Umie Aida Ke Venice Berbulan Madu
>> 23.3.10
"BERCINTA selepas berkahwin adalah satu nikmat yang tidak mampu dilafazkan dengan kata, kata pelakon jelita, Umie Aida, yang telah selamat melangsungkan pernikahan dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah."Umie membuat satu keputusan yang agak 'brutal' untuk berkahwin dulu sebelum bercinta dan ini ternyata memberi Umie ketenangan," jelas Umie ketika dihubungi mStar Online.
Bagi Umie, keindahan bercinta dengan suami yang disapa 'Abang' terlalu bermakna.
"Agaknya sebab itulah orang tua-tua suka dengan 'arangged marriage'. Selepas Umie sendiri melaluinya baru Umie tahu. Saya dan abang tidak pernah pun berdating sebelum berkahwin," kata aktres jelita yang masih mengekalkan sifat ramah dan merendah diri walaupun kini sudah bergelar 'Datin'."
Sepenuhnya di sini.
0 comments:
Post a Comment