Juma'at. Sebelah pagi bawa Fawzan berurusan dengan Bank Islam untuk belajar di UiTM. Kawannya dari Kelantan yang sampai subuh tadi ikut serta.
Lepas Jumaat, borak dengan kawan blogger. Petang sampai awal malam ke Pucong kerana urusan keluarga.
Malam, Fawzan dapat keputusan berjaya dapat biasiswa JPA untuk kursus perubatan IMU Twinning. Dia menggelabah lagi. Ye lah, lagi kejayaan untuk biasiswa belajar di luar negara.
Huh, sebelum ini menggelabah antara UiTM vs biasiswa Petronas ke Tokyo. Malam ni menggelabah antara UiTM vs biasiswa JPA ke negara barat pula.
Ahad ni, kena daftar masuk UiTM. Duit pun dah bayar. Huh ...!!! Insya Allah kekal dengan pilihan yang lepas iaitu terima UiTM.
Read more...
"Penderitaan hidup gadis terbabit bukan baru bermula kerana sejak berusia enam tahun dia menjadi mangsa bapa tirinya yang suka memukulnya selain pernah menjadi mangsa cabul ketika berusia belasan tahun.
Rentetan kisah malangnya itu turut bertambah apabila dia pernah cuba menceritakan kejadian cabul itu kepada ibu kandungnya, namun langsung tidak dilayan selain didakwa cuba mereka cerita.
Sejak itu, gadis terbabit hanya mampu menanggung penderitaan berseorangan sehingga dia dipaksa melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang juga pengikut sebuah ajaran tarikat bersama bapa tirinya.
Menurut sumber, kisah gadis itu bermula hampir dua minggu lalu ketika dia berada di bilik rumahnya di Kajang sebelum dipanggil bapa tirinya."
Cerita penuh di sini.
Read more...
"Soalan
SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.
Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.
Buat pengetahuan Dr, kami sudah berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia bersetuju.
Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan keluarga, saya membatalkan hasrat itu.
Saya berulang kali memujuk keluarga tetapi tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.
Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami."
Seterusnya di sini.
Read more...
"Suri rumah berkenaan berkata, sehari selepas itu, dia didatangi seorang usahawan yang menyatakan kesanggupan untuk membantu melunaskan bayaran denda.
“Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, saya segera menyatakan persetujuan, namun tidak lama kemudian baru niat lelaki itu terserlah apabila saya terpaksa memenuhi satu syarat sebelum dia bersetuju membayar denda terbabit. Syaratnya ialah berkahwin dengannya.
“Takut dengan hukuman penjara, saya bersetuju dengan perjanjian berkenaan dan terpaksa mengahwini lelaki itu kira-kira sebulan kemudian,” katanya.
Azah berkata, walaupun terpaksa, dia mengaku hidup bahagia dengan suami dalam keadaan serba mencukupi walaupun bergelar isteri kedua."
Cerita penuh di sini.
Read more...