012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Alhamdulillah

>> 30.4.10

Sabtu lepas, terima Surat Tawaran Metrikulasi Sains untuk Fawzan. Malam ini, dapat akses keputusan UPU pula. Fawzan amat gembira kerana berjaya untuk kursus Asasi Sains UiTM. Itulah pilihan utamanya.

Bukan sahaja Fawzan diterima ke kursus Asasi Sains UiTM tetapi Faiz, sepupu Fawzan, juga berjaya untuk kursus tersebut. Kami semua bergembira malam ini. Saya dah pesan pada mereka supaya solat syukur malam ini.

Read more...

Rahmat Petang Jumaat

Lepas Jumaat, ambil insuran dan road-taxe kereta ViVa yang kecil tu. Sedar-sedar dah setahun rupanya si kereta tu. Dah banyak minum minyak, tak juga membesar.

Selepas Asar, memulakan kerja-kerja di halaman rumah. Belum sampai lima minit, rahmat Allah turun dengan lebat secara tiba-tiba. Teringat kesah Nabi Nuh dan beberapa hadith Rasulullah mengenai hujan.

Hujan, sebenarnya, adalah rahmat dan ujian kepada yang beriman; dan bala serta balasan kepada yang kufur, termasuk kufur ni'mat.

Syukur kerana Allah menurunkan rahmat yang tidak terhingga melalui hujan.

Read more...

Menghina atau terlalu fanatik?

>> 29.4.10

Adakah ini menghina atau terlalu fanatik?

Read more...

Dapat Dua Orang Kawan Baru

Malam ini tadi, kira-kira jam 10.45, dua pelayar blog ini datang ke rumah. Mereka tahu jadual saya bekerja malam. Kebetulan, masa mereka sampai saya sedang berehat.

Setelah berkenalan, mereka nyatakan hendak melihat pokok sutera yang saya semai semalam. Waahhh, mereka geram tentang daun sutera boleh dibuat jeruk dan balut ikan bakar. Cerita punya cerita, termasuk saya mengumpat ISA, mereka memborong 10 pokok sutera.

Insya Allah, dalam bulan Ramadhan nanti bolehlah balut ikan bakar untuk berbuka puasa bersama keluarga. Jeruk daun pun boleh buat. Masa sambut raya, boleh minum jus buah dan makan rempeyek daun sutera.

Semoga dua sahabat baru saya itu berjaya dan bertambah happy. Amin!!!

Read more...

Kerja Malam Bermula

>> 26.4.10

Malam ini bermula projek kerja malam bagi sessi 2010. Antara kerja yang dilakukan ialah menyemai pokok sutera yang dipesan oleh seorang pelanggan.

Alang-alang menyemai, semai lebih-lebih sikit. Kalau ada pelanggan lain, dia boleh terus dapat. Tak perlu tunggu sampai sebulan atau lebih. Kalau tak ada pelanggan, boleh guna sendiri.

Daun-daunnya boleh bungkus ikan bakar. Blogger ISA (Ikut Suka Aku) baru buat empat hari lepas. Dia berkelah satu keluarga. Ia juga boleh dibuat jeruk. Rasanya lebih sedap dari jeruk daun maman. Sedap juga diratah begitu sahaja. Buah-buahnya pula boleh dibuat jus. Fuhh, macam-macam boleh buat. Khasiatnya tak perlu cakaplah.

Sesiapa yang nak buat bisnes pun boleh.
Bulan Ramadhan dah dekat ni.

Read more...

Macam-macam akal?

Macam-macam akal dalam dunia ni?

Read more...

Projek Kerja Malam

>> 25.4.10

Sebentar tadi berehat di halaman rumah. Memerhati tanaman dalam pasu. Kawasan yang ada kira-kira 15 x 5 kaki.

Pengalaman yang lalu boleh memuatkan lebih dari 100 pasu pohon anggur yang disusun secara bertingkat. Hasilnya menyamai dengan tanah yang agak luas. Wartawan beberapa TV dan akhbar yang pernah membuat liputan suatu ketika dulu, pada mulanya (sebelum datang ke rumah) tidak percaya.

Tadi, saya fikir cara untuk bekerja. Cuaca siang sekarang amat panas. Fikir punya fikir, saya buat keputusan untuk bekerja di waktu malam. Bermula dari lepas isyak. Mungkin sampai pukul 1.00 atau 2.00 pagi. Cara ini akan berkuatkuasa mulai minggu depan.

Rujuk di sini, di situ atau di sinun.

Read more...

Tercungap-cungap

>> 23.4.10

Petang semalam ziarah cucu kembar di Bandar Baru Nilai. Kemudian ziarah cucu di Bandar Seri Putra dan bermalam di situ.

Pagi tadi bawa cucu ke taman permainan. Huh, letih dan tercungap-cungap dibuli oleh cucu. Dia tarik ke sana dan tolak ke sinun. Dia arah supaya buat itu dan buat ini. Woi, pagi tadi dia boss, dia raja.

Sampai di rumah kira-kira jam 4.00 petang.

Read more...

Nak Ziarah Cucu

>> 22.4.10

Cadangan petang ini nak sambung kerja depan rumah. Tapi, isteri kata rindukan cucu. Setelah berpakat, petang nanti akan ke nogoghi ziarah cucu kembar.

Sebelah malam ziarah cucu di Bandar Seri Putra dan akan bermalam di situ. Besok, mungkin balik sorang. Isteri nak tolong jaga cucu.

Read more...

Lagu-lagu pertanian?

>> 20.4.10

Semasa dalam perjalanan ke bank petang tadi saya dengar saluran Klasik Nasional. Semua lagu adalah mengenai cinta.

Kenapa semua lagu mengenai cinta? Tak ada ke lagu-lagu mengenai cara tangkap ikan di laut ke? Atau lagu-lagu mengenai cara-cara tanam betik atau keladi ke? Ataupun lagu-lagu bagaimana cara nak terang hati semasa belajar?

Laguu oh lagu. Lagu tu nooo?

Read more...

Bung Moktar dan Zizie Mengaku .......

"PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi kemudiannya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Ekoran itu, pada 21 Disember 2009, Bung dan Zizie,31, akhirnya mengaku kepada wartawan The Star dan mStar Online bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan di manakah pernikahan tersebut berlangsung."

Sepenuhnya di sini.

Read more...

Sahabat Lama, Handset Baru

Isnin, 8.25 pagi bergerak melalui Sabak Bernam dan Teluk Intan ke Tronoh hantar Fawzan. Sampai di sana jam 12.05 tengahari.

Semasa makan di UTP, Allah pertemukan dengan seorang sahabat baik yang telah terpisah sejak akhir 1959. Dia suami-isteri, juga, menghantar anak ke situ. Mereka datang menaikki bas kerana dah tak berani memandu.

Selepas makan, kami sambung borak dalam kereta ke Kuala Kangsar hantar Anas. Kemudian berbalik ke Teluk Intan, ke rumah anak mereka. Di situ mereka tinggalkan kereta. Wah, panjang betul borak kami.

Semasa kami berhenti di Masjid Ridwaniah, KK untuk solat, hp saya terjatuh berkecai. Jadi, sekarang saya dah guna set baru. Nombor masih yang lama.

Kami sampai di rumah jam 8.12 malam.

Read more...

Mulai menyemai

>> 18.4.10

Petang Ahad:
Kemaskini pohon anggur dan menyemai enam batang benih.
Kemaskini pokok western pear dan membuat tujuh keratan benih.
Sebelum itu menyemai beberapa batang Golden Kiwi.

Mengemaskini pokok dalam pasu memang memakan masa.
Tambahan lagi mengemaskini pokok yang lama terbiar.

Read more...

Eropah Boleh Papa Kedana?

Secara kasar, antara kesan penutupan ruang udara negara-nagara Eropah akibat debu gunung berapi Iceland ialah:

1. Jutaan penumpang terkandas di seluruh dunia.
2. Jutaan pengiriman kontena makanan dan produk lain terbengkalai.
3. Pemberhentian ribuan pekerja sokongan yang berkaitan.
4. Jutaan USD tuntutan berangkai insuran dari para pelanggan.
5. Kerugian tidak kurang dari 300 juta USD sehari.

Pada masa yang sama, meningkat secara relatif keuntungan kepada pihak pengangkutan darat dan sektor perkapalan serta industri kesihatan.

Read more...

Fulus dah Kurus

>> 17.4.10

Hari Sabtu, 17 April. Pagi, cuaca sungguh panas. Tak ada sebarang kesan hujan petang semalam. Tak larat nak buat kerja luar rumah.

Petang, bawa kereta ke tempat cuci. Pagi-pagi Isnin nak out-station bawa Fawzan ke UTP dan Anas ke MCKK. Di samping itu, ada beberapa program lain. Out-station kali ni kena berjimat, sebab fulus dah kurus. Bulan Mac dan April ini agak banyak guna fulus. Dijangka bulan Mei nanti lagi kurus.

Read more...

Hujan Petang Jumaat

>> 16.4.10

Hari ini Jumaat. Pagi memang berehat sempena hari mulia. Di masjid, kali pertama dengar khutbah yang terBEST dalam hidup. Ayat Qur^an dengan kupasan di zaman Rasulullah dan contoh di zaman moden.

Saya percaya khutbah itu ditulis sendiri oleh khatib. Kalau khutbah JAIS tentu berkali-kali saya menguap dan mungkin tersengguk. Khutbah hari ini saya tak sempat nak menguap, malah menitiskan air mata.

Sebelah petang sempat kerja depan rumah kira-kira lima minit.
Terpaksa berhenti kerana hujan terlalu lebat.

Lepas solat maghrib, ambil Anas di Klang Senteral.

Read more...

Komen Sahabat dan Pengunjung

Posting semalam mendapat reaksi dari seorang sahabat baik saya iaitu P3Chandan. Komen beliau:

Blogger p3chandan said...
Assalamualaikum Prof
Alhamdulillah Prof dah sehat balik dan bertenaga utk projek baru nampak nye...
April 16, 2010 8:53 AM

Jawapan saya ...
W'salam P3Chandan,
Alhamdulillah. Lepas pembedahan batu karang dalam buah pinggang tempohari memang baik dan sehat. Cuma tak ada tenaga untuk buat kerja. Dah cuba beberapa kali tapi tak jadi.
Beberapa hari lepas saya fikir perawatan hospital semata-mata tidak mencukupi. Jadi, saya tambah dengan perawatan sendiri. Alhamdulillah, tenaga kerja yang hilang sejak 14 bulan yang lalu telah kembali. Sekarang saya akan memulakan kerja seperti biasa. Bermula dari depan rumah. Tak lama lagi mungkin boleh ke kebun.
April 16, 2010 12:10 PM

Seorang pengunjung Damai Impian D'Bangi pula meninggalkan komen dalam posting saya sebelum itu. Komen beliau:

Blogger DAMAI IMPIAN D'BANGI said...
Suami saya pun tengah asyik menanam pokok tersebut. Menggunakan batang dari serumpun pokok yg telah besar, dipotong menjadi berberapa batang dan dicucuk saja ke dlm bag tanah. Alhamdulillah semuanya sedang elok mengeluarkan daun.
Dia minat pokok tu selepas dibagitau oleh jiran kami yg pencen dari Mardi. Katanya sangat berkhasiat sebab pernah minum airnya dicampur daun pandan yg dihidangkan oleh kawannya tadi semasa kenduri di rumahnya.
Masalahnya pokok ditanam suami malu nak berbuah, dapatlah merasa beberapa biji dulu. Maklumlah kami tanam suka-suka dan kurang ilmu. Apalagi nak dikomersilkan macam tuan, niat kami cuma nak dptkan khasiat dari daunnya utk dibuat teh minuman harian. Bolehlah dapakan tunjuk ajar tuan agaknya.
April 15, 2010 3:29 PM

Jawapan saya begini:
Salam DamaiImpian..,
Ye ke! Tahniah kerana rajin yang berguna. Yang elok lagi, sejumlah (katakanlah segenggam) daun dicampur dengan 2 atau 3 gelas air dan direbus. Air rebusan dicampur dengan madu dan digoncang kuat dan berterusan sebanyak 100 - 200 kali. Kemudian di minum 2 kali dalam sehari. Khasiatnya sungguh hebat.
Selamat mencuba.
April 16, 2010 12:00 PM

Read more...

Huh, manyak litih ooo!

>> 15.4.10

Hari ini, sepanjang masa kemaskini pokok depan rumah. 14 bulan tak dipedulikan. Ada pokok yang dah 'qalu'. Ada pula yang 'nazak'. Ada juga pokok yang sedang sakit. Yang sihat langsung tak ada.

Langkah pertama ialah beri bantuan kecemasan. Beberapa hari lagi akan dirawat secara profesyional. Malam ni kena study semula prosedur rawatan. Dah lama tak praktik.

Saya kagum kehebatan pohon kiwi madu. 14 bulan dalam pasu kecil, tanpa baja, masih belum mati. Sedangkan pokok-pokok tempatan dah lama qalu. Begitu juga dengan pokok epal. Elok hidup.

Manyak litih ooo ini hali. Kena tidur awal malam ni.

Read more...

Projek Baru? Siri 2

>> 14.4.10

Petang tadi tolong isteri menyemai pokok Sutera (Mulberry). Dapatlah kira-kira 20 pokok. Kalau sepetang 20 pokok, lima petang dapat 100 pokok. OK juga tu. Entah apa mimpi tiba-tiba dia cuba nak berniaga secara kecil-kecilan. Insya Allah, tiga-empat minggu lagi berakarlah semaian pokok Sutera tu.

Lepas tolong menyemai saya mula kemaskini halaman rumah. Dapatlah kira-kira 10%. Bila tengok catatan lampau barulah saya sedar halaman rumah terbiar, tanpa kemaskini, dah 14 bulan. Huh, lamanya. Begitulah, kalau dah tak ada semangat maka semua hal tak terurus.

Read more...

Projek Baru? Siri 1

Petang nanti nak tolong isteri memulakan projek baru. Julung kali nak buat projek. Projeknya sekadar mengisi waktu lapang di sebelah petang. Lokasi projek hanya depan rumah.

Huh, macam hebat. Projek? Bagaimana dengan modal? Khabarnya, pelanggan dah ada tiga-empat orang.

(...bersambung...)

Read more...

Cerita malam ini 130410

>> 13.4.10

Petang tadi nak ganti side-mirror Kembara. Huh, punya lah mahal. Antara kedai-kedai ada yang jarak sampai RM30.00 bagi seunit. Kesimpulannya, tangguh dulu. Mungkin boleh buat sendiri.

Lepas maghrib ke pasar malam. Tujuan utama membeli buah kurma. Ringkas cerita, dah beli tiga jenis kurma. Kurma Madinah untuk sarapan pagi. Kurma Mariami untuk kudapan sebelah malam. Kurma madu untuk digoreng dan buat jus.
_________

Ingatan untuk diri sendiri:
Susu, madu, kurma, roti (dari gandum) dan daging kambing adalah makanan para Rasul, terutama Muhammad Rasulullah. Sesiapa yang memakannya dengan niat mengikut sunnah adalah lebih baik.

Read more...

Sup Sayur Bayam

Pagi tadi, cadang nak ziarah cucu-cucu. Tapi, badan terasa letih akibat cuaca terlalu panas. Jadi, tangguhkan ziarah ke waktu lain. Sambung tidur.

Tengahari, makan sup sayur bayam dengan nasi putih, ikan kembung goreng dan kicap cili padi. Huh, lazaattt. Lebih sedap dari makan di hotel berbintang-bintang.

Di sini ada maklumat.

Read more...

Kesunyian ....

>> 12.4.10

Semasa mula bersara tempohari ramai kawan tanya di mana saya akan buat rumah besar? Jawab saya, rumah yang ada sudah cukup untuk kami sekeluarga. Berumah besar hukumnya makruh, kerana Islam menggalakkan setiap anak membina keluarga dan rumahnya sendiri. Silap-silap niat atau perasaan, berumah besar mungkin berdosa.

Kini, anak-anak kami yang sudah kahwin sudahpun berumah sendiri. Yang tinggal bersama kami hanya yang bujang sorang tu, yang sedang belajar di UiTM dan yang baru dapat result SPM. Dua orang lagi masih di asrama.

Malam ini, yang bujang tu kerja sebelah malam. Wah ke kampus, study. Fawzan bermalam di rumah bekas gurunya di Putrajaya. Tinggallah kami berdua di rumah. Kami rasakan rumah yang sederhana ini cukup sunyi. Perasaan kami mulalah rindu sana dan rindu sinun. Setelah berbincang, insya Allah, pagi besok kami nak ziarah cucu-cucu. Minggu depan, nak ziarah adik-adik di Perak.

Nasib baik tak buat rumah besar!

Read more...

Sekolah-Bas, bukan Bas-Sekolah

Sekolah dalam bas-bas buruk di suatu kawasan pedalaman di Iran.

Read more...

Makan Terbaik dan Paling Selamat

>> 11.4.10

Hari Rabu, balik kampung. Ziarah ayah dan makcik. Tengok kebun yang disewakan dan hantar nombor akaun yang diminta oleh penyewa sejak tiga tahun lepas.

Semasa di kebun, saya dihadiahkan kira-kira 30 biji buah terung panjang dan sebiji buah kundur. Alhamdulillah dan terima kasih. Sedap dan lazat.

Hari ini, Ahad, balik kampung lagi. Ipar buat kenduri kawin anaknya. Lauk yang ada ialah ikan masin, ayam dan kambing. Saya hanya makan kambing. Sedang makan, seorang kawan tanya tak ada masalah ke makan kambing? Jawab saya seperti biasa. "Kambing adalah makanan semua Rasul. Takkanlah makanan Rasul mendatangkan masalah?"

Saya masih berpegang bahawa setiap makanan para Rasul adalah makanan yang terbaik dan paling selamat.

Read more...

Mengandung 26 bulan?

>> 10.4.10

Betul ke mengandung 26 bulan?

Read more...

Kahwin Ayam

Family Planning?

Read more...

Gambar Perkelahan Keluarga

>> 9.4.10

Perkelahan keluarga bahagia.

Perkelahan amat penting untuk anak-anak yang sedang membesar. Boleh meningkatkan kecerdasan akal dan keluhuran peribadi.

Read more...

Hotel Mengada-ngada?

>> 8.4.10

Sebuah bilik hotel di Austria.

Read more...

Suatu Kenangan dan Sebuah Catatan?

Indah suatu kenangan dan hebat sebuah catatan?

Read more...

Sayu meneliti gambar ini .....

>> 7.4.10

"KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 7.2 richter melanda wilayah Sinabang, Acheh pada jam 5.15 pagi ini sehingga mencetuskan panik tsunami.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologikal Malaysia menarik balik amaran tsunami di tiga wilayah Utara Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa tiada penuntut Malaysia yang terlibat atau tercedera dalam gempa bumi itu.

Universiti di mana penuntut Malaysia berada ialah Universitas Islam Negeri Ar Raniri Acheh."

Sumber di sini.

Read more...

Inikah Ibu Mithali?

Adakah ini antara ciri-ciri ibu mithali?

Read more...

Borak-borak di PICC

>> 6.4.10

Jam 4.41 petang sampai di rumah dari PICC. Semasa menunggu Fawzan, sempat berborak dengan beberapa orang yang turut menunggu anak mereka ditemuduga.

Ada beberapa orang yang merungut kerana ramai calon dari kaum Cina. "Bila Melayu nak maju?," kata mereka. Sesekali kedengaran mereka bercakap mengenai agama. Kelihatan lagak mereka agak sombong dan cakap berdegar-degar. Sah, mereka ini golongan kuat perkauman dan menafikan hak orang lain.

Ada juga beberapa orang yang komplen kerajaan kerana memperuntukkan banyak belanja untuk hiburan. Potong bajet kesihatan dan pelajaran. Mereka berpendapat, negara kita kaya dengan pelbagai sumber tetapi pengurusan negara lintang pukang. Golongan ini, kebanyakannya western-educated.

Menurut maklumat, tahun ini, JPA menemuduga 10,114 calon di seluruh negara. Hhmmmm, tanda-tanda hampir pilihanrayalah tu...

Read more...

Nasib dan sebuah perebutan

Tengahari nanti akan ke PICC bawa Fawzan temuduga JPA untuk pengajian perubatan di UK. Khabarnya, temuduga bermula semalam hingga hari Juma'at.

Temuduga ini merupakan sebuah perebutan antara ribuan pemohon yang mendapat keputusan SPM Cemerlang baru-baru ini. Berjaya atau sebaliknya, na'uzu bil-LAH, bergantung kepada ketetapan dari Allah. Usaha dan keberanian wajib dilakukan.

Suatu ketika dulu, abangnya Muhammed Anis pun terpaksa berebut seperti ini. Alhamdulillah, dia berjaya. Kini, mulai 1 mac yang lalu, dia mengetuai sebuah jabatan baru di HKL yang dinamakan Jabatan Transplantasi. Insya Allah, dia akan mengikuti kursus selanjutnya di Australia mulai Jun depan.

Abang-abangnya yang lain tidak berminat dengan bidang perubatan. Kerana itu, mereka berlainan bidang antara satu dengan yang lain. Pada kami, sebagai ibu dan bapa, hanya membimbing agar semua mereka melanjutkan pelajaran. Semua bidang adalah penting. Semua perkhidmatan adalah fardhu kifayah. Kekurangan dalam mana-mana bidang dan apa jua perkhidmatan akan memundurkan umat.

Read more...

Ewah, ewah, ewaaahhhh

>> 5.4.10

Ewah, ewah, ewaaahhhh!
Sumber di sini.

Read more...

Khurafat dan Bid'ah

Sepanjang hari Ahad saya tidak menyentuh komputer dan apa jua akhbar. Saya benar-benar berehat dan mengasingkan diri dari sumber maklumat harian.

Sepanjang hari berborak dengan ayah mengenai bid'ah dan khurafat di kalangan umat Islam. Mengenai pakaian rasmi para imam di masjid dan pakaian-pakaian mahal para pemimpin. Pakaian rasmi pelbagai lapisan padri kristian dalam gereja.

Pernahkah Rasulullah dan khulafa^ ar-rasyidin berpakaian rasmi dan mahal-mahal? Pernahkah Nabi Isa berpakaian rasmi seperti para padri? Pernahkan Rasulullah dan khulafa^ ar-rasyidin kenduri tahlil dan marhaban? Pernahkah Rasulullah dan para sahabat bersedekah al-fatihah kepada sesiapa yang meninggal dunia?

Pernahkah Rasulullah atau para khulafa^ mengampunkan kesalahan para pesalah seperti para padri mengampunkan dosa manusia? Kenapa golongan syi'ah tidak melakukan bid'ah dan khurafat seperti yang dilakukan oleh golongan ahlus-sunnah wal-jama'ah? Bla, bla, bla ....

Read more...

Anugerah Kecemerlangan Akademik

>> 3.4.10

7.38 pagi bergerak ke SAS Putrajaya bawa Fawzan ke majlis Anugerah Kecemerlangan 2010. Alhamdulillah, sempat tiga kali dia naik pentas.

Kali pertama: Anugerah Kecemerlangan Bahasa Jepun.
(Johan syarahan bahasa Jepun, Malaysia 2009; dan tempat ketiga dunia semasa di Tokyo)
Kali kedua: Anugerah Kecemerlangan Bahasa Inggeris 1119C.
Kali ketiga: Anugerah Kecemerlangan semua A SPM.

Sampai di rumah jam 2.42 petang. Rehat kerana keletihan.

Read more...

Nikmat dan Lazat

>> 2.4.10

Tengahari ini makan nasi dengan goreng kembung, sawi tumis, terung bakar dan sambal bela**n. Sungguh menyelerakan.

Kalau tanam dua-tiga pokok terung dalam beg plastik pun bagus.

Benarlah, rezeki yang Allah kurniakan adalah semua sedap dan sentiasa lazat. Dan benarlah, berdosa besar sesiapa yang kufurkan ni'matNya.

Ingin melayari sumber ini?.

Read more...

Buah Pagi ini 020410

Pagi ini, saya bersarapan hanya dengan dua keping roti. Badan merasa sedikit panas. Saya kudap sebiji buah nanas bersira kicap. Habis licin.

Ingin melayari sumber ini?.

Read more...

Puasa Yang-Yok

>> 1.4.10

Tajuk ini adalah sambungan tajuk sebelum ini, mengenai Puasa Yang-Yok. Sahabat saya IkutSukaAku (ISA) ada tinggalkan komen. Dia juga berpuasa hari ini. Puasa betul, bukan puasa yang-yok macam saya.

Oleh kerana dah berbuka tengahari tadi, sebelah petang saya kudap buah kurma. Fikiran merayau kepada beberapa ingatan dan pengalaman silam. Terutama semasa bujang dan di luar negara. Teringat saya sering berbuka puasa dengan buah kurma goreng. Makan roti 'eis pino (macam roti John) dengan keju dan jeruk buah zaitun. Kadang-kadang berbuka dengan lempeng ciptaan sendiri.

Insya Allah, minggu depan, saya akan buat makanan tersebut dengan sedikit pindaan.

Read more...

Tak Tahan Nafsu: Puasa Yang-Yok

Bersahur subuh tadi kira-kira jam 3.30am. Niat nak berpuasa khamis. Tiada ibadat yang paling jujur kecuali puasa.

Puasa diamalkan dalam kebanyakan sistem perawatan di dunia. Dan puasa juga diamalkan dalam banyak upacara agama-agama lain. Ringkasnya, puasa adalah sesuatu yang tabi'iy dan normal.

Kira-kira jam 12.12 tengahari, saya ke dapur. Ternampak masakan yang saya gemari iaitu sayur peria, goreng keli dan ulam pucuk gajus. Dada jadi berdebar dan air liur nak meleleh. Cepat-cepat ke ruang tamu. ON komputer. Tapi, dalam kepala masih terbayang yang di dapaur tadi.

Congak punya congak, lalu ke dapur semula. Ambil pinggan dan senduk nasik. Maka terjadilah "puasa yang-yok". Menyerah pada nafsu makan. Lepas makan, terfikir, "betapi tipis niat" malam tadi. Dah berbuka barulah menyesal.

Petua orang tua: Cari menantu perempuan, orang yang baik solatnya. Cari menantu lelaki, orang yang baik puasanya.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP