Tengahari Ahad, bawa cucu kembar (Nasrul dan Fathul)
beli Tanah Baik dan Tanah Hitam untuk dijadikan
media Semaitanam Biji Benih Labu yang akan dikaji.
Ini adalah langkah pertama; dan akan menyusul
langkah-langkah seterusnya.
Minggu depan, kalau sempat nak mulakan proses
kajian tentang penanaman dan pembuahan labu manis
dari biji benih yang termudah dan termurah.
Ini merupakan Kajian dan Penyelidikan Pertama
yang dijalankan di SantaiD'Rimba.
Pokok Ubi Kayu Pikul yang kat dalam gambar tu terlalu banyak batang bagi setiap pokok. Ada yang sampai lapan batang bagi sepokok.
Kata orang, pokok yang baik tidak lebih dari
tiga batang. Kalau nakkan yang lebih baik, tidak lebih dari dua batang.
Muharram: Pokok apa itu ...?
Safar: Pokok Paria lah ...!
Muharram: Bukanlah ... Itu pokok peria lah ...!
Safar: Oooo, pokok peria lah ... ana suka lah ...! Pokok peria ... pokok peria lah ...
Hari ini Selasa. Pagi, hantar besan ke
Klang Sentral. Mereka (suami-isteri) balik ke
Kelantan setelah berehat kira-kira tiga minggu
di Selangor.
Kemudian, saya lepak dan tidur di rumah tanpa ke
mana-mana.
Malam, Anis berangkat ke Germany. Dia menghadiri
persidangan doktor-doktor muslim sedunia hingga
28 Jun. Perkara yang dibincangkan mungkin termasuk
hal-hal pemindahan organ.
Antara pokok ubi kayu sedang membesar di
SantaiD'Rimba. Pucuknya memang boleh dipetik
bila-bila masa sekarang. Sedap kalau dijadikan
campuran bahan-bahan pecal.
Dua ekor ikan puyu digoreng bersekali dengan
lima biji bawang merah dan tujuh biji bawang putih
sudah cukup untuk lauk makan tengahari
di SantaiD'Rimba.
Sabtu. Tengahari, kenduri di rumah kakak ipar. Lepas zuhur, saya dan isteri singgah ke SantaiD'Rimba.
Petang, isteri siapkan tapak dan tanam biji Timun Suri atau Timun Betik. Orang Banjar
sebut Timun Tanggal. Kalau tak silap, dapat 38 lubang atau rumpun.
Minggu lepas, semasa pergi kebun, berhenti beli benih serai RM5.00. Orang tu bagi satu dapur. Ingatkan dah murah sangat tu. Rupanya, harga serai satu dapur hanya RM3.00.
Sampai di kebun, dapatlah tanam 100 rumpun lebih.
Insya Allah, tak lama lagi mewah dengan serai pula. Mungkin boleh direbus dan minum air serai ... Ha ha ha ... Ader ker ...
Rancangan nak holiday dibatalkan. Cucu-cucu datang ke rumah. Sabagai ganti,
petang Ahad itu ke SantaiD'Rimba bawa sebatang pokok zaitun. Terus tanam. Malam, kami menginap di Chalet Abu Nawas.
Minggu lepas, sibuk setiap hari.
Sabtu, semalam, kenduri kawin cucu-sedara
di kampung. Semasa balik singgah kebun
sekejap.
Minggu depan dijangka sibuk juga. Besok,
Ahad, nak gi holiday dulu. Dalam 2 hari.
Minggu depan lagi Anis nak gi Germany.
Bila dia balik, kami rancang nak berehat
ke Kedah dan Perlis. Mungkin tiga-empat
hari juga.
Hari ni balik kampung. Urusan keluarga. Petang, singgah di SantaiD'Rimba.
Sempat mencangkuk empat cabang pokok zaitun. Insya Allah, empat bulan lagi akan bertunas. Hmmm, bertambah lagi jumlah pokok zaitun di SantaiD'Rimba.