012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Buah Tin (Fig)

>> 30.8.12

Sumber gambar ...
Selasa dan Rabu tak ke kebun. Banyak urusan
di rumah dan di sebelah pekan.

Khamis, gi kebun sambung kerja mengubah semaian
epal hijau. Menyemai benih epal Royal Gala dan
mengubah semaian pokok tembikai. Ada banyak
lagi semaian yang mulai bertunas.

Besok atau lusa terpaksa mengubah semaian pokok
tin (fig) yang sudah bertunas.

Khasiat buah Tin ...

Read more...

Musim Ubat Cerdas Akal

>> 28.8.12

Pagi tadi gi KL. Cari bahan-bahan untuk
buat ubat. Dah lama tak ke KL dan dah lama tak
buat ubat. Fulamak, harga bahan-bahan ubat pun
dah melambung giler.

Yang nak dibuat ialah ubat Cerdas Akal. Beberapa
hari lagi bulan September. Biasanya, ramai penuntut
yang pesan ubat ini, dalam bulan ini. Almaklum, periksa
SPM yang real dah dekat. Satu sebab lagi, tahun ini
Anas pun akan periksa SPM juga. Dia berlima-sepupu.
Semoga mereka cemerlang seperti dalam semua
peperiksaan yang lepas (UPSR & PMR).

Read more...

Menyemai Pohon Anggur

>> 27.8.12

10.17 pagi sampai di SantaiD'Rimba.
Sediakan tapak semaian dan menyemai benih pohon
anggur. Kemudian, memindahkan benih epal yang
sudah bertunas ke dalam pasu kecil. 1.48 tengahari,
bergerak balik. Ada urusan di Shah Alam.

Semaian benih pohon anggur (Kiri).
Benih pokok sutera sudah bertunas (Kanan).

Read more...

Bermula Fasa Temperate

>> 26.8.12

Minggu pertama Syawwal merupakan permulaan aktiviti
pertanian pokok-pokok temperate di SantaiD'Rimba. Justeru,
beberapa hari lalu saya mulai menyemai pokok anggur yang
terdiri dari berbagai jenis; dan beberapa biji benih epal
hijau atau Granny Smith.

Pagi tadi sempat mengubah 32 anak pokok epal yang mulai
tumbuh dalam bekas semaian. Insya Allah, ratusan benih
epal akan bertunas secara berperingkat-peringkat. Jika
pertumbuhan berlaku seperti yang dirancang, insya Allah,
selepas RayaHaji, anak-anak pokok epal akan dipasarkan.

32 anak pokok epal hijau.

Read more...

Wow, seronoknyeerrrrr ....

>> 23.8.12

8.37 pagi dah sampai di kebun. Terus pantau semaian.
Wow, seronoknyeerrrrr .... Lemon dah bertunas. Belimbing,
bertunas juga ... Delima bertunas ... Granny Smith apple ..
juga dah bertunas. Kurma madu ... wow, bertunas lebih awal
dari jangkaan. Cili merah ...? Ada 60 pokok lebih. Wow, happy
pagi ni. Seterusnya, semai lagi kurma Ajwa. Semai anggur
Isabella untuk sepupu.

Selepas zuhur, bersihkan tapak untuk tanam cili merah. Besok
atau lusa nak ubah semaian yang dah bertunas tu. Besok atau
lusa juga nak tanam tembikai. 6.10 petang bergerak balik.
Wow, seronoknyeerrrrr ....

Read more...

Bahaya oooo ...!!!

>> 22.8.12

Semalam, Selasa, 21 Ogos. Pagi, ke kebun menyemai
pokok anggur, petola dan kurma mariami. Kemaskini semaian
ulam jarjir dan beberapa semaian lain.

Tengahari, mulai ziarah rumah-rumah ibu-bapa-sedara dan
sepupu-sepapat hingga lewat petang.

Bahaya oooo ...!!!

Read more...

Suasana Yatim-Piatu

>> 18.8.12

Beberapa tahun yang lepas, berhariraya tanpa
ibu. Kini, mulai tahun ini, berhariraya tanpa ibu dan
ayah pula. Dah jadi yatim-piatu. Amat sedih dan sungguh pilu.

Selamat HariRaya. Maaf Zahir-Batin.

Read more...

Kayu manis halau kencing manis ...?

>> 17.8.12

Mengikut kiraan astronomi, Sabtu 18 Ogos adalah
1 Syawwal. Mereka yang berkenaan akan menyambut hariraya
pada tarikh tersebut. Mereka berpuasa hanya 29 hari.

Minggu depan, lepas hariraya, cadang nak ronda ke Sungai
Buloh cari pokok Kayu Manis. Kalau dapat, nak tanam
di kebun. Banyak kegunaan dan Khasiat.

Sumber gambar ...

Read more...

Minuman kesehatan petang ini

>> 14.8.12

Malam tadi tidur tak puas. Aircon tak sejuk. Dah habis
gas. Tidur di ruang tamu diganggu pula oleh pasukan nya-alif-muk.
Lepas solat subuh sambung tidur. Jam 10.00 ke kedai aircon minta
cuci dan tambah gas. Runding punya runding, petang besok barulah
dia ada masa. Hmm, gitu kalu, malam ni kena bersabarlah.

Lepas tu, gi shoping. Petang ni, anak, menantu dan cucu-cucu nak
berbuka bersama. Si kembar tu suka makan peha ayam. Belikan untuk
mereka 2 set. Satu set untuk bekal mereka gi Kelantan subuh besok.
Petang ni, nak buatkan jus carrot supaya mereka sehat dan hebat.

Sumber gambar ...
Khasiat Carrot ...

Read more...

Yang mana satu atau kedua-duanya ...?

>> 13.8.12

Petang ini terlalu lapar. Tekak juga merasa
amat pahit. Nafsu mengarahkan otak supaya memikirkan
minuman yang mana lebih enak antara jus pisang dengan
jus nenas untuk berbuka sebentar nanti.

Jus Nenas

Jus Pisang

Read more...

Berkumpul Pra-Raya

>> 12.8.12

Sabtu, 11 Ogos. Berehat sepenuh masa di rumah.
Petang. Semua anak, kecuali Anas masih di asrama, menantu
serta cucu berada di rumah. Kami berbuka secara bersama.
Wow, padat ruang makan. Sungguh seronok dapat berkumpul
begini. Macam petang nak sambut Hariraya.

Ahad. Jam 9.55 pagi dah siap kerja-kerja rutin di kebun.
Memantau semaian dan tanaman. Sempat juga menyemai kurma
Ajwa dan kurma Medjool. Sampai di rumah jam 11.20.

What Are Medjool Dates?

Read more...

Solat pada tahap falsafah ...?

>> 11.8.12

Solat itu ada pada tahap-tahap tertentu.
Antaranya, solat pada tahap ibadah dan solat
pada tahap menunjuk-nunjuk (riak); malah ada
pula solat pada tahap falsafah ...?

Read more...

Rasulullah makan buah Tembikai

>> 9.8.12

Hari ini Khamis, 9 Ogos. Lepas solat Subuh rasa
terlalu mengantuk. Hhmmm, apa lagi, sambung tidur lah
ubatnya. Jam 11.30, bersama isteri, ke Giant Shah Alam
beli sedikit Mariami, sedikit Ajwa dan sedikit Madjol.
Isi untuk berbuka puasa dan bijinya untuk disemai.
Semasa pulang, sempat membeli buah tembikai.

Khasiat Tembikai ...!

Read more...

Menyemai dan semaian

Semalam, 8 Ogos. Isteri tanam anak pokok Namnam. Pokok
yang dulu dah mati. Tanam anak pokok Kari dan pokok Sambung
Nyawa. Saya membuat beberapa semaian.

Beberapa semaian minggu lepas mulai bertunas. Antaranya
biji Delima Madu. Dah dua butir bertunas. Petola, timun
dan kacang bender pun sudah bertunas. Seronok ooooo.

Semaian yang kat dalam gambar bawah ni dijangka akan
bertunas sekitar 5 - 7 September akan datang. Yang paling
kanan ialah Kurma Media. Yang ditengah ialah Kurma Madu
dan sebelah kiri ialah Kurma Susu. Insya Allah, minggu
depan nak semai kurma jenis-jenis yang lain pula.

Read more...

Kaaahhhhh, kah kah Kangkung

>> 7.8.12

Gambar hiasan Google.

Semalam, beli beberapa jenis biji benih sayur.
Antaranya biji benih kangkung. Seumur hidup tak
pernah tanam kangkung. Ini nak cuba tanam dan
rasa kangkung peliharaan sendiri. Tanpa racun
dan ditanam pada tempat yang bersih.

Khasiat Kangkung ...!

Read more...

Wow, cukup lazat dan berkhasiat

>> 6.8.12

7.49 pagi, bersama isteri, sampai ke kebun.
9.35, bergerak menghala Teluk Intan untuk membeli
benih pisang jenis tissue culture. Cadang nak beli
benih-benih pisang mas dan pisang tanduk sahaja.

Sampai di sana, ubah fikiran. Beli benih-benih pisang
mas, pisang nangka, pisang embun dan sejenis yang tak
difahami iaitu pisang moyan. Pukul 2.49 tengahari dah
siap tanam. 20 pokok sahaja.

Semasa di luar negara ketika muda-muda dulu saya suka
lepak di tempat-tempat minuman jus. Antara yang saya
suka ialah minuman pisang embun. Caranya mudah sahaja.
Sebiji pisang embun dan sebotol susu segar. Dibubuh
ke dalam blendar. Blend sampai halus dan sebati.
Masukkan ke dalam gelas besar dan letakkan air
batu. Woww, cukup lazat lagi berkhasiat.

Khasiat Buah Pisang ...!

Read more...

Rindukan Ubi Bemban

>> 5.8.12

Pagi tadi, jam 9.10 dah siap kerja-kerja
ringan di kebun. Hari ni dengan Wah. Isteri bercuti
kerana melayan cucu-cucu di rumah.

Cadang nak ubah pokok-pokok Ubi Bemban ke tempat
lain. Tapi tak sempat. Perut tak berapa selesa.
Insya Allah, besok atau lusa boleh ubah.

Masa kecil-kecil dulu selalau makan ubi bemban.
Sedap lagi berkhasiat.

Antara khasiat Ubi Bemban:
Di sini ...! dan di sinun ...!

Read more...

Dah meleleh air liur

>> 4.8.12

Gambar hiasan Google.

Jam 9.35 dah siap kerja-kerja ringan di kebun.
Masa balik ke rumah sempat beli lima biji buah
mangga. Serupa macam kat dalam gambar tu ...

Buah-buah mangga itu bukan untuk di makan, tapi
untuk dijadikan minuman atau jus semasa iftor
nanti. Haaa, minuman ini pun berkhasiat juga.

Khasiat Buah Mangga ...!

Read more...

Minuman Sejuk Berkhasiat

>> 3.8.12

Ada orang takut berbuka dengan minuman sejuk/ais.
Takut badan jadi letih. Atau sejuk itu menyebabkan
badan jadi letih.

Sebenarnya, minuman sejuk tiada apa-apa salah.
Yang salah ialah badan. Badan yang meminum itu
tidak sihat. Atau minuman itu yang tiada sebarang
khasiat atau bercampur dengan yang kotor ataupun
yang tidak suci. Atau minuman itu tidak diberkati
oleh Allah.

Lagi pula, minuman atau makanan yang panas itu
sekurang-kurangnya makruh diambil. Suatu riwayat
mengatakan:
بردوا طعامكم يبارك لكم فيه
"Sejukkan makanan kamu agar ada keberkatan padanya."

Minuman yang saya sediakan untuk keluarga petang
ini ialah air selasih bercampur kembang semangkuk.

Khasiat Selasih ...! dan Khasiat Kembang Semangkuk ...!

Read more...

Abby Abadi akan jadi isteri kedua ...?

Abby Abadi akan jadi isteri kedua ...?
Begitu gossip terkini ...!

Read more...

Cendol Timun - Murah lagi berkhasiat

>> 2.8.12

Sebelum dicampur santan dan gula kabung.

Hari ni kena tolong isteri di dapur. Biasalah tu.
Saya akan sediakan lauk utama, sayur berkhasiat dan
air minuman yang dijangka menyegarkan ketika iftor.

Antara minuman yang pernah saya sediakan setakat ini
ialah jus kurma, jus epal, jus delima dan air tebu.
Petang ini saya akan sediakan pula minuman Cendol
Timun Wangi/Suri/Betik. Dalam bahasa banjar dikatakan
Nginoman Ayaq Timun Tanggal. Hhah haaa, insya Allah,
nyaman, menyegarkan lagi berkhasiat.

Khasiat Cendol Timun Tanggal ...

Read more...

Air Tebu mencegah Kencing Manis ...?

>> 1.8.12

Hari ni, pukul 11.30 dah siap kerja di kebun.
Semasa balik ke rumah singgah di TESCO. Cadang nak
beli buah delima. Tapi harganya terlalu mahal. Sebiji
RM7.00. Tak rasional. Tak jadi beli.

Sebagai alternatif, beli air tebu yang ori. Bukan
yang RM1.00 secawan atau yang RM3.00 satu jar.

Ramai yang takut meminum air tebu kerana takut
dapat atau tambah kencing manis. Betul begitu?

Gambar hiasan Google.
Khasiat Air Tebu ... and here ...

Read more...

Video-Video seronok



Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP