012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Wow, sodapnyooo la ...!

>> 14.4.12

Jumaat. 8.38 pagi saya dan isteri bergerak ke
SantaiD'Rimba. Di sana, sebelum solat Jumaat, masak
nasi guna dapur kayu. Goreng tiga ekor ikan puyu campur
bawang merah dan bawang putih. Makan dengan beberapa
helai pucuk ulam raja. Wow, sodapnyo. Lebih sedap dari
makan di hotel berbintang-bintang.

Kami menginap di Chalet Abu Nawas. Lepas solat jama'
maghrib dengan 'isyak dah pukul 8.09 malam. Kami pun
mula berehat. Kami hanya guna pelita ayam yang kat
dalam gambar itu. Tiada letrik, tiada tv, tiada radio,
tiada internet, tiada aircon., bla bla bla.

Keliling chalet bunyi jengkerik, sesorok, belalang
pelesit, cacing dan entah apa-apa lagi. Tiada siapa
dan tiada apa yang boleh menghalang mereka kecuali
Allah. Di sebalik suara-suara mereka ialah desiran
ombak melanda pantai. Tiada suara insan dan tiada
suara kesibukan mereka.

Kami merasa sungguh aman, tenang dan seronok.

8 comments:

mountdweller April 14, 2012 at 10:50 PM  

A'kum Dr.

Kalau di puncak gunung lagi seronok. Solat pun cukup khusyuk..terasa betapa kerdilnya kita (makhluk)setelah menikmati kekuasaan dan kebesaranNya melalui keindahan dan panorama di gunung dan rimba.

wak-labu (Hp: 013 4515182) April 14, 2012 at 11:47 PM  

Salam Prop,

bila Wak terpandang aje tempat keguringan Prop tu, terus Wak teringat satu peristiwa semase Wak di tukar kan mengajar ke SK Ulu Bernam dulu2.

peristiwa yang sukar di lupekan tu ialah pada malam pertame tu Wak di gigit lipan betul2 kat anu tu.

tengah malam dan hospital jauh, mau tak mau Wak kena lah menderita sepanjang malam.

Isa April 15, 2012 at 2:49 AM  

Salam Dr.

Wow....., sudah potong riben ka???

A Mum Of Three Mohd April 15, 2012 at 7:25 PM  

Salam Dr Wahab,

Eeee.... Bestnyer.

Pengasas April 18, 2012 at 8:49 PM  

W'salam MountDweller,
Memang tidak dinafikan ... Bumi Allah ini amat indah lagi menyeronokkan ...

Pengasas April 18, 2012 at 8:51 PM  

W'salam Wak-Labu,
Bagus tu ... Yang sakit pun akhirnya jadi seronok ...
Itulah antara hikmah dari Allah.

Pengasas April 18, 2012 at 8:54 PM  

W'salam ISA,
Tanpa tahlil yang bid'ah dan tanpa riben yang khurafat ... Kah, kah kah ...

Pengasas April 18, 2012 at 8:56 PM  

W'salam M3M,
Best ker kat tempat yg jauh dari manusia ...
Tengah malam gerun ooooo ...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP