012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Hari ini dan esok .....

>> 30.7.10

Hari ini, Jumaat, bayar bebarapa bil. Memantau tanaman di hadapan rumah. Seronok lihat tanaman yang hidup stabil dan sehat.

Besok, balik kampung kerana ada kenduri kawin.

Rabu, akan ke Kuala Kangsar. Kemudian, terus ke Pulau Pinang dan bermalam di sana. Khamis, temankan Dzul berkonvo di USM.

Read more...

Buah dan Pokok Apricot

>> 29.7.10


Pada 14 Julai lepas saya mulakan proses penyesuaian 20 benih Pokok Apricot. Insya Allah, setelah dua bulan atau 10 minggu dari tarikh tersebut ia akan disemai.

Jika ditanam atas tanah dan diurus dengan baik maka ia akan berbuah setelah tiga tahun selepas ditanam.

Read more...

PTL-2, stabil dan meyakinkan ...

>> 28.7.10

Pagi ini memantau cambah benih golden kiwi yang dipindahkan. Alhamdulillah, semua stabil. Tiada yang mati, malah tiada yang layu.

Bilangan semua cambah lebih dari 150. Insya Allah, 45 pohon untuk PTL Fasa 2 (PTL-2) dan selebihnya akan dipasarkan kepada sesiapa yang berminat.

Read more...

Benar-benar berehat ....

>> 27.7.10

Hari ini betul-betul rehat. Bukan kerana Nisfu Sya'ban. Saja nak full-time rehat. Tengahari makan nasi dengan belanak goreng. Woi, mahalnya. RM12.00 sekilo.

Petang, pantau PTL Fasa 1. Semua hidup stabil dan subur. Cambah benih golden kiwi juga amat baik dan stabil. Tiada yang mati atau layu. Cuma sedang fikir, nak biar dia membesar secara biasa atau nak paksa membesar dengan hormon?

Kalau dibiar membesar secara biasa maka senang nak urus. Kalau dipaksa membesar dengan hormon maka dibimbangi tak sempat nak buat persiapan pra-sarana. Itu kena fikir masak-masak.

Malam, nak borak dengan bloggers sambil pekena teh tarik.

Read more...

Melayu lebih Islam dari Nabi .....?

>> 26.7.10

Malam ini dan besok Nisfu Sya'ban. Banyak orang Melayu, termasuk para ustaz, menganggapnya very special.

Pada Nisfu Sya'ban, Rasulullah tak bertahlil tapi orang Melayu bertahlil. Rasulullah tak berpuasa khas tapi orang Melayu berpuasa khas.

Bila kita bagitahu doktrin Nisfu Sya'ban yang diamalkan oleh mereka itu bid'ah, khurafat dan karut maka mereka kata kita Syi'ah. Kalau Dr. Asri yang bagitahu maka dikatakan dia itu Wahhabi.

Hebat orang Melayu ni. Macam lebih hebat dari Nabi ...?

Read more...

Kenduri Kawin di Mesjid

>> 25.7.10

Sabtu. Pagi, menyelesaikan pemindahan cambah benih kiwi. Setelah selesai dan dihitung maka jumlah semua melebihi 150 cambah. Alhamdulillah.

Lepas zuhur pergi kenduri kawin anak kawan di Mesjid Negeri, Shah Alam. Pada saya, inilah kali pertama menghadiri kenduri kawin di mesjid. Inilah yang dikatakan memakmurkan mesjid.

Read more...

Woww, Jarjir dah berCambah

>> 23.7.10

Alhamdulillah, biji Jarjir (جرجير) yang disemai pada 20hb. lepas sudah mulai bercambah. Biji Jarjir ini dihadiahkan oleh seorang sahabat dalam tahun 1998 yang silam. Dia beli dari Kaherah, Mesir. Walaupun biji itu sudah lama disimpan tetapi ia masih segar dan sihat.

Semaian (gambar atas) kali ini akan dibiar membesar, menua dan berbunga. Tujuannya supaya dapat kumpul biji benih untuk pembiakan dan simpanan. Bukan senang nak dapat benih dari Mesir.

Maklumat lain di sini dan di sini.

Read more...

Dah mulai Seronok ...

Pukul 12.15 - 1.00 malam (pagi) tadi lepak sorang diri di halaman rumah. Duduk tepi PTL Fasa 1 (Anggur Berjadual). Walaupun belum sebulan ditanam tetapi pohon-pohon anggur dah naik tinggi. Sebulan-dua lagi, insya Allah, pargola usang akan ditutup rapat oleh jalaran pohon-pohon anggur. Kalau setakat hujan yang sederhana lebatnya kita masih boleh berteduh di bawahnya. Tak telus hujan.

Dalam keadaan begini teringat saya ayat-ayat 33, 34 dan 35, surah Yaasiin mengenai pohon-pohon anggur dalam taman. Bacaan dan amali. SubhalLAH!!!!!

Gambar pohon-pohon anggur PTL malam (pagi) tadi.

Read more...

Rumit tapi Seronok

>> 22.7.10

Hari ini buat kerja rumit iaitu memindahkan 120 cambah benih golden kiwi. Ini adalah pemindahan kali pertama. Kerjanya rumit tapi seronok. Pemindahan kali kedua nanti jauh lebih mudah.

Jika pertumbuhan cambah ini tidak terbantut dan diurus pula dengan cara yang baik maka, insya Allah, dalam bulan Julai atau Ogos 2011 ia akan berbunga dan berbuah. Huh, tentu menggumbirakan.

Ini ialah Projek PTL Fasa 2.

Read more...

Gambar 1,000 Tafsir

>> 21.7.10

Gambar ini sungguh mengusik kenangan ...?

Read more...

Bangun Awal

>> 20.7.10

Malam tadi tertidur awal. Bangun pagi jam 3.37. Lepas solat terus buat kerja-kerja duniawi iaitu meninjau tanaman depan rumah.

Memasukan dua pohon anggur sebagai backup PTL Fasa 1.
Mengubah cambahan benih kiwi dan menyemai Jarjir
(sejenis ulam dari Mesir).

Read more...

Projek PTL Fasa 2 akan bermula

>> 18.7.10

Semaian biji buah Golden Kiwi mulai bercambah. Besok atau lusa mula prepare keperluan untuk mengubah dan pembesaran.

Penyemaian benih pohon kiwi ini ialah Projek PTL Fasa 2. Cadangan tu untuk dipasarkan kepada sesiapa yang berminat. Jika tiada aral maka para peminat boleh menanamnya di halaman rumah atau di kebun mahupun di ladang. Pengurusan yang baik hanya memerlukan
sembilan bulan untuk pembuahan kali pertama.

Destinasi ini bagus dilayari.
Jika ingin buat bisnes di sini.

Read more...

Pohon Anggur Mulai Stabil

Alhamdulillah, semaian pohon-pohon anggur yang diubah pada
5 Julai lepas mulai stabil dan subur. Ini adalah sebahagian dari
projek PTL, Fasa 1.

Read more...

Lagi Anak Pokok Zaitun

>> 16.7.10

Sebentar tadi, mengubah satu lagi anak pokok zaitun
ke dalam pasu.
Semoga ia terus hidup stabil dan subur.

Read more...

Sup Kepala Gajah dan Kari Daging Harimau

>> 15.7.10

Hari ini makan nasi dengan pajeri terung, ikan kembung goreng, ulam kacang bendi dan carrot celur serta jeruk buah zaitun dari Madinah. Memang sedap, lazat dan cukup khasiat.

Kalau seorang jutawan mungkin tak makan itu semua. Mungkin dengan duit banyak, mereka makan dengan sup kepala gajah dan kari daging harimau. Ye lah, duit banyak ...!

Read more...

Sungguh Happy

Pohon Kiwi DiRemajakan.

Sarapan pagi: 3 butir Kurma Safavi, 3 suap Kismis Special dan secawan minuman. Alhamdulillahi l-lazi at'amaniy wa saqaniy.

Tinjau pohon-pohon anggur dan kiwi depan rumah. Alhamdulillah, semua stabil. Pertumbuhan sungguh sihat, mantap and very sexy. Doa supaya tidak diserang serangga juga dimakbulkan Allah.

Selesai siram jam 10.57 pagi dan hujan lebat jam 10.58 pagi. Fahamlah saya bahawa siraman Allah maha sempurna. Lagi alhamdulillah.

Read more...

Dalam Negara Lebih Mahal

>> 14.7.10

Petang tadi saya call anak di Sydney. Lama sungguh masa kami berbual. Sebelah malam, saya call ISA dan bercakap sebentar sahaja.

Yang ganjilnya ialah mengenai bayaran. Kenapa berborak ke Sydney lebih panjang masanya tetapi bayarannya lebih murah dari berborak ke Subang Jaya?

1Malaysia, 1Malaysia?

Read more...

Anak Pokok Zaitun Stabil

Anak pokok zaitun yang dipasukan kira-kira dua bulan lepas
kelihatan sudah stabil dan mulai subur.
Alhamdulillah !!!

Read more...

Halaman Anggur Berjadual

>> 13.7.10

Setelah meneliti draf PTL dan progres persiapan terkini maka
Jadual Lama telah dipinda kepada jadual berikut:

Pembuahan 1Pembuahan 2Peremajaan Akar
KP1 = 61 - 3 Apr. 20111 - 3 Jan. 20124 - 6 ogos 2012
KP2 = 61 - 3 Mei 20111 - 3 Feb. 20124 - 5 Sept. 2012
KP3 = 61 - 3 Jun 20111 - 3 Mac 20121 - 3 Okt. 2012
KP4 = 61 - 3 Jul. 20111 - 3 Apr. 20121 - 3 Nov. 2012
KP5 = 61 - 3 Ogos 20111 - 3 Mei 20121 - 3 Dis. 2012
KP6 = 61 - 3 Sept. 20111 - 3 Jun 20121 - 3 Jan. 2013
KP7 = 61 - 3 Okt. 20111 - 3 Jul. 20121 - 3 Feb. 2013
KP8 = 61 - 3 Nov. 20111 - 3 Ogos 20121 - 3 Mac 2013
KP9 = 61 - 3 Dis. 20111 - 3 Sept. 20121 - 3 Apr. 2013

KP = Kumpulan Pembuahan sebanyak 6 pohon.
- Persiapan bermula pada 3hb. Mei 2010.
- Jenis Pohon ialah Anggur Isabella.
- Anggaran Anak Pohon dari setiap pembuahan ialah 10 x KP.
- Anggaran modal untuk setiap Anak Pohon ialah RM5.00.
- Pendapatan bulanan cukup untuk minyak dan bayar bulanan
kereta baru.

Read more...

Periksa Darah

>> 12.7.10

Malam tadi, pukul 11.00, mula berpuasa. Jam 8.55 pagi tadi sampai ke Pusat Kesihatan dan terus ke kaunter pendaftaran. Tujuan, ambil darah untuk tujuan pemeriksaan biasa. Sepatutnya bulan Mac dan Jun dah buat pemeriksaan. Tapi, leka dan cuai. Baru hari ini dapat dilakukan. Jam 9.18, selesai urusan.

Balik di rumah buat kerja PTL. Lepas zuhur, borak dengan ISA. Lepas asar, sambung kerja PTL.

Read more...

Ustaz mengajak dan mendekati hotel ... ?

>> 11.7.10

Pagi tadi buat kerja PTL (pertanian tanpa ladang) di depan rumah. Kemaskini susunan pohon-pohon anggur.

Lepas zuhur ke rumah blogger P3Chandan. Dia kenduri sambut menantu. Bagus. Dia buat kenduri cukup sederhana, walaupun kenduri pertama.

Kenduri secara sedarhana amatlah baik. Ia lebih islamik. Sesetengah orang buat kenduri kawin secara mengada-mengada. Lebih menyampah, ia dilakukan juga oleh orang so-called ustaz.

Sekarang ustaz-ustaz berjawatan kerajaan dah ikut buat kenduri di dewan-dewan ternama, termasuk di hotel berbintang. Semasa ceramah dia kata "... mesjid bukan sahaja tempat solat, tapi tempat semua aktiviti kehidupan ...". Piiirrrraaahhhhh, kamu sendiri buat kenduri di hotel atau dewan ternama. Tak boleh ke, buat kenduri kawin di mesjid? Kalau betul-betul nak ajak orang ramai ke mesjid.?

Read more...

Wajah Tuhan Baru dilahirkan ...?

Wajah OctoPaul, Tuhan Baru yang dilahir FIFA ...?
Kah kah kaahhh ...?

Read more...

Cinta Bandar ... ?

>> 8.7.10

Cinta Bandar ... ?

Read more...

Bina Tiang Di Mana-mana

>> 7.7.10

"Solat itu ialah tiang agama ..."
Maksud Hadits.

Read more...

Kerja Berat Jadi Demam Teruk

>> 6.7.10

Pagi semalam, kerja keras siapkan projek Pohon Anggur Berjadual. Alhamdulillah, sudah siapa dan beres. 40 pohon anggur sudah ditanam dalam pasu dan beg plastik. Insya Allah, bulan Mei 2011 akan mengeluarkan hasil. Buah dan beberapa anak.

Petang semalam, demam. Malam tadi, demam semakin teruk. Pagi ini, alhamdulillah, dah mulai kebah. Hari ini perlu berehat.

Read more...

Pohon Anggur Berjadual

>> 4.7.10

Berikut ialah jadual terkini menggantikan jadual lama
Projek Pohon Anggur Berjadual.

Pembuahan 1Pembuahan 2Pembuahan 3
5 - KP1Mei 2011Jan. 2012Sept. 2012
5 - KP2Jun 2011Feb. 2012Okt. 2012
5 - KP3Jul. 2011Mac 2012Nov. 2012
5 - KP4Ogos 2011Apr. 2012Dis. 2012
5 - KP5Sept. 2011Mei 2012Jan. 2013
5 - KP6Okt. 2011Jun 2012Feb. 2013
5 - KP7Nov. 2011Jul. 2012Mac 2013
5 - KP8Dis. 2011Ogos 2012Apr. 2013

Kepadatan = 40 pohon anggur.
KP = Kumpulan Pembuahan sebanyak 5 pohon.
Setiap pohon diperbuahkan 3 kali dalam masa setahun.
Setiap kali pembuahan dijangka menghasil 100 anak pohon.

Read more...

Perawatan dan Peremajaan

>> 2.7.10

Atas ialah antara pohon-pohon kiwi yang dirawat dan diremajakan pada minggu lepas. Alhamdulillah, perawatan dan peremajaan telah berjaya.

Minggu hadapan, insya Allah, akan menyemai benih-benih pohon kiwi versi terbaru. Kini, benih-benih tersebut sedang dalam proses pengubahsuaian biological clock.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP