012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Penerang Hati untuk anak-anak - 1

>> 29.5.10

Terima kasih kepada yang kirim email mengenai posting saya beberapa hari yang lalu. Selain jawapan saya melalui email, sukacita saya nukilkan juga apa yang patut diamalkan mengenai Penerang Hati Anak-Anak.

1. Dalam Islam: Doa kebaikan yang paling mustajab untuk seseorang ialah doa bapa; dan doa keburukan yang paling maqbul untuk seseorang ialah doa ibu.

Justeru, para ibu jangan sesekali menyebut dan mendoakan keburukan untuk anak. Dan para bapa janganlah kedekut untuk menyebut dan mendoakan kebaikan untuk anak. Ibu-bapa hendaklah melakukan apa sahaja usaha yang baik untuk pelajaran anak-anak, seperti solat hajat dan membaca surah al-Kahfi.

2. Sebelum keluar rumah untuk belajar atau apa jua yang berkaitan dengannya (seperti anak hendak ke sekolah atau ibu-bapa hendak menghantar anak ke asrama), eloklah membaca solawat, surah al-Fatihah sebanyak sekali, surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali, surah al-Falaq sebanyak sekali dan surah an-Nas sebanyak sekali.

Latihlah anak-anak kita supaya mengamalkannya.

(...bersambung)

2 comments:

a kl citizen May 30, 2010 at 8:02 AM  

petua yang menarik , insyaAllah nak amalkan

kakyong May 30, 2010 at 11:44 PM  

terima kasih ayahnde.. lama tak singgah sini.. Insya Allah, akan cuba pelan2 utnk amalkan nya...

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP