012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Curi Gambar Dari Dango Mamamat

>> 31.12.08

Beberapa hari yang lalu sempat curi gambar dari blog Mamamat (dah bagi tahu pada dia). Gambar ini amat menarik. Bila direnung lama-lama, banyak kenangan dan impian menjelma. Hanya diri sendiri yang memahaminya.

Kadang-kadang rasa sayu dan sesekali rasa pilu. Ada masanya rasa lebih bersemangat dan ada ketika pula rasa sebak. Gambar ini seolah-olah menceritakan perjalanan hidupku yang mencecah usia 61 tahun pada 2 Januari 2009. Sebentar lagi 1.1.2009, berarti genaplah 7 tahun bersara.

Sebelum itu, dalam bulan Januari 1959 (lupa tarikh sebenar) aku mula merantau menuntut ilmu di Perak, di Pulau Pinang, di Kelantan dan di KL. 21 Disember 1972 ke Mesir dan balik pada 17 Mac 1976. Pada 30 Ogos 1982 ke England dan balik pada 30 Ogos 1986. Sebahagian pengalaman, seolah-olah ada tercatat dalam gambar ini. Hanya aku yang mengerti.

Read more...

Projek Depan Rumah

>> 30.12.08


Petang tadi ke Temperate Garden sekejap. Ke sana bersama Anas. Banyak juga kerja-kerja yang dia tolong.

Balik di rumah, setup projek baru depan rumah. Dulu, depan rumah ada berbagai jenis pokok hiasan. Lepas tu, ditukar jadi Taman Anggur. Kemudian, Kebun Sayur-Sayuran. Kini, nak jadikan Taman Pohon Kiwi pula.

Petang tadi sempat letak anak Pohon Golden Kiwi di sebelah kiri depan rumah. Ada 15 pasu. Jika program berjalan lancar, dalam bulan Julai 2010 pohon-pohon tersebut akan berbuah. Insya Allah, beberapa bulan mendatang, akan ditambah kira-kira 20 pohon lagi. Dan akan diselang-seli dengan pohon Blackberry.


Read more...

Jadi Saksi Pun Dapat Upah?

>> 28.12.08


Hari ni ramai yang buat kenduri kawin. Aku hanya pergi ke 2 jemputan yang terdekat sahaja. Yang jauh-jauh tak dapat pergi. Petang, besan dan keluarganya datang. Selain dari ziarah biasa, dia juga membawa kad jemputan kenduri kawin pada 24 Januari 2009.

Kalau diteliti betul-betul, dalam setahun boleh dikatakan setiap minggu ada kenduri kawin, kecuali dalam bulan Ramadhan. Aku selalu juga diminta jadi saksi perkahwinan semasa aqad nikah. Bila lepas aqad, dapat upah. Hhmmm, sekadar jadi saksi aqad pun dapat upah? Sembahyang janazah pun begitu. Kadang-kadang, belum sembahyang dah dapat upah. Kenapalah dunia sekarang banyak perkara kena upah. Kalau kita tolak, apa jadi? Aku juga selalu menolaknya, kecuali upah aqad. Dah jadi peraturan Majlis Agama, ada upah.

Read more...

Lawatan Kerja Ke Kuala Kangsar

>> 25.12.08


Rabu, 24 Disember 2008.
11.03 pagi bergerak dari rumah. Sampai di rumah Rashid, Sri Iskandar, jam 2.09 petang. 3.28 sampai KK dan makan-makan bersama MSK. Jam 5.25, bersama MSK, Mamamat dan Tarmizi sampai ke Pusat Khidmat Masyarakat Bukit Chandan.

6.15 - 6.50, taklimat kepada 23 ketua kampong mengenai Pertanian Bentuk Baru. BikirPerak pun ada datang. Dia juga orang kuat parti. Jam 8.00 - 10.55 makan-makan bersama MSK, Mamamat dan Tarmizi. Terima kasih kepada Mamamat kerana belanja makan dan minum (2 kali order). Balik dan sampai rumah jam 2.12 pagi 25 Disember.

Makan-makan sambil berbincang mengenai pelaksanaan Center for Economic Research and Innovation in Agriculture (CERIA).

Read more...

Benih Sutera Sebagai Bekalan Ke Perak

>> 23.12.08


Petang tadi ke kebun sekejap. Tambah jumlah keratan benih pokok sutera untuk dibawa ke Perak besok, 24 Disember. Keratan tersebut akan diserahkan kepada PrimaMaya KAMAR sebagai permulaan kepada projek beliau CERIA (Centre for Economic Research and Innovation in Agriculture).

Insya Allah, dengan langkah permulaan yang tidak seberapa ini akan menambah semangat untuk meneruskan projek-projek lain.

Jadual kerja di Perak besok ialah ke rumah Rashid menghantar barang-barang anak yang belajar di UiTM Sri Iskandar, bertemu Mamamat, berbincang dengan MSK, PrimaMaya KAMAR serta serah benih sutera dan, petang, taklimat kepada 23 ketua/wakil kampung mengenai projek "Satu Kampung Satu Produk".


Read more...

Lagi Gambar Dalam Blog Orang Lain


Malam tadi merayau ke dalam pelbagai blog dan web. Maka terjumpalah 3 lagi gambar sendiri dalam blog orang lain. Kalau tak silap, gambar-gambar tu diambil dalam tahun 2007 pada tarikh-tarikh yang berlainan.


Read more...

Ke Kebun Bersama Fawzan Dan Anas

>> 22.12.08


Petang tadi ke kebun bersama Fawzan dan Anas. Isteri tak dapat ikut, pasal kena jaga cucu, Fathul Farhan.

Semasa di sana, sempat memantau pohon kiwi yang baru diubah ke dalam pasu pada 16hb. yang lepas. Sempat juga prun beberapa pokok sutera untuk dapatkan benih keratan. Benih-benih tersebut akan diekspot ke Perak pada 24hb. lusa. (Gambar pokok yang diprun disiarkan dalam blog Kebun Pokok Sutera).

Pada tarikh tersebut, ialah taklimat "satu kampung satu produk" kepada 23 ketua/wakil kampung dalam kawasan Bukit Chandan. Insya Allah, benih-benih tersebut akan diserahkan kepada Mamamat dan MSK.


Read more...

Hari Keluarga Di Pantai Indah Resort

>> 21.12.08

Lepas solat Juma'at, kami adik-beradik serta keluarga masing-masing bergerak ke Pantai Indah Resort untuk hari keluarga. Namun, Rashid dari Ipoh dan Hamsiah dari Sg. Tengi tidak dapat hadir.

Abu Hassan + Rashidah sekeluarga, dari Kedah, adalah antara yang awal sampai. Manakala Arshad dan anaknya Farhan, dari Pahang, adalah yang terakhir sampai sebelum Ayah + Makcik tiba jam 11.00 malam.

Perbincangan keluarga hingga jam 2.15 pagi. 12.00 tengahari Sabtu kami bersurai. Arshad dan Abu Hassan sekeluarga datang ke rumah dan bermalam.

Read more...

Penyembuhan Al-Qur^an Dan Madu Lebah

>> 18.12.08


Tulisan ini hasil idea ManjungMari yang tinggalkan komen dalam tajuk tulisan saya semalam.

Mengenai herba: Apa yang saya faham dari al-Qur^an, bahawa semua yang Allah jadikan tidaklah sia-sia. Maksudnya, semua ada manfaat dan keistimewaan. Jadi, herba apapun adalah baik belaka. Cuma cara kita berusaha untuk memanfaatkanya berbeza. Silap cara jadi mudharat.

Cara memanfaatkan bahan-bahan kesembuhan yang Rasulullah ajarkan ialah denga Qur^an dan Madu Lebah. Cara begitu adalah umum tetapi mudah dilaksanakan. Ada kelonggaran dari aspek pengamalan. Asalkan ada ayat-ayat al-Qur^an sebagai bukti pergantungan kita kepada Allah; dan ada madu lebah sebagai pelengkap bahan yang digunakan. Jadi, pengamalan yang saya lakukan adalah sebagai berikut:

A. Ambil rebusan herba mengikut sukatan dikehendakki.
B. Masukkan ke dalam bekas bertutupan yang boleh digoncang, sperti botol.
C. Campurkan madu lebah mengikut kehendak rasa.
D. Lakukan perkara berikut:

1. Bersyahadah.
2. Beristighfar.
3. Bersolawat.
4. Fatihah.
5. Surah al-Ikhlas, 3 kali.
6. Surah al-Falaq.
7. Surah an-Nas.

E. Tutup bekas (botol); dan goncang secepat dan sekuat mungkin antara 100 - 300 kali.
F. Gunakan dengan mambaca doa kesembuhan.

Macam cerita kartun saja kan. Saintis yang tak seberapa akan ketawakan. Percayakah anda bahawa cara begitu termasuk dalam bidang saintifik yang tinggi?


Read more...

Belajar Dah Lama, Tapi Baru Amalkan

>> 17.12.08


Saya belajar herbalogy sampai dapat MSc. Dah lama, iaitu dalam tahun 1985. Masa tu berada di England. Jadi, herba yang dipelajari ialah herba barat. Namun, saya tak pernah amalkan. Tak pernah cadangkan untuk orang lain dan tak pernah guna untuk diri sendiri. Yang pernah hanya mengajar atau memberi syarahan kepada para peserta kursus. Itupun sekadar teori sahaja.

Petang 15 Disember, saya beli rumusan beberapa herba tempatan. Tujuan saya nak merawat diri sendiri. Sebab, sejak prosedur stenting pada 12 November, tenaga saya semakin berkurangan hingga tak mampu melakukan sebarang kerja. Solat pun selalunya secara duduk sahaja. Kebanyakan masa hanya berbaring dan tidur sahaja.

Penjual herba memberi arahan tertentu untuk saya lakukan. Saya dengar dan mengangguk. Sebenarnya, saya perlukan ramuan itu sahaja. Jadi, saya tak bersetuju membeli pakej yang ditawarkan. Maklumlah, tujuan utama penjual ialah berniaga.

Saya menggunakan ramuan herba mengikut kaedah perubatan Islam, iaitu (عليكم بالشفأين٬ القرآن والعسل). Artinya, hendaklah kamu menggunakan dua kesembuhan, iaitu al-Qur^an dan madu lebah. (Nasib saya baik, kerana selalu study Islamic Medicine. Malah, satu dari PhD saya pun mengenai sains Islam). Maksud kaedah tersebut, sesuatu kesembuhan boleh diusahakan dengan mencampurkan ke dalam sesuatu bahan itu ayat-ayat al-Qur^an dan madu lebah.

Ringkasnya, malam tu saya gunakan kaedah tersebut buat kali pertama. Alhamdulillah, pagi besoknya, tenaga mulai pulih. Sebelah petang dah boleh buat kerja. Hingga entri ini ditulis, saya dah guna 4 kali. Lagi alhamdulillah, tenaga saya dirasakan pulih seperti sediakala. Begitu Maha Hebat Allah memberi kesembuhan.


Read more...

Bertambah Sehat Dan Mula Bekerja

>> 16.12.08


Petang tadi, kami ke kebun bersama Anas. Emaknya carikan umpan, dia memancing. Dapat 6 ekor.

Alhamdulillah, aku bertambah sehat dan dah mula bekerja. Sempat kemaskini 2 anak pokok
Blackberry
, mengubah 5 anak pohon
Golden Kiwi
ke dalam pasu besar dan menyemai 8 keratan Hayward Kiwi.

Read more...

Ke Kebun Bersama Anak-Anak

>> 15.12.08


Petang tadi kami ke kebun bersama anak-anak. Mereka merayau ke merata-rata memancing. Akhirnya, mereka memancing dalam telaga sendiri.

Semasa nak balik, berkenalan dengan jiran yang baru pindah. Dia cerita nak set-up pusat rawatan akupunktur, refleksologi, herba dan bekam. Semasa dia bercerita aku teringat semasa belajar herbalogy hingga dapat MSc.; dan belajar akupunktur hingga specialist dalam akupunktur telinga. Refleksologi tak perlu belajar. Kerana ia amalan mereka yang tak berani guna jarum akupunktur atau tidak mendapat latihan akupunktur, sedangkan points-nya adalah sama dengan akupunktur.

Aktiviti lain lihat:

Pohon Kiwi Malaysia

Kebun Pokok Sutera

(^.^) Story


Read more...

Bandar Baru Nilai Dan Bandar Seri Putera

>> 14.12.08

Tengahari, kami bersama anak-anak, Wah, Fawzan dan Anas, ke rumah kenduri kawin. Kemudian, terus ke rumah Farid + Nani, Bandar Baru Nilai kerana rindukan Nasrul dan Fathul.

Petang, kami kerumah Anis + Lily, Bandar Seri Putera kerana rindukan Naufal. Sebelum balik, sempat berborak dengan Haris, jiran depan rumah Anis. Isterinya hadiahkan pokok kesum dan serai. Kemudian, Hizan, jiran tak jauh dari rumah Anis, joint sama. Hizan hadiahkan ikan masin terubuk dari Sarawak. Tak sangka rezeki tiba-tiba sampai. Padahal inilah kali pertama berkenalan.

Sampai rumah, 7.57 pm.

Berbaju kuning, Haris; dan berbaju hitam Hizan bersama anak-anaknya.

Read more...

Gambar Sendiri Dalam Blog Orang

>> 13.12.08


Malam tadi asyik melayari beberapa blog maka terjumpalah beberapa gambar sendiri dalam beberapa blog orang lain. Oleh kerana tak pernah ada skendal maka tak adalah gambar yang tak senonoh.

Gambar di bawah ini adalah satu daripadanya. Di sebelah kiri saya tu ialah seorang guru lepasan UKM. Beliau mengajar dan menetap di Bandar Kuching, Sarawak. Beliau datang ke tempat saya sebagai peserta kursus perseorangan mengenai Pengurusan Pohon Anggur Dan Mulberry dalam tahun 2007.

Sebelah malam, kursus teori dan sebelah siang kursus tunjuk cara dan praktikal. Memang mudah memberi kursus pada seorang guru. Sekarang beliau dah berniaga pokok anggur, mulberry, strawberry dan lain-lain di Bandar Kuching. Raya Adha tahun lepas dia datang ke rumah saya bersama isteri dan anak-anak mereka.

Tahniah dan selamat berjaya.

Read more...

Anas Dan Ikan Keli

>> 12.12.08

Petang tadi, bersama isteri dan Anas menjenguk kebun sekejap. Rupanya, di situ baru lepas hujan lebat. Isteri memindahkan semaian pokok anggur. Aku hanya duduk-duduk sambil berfikir.

Anas dengan hobinya lah. Pada 2 Disember dia lepaskan ikan keli dalam kolam. Hari ni dia memancing. Dapat 7 ekor. Empat dilepaskan semula, kerana sedang mengandung. Tak lama lagi bertelur agaknya. Kalau tak ada memberang datang, akan banyaklah ikan keli dalam kolam tu.

Read more...

Kelakar Seorang Cucu

>> 11.12.08


Hari raya qurban (Isnin) tadi tak balik kampung. Ayah balik ke rumah pun dah tengah malam raya. Semasa ayah berada di rumah kami, adik dari Temerloh (Arshad) pun tidur di sini (malam Ahad).

Petang Ahad, Anis + Lily + Naufal pun sampai rumah. Malam raya sempat ambil gambar Naufal dengan beberapa telatah lucunya. Macam-macam lah lagaknya.


Farid + Nani + Nasrul + Fathul beraya di Kelantan. Jadi, hari raya tadi kekurangan dua orang cucu lah. Yang paling kami rindu ialah Fathul. Kerana, dia dah ke Kelantan awal bulan November lagi. Dia ikut neneknya di sebelah ibu. Namun, gambar Fathul pada 5 Disember ada disiarkan dalam blog
Hafizul



Read more...

Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia

>> 10.12.08


Saya dan beberapa rakan dalam BloggersNetwork@Perak menerima email berikut:

Dengan Sukacitanya Dijemput hadir ke Konvensyen Blogger Network Malaysia Kali 1

Konvensyen BloggersNetwork@Malaysia akan di adakan di Pasir Puteh Kelantan pada 10 dan 11 Januari, 2009. Semoga bloggers tidak kira agama, bangsa, parti atau ideologi dijemput hadir.

Diutamakan kepada mereka yang mempunyai kegemaran untuk menambahkan lagi kenalan, rakan dan taulan serta berminat untuk bersatu dibawah satu bumbung.

Tarikh : 10 dan 11 Januari 2009 (Sabtu dan Ahad)
Lokasi : Pasir Puteh, Kelantan.

Sila hubungi : mohd asrol affandi
Telefon : 019-9926205
Email: asrol.affandi@gmail.com atau go-perak@rentaprevolusi.com

Sila daftar Online di http://go-perak.rentaprevolusi.com/formkonv09.php
Penginapan adalah di hotel budget - Bayar sendiri (Kami akan tolong booking)
Kos makan minum - Bayar sendiri

Tarikh Tutup Pendaftaran : 25/12/2008

TEMPAT TERHAD / BLOGGER AKAN DITAPIS
INI ADALAH PERJUMPAAN SANTAI BLOGGER

Maklumat Lanjut :

http://www.perakexpress.com
http://www.kelatekito.com/malaysia
http://go-perak.rentaprevolusi.com/

SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DARI MASA KE SEMASA.

--
Asrol Affandi
Urus setia
KONVENSYEN BLOGGER NETWORK @MALAYSIA
Kelantan
hp:019-9926205

-----
Jawapan saya kepada saudara Asrol:

Assalamu 'Alaikum saudara Asrol,
Terima kasih kerana jemputan tersebut.
Saya merasa sedih kerana tak dapat ikut serta. Saya akan memasukki wad pada 09 Jan. 2009 sebagai persiapan untuk pembedahan batu karang dalam buah pinggang.
Namun, semangat saya tetap bersama saudara dan para pemaya yang akan hadir.
Semoga berjaya dengan cemerlang. Wassalam.
Dr. Abdul Wahab Arbain.

Read more...

Borak Sampai Awal Pagi

>> 7.12.08


Malam tadi, Sabtu malam Ahad, ayah bermalam di rumah. Itu jadual biasa, setiap hari Sabtu awal bulan.

11.00 malam, kami mula berborak panjang. Semua hal politik. Dari Perlis sampai Sabah. Dari Iran sampai Amerika.

Mengenai Anwar Ibrahim, Fathil Noor, TGN Aziz dan Nizar. Ahmadi Nijad dan Obama. Selang seli dengan sirah Rasulullah.

Sedar-sedar ayam berkokok pukul 4.35 pagi. Kami berehat dan tidur. Itu juga wajib. Kerana mata pun ada haknya.

Read more...

Gambar Bungkusan Hormon GA3

>> 3.12.08


Beberapa kawan talipon tanya pasal hormon GA. Mereka tak pernah tengok bungkusannya, jadi susah nak beli. Lagi pun, memang kebanyakan pekedai baja keturunan cina sebut dengan nama yang lain. Saya pun dah lupa sebutan tu.

Jadi, saya siarkan gambar bungkusannya di sini. Print dan tunjukkan pada pekedai. Setahun lepas, saya beli dengan harga RM4.50 sebungkus. Harga sekarang saya tak tau. Kalau boleh, cubalah menawar. Mungkin boleh dapat lebih murah.


NapGibb is a unique innovative formulation of micronutrients and plant hormone from napnutriscience. This formulation, produced by effervescent chelating technology, gives effervescent concentrated powder that dissolves rapidly when mixed with water. This formulation is compatible to most pesticides and fertilizers.

Application Rate: Foliar application at 1gm.per 20 liters of water.

NapGibb:
1. Increases strong shoots and roots.

2. Increases sizing and quality.

3. Suitable for crops that need GA3 and calcium Boron, such as vegetables, viens, fruit trees, rice and field crops.

4. Can be applied from vegetative stage to reproductive stage of plant growth.

Ingredients: 10%GA3, 6%Ca, 2%B

Read more...

Memang Kurang Tenaga

>> 2.12.08


Petang tadi ke kebun bersama isteri, Dzul dan Anas. Aku cuba buat lubang nak tanam Packham Pear. Tapi tak berapa larat. Terpaksa isteri bersama Dzul sambung. Dapatlah dua lubang dan tanam dua pokok pear.

Sejak lepas stenting pada 12 Nov. lepas, tenaga amat berkurangan. Mungkin sampai 80% tenaga yang lupus. Namun, satu jenis tenaga lagi tak hilang.

Sebelum balik sempatlah kemaskini 15 anak pohon Golden Kiwi. Dzul Pula sempat tuai buah sutera untuk dibuat jus.

Anas pula cerdik. Beli ikan keli dan masukkan ke dalam kolam. Kemudian dia memancing. Teringat aku pada film Mr. Bean.

Read more...

Hantar Fawzan Ke Asrama

>> 1.12.08


Hari ni, pagi seperti biasa sambung tidur hingga jam 9.22 kerana terlalu mengantuk berjaga malam. Tengahari, hantar Fawzan ke asrama SAS untuk persediaan terakhir bagi peperiksaan Bahasa Jepun, level-3 pada 7 Disember 2008.

Petang, ke kebun sekejap, menyiram benih-benih pokok dalam pasu. Pokok-pokok yang telah ditanam kelihatan stabil. Pokok Sutera yang ditanam oleh Dzul pun dah mula bertunas. Insya Allah, besok akan ke kebun lagi.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP