Komen Sahabat dan Pengunjung
>> 16.4.10
Blogger p3chandan said...
Assalamualaikum Prof
Alhamdulillah Prof dah sehat balik dan bertenaga utk projek baru nampak nye...
April 16, 2010 8:53 AM
Jawapan saya ...
W'salam P3Chandan,
Alhamdulillah. Lepas pembedahan batu karang dalam buah pinggang tempohari memang baik dan sehat. Cuma tak ada tenaga untuk buat kerja. Dah cuba beberapa kali tapi tak jadi.
Beberapa hari lepas saya fikir perawatan hospital semata-mata tidak mencukupi. Jadi, saya tambah dengan perawatan sendiri. Alhamdulillah, tenaga kerja yang hilang sejak 14 bulan yang lalu telah kembali. Sekarang saya akan memulakan kerja seperti biasa. Bermula dari depan rumah. Tak lama lagi mungkin boleh ke kebun.
April 16, 2010 12:10 PM
Seorang pengunjung Damai Impian D'Bangi pula meninggalkan komen dalam posting saya sebelum itu. Komen beliau:
Blogger DAMAI IMPIAN D'BANGI said...
Suami saya pun tengah asyik menanam pokok tersebut. Menggunakan batang dari serumpun pokok yg telah besar, dipotong menjadi berberapa batang dan dicucuk saja ke dlm bag tanah. Alhamdulillah semuanya sedang elok mengeluarkan daun.
Dia minat pokok tu selepas dibagitau oleh jiran kami yg pencen dari Mardi. Katanya sangat berkhasiat sebab pernah minum airnya dicampur daun pandan yg dihidangkan oleh kawannya tadi semasa kenduri di rumahnya.
Masalahnya pokok ditanam suami malu nak berbuah, dapatlah merasa beberapa biji dulu. Maklumlah kami tanam suka-suka dan kurang ilmu. Apalagi nak dikomersilkan macam tuan, niat kami cuma nak dptkan khasiat dari daunnya utk dibuat teh minuman harian. Bolehlah dapakan tunjuk ajar tuan agaknya.
April 15, 2010 3:29 PM
Jawapan saya begini:
Salam DamaiImpian..,
Ye ke! Tahniah kerana rajin yang berguna. Yang elok lagi, sejumlah (katakanlah segenggam) daun dicampur dengan 2 atau 3 gelas air dan direbus. Air rebusan dicampur dengan madu dan digoncang kuat dan berterusan sebanyak 100 - 200 kali. Kemudian di minum 2 kali dalam sehari. Khasiatnya sungguh hebat.
Selamat mencuba.
April 16, 2010 12:00 PM
1 comments:
PRof mudah2an terus bertenaga utk projek baru di kebun. ana tengah sebok persiapan nak kawinkan anak tak lama lg..
Damai Impian..kalau nak dia berbuah lebat kena la cantas selalu..kan begitu Prof? pokok ana dirumah tak larat nak kutip buah dah...alhamdulillah!
Post a Comment