012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Basuh Ketiak Baju

>> 3.5.10

Dalam tahun 1950an, setahu saya, orang-orang kampung jarang guna sabun. Sesekali, kalau dapat beli sabun buku cap kapak berharga 10 sen maka dikira cukup hebat. Kalau dapat beli serbuk sabun Feb yang kecil berharga, kalau tak silap, 15 sen maka dianggap sudah kaya lagi bermewah.

Ketika itu, orang kampung mandi tidak bersabun. Badan hanya digosok dengan limau nipis. Semua daki pada badan hilang ghaib. Kuku kaki dan tangan bersih dan putih melepak. Gosok gigi dengan sabut kelapa atau jari telunjuk sahaja. Guna arang kayu atau abu kayu dapur.

Ketika itu juga, basuh pakaian tanpa sabun. Hanya gosok-gosok atau ramas-ramas sahaja. Kadang-kadang, kalau baju tu kelihatan masih ok maka yang dibasuh hanya pada bahagian ketiak sahaja. Sebab di situ ada bau tak syok.

Demikianlah adanya.

2 comments:

asuhan May 3, 2010 at 12:17 PM  

Semasa kecil saya dibesarkan dikampong, keperluan harian air telaga payau. Musim hujan baru mendapat air bersih untuk minum air paip hanya impian.

Pengasas May 3, 2010 at 2:25 PM  

Salam Asuhan,
Ayah dan ibu saya adalah peneroka hutan dalam akhir tahun 1940han. Jadi, saya sempat hidup dalam hutan dan juga belukar.
Mandi air telaga. Minum air tadahan hujan. Makanan adalah hasil tanaman sendiri selain peliharaan ayam dan itik. Ikan berlambak dalam tempat yang berair. Begitu juga burung wak-wak, ayam-ayam dll. Gula dibuat dari air tebu yang dimasak.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP