Tak Tahan Nafsu: Puasa Yang-Yok
>> 1.4.10
Puasa diamalkan dalam kebanyakan sistem perawatan di dunia. Dan puasa juga diamalkan dalam banyak upacara agama-agama lain. Ringkasnya, puasa adalah sesuatu yang tabi'iy dan normal.
Kira-kira jam 12.12 tengahari, saya ke dapur. Ternampak masakan yang saya gemari iaitu sayur peria, goreng keli dan ulam pucuk gajus. Dada jadi berdebar dan air liur nak meleleh. Cepat-cepat ke ruang tamu. ON komputer. Tapi, dalam kepala masih terbayang yang di dapaur tadi.
Congak punya congak, lalu ke dapur semula. Ambil pinggan dan senduk nasik. Maka terjadilah "puasa yang-yok". Menyerah pada nafsu makan. Lepas makan, terfikir, "betapi tipis niat" malam tadi. Dah berbuka barulah menyesal.
Petua orang tua: Cari menantu perempuan, orang yang baik solatnya. Cari menantu lelaki, orang yang baik puasanya.
8 comments:
Segarnya ulam-ulaman tu... kecur air liur..
Haah la dr, sy pn... lapar ni, dh la belum lunch...sedapnya peria dan pucuk gajus....
Salam KakcikSeroja,
Saya pun silap tak beritahu isteri yang saya berpuasa.
Salam Rosnanie,
Pucuk gajus tu isteri saya beli. Sati cekak RM2.50. Kalau zaman dulu tak laku pun.
Salam Dr,
Nak tanya kabar tapi dari n3 kali ni nampaknya dr sihat..Insyaallah..
Sedap menu kak aji kita..cair dr..mmg ulam pucuk gajus sememang sedap.Tengok gambar ni pun saya rasa esok kena pergi pasar cari pucuk gajus.
Peria saya pun dah mula berbuah..alhamdulillah..
W'salam AnakMuaallaf,
Tahniah kerana peria dah berbuah. Bukan sahaja sedap dimakan tetapi seronok di hati. Begitulah hebat hasil tanaman sendiri.
Kalau ada dua pasu pun dah mewah kan?
Salam,
Kecundang juga...
Alhamdulillah... saat ini masih ok.. terliur juga ni... hehehe...
W'salam ISA,
Selamat berpuasa khamis. Allah akan beri ganjaran yg sebaiknya.
Saya dah kecundang di tengahari tadi.
Post a Comment