012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kesunyian ....

>> 12.4.10

Semasa mula bersara tempohari ramai kawan tanya di mana saya akan buat rumah besar? Jawab saya, rumah yang ada sudah cukup untuk kami sekeluarga. Berumah besar hukumnya makruh, kerana Islam menggalakkan setiap anak membina keluarga dan rumahnya sendiri. Silap-silap niat atau perasaan, berumah besar mungkin berdosa.

Kini, anak-anak kami yang sudah kahwin sudahpun berumah sendiri. Yang tinggal bersama kami hanya yang bujang sorang tu, yang sedang belajar di UiTM dan yang baru dapat result SPM. Dua orang lagi masih di asrama.

Malam ini, yang bujang tu kerja sebelah malam. Wah ke kampus, study. Fawzan bermalam di rumah bekas gurunya di Putrajaya. Tinggallah kami berdua di rumah. Kami rasakan rumah yang sederhana ini cukup sunyi. Perasaan kami mulalah rindu sana dan rindu sinun. Setelah berbincang, insya Allah, pagi besok kami nak ziarah cucu-cucu. Minggu depan, nak ziarah adik-adik di Perak.

Nasib baik tak buat rumah besar!

4 comments:

Unknown April 13, 2010 at 9:54 AM  

Dr

Tu lumrah dari keriangan akan datang kesunyian sehingga menerima jemputan khas mengakhiri segala kenikmatan...ah tu lumrah, tapi kesunyian tu mencengkam....leraikan cekamam tu dr...teruskan hidup

anakmuaallaf April 13, 2010 at 1:14 PM  

Salam Dr,
Saya cadang nak buat chalet saja.Macam kita borak hari tu..
Takut juga banglow besar-besar ni..buat pula di kampung..nanti wujud RIAK..Na'uzubillah..

Pengasas April 13, 2010 at 9:00 PM  

Salam Hashim,
Ajaran Islam adalah benar dan real. Tiada yang bertentangan dengan nature manusia kan?

Pengasas April 13, 2010 at 9:02 PM  

W'salam AnakMuaallaf,
Yang pelik, ulamak pun buat rumah besar-besar bila dah tua. Macam tak tau hukum pulak?

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP