Beberapa minit selepas buat posting pukul 3.34 petang tadi dapat dua panggilan dari pengunjung. Entah dari mana mereka dapat nombor hp saya tak sempat tanya.
Pemanggil pertama menempah 5 pohon anggur dan pemanggil kedua 15 pohon. Kata mereka nak tiru Projek Pohon Anggur Berjadual saya. Sebelum itu mereka minta penjelasan lanjut dari saya mengenainya. Saya tak kesah sesiapa sahaja nak tiru projek itu. Malah, saya gumbira kerana ada yang faham dan berminat mengenainya.
Jadi, petang tadi, kenalah tambah 20 semaian pohon anggur untuk mereka. Dijangka antara 6 - 8 minggu lagi mereka dapatlah pohon yang ditempah itu.
Read more...
Semalam buat 111 keratan benih anggur, buah tiga warna. Hijau semasa buah muda; merah semasa buah mulai masak; dan hitam semasa buah cukup masak.
Jika semaian hidup sebanyak 80% maka 36 pohon untuk dibesarkan di halaman rumah. Jadual berikut adalah sebagai perancangan sahaja:
3 Jul. 2010: Mengubah semaian 36 pohon anggur ke dalam pasu.
Lokasi: Halaman rumah.
3 Mei 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 1.
3 Jun 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 2.
3 Jul. 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 3.
3 Ogos 2011: Membuat pembuahan 3 pohon anggur kumpulan 4.
Dan begitulah seterusnya setiap bulan, hingga semua 36 pohon anggur akan berbuah mengikut giliran. Maksudnya, di halaman rumah sentiasa ada buah anggur dari peringkat putik hingga peringkat cukup masak.
Selain dari pembuahan, dapatlah saya membuat kira-kira 100 semaian dan memasarkannya pada setiap bulan.
Ini adalah projek kecil-kecilan untuk seorang pesara. Sayang juga rasanya penyelidikan bertahun-tahun dengan belanja yang banyak tidak diamalkan secara berterusan.
Read more...
Dalam tahun 1950an, setahu saya, orang-orang kampung jarang guna sabun. Sesekali, kalau dapat beli sabun buku cap kapak berharga 10 sen maka dikira cukup hebat. Kalau dapat beli serbuk sabun Feb yang kecil berharga, kalau tak silap, 15 sen maka dianggap sudah kaya lagi bermewah.
Ketika itu, orang kampung mandi tidak bersabun. Badan hanya digosok dengan limau nipis. Semua daki pada badan hilang ghaib. Kuku kaki dan tangan bersih dan putih melepak. Gosok gigi dengan sabut kelapa atau jari telunjuk sahaja. Guna arang kayu atau abu kayu dapur.
Ketika itu juga, basuh pakaian tanpa sabun. Hanya gosok-gosok atau ramas-ramas sahaja. Kadang-kadang, kalau baju tu kelihatan masih ok maka yang dibasuh hanya pada bahagian ketiak sahaja. Sebab di situ ada bau tak syok.
Demikianlah adanya.
Read more...
Ahad, petang, adik dari Pahang bersama anaknya Faiz dan kami bersama Fawzan melawat kampus baru UiTM di Puncak Alam. Wau, sungguh hebat dan canggih. Jarak dari rumah kami kira-kira 12 km sahaja.
Mengikut surat tawaran, tarikh mendaftar ialah dari jam 8.30 pagi, 23 Mei 2010. Fawzan dan sepupunya, Faiz, dapat kursus dan asrama yang sama. Macam dua beradik kembar.
Keluarga kami belum habis kegembiraan.
Read more...