012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Petua dan Panduan Mengurut

>> 30.3.10

Terima kasih kepada semua yang mengirim email dan yang tinggal pesanan mengenai panduan ringkas urut-mengurut. Yang menarik dalam satu email ialah mencadangkan supaya saya paparkan secara terbuka dalam blog. Dengan itu lebih ramai yang dapat memanfaatkannya. OK saya bersetuju sangat.

Dalam posting tempohari saya nyatakan "mudah" belajar urut-mengurut. Rupanya mudah itu dalam pengertian zaman saya. Zaman sekarang ada yang lebih mudah. Nanti saya nyatakan.

Sekarang saya nak senaraikan beberapa perkara yang Islamik dalam hal-ehwal mengurut, terutama mengurut pasangan hidup kita.

Mengurut sesama pasangan suami-isteri adalah antara ibadah. Ia mengelakkan dari pendedahan aurat kepada orang lain di samping mengeratkan hubungan. Justeru, sebelum mengurut dan diurut patutlah:

a. Bersihkan badan atau mandi terlebih dahulu.
b. Pilih waktu dan tempat yang sesuai tanpa gangguan.
c. Sediakan minyak urut yang berkualiti dan sederhana harum, seperti minyak zaitun.
d. Bacalah solawat, fatihah, surah ikhlas, surah al-falaq dan surah an-nas. Tiupkan pada minyak urut sambil berdoa supaya mendapat kesembuhan dan keselesaan dari Allah.

Adapun yang saya katakan mudah pada waktu dulu tetapi lebih mudah pada masa sekarang ialah "buku panduan mengurut". Dulu, saya gunakan beberapa buku panduan lengkap mengenai mengurut. Ia ada gambar dan dalam bahasa Inggeris.

Sekarang, saya dapati lebih mudah jika menggunakan vedio atau YouTube. Tak perlu beli buku. Sekarang cukup dengan pergerakan dan suara. Saya sempat menyediakan beberapa siri dalam
Panggung Maya Rakyat.
Pilih dalam senarai "Massage" atau "Medical Massage".
Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP