hubungan ini tidak mendapat restu dan menimbulkan masalah di kemudian hari. Bagaimanapun, pada masa sama, saya mencintai dia sepenuh hati."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Kanak-kanak sudah bersedia hadapi .....?

"Biarpun perkahwinan bawah umur sah dari segi agama, namun ramai yang mempersoal tujuan kedua-dua pernikahan itu diadakan.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dilaporkan tidak bersetuju terhadap perkahwinan bawah umur kerana menurutnya Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat bukan semata-mata dilihat daripada sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w semata-mata."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Gambar Pagi Ahad

Cucu kembar kami dah mula belajar main pasir. Nasrul Farhan (membelakang kamera) dan Fathul Farhan.

Gambar asal di sini.

Read more...

Kereta Lembut pun ada?

>> 13.3.10

Kereta-Lembut pun ada?

Read more...

Bijak dari-A hingga ke-B?

>> 12.3.10

Tanpa Qur^an dan Hadith, manusia boleh bijak dalam semua hal,
dari A hinggalah ke B?

Read more...

Dapat Yang Ini, barulah seronok!

Kalau dapat kereta macam ini untuk ke kebun barulah seronok. Ini benar-benar kereta ke kebun. Very cute lah!

Read more...

Keputusan SPM

>> 11.3.10

9.15 pagi ke SAS, PutraJaya, bawa Fawzan.
Alhamdulillah, 1 Cemerlang Tinggi (A) dan yang lain semua Cemerlang Tertinggi (A+). Maksudnya dapat str8th As. SAS mencapai lulus 100% SPM dan tempat pertama di PutraJaya.

Read more...

Ini pun Ikhtiar juga

Ini pun Iktiar juga.

Read more...

Bagus untuk melatih ....

>> 10.3.10

Idea dan cara melatih anak-anak meminati buku.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP