012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Tak sesuai sentuh komputer

>> 22.6.11

Malam tadi tak jadi ke pasar malam. Bimbang juga keluar malam
semasa berpantang. Tambahan pula ke tempat orang ramai.

Pagi tadi mula keluar dan merayau. Mula-mula ke Pusat Kesihatan
Meru. Kemudian, pergi bank bayar ansuran kereta. Tengahari balik.
Rehat sekejap. Jadual titis ubat ke dalam mata.

Lepas asar keluar lagi. Pergi bank lain, kirim duit untuk Anas.
Kemudian merayau di Tesco. Cadang nak beli komputer riba untuk
Fawzan. Tapi orang (penjual) tak layan. Mungkin dia tengok saya
tak sesuai beli atau sentuh komputer. Barangkali penjual itu fikir
orang tua kampung tak faham hal-hal komputer.
Kesiaaannnnn!

4 comments:

Anonymous,  June 23, 2011 at 1:36 PM  

Terkenang masa ke Pusat Servis Toyota di Seksyen 15 dengan suami. Baru pencen masa tu (pencen pilihan).

Beberapa jurujual kat situ buat tak tau saja pada kami, mereka asyik melayan client cina.

Akhirnya datang seorang jurujual muda lagi. dia yang layan kami, akhirnya kami beli toyota tu harga cash. Maklumkan nak hutang nak bayar dengan apa.

Bila datang keesokannya, baru ada orang nak layan, tapi kami beli dengan jurujual muda tu. Hingga sekarang budak tu baik dengan kami.

Orang selalu pandang baju kita. Sedih.

Pengasas June 23, 2011 at 10:10 PM  

Salam Jamiri,
Memang sabar lah tu. Saya keluar dari kedai tu dengan tenang sekali.

Pengasas June 23, 2011 at 10:13 PM  

Salam Kunang-kunang,
Memang betul tu. Kebanyakan orang pandang baju kita.
Elok juga kalau kita masuk kedai sambil berkipas dengan kipas duit. Duit tiruan ...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP