012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Blogger Patut Fahami Gambar Ini

>> 27.4.09


Ahad lepas, blogger IkutSukaAku (ISA) datang ambil dua pohon anggur. Dia nak buat Taman depan rumah. Untuk syurga bersama keluarga. Hari ini, RadenJowo datang bincang-bincang berbagai isu. Dia ada projek berat. Berat, pasal terpaksa guna jentera berat.

Sambil minum-minum kami bincang berbagai isu. Dari isu kecil sampai isu besar. Biasalah bloggers. Semua isu kena sentuh.

Hasil perbualan itu saya teringat gambar di bawah ini:

Sumber gambar dari:
Muhtar Suhaili

Read more...

Gambar Kenangan: Terpaksa Berpisah

>> 25.4.09


Khamis, 30 April: Pagi, akan ke MCKK, bayar yuran Anas. Tengahari, ke Bandar Seri Iskandar, Ipoh. Ambil barang-barang milik Wah. Dia akan tamat pengajian di UiTM bulan Jun ini.

Wah (Dzul Imtiyaz), sebelum ini bagitahu pada emaknya nak belajar bawa kereta. Tapi kereta yang ada semua dah buruk. Jadi, setelah berbincang dan berfikir panjang, kereta buruk
yang dibeli pada tahun 1980 akan dikorbankan. Mazda 626 dimasukkan ke Program Pelupusan dengan harga
RM5,000 dan diganti dengan ViVa.

Mazda 626 ini masih elok dan baik. Tak pernah rosak besar. Meragam kecil pun hanya sesekali saja. Besar dan mantap di jalanraya. Kami sayangkan dia,
sekalipun insuran 3rd. parti dan road-texnya mahal.

Minggu lepas, dah dibawa ke PUSPAKOM. OK. Dah berurusan
di ProDua. ViVa850 manual, berwarna hitam telah ditempah.
Insya Allah, Wah boleh gunakannya nanti.

Bawah, gambar Mazda626 kesayangan. Terpaksa berpisah.


Read more...

Yang Dalam Gambar Ni? Dah Kurang Minat.

>> 24.4.09


Semasa muda-muda dulu, saya makan apa saja jenis lauk. Pekasam mentah pun boleh telan. Cili padi segar? Empat-lima set sekali suap saja. Pernah juga meratah seekor ayam dan dua ekor merpati sekali hadap. Tentu ada petua!

Sekarang, lauk yang amat diminati ialah ikan. Tak kiralah ikan laut mahupun ikan darat. Lauk ayam dah kurang minat. Sebabnya ialah cara berfikir sudah berubah. Saya sukakan lauk-lauk liar. Lauk-lauk dibela secara komersial dah kurang minat. Ikan kembung, cencarau, etc mana ada yang dibela. Ertinya, liar. Itulah yang amat disukai.


Read more...

Gambar Dalam Blog Kawan

>> 22.4.09


Dah lama tak buat posting. Ada juga yang kirim email, call dan tinggal dalam komen tanya saya.

Benar, saya tak berapa sehat untuk beberapa hari. Bila dah kembali sehat, isteri pula sambung. Dia demam beberapa hari, kemudian masuk wad. Beberapa hari kemudian keluar wad, tapi sakit semula. Semalam, dia mulai sehat.

Tadi saya merayap ke beberapa blog. Terjumpalah gambar sendiri dalam blog seorang bekas pelajar semasa di UiTM dulu. Dia dah jadi pensyarah pun.


Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP