012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Stesyen Letrik SantaiD'Rimba

>> 29.4.12


Atas cadangan isteri maka saya bersetuju:

1. Buat tapak semin untuk sangkar besi.
2. Upah tukang welding untuk buat sangkar besi.
3. Beli generator dan letakkannya dalam sangkar besi.

Dengan itu jadilah Stesyen Letrik SantaiD'Rimba.

Read more...

Berdosakah aku

>> 23.4.12

Ayah meninggal pada kira-kira pukul 1.35 zuhur, hari
Isnin. Lazimnya, kes begini, janazah disemadikan pada hari
yang sama. Tetapi, saya telah membuat keputusan supaya ayah
disemadikan pada hari esoknya iaitu hari Selasa, jam 10.00
pagi.

Akibat dari keputusan itu saya menerima banyak teguran dan
rungutan dari masyarakat. Teguran kerana melewatkan janazah
dari disemadikan. Rungutan bahawa saya telah melanggar hukum
syara' mengenai janazah.

Sebenarnya, saya membuat keputusan begitu atas beberapa hal
dan sebab. Antaranya memberi peluang kepada adik-adik saya di
Pahang, Kedah dan Perak menatap wajah ayah untuk kali yang
terakhir.

Alasan saya ialah:

Rasulullah wafat pada hari Isnin. Ada riwayat mengatakan pada
waktu dhuha dan ada juga mengatakan setelah masuk waktu zuhur.
Baginda disemadikan pada malam Rabu. Ada yang mengatakan pada
tengah malam dan ada yang menyatakan pada akhir malam.

Hal begitu, lewat mengkebumikan janazah Rasulullah, tidak
mendapat sebarang tentangan daripada para sahabat. Sedangkan
mereka adalah generasi wahyu.

Read more...

Masih bersedih ...

>> 18.4.12

Semangat untuk lepak di SantaiD'Rimba kini
masih rendah. Kegumbiraan untuk menginap di Chalet
Abu Nawas juga sedang menurun. Sekurang-kurangnya
untuk beberapa minggu.

Saya masih sedih dan berhiba kerana kepulangan ayah
ke rahmatiLLAH pada kira-kira pukul 1.35 tengahari
Isnin, 16 April, 2012. Saya amat rapat dengan ayah.
Sejak bersara, secara purata, saya ziarahi ayah
sebanyak tiga kali dalam setiap minggu.

Semoga ayah dalam keampunan, rahmat dan tempat
yang amat baik dari dan di sisi Allah.

Read more...

Wow, sodapnyooo la ...!

>> 14.4.12

Jumaat. 8.38 pagi saya dan isteri bergerak ke
SantaiD'Rimba. Di sana, sebelum solat Jumaat, masak
nasi guna dapur kayu. Goreng tiga ekor ikan puyu campur
bawang merah dan bawang putih. Makan dengan beberapa
helai pucuk ulam raja. Wow, sodapnyo. Lebih sedap dari
makan di hotel berbintang-bintang.

Kami menginap di Chalet Abu Nawas. Lepas solat jama'
maghrib dengan 'isyak dah pukul 8.09 malam. Kami pun
mula berehat. Kami hanya guna pelita ayam yang kat
dalam gambar itu. Tiada letrik, tiada tv, tiada radio,
tiada internet, tiada aircon., bla bla bla.

Keliling chalet bunyi jengkerik, sesorok, belalang
pelesit, cacing dan entah apa-apa lagi. Tiada siapa
dan tiada apa yang boleh menghalang mereka kecuali
Allah. Di sebalik suara-suara mereka ialah desiran
ombak melanda pantai. Tiada suara insan dan tiada
suara kesibukan mereka.

Kami merasa sungguh aman, tenang dan seronok.

Read more...

Nak tangkap Ayam Hutan dan Burung Sintar

>> 12.4.12

Sumber gambar
Khamis. Tidak ke kebun. Jiran meninggal dunia. Inna li LLAHI.
Hari ini berehat sambil tunggu perkembangan kesan-kesan gempa
bumi semalam.

Masa berehat teringat keadaan di kebun. Yang menarik ialah
mengenai ayam hutan. Sekeliling SantaiD'Rimba ialah kebun
sawit. Banyak ayam hutan di situ. Dalam kawasan SantaiD'Rimba
pula banyak burung sintar. Jadi, sekarang ini saya sedang
fikirkan cara-cara menangkap mereka untuk dijadikan lauk.
Jangan cemburu heh ...

Read more...

Lari dari Tsunami ...? Takut oooooooooooo ...!

>> 11.4.12

Rabu. 8.40 pagi bergerak ke SantaiD'Rimba bersama
isteri. Dalam kereta dipenuhi dengan berbagai keperluan
untuk menginap di Chalet Abu Nawas. Ada macam-macam. Ada
lampu kecemasan, lampu suluh tercanggih, lampu ayam, tilam,
bantal, alat-alat mempertahan diri, etc. Memang happy dan
bersemangat tinggi.

Sampai di sana buat kerja-kerja perchaletan. Di dalam dan
di sekitar. Tengahari membeli-belah keperluan dapur. Garam,
gula, teh, asam jawa, etc.

Jam 3.40 petang terima SMS dari blogger ISA yang sedang
berada di Mekah, buat 'Umrah.

4.40 petang merasa gerak gempa yang kuat dan lama. Tak
lama kemudian Ashraf call bagitahu amaran tsunami. Dan,
kemudiannya, Fawzan pula call beritahu perkara yang sama.

5.40, bergerak pulang ke rumah. Rancangan untuk bermalam
di SantaiD'Rimba terpaksa dibatalkan. Almaklum, lokasi
SantaiD'Rimba dan Chalet Abu Nawas tidak jauh dari pantai.
Tidak sampai satu kilometer.

Read more...

Wow, dah boleh ditiduri ...?

>> 10.4.12

Selasa. 8.30 pagi, bersama isteri bergerak ke SantaiD'Rimba.
Di sana, kami bersihkan dan kemaskini dalaman Chalet. Pasang
cermin tingkap dan beli barangan perlu. Alhamdulillah, dah
selesai.

Oleh kerana chalet dah boleh ditiduri (eh, betul ker bahasa tu)
maka kami akan menginap di sana pada malam esok. Hah ha, besok
kami akan beli pelita minyak, periuk tanah dan kipas tangan.
Hmm, first time di zaman moden, nak masak dengan dapur kayu
dan makan berpinggankan daun pisang. Tak ada paip air dan
tak ada letrik.

Read more...

Hah haa: Gambar Chalet Abu Nawas ...!

>> 9.4.12

Ahad. 10.00 pagi, beberapa rakan jemput borak-borak sambil
minum. Mereka minta pandangan serta komen mengenai beberapa
perkara. Lepas zuhur ke SantaiD'Rimba. Sempat ambil gambar
Chalet Abu Nawas.


Takrifan Chalet bukan dari sudut fizikal, tetapi dari aspek fungsi.
Abu Nawas, merujuk kepada beberapa perkara tertentu mengenainya.
Chalet ini mengandungi loteng sebagai stor barangan dan ruang tidur.
Ini merupakan bangunan ibu. Masa hadapan, akan menyusul beberapa
ruang tambahan. Insya Allah, dalam masa tiga tahun,
ia akan disempurnakan.

Read more...

Kisah isteriku ... Kaaahhhhh, kah kah ...!

>> 7.4.12

Al-kesah. Sebenarnya isteri tidak begitu happy bila saya set up
kebun di Sekinchan. Antara sebabnya ialah terlalu jauh dari rumah,
iaitu kira-kira 69km sehala. Biasanya, saya sampai ke kebun pada
pukul 3.00 - 4.00 petang. Pukul 6.00 petang bergerak pulang.
Kata isteri: Tak berbaloi.

Begitulah sejak Oktober 2011. Namun, mulai Mac 2012, pendiriannya
itu berubah. Kini, dialah yang lebih bersemangat untuk ke sana.
Tadi, cucu ada di rumah pun dia tak perduli. Dia ajak saya ke kebun.
Nak tanam ubi katanya. Lihatlah kat dalam gambar di atas tu.
Pada hal, Sabtu dan Ahad, adalah hari-hari anak-cucu.
Cuti dari berkebun.

Begitulah Kisah Isteriku adanya. Kaaahhhhh, kah kah ...!

Read more...

Wow, Ayam Belanda

>> 3.4.12

Sumber gambar.

Blogger Wak-Labu tulis dalam ruangan comments:

Salam Prop, Wak boleh datang bila2 saja pun, tapi mau tau juge hari nye dan tempat nye. Oh ye, sebagai tanda penghargaan, Wak juge mau kasi sama Prop beberapa ekor ayam belanda. Haraf Prop sediakan tempat penginapan nye dulu.

Jawapan saya:

W'salam Wak-Labu, Terima kasih banyak2 kerana nak beri beberapa ekor ayam belanda. Saya juga rasa macam mimpi. Minggu lepas saya bincang dengan isteri nak beli anak ayam tu. Bila Wak bagitahu nak hadiahkannya, betul-betul macam bulan jatuh ke riba.

Jadinya, cadangan saya, kalau Wak setuju, anak pokok zaitun tu biar saya jaga dahulu dalam sebulan-dua sementara nak siapkan pondok ayam-ayam tu. Sekarang ni, Chalet Abu Nawas saya tu belum siap. Tukang hanya sorang diri.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP