Dua-tiga hari kebelakangan ini cuaca mendung.
Seronok buat kerja-kerja pembenihan. Hingga kini,
yang sudah hidup ialah Gold Kiwi, Red Globe,
Calmeria, Anjou Pear, Packham Pear, Red Pear,
Plum, Granny Smith, Red Delicious, Pisang Kaki
dan Apricot (Bitter).
Akan menyusul beberapa tumbuhan lain.
Sebahagian pokok-pokok itu akan ditanam di Kebun
dan yang lainnya akan dihantar ke Pasar. Kebun adalah
hak perseorangan dan Pasar adalah hak perkongsian
dengan seorang kawan.
Semoga dimakbul oleh Allah.
Read more...
Empat-lima hari kebelakangan ini sungguh sibuk. Kawasan sekangkang kera depan rumah ibarat seluas 50 ekar. Terpaksa bekerja-keras siang dan malam.
Ceritanya begini: Saya menyimpan sejumlah biji benih berbagai tumbuhan dalam makmal klasik di bilik tidur dan di dapur. Niat di hati akan menyemainya beberapa minggu sebelum Ogos 2011.
Dengan kuasa Allah, banyak pula biji benih itu bercambah serentak dan sebelum masanya. Barangkali bahan pengawet yang saya gunakan sebagai sebab mereka bercambah. Jadi, terpaksalah saya mengubah setiap cambah ke dalam pasu-pasu kecil.
Cerita pasal BAHAN dalam pertanian ini memang banyak yang luar-biasa. Suatu ketika dulu, saya sedang mengkaji dan mencuba beberapa formula hormon. Maka saya pun mencuba kepada pokok kacang bendi yang baru ditanam oleh isteri. Tinggi pokok itu kira-kira 10 inci dan saiz batangnya sebesar lidi penyapu. Dua hari kemudian pokok bendi itu berbunga dengan lebat. Pokok itu pun tumbang. Tak larat menahan beban bunga yang banyak. Apa lagi, saya pun dimarahi oleh isteri. Jawab saya senang saja, "Takkanlah pokok kacang nak berbunga pun tak boleh?".
Kaaahhhh, kah kah.
Read more...
Percintaan seEkor Awek
Di sini.
Read more...
7.25 pagi bergerak ke Putrajaya kerana ada urusan. Gedebuk-gedebak, sampai di rumah dah pukul 11.00 tengahari. Sambung tidur sampai masuk waktu zuhur.
Hari ini terlalu panas dan berkuap. Siram bumbung rumah barulah rasa selesa sikit. Di Akhirat nanti macam mana agaknya? Tak tergambar kepanasannya. Qur^an ada cerita betapa ngerinya kepanasan padang mahsyar dan api neraka. Na'uzu biLLah!
Petang, semai 10 biji benih epal Red Deliciouce. Insya Allah, dua-tiga hari lagi tumbuhlah.
Read more...