Alhamdulillah, beberapa keratan batang pokok zaitun yang disemai
pada 4 Mac yang lalu telah bertunas. Insya Allah, dua-tiga bulan lagi
boleh dipindahkah ke atas tanah.
Bertambah koleksi pokok zaitun saya.
Read more...
Dulu dah tanam anak pisang kaki. Secara tak sengaja,
dah kena racun rumput. Maka ia pun dah kering.
Tadi tanam yang lain. Mudah-mudahan hidup segar.
Khasiat pisang kaki ...
Read more...
Pokok-pokok dalam gambar atas dan pokok-pokok dalam gambar
bawah adalah dalam kebun yang sama. Namun, bentuk pertumbuhannya berbeza. Antara sebabnya ialah cara menanam yang berbeza.
Read more...
2.11 tengahari, dalam hujan ribut, saya serta isteri,
anak dan menantu bergerak ke kebun di Sekinchan. Di sana
panas terik dan tiada hujan. Kami membaja pokok-pokok
pisang yang dah lama ditimpa kemarau.
Alhamdulillah selesai.
Pemandangan fizikal kebun hari ini memang semak dan samun.
Tetapi, perdu-perdu pisang masih terkawal. Sekitar 18 - 20 April
akan ditabur baja buah buat kali pertama, insya Allah.
Read more...
Sumber: Google.
Kira-kira 11.15 pagi tadi, saya dan isteri bergerak balik
kampung ziarah ayah dan makcik. Semasa dalam kereta, kami
dengar Radio Klasik Nasional.
Antara yang menarik ialah tema lagu-lagu Melayu lama yang
dimainkan. Ia membayangkan suasana dan kehidupan pada masa
itu. Tiada letrik, tiada radio dan tv, tiada telefon, tiada
kenderaan canggih, perhubungan yang terbatas dan sebagainya.
Justeru, lagu-lagu yang diputarkan ialah mengenai minum kopi
campur gula, naik sampan, cerita teruna-dara, kisah pahlawan,
rembulan, kumbang dan bunga dan seumpamanya.
Saya sempat hidup di zaman begitu. Dan saya sedang berusaha
untuk merealisasikan sebahagiannya di SantaiD'Rimba. Di situ
nanti tiada paip air dan tiada letrik. Sengaja tak mahu.
Insya Allah, masak, guna dapur kayu. Air, guna tadahan. TV
dan radio memang tak perlu. Hmmm, bila malam, lepak depan rumah
bermandikan cahaya rembulan sambil minum kopi. Kebetulan pula
SantaiD'Rimba memang jauh terpencil dari orang ramai.
Read more...
Sumber: Google.
Hari ini Sabtu. Full-time rehat dalam rumah.
Kalau nak keluar pun mungkin malam nanti.
Tengahari tadi makan secara bercatu. Nasi hanya
separuh pinggan. Lauknya ialah tiga keping-kecil
daging masak kicap; dan berulam tiga keping-nipis
peria katak, tiga biji zaitun jeruk dan tiga biji
bawang merah mentah.
Tujuan mencatu untuk kurangkan berat badan.
Semoga berjaya dan sihat.
Khasiat bawang merah ...
Read more...
Mantan Mufti Wilayah Persekutuan,
Datuk Dr. Muhammad Yusoff Husein (sebelumnya sebagai
profesor di UKM), sedang uzur di Hospital Putrajaya.
Semasa saya melawatinya petang semalam, beliau
masih belum sedarkan diri.
Dido'akan semoga Allah kurniakan kesembuhan
atau apa jua yang terbaik untuk beliau serta
keluarga beliau.
Read more...
9.30 pagi, pergi makmal periksa darah. Kira ok lah.
Kalau orang muda, kira dah tak ok. Dari situ terus ke
Tesco beli daun parsley, daun ketumbar, roti Arab, keju
dan lain-lain bahan makanan.
2.30 petang, ke kedai bahan makanan timur-tengah. Beli
air Zamzam, kurma-kurma, kismis, minyak zaitun dan entah
apa-apa lagi. Isteri ingatlah apa-apa yang dia beli.
Bila sampai di rumah badan terasa demam. Ubat paling
mujarrab ialah tidur kualiti. Alhamdulillah, dah ok.
Malam nanti nak ke KLIA pula, ambil Fawzan.
Read more...
Siang tadi, Selasa. Pukul 9.30 pagi badan rasa terlalu
letih. Segera ke pusat kesihatan. Urusan di kaunter pendaftaran,
ke makmal dan berjumpa doktor.
Masa jumpa doktor, dia bergurau: Ha, sarapan dengan KFC ke ni?
Kami ketawa sekejap. Dia arahkan supaya masuk air sebanyak 8 unit
ke dalam badan. Hmm, saya kira satu jam lebih berbaring atas katil
menunggu semua air tu habis masuk ke dalam badan.
Lepas tu, ke makmal semula; dan akhir sekali jumpa doktor.
Dia kata: OK. Tapi, dua minggu, datang lagi. Saya setuju sangat.
Lagi selalu pemeriksaan kesihatan, lagi bagus. Saya sendiri
periksa mana boleh. Pada hal kesihatan pun sekurang-kurangnya ada
DIY juga. Macam Anis, Sabtu lepas, terpaksa minta saya buatkan
ubat selsema untuk dia. Maknanya, ubat yang dia tentukan sendiri
dah tak mujarrab lah tu. Dulu, ubat batuk dia yang tak maqbul.
3.05, sampai di rumah; dan tidur. Cadang, malam nanti nak lepak
dengan blogger ISA. Tiba-tiba demam. Solat maghrib pun hanya
rakaat pertama berdiri. Rakaat lain kena duduk. Lepas solat terus
tidur kualiti. Alhamdulillah, kini dah segar dan sihat.
Macam cerita katun je kan ...?
Tapi begitu lah adanya ...!
Read more...
10.35 pagi bergerak dari rumah. Semasa dalam
perjalanan teringat kamera yang tertinggal. Malas
untuk berpatah balik.
Tujuan utama nak cari benih berbagai jenis kelapa. Di
Sg. Burung ada penjual benih. Singgah di situ beli dua
pokok kelapa hijau, dua kelapa matak dan sepokok kelapa
gading. Sepokok RM10.00.
Kemudian, makan tengahari di Sg. Besar. Semasa balik
singgah ambil batang ubi kayu kuning di rumah ipar.
Sampai di kebun, tanam semua benih dan tiga batang
benih kantan.
Huhh, letih oooo ...?
Read more...
Jumaat, Sabtu dan Ahad tak ke kebun.
Secara umum, hari-hari tersebut untuk lepak
dan rehat di rumah.
Meneliti minggu-minggu sebelum ini seolah-
olah sama sahaja. Justeru bolehlah dijadikan
Jadual Umum terkini, mulai tahun 2012.
Jumaat, memang hari minggu. Bukan jadual ke
kebun. Tapi, boleh pergi jika rindu sangat.
Sabtu dan Ahad, untuk anak, menantu dan cucu
serta kenduri kendara.
Selain dari tiga hari itu bolehlah dikira sebagai
hari-hari ke kebun atau lepak-lepak di SantaiD'Rimba.
Insya Allah, besok, Isnin akan ke sana.
Read more...
Mula-mula nak buat chalet berbumbung atap nipah serta
berdinding dan berlantai kayu. Setelah berbincang dengan tukang,
cadangan tersebut terpaksa dipinda. Jadinya ialah atap zing,
dinding batu dan lantai simen.
Kata tukang, dalam chalet itu nanti panas berbahang. Sama ada
ketika siang mahupun di waktu malam. Kecuali jika ada kipas atau
pendingin udara.
Saya teringat istana para khalifah di zaman 'Abbasiah. Ketika itu
belum ada pendingin udara dan belum ada penggunaan letrik. Tetapi,
suhu dalam istana mereka tetap dingin.
Saya cadang tak mahu guna kipas dan pendingin udara. Malah,
tak mahu guna letrik. Saya nak cuba guna teknologi sendiri.
Mudah-mudahan tidak panas seperti yang dikatakan oleh tukang.
Hhhhmmm, macam mana tu?
Tunggu siap Chalet Abu Nawas di SantaiD'Rimba.
Sehingga tengahari tadi.
Read more...
Sumber: Google.
Selasa. Sepenuh masa lepak dalam rumah. Kira-kira jam
lima setengah petang hujan turun lebat. Sesekali ribut.
Hujan sampai masuk waktu isya^.
Rabu. Sepatutnya ke kebun. Ada banyak kerja yang perlu
dibuat. Ada banyak pokok yang patut ditanam. Antaranya
ialah pokok kantan. Tapi rasa malas. Nak lepak lagi.
Insya Allah besok akan pergi.
Antara khasiat Kantan...
Read more...
PETALING JAYA – Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor,56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail,52.
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.
Sepenuhnya di sini ...
Read more...
Sumber: Google.
Isnin. 11.15, sampai Sekincan beli joran. Anas nak memancing
bersama emaknya di kebun. 2.00 petang meletakkan racun furadan
pada setiap perdu pokok pisang. Tiba-tiba hujan dan terus ribut.
3.40, dalam hujan ribut, kami bergerak pulang. Sampai Kuala
Selangor tak ada apa-apa pun. Hujan tidak dan ribut pun tarak.
Kami singgah di Soto Sg. Serdang ...
Read more...
Sumber: Google
Jumaat. 3.05 petang bergerak dari rumah ke suatu
destinasi peranginan di luar Selangor. 6.37 sampai dan
mendaftar. Peserta yang keempat.
9.00 malam, dua orang tetamu VIP sampai. 9.17 dialog
bermula. Cukup santai, mesra, bermanfaat dan berjaya.
12.37 tengah malam (awal pagi Sabtu) dialog berakhir.
Sabtu. 10.00 pagi persidangan bermula. 5.48 petang,
peserta bersurai; diikuti sesi bergambar. Kemudian,
saya bergerak pulang (sah peserta pertama yang
bergerak pulang). 8.55 malam, sampai di rumah.
Ahad. Keletihan. Tidur sepanjang hari. Memulihkan
badan. Hari Isnin akan ke SantaiD'Rimba.
Read more...
Negeri Kelantan Seindah Namamu
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjug al-Quran
Teguh menggalas syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku duga
Bertemu seorang ulama’
Yang dicintai rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit Cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang ulama’
Yang lembut… tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga kita bertemu kembali.
Dipetik dari sini ...
Read more...
Sumber: Google.
Sepagian lepak dalam rumah. Kembara maya. Rata-rata dah
sampai. Lepas Jumaat akan keluar negeri. Maksudnya, luar
negeri Selangor. Ada urusan negara. Hhmm, urusan negara.
Kalau urusan dunia, tempatnya di kebun.
Insya Allah, lewat petang Sabtu, urusan di luar negeri
akan selesai. Ahad, ada urusan dunia di SantaiD'Rimba.
Read more...
Gambar: Google.
Kira-kira jam 9.00 pagi sampai ke SantaiD'Rimba.
Keadaan di situ baru lepas hujan kuat. Saya hanya
menabur racun furadan pada setiap perdu pokok pisang.
Cukup 200 perdu saya berhenti. Letih. Sambil rehat
jerang teh koboi.
1.16 tengahari bergerak balik. Singgah makan soto di
Soto Sg. Serdang. Wow, memang sedap. Dalam pengalaman
saya sotonya memang tersedap; dan kopinya pula memang
terlazat. Kalah kopi mamak. Wow, boleh ajak isteri
gi makan di situ, suatu ketika nanti.
Read more...
Jam 12.46 tengahari bergerak ke Kapar. Saya singgah
buat kiriman wang untuk Anas. Isteri singgah bank lain
kerana urusan berasingan.
1.44 kami singgah ke Masjid Batu 10 Tg. Karang. Solat jama'.
Kemudian ke SantaiD'Rimba. Macam biasa - kemaskini pokok-pokok
pisang. Sebelum balik, sempat tanam tiga pokok kiwi madu. Pancang
sementara ialah batang ubi.
Read more...
Pagi, bersama isteri dan Wah, ke SantaiD'Rimba. Tengahari
balik kampung ziarah ayah dan makcik. Selepas makan dan solat
ke SantaiD'Rimba semula. 6.00 petang bergerak balik.
Lepas maghrib jumpa gambar kat bawah ini:
Cerita penuh di sini ...
Read more...
Petang Jumaat gi SantaiD'Rimba. Semasa mengemas
barang-barang terkena sedikit hujan. Malam Sabtu dah
selsema semula. Siang Sabtu terpaksa berehat di rumah.
Ahad. Cadang nak gi SantaiD'Rimba. Tiba-tiba isteri
bagitahu cucu-cucu nak datang. Wow, terpaksa kensel gi
kebun. Dah lama tak jumpa cucu-cucu.
Sementara tunggu mereka sampai, saya menyemai 15 batang
keratan batang pokok Zaitun baka Turki. Seberapa yang akan
hidup alhamdulillah.
Yang dalam polibeg tu haa ...
Read more...
Petang semalam kerja di kebun. Tiba-tiba hujan
turun. Teruskan kerja kira-kira 10 minit. Bila berteduh
terus dapat selsema.
Hari ini mengeram dalam bilik. Alhamdulillah, selsema
pun dah reda. Mudah-mudahan besok dapat ke kebun lagi.
Semasa menggoogle tadi jumpa gambar yang kat bawah ini.
Nampaknya bagus. Mendatangkan idea untuk perancangan di
SantaiD'Rimba. Hmm, ha ha ...
Gambar menarik hari ini.
Read more...