012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Berehat dan Bertenang

>> 26.5.10

Lima-enam minggu lepas sungguh sibuk. Hal anak-anak dan urusan saudara-mara. Sibuk masa muda-muda dulu tak menjejaskan kesihatan. Tapi sibuk semasa warga emas memang berlainan.

Besok dan lusa akan sibuk lagi. Ada berbagai hal. 5 dan 6 Jun nanti lagi banyak urusan. Jemputan kenduri kawin dah berlambak. Jadi, hari ini betul-betul nak berehat dan bertenang.

Kepada blogger ISA yang sedang berada jauh di luar negara, kalau terbaca posting ni, harap tak terlupa "pesanan" tu.

Read more...

Semalam dan hari ini .....

>> 25.5.10

Isnin, jam 7.00 petang, kami bergerak ke Simpang Empat Hutan Melintang makan malam bersama adik sekeluarga. Lepas makan kami ke Teluk Intan dan bermalam di sana.

Selasa, jam 11.00 pagi, kami bergerak balik. Singgah kampung ziarah ayah dan makcik. Makan tengahari dengan ikan sepat sawah. Kemudian, ziarah ke rumah ipar.

Sampai di rumah jam 4.45 petang.

Read more...

Kepala jadi ringan, perasaan pun mulai lega .....

>> 24.5.10

Sejak Fawzan habis menjalani peperiksaan SPM kepala kami jadi berat. Berat kerana menunggu keputusan, berat kerana usaha mendapatkan peluang sambung belajar dan berat untuk membuat keputusan yang tarbaik.

Kami, ibu-bapa, bukan sahaja mahukan anak kami BERJAYA, tetapi mahukan ia INSAN yang BERJAYA. Insan yang berjaya dalam maksud tidak renggang dari Islam dan ajarannya. Insan yang berjaya dalam ertikata INTIM dengan ALLAH dan sentiasa TUNDUK kepadaNYA. Itulah cita-cita dan kewajipan kami sebagai ibu dan bapa.

Apabila keputusan SPM diketahui, tiada apa yang kami lakukan kecuali syukur yang tidak putus-putus. Justeru, kami berusaha keras untuk mendapat peluang sambung belajar. Apabila peluang tiba mencurah-curah, tiada apa yang kami lakukan kecuali bertenang, bersyukur dan beristikharah.

Menurut akal dan fikiran sepintas lalu kami, tiga peluang yang sungguh menarik. Peluang-peluang itu ialah: Asasi Sains UiTM, Petronas ke Jepun dan JPA untuk IMU Twinning (ke UK atau Australia).

Antara tiga peluang tersebut, Asasi Sains UiTM vs Petronas ke Jepun lah yang amat sengit. Apa tidaknya, menurut persepsi ramai bahawa UiTM adalah universiti kelas 2, kalaupun bukan kelas corot.

Sedangkan Petronas terkenal dengan kaya raya. Menurut surat tawaran, wang saku sahaja sebanyak 138,000.00 yen sebulan untuk sepanjang pangajian. Tokyo pula pernah dilawati oleh Fawzan. Dia boleh membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Jepun.

Manakala IMU Twinning menawarkan ke dunia barat. Abang sulung Fawzan adalah pemegang biasiswa JPA ke UK untuk A Level dan ijazah suatu ketika dulu. Persepsi tempatan kita bahawa UK adalah jenama yang baik.

Setelah kami bersyukur dan beristikharah, Allah melorongkan fikiran dan hati kami ke UiTM. Maka kami bersyukur lagi. Kami patuh kepada dorongan istikharah.

Kemudian tiba pula peluang JPA untuk IMU Twinning. Namun, kemunculan peluang terbaru ini tidaklah terlalu kuat berbanding Petronas ke Jepun. Dorongan istikharah yang terdahulu tetap kami syukuri.

Semalam, Ahad 23 Mei 2010, kami ke UiTM Puncak Alam mendaftar Fawzan untuk kursus Asasi Sains di situ. Fawzan dapat sebilik dengan sepupunya Faiz. Kampus Puncak Alam tidak jauh dari kediaman kami. Jarak perhubungan berkereta kira-kira 15 minit sahaja.

Semoga Allah restui dan hidayahkan kami sepanjang masa!!!!!

Read more...

Fikir, bincang, campur dan tolak ....

>> 22.5.10

Setelah difikir, dibincang, dicampur dan ditolak maka:

JPA:
06 bulan sebelum A Level +
24 bulan A Level +
06 bulan selepas A Level +
60 bulan peringkat ijazah
Jumlah: 96 bulan (8 tahun) = MBBS
________

UiTM:
12 bulan Asasi Sains +
60 bulan peringkat ijazah
Jumlah: 72 bulan (6 tahun) = MBBS
________

Dengan demikian Fawzan membuat keputusan menolak tawaran biasiswa JPA dan kekal dengan keputusan awal memilih UiTM, setelah menolak tawaran biasiswa Petronas ke Jepun.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP