Masih bersedih ...
>> 18.4.12
masih rendah. Kegumbiraan untuk menginap di Chalet
Abu Nawas juga sedang menurun. Sekurang-kurangnya
untuk beberapa minggu.
Saya masih sedih dan berhiba kerana kepulangan ayah
ke rahmatiLLAH pada kira-kira pukul 1.35 tengahari
Isnin, 16 April, 2012. Saya amat rapat dengan ayah.
Sejak bersara, secara purata, saya ziarahi ayah
sebanyak tiga kali dalam setiap minggu.
Semoga ayah dalam keampunan, rahmat dan tempat
yang amat baik dari dan di sisi Allah.
7 comments:
Takziah. Semoga roh ayahanda Dr. ditempatkan bersama orang2 yang saleh.
A'kum Dr.
Takziah, Semoga Rohnya berada di dalam rahmat Allah. Insya Allah.
Takziah dari ana Dr,semoga diberi ketabahan utk menghadapi ujian Allah ini,semoga ruh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmati oleh Allah
Saya mendoakan semoga Allah mengampunkan beliau dan ditempatkan di kalangan mereka yg saleh dan juga ucapan takziah drp saya semoga Dr dianugerahkan kesabaran dengan peristiwa ini..wak aji
Salam Prop,
Semoga Allah mencucuri Rahmat yang tak terhingga keatas nye, Wak sentiasa mendoakan kesejahteraan keatas seluruh keluarga Prop.
Amin
Salam Dr Wahab,
Seminggu tak online. Baru hari ini dapat berita.
Takziah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh. Amin...
Salam untuk Dr daripada F3M.
W'salam Dr. Fisol, MountDweller, Ex-Lynxcrew, Wak Aji, Wak-Labu dan M3M,
Terima kasih kerana mendoakan kebaikan untuk almarhum ayah saya. Semoga anda semua dirahmati Allah.
Post a Comment