012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Berdosakah aku

>> 23.4.12

Ayah meninggal pada kira-kira pukul 1.35 zuhur, hari
Isnin. Lazimnya, kes begini, janazah disemadikan pada hari
yang sama. Tetapi, saya telah membuat keputusan supaya ayah
disemadikan pada hari esoknya iaitu hari Selasa, jam 10.00
pagi.

Akibat dari keputusan itu saya menerima banyak teguran dan
rungutan dari masyarakat. Teguran kerana melewatkan janazah
dari disemadikan. Rungutan bahawa saya telah melanggar hukum
syara' mengenai janazah.

Sebenarnya, saya membuat keputusan begitu atas beberapa hal
dan sebab. Antaranya memberi peluang kepada adik-adik saya di
Pahang, Kedah dan Perak menatap wajah ayah untuk kali yang
terakhir.

Alasan saya ialah:

Rasulullah wafat pada hari Isnin. Ada riwayat mengatakan pada
waktu dhuha dan ada juga mengatakan setelah masuk waktu zuhur.
Baginda disemadikan pada malam Rabu. Ada yang mengatakan pada
tengah malam dan ada yang menyatakan pada akhir malam.

Hal begitu, lewat mengkebumikan janazah Rasulullah, tidak
mendapat sebarang tentangan daripada para sahabat. Sedangkan
mereka adalah generasi wahyu.

3 comments:

mahaza April 23, 2012 at 11:58 PM  

Semoga ayahanda tuan ditempatkan bersama orang yang beriman. Jika ikut kata-kata ahli fiqh, makruh melewatkan urusan jenazah bukannya haram. Ianya bersandarkan kepada hadith 3 perkara yang tidak digalakkan dilengahkan. Tuan punya sebab dan tuan sebagai anak mempunyai hak yang lebih utama terhadap jenazah (termasuk mandi, mengkafan dan solat jenazahnya) Allahyarham meninggal dunia selepas/pada waktu Zohor jadi tidak juga dalam kategori terlalu melengahkan. Wallahua'lam.

Anonymous,  April 25, 2012 at 1:17 PM  

Al Fatihah untuk roh almarhum ayahanda Prof.

Pengasas April 29, 2012 at 7:25 PM  

Salam MaHaza dan Kunang-Kunang,
Terima kasih kerana doakan kebaikan.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP