Setiap hari Sabtu dan Ahad sibuk. Sibuk dengan pelbagai program. Kekeluargaan, kesaudaraan dan kemasyarakatan.
Petang tadi ke Hospital Sg. Buloh. Ziarah bapa saudara (sepupu ayah). Besok, insya Allah, balik kampung dan akan ke Bagan Serai dengan ayah dan makcik. Ziarah datuk saudara (bapak saudara ayah) yang sakit sejak dua minggu yang lalu.
Dari Bagan Serai, ayah ajak singgah di Ipoh, rumah adik.
Saya teringat kepada al-marhum seorang tokoh politik terkenal. Beliau adalah guru saya. Beliau banyak mengajar dan menolong saya.
Beliau pernah menceritakan kepada saya bahawa beliau tidak berharta dan jarang berduit. Tiada tanah, kebun atau bisnes macam ahli-ahli politik lain. Saya tanya: "Kalau tak berduit, macamana tuan dan keluarga makan hari-hari."
Jawab beliau: "Kamu kenal musang? Dia tak pernah simpan duit dan tak pernah berduit. Tapi, kenapa dia tiap-tiap malam makan sedap. Makan ayam?" Saya hujjah: "Dia mencuri harta orang!" Jawab beliau: "Musang tidak mencuri. Dia berusaha. Dia tidak berdosa."
"Kalau begitu, untunglah jadi musang?", soal saya. "Betul! Dari suatu aspek, musang adalah antara makhluk bertuah", jawab beliau sambil senyum.
Gambar atas dirakam pada 3 Januari 2010, di Dom-MCKK. Masa hantar Anas untuk sessi 2010. Entah macam mana, gambar ni hilang. Jenuh cari. Hari ni baru jumpa. Jangan ada makhluk yang sorok dah ler!
Di Malaysia, kalau nak buat gigi palsu hendaklah ke kedai gigi atau ke klinik. Tarpaksa tunggu berminggu dan kena ulang alik. Harga pun cukup mahal. Namun, ada juga skim ansuran.
Di Afghanistan, perkara nak buat gigi palsu sungguh senang. Ada banyak dijual tepi jalan. Gigi palsu pasang-siap. Harga murah. Beberapa minit sahaja dah bergigi baru. Hah ha!
Hari ini saya asyik mengendali Panggung Maya Rakyat dan menemui program ini. Ada beberapa perkara yang menarik dalam temubual dengan Nicole Queen ini. Selamat menonton!
Saya ingat kat M'sia saje muda-mudi macam yang dalam gambar tu. Rupanya di Iran pun ada! Saya bersependapat dengan Dr. Asri. Pasukan Pencegah Maksiat yang mengintip adalah salah menurut al-Qur^an.
Sabtu, tengahari, ke Felda Sungai Tengi. Ada aqiqah cucu-sedara. Di sini, saya ada kawan rapat satu kelas sejak di sekolah rendah dari tahun 1955 - April 1958. Lepas itu, kami tak pernah berjumpa lebih dari 40 tahun.
Setiap kali ke Felda Sungai Tengi, kebanyakan masa saya hanya berborak dengan dia. Nama dia ialah Hj. Jamhari Hj. Awang. Ada sesiapa yang kenal ke?
"This is rigorous work, but Kundol has a little extra manpower at her disposal. She has two husbands, Tsering Yeshi and Pema Tsering, who are brothers.
When they have filled the baskets to overflowing they sling them on their backs and climb the steep hillside back to their village, Barauntse.
Almost every household here is polyandrous - meaning that the family's sons have jointly married a sole woman."
Jam 1.50 tengahari bergerak ke kebun bersama isteri. Sampai sana terus solat zohor. Cukup seronok solat atas rumput sambil ditiup angin kebun.
Lepas solat bersihkan telaga yang dah setahun ditinggalkan. Air telaga inilah untuk saya mandi dan wudhuk sebelum balik ke rumah.
Air telaga baik digunakan selepas kita bekerja di kebun, terutama jika kita menggunakan racun atau baja. Ia air tanah yang mengandungi berbagai khasiat. Di kebun ini ada juga air hujan tadahan. Tapi saya gunakannya untuk campuran racun rumput dan campuran hormon sahaja. Sesetengah racun rumput kurang berkesan jika dicampur dengan air telaga.
Setelah solat asar, kami bergerak balik ke rumah. Insya Allah, besok ke kebun lagi.
Siang tadi, bersama isteri, ke kebun. Cuba memulakan kerja berat sedikit. Masih tak tahan, tetapi ada peningkatan. Selain membersih tapak semaian, sempat mengemaskini beberapa pohon blackberry.
Insya Allah, besok akan ke kebun lagi untuk melatih diri bekerja berat. Hanya di kebun rasa seronok berehat sambil bekerja. Kalau di rumah, seronok berehat sambil tidur.
Alhamdulillah! Dwi-Edar telah berjaya membersihkan sebuah pusat tanaman yang baru. Hari ini, bloggers ISA, Ramli dan Raden Bertani dapat menyemai 259 pokok.
Semaian peringkat-peringkat seterusnya akan menyusul beberapa hari lagi. Kami amat bersyukur kerana projek ini diusahakan dengan tenaga sendiri tanpa upah dan tanpa hutang. Modal yang dikeluarkan amat-amat minima. Tak sampai RM1,000 jumlah semua.
Sabtu, 9 Januari 2010, kami ke tapak Dwi-Edar. Saya masih belum mampu buat kerja berat atau lasak. ISA dan Ramli lah yang kena buat kerja-kerja berat. RadenBertani out-station, meeting company dengan pihak luar.
Kami dah berpakat nak pekena RadenBertani pada hari Ahad, 10 Januari. Kira-kira macam komplot lah. Apa bentuk nak pekena dia? Tunggu besok.
Petang semalam, saya cerita pasal memasak kepada blogger ISA dan Ramli. Saya suka guna asam jawa dalam kebanyakan masakan, terutama masakan di bulan Ramadhan, sebagai ganti limon.
"Seorang lelaki yang alat kelaminnya tersangkut di dalam sebatang paip keluli telah dibebaskan oleh skuad bomba dan penyelamat menggunakan alat pemotong logam, selepas para doktor gagal membebaskan alat kelaminnya.
Pasukan perubatan daripada Hospital Besar Southampton bergelut untuk mengeluarkan zakar lelaki itu daripada paip keluli, kerana aliran darah telah menyebabkan ianya terereksi."
9.00 pagi hantar Fawzan pergi temuduga biasiswa Sime Darby peringkat tiga. Pukul 10.40 call RadenTani, dia tak angkat. Call Ramli, dia kata dia dan Raden sedang meeting dengan bla bla di Subang.
11.30 melawat ladang. 12.30 sampai di rumah. Call ISA buat laporan hal ladang. 2.20, dengan ISA dan Ramli, pergi kebun sampai petang.
Lepas maghrib, tidur kejap. Letih ooooo badan tua ni!!!
"Untuk terus berteka teki .. saksikan drama 25 episod bermula malam ini,
Drama: Nigina Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd Penerbit: Rosyam Nor/Runika Mohd Yusof Penerbit Penyelaras: Norhaizan Onn Penerbit Eksekutif: Julia Juhasu Pengarah: Haris Kadir
Waktu siaran : Mulai 6 Jan, Selasa-Khamis, 10.30 mlm, TV3." Sepenuhnya di sini. ___________
Produk apa? Siapa boleh teka? Tarikh pelancarannya amat hampir. Dalam bulan ini juga. Malam tadi, blogger ISA kata, dream becomes reality!
"FAKTOR berbeza usia 10 tahun tidak menghalang bakal suami Maizawati Zainal untuk memilih wanita itu sebagai suri hidupnya pada Mei depan.
Pemuda yang mahu dikenali dengan nama ‘M’, 24, berkata dia tidak pernah terfikir tentang faktor itu. Namun, dia lebih senang melabelkan perkahwinannya dengan bekas isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy itu untuk mengikut sunnah Rasulullah."
Hari ini hari rehat. Urusan kirim duit pada anak di USM pun isteri yang lakukan. Rehat sepenuh hari memang boring. Tidur banyak pun badan jadi lenguh.
Jadi, petang nanti nak pergi ronda cari tempat Fawzan temuduga besok. Temu duga biasiswa Sime Darby peringkat ketiga. Kalau lulus temu duga besok, akan ada temu duga peringkat keempat. Begitulah seterusnya sampai enam peringkat. Mudah-mudahan dia lulus sampai habis.
Malam tadi jumpa rakan-rakan blogger usahawan di Shah Alam. Belum pun habis minum secawan mereka dah ajak ke PJ. Secara demokrasi saya pun ikut.
Sampai PJ kami makan mee hailam. Fuhhh, punya sedapppppp. Tak pernah jumpa sesedap itu. Bertambah sedap, ISA yang bayar. Blogger Raden Tani tak dapat ikut. Kesiannnnn dia tak rasa mee hailam.
Jika ingin mengetahui berapa Nilai dan Ranking Blog Anda, klik pada bahagian atas sebelah kanan blog ini. Pastekan alamat blog anda.
Anda dapat lihat bahawa bukan setiap nilai yang mahal itu pada ranking yang terlalu baik. Begitu juga ranking yang baik tidak mesti bernilai lebih mahal.
Hari ini langsung tak keluar rumah. Betul-betul rehat. Tidur puas-puas. Masa hampir maghrib teringat pada cucu kembar. Minggu tadi dia tak balik. Yang balik hanya Naufal dan Dzakuan. Ajak isteri pergi tengok cucu tu, dia kata dah malam. Besok nak ke HSB.
Rupa-rupanya, bila puas tidur pun boring. Oh ye, malam ni nak merayap di alam maya. Dah lama tak merayau.
Jam 10.45 pagi bergerak melalui Teluk Intan ke Kuala Kangsar. Hantar Anas ke asrama. Dalam perjalanan jenuh bersabar. Pemandu-pemandu lambat banyak di saluran sebelah kanan. Yang sebelah kiri pun memandu lambat juga. Mereka mungkin memandu sekitar 50 - 60km/j. Limit jalan kampung. Saya memandu sekitar 120 - 140km/j.
Berhenti makan tengahari di Bota Kanan. Anas dan emaknya makan nasi ayam kegemaran mereka. Solat jamak dan qasar di masjid Ridhwaniyah, KK. Sampai semula di rumah jam 7.25 petang. Huhhh, letih juga hari ni.
Setiap awal tahun Masihi orang bercuti umum di seluruh dunia. Pada hari berikutnya orang mulai bekerja dengan niat dan azam baru. Sama ada dengan prestasi baru mahupun dengan yang lama.
Bagi saya, pada setiap awal tahun Masihi, mulai 1 Januari 2002, bukan sahaja hari awal tahun, tetapi juga hari ulangtahun bersara. Pejamcelik pejamcelik dah lapan tahun bersara.
Pada hari berikutnya, 2 Januari, adalah hari dan tarikh kelahiran. Pada hari ini, 2 Januari 2010, saya terima satu lagi pingat emas. Dengan pingat ini semakin kukuh kedudukan saya sebagai warga emas. Yang merunsingkan saya ialah dosa mungkin semakin banyak. Usaha menebus dan membasuh dosa belum cukup meningkat. Justeru, niat dan azam baru saya masih sama dengan yang lepas-lepas. Ingin berusaha lebih menebus dan membasuh dosa di samping menambah kebaikan.