012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Nak Ke Pulau Pinang

>> 10.5.10

Hari ni bawa Fawzan ke Pusat Kesihatan Bukit Kuda, Klang. Tak selesai urusan. Dapat appointment hari Khamis.

Besok ada urusan depan rumah. Mengenai semaian pokok-pokok anggur. Ada beberapa benih yang belum disemai.

Lusa, Rabu, nak ke Pinang ambil Zul yang dah tamat USM. Vivanya hari Selasa. Mungkin ada sedikit pembetulan. Katanya ada beberapa barang yang perlu dibawa dengan kereta. Sebelum ke Pinang nak singgah di Bandar Seri Iskandar dulu. Ada urusan dengan blogger Penglipurlara.

Read more...

Hasil Solat Istikharah

>> 9.5.10

Semua tawaran yang sudah dan akan diterima oleh Faridul Fawzan ditolak kecuali dua:

1. Tawaran ke Asasi Sains, UiTM Puncak Alam; dan
2. Tawaran ke Jepun, tajaan Petronas.

Oleh kerana kedua-dua tawaran tersebut dianggap mempunyai keistimewaan tersendiri dan kedua-dua bidang adalah fardhu kifayah maka solat istikharah dan solat hajat dilakukan selama 3 malam
berturut-turut.

Selain itu, pandangan abang-abangnya Dr. Muhammed Anis dan
Ir. Faridul Farhan juga diambil kira. Kerana mereka adalah dalam
bidang-bidang yang diistikharahkan.

Setakat malam ini, Ahad malam Isnin, keputusannya adalah
sebagai berikut:

1. Tawaran ke Asasi Sains dianggarkan 60% markah; dan
2. Tawaran ke Jepun dianggarkan 40% markah.

Justeru, besok akan ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan
kesihatan bagi tujuan pendaftaran masuk belajar di UiTM.

Semoga mendapat petunjuk serta pimpinan penuh
dari Allah s.w.t.

Read more...

Menggelabah Bila DiTawar Rezeki

>> 6.5.10

وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها إن الإنسان لظلوم كفّار

Terjemahan: "Dan jika semua kamu menghitung ni'mat Allah maka semua kamu tidak larat menghitungnya. Sesungguhnya manusia masih ada yang terlalu zalim lagi amat kufur." Ayat 34, surah Ibrahim.

Rezeki Allah yang diberi kepada kita amat banyak. Tidak mampu untuk kita menghitungnya. Malah, rezeki yang sedikit pun tidak mampu kita menerima semua. Inilah yang terjadi kepada Fawzan.

Sejak keputusan SPM keluar dia dapat panggilan beberapa temuduga melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara. Temuduga yang telah dihadirinya juga sudah berhasil. Ada beberapa tawaran belajar dalam dan luar negara.

Setakat ini, saya nasihatkan supaya dia terima tawaran UiTM untuk kursus Asasi Sains. Kerana, dia bercita-cita untuk belajar dalam bidang perubatan. Namun, hari ini dia kelihatan menggelabah. Rupa-rupanya dia juga mendapat tawaran dari Petronas ke luar negara. Dia juga bercita-cita belajar di luar negara.

Jadi, jalan penyelesaiannya ialah mesti berunding dengan Allah. Solat Istikharah. Kerana Allah sahajalah yang Maha Mengetahui segalanya.

Read more...

Air Daun Sutera

>> 5.5.10

Petang tadi petik daun Sutera sebanyak suku jar. Malam, rebus daun dengan satu jar air, selama satu jam. Rebusan dilakukan dalam belanga tanah.

Air rebusan dicampur dengan perahan sebiji limau nipis dan ditambah dengan gula mengikut selera. Waw, baunya sungguh hebat dan rasanya amat sedap.

Khasiatnya adalah sebagai berikut:

# prevents diabetes
# reduces cholesterol in blood vessels
# reduces high blood pressure
# helps on loses weight
# reduces asthmatic conditions
# rejuvenates your strength
# prevents brittleness of the bones
due to it's high calcium content
# relieves cough, anxiety and nervousness
# contains vitamin B1, B2 & C
# has all the needed 18 amino acids
# helps prevent cancer

Anda pernah mencuba?

Mungkin berkaitan di sini.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP