012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Dimarah oleh isteri

>> 8.3.11

Empat-lima hari kebelakangan ini sungguh sibuk. Kawasan sekangkang kera depan rumah ibarat seluas 50 ekar. Terpaksa bekerja-keras siang dan malam.

Ceritanya begini: Saya menyimpan sejumlah biji benih berbagai tumbuhan dalam makmal klasik di bilik tidur dan di dapur. Niat di hati akan menyemainya beberapa minggu sebelum Ogos 2011.

Dengan kuasa Allah, banyak pula biji benih itu bercambah serentak dan sebelum masanya. Barangkali bahan pengawet yang saya gunakan sebagai sebab mereka bercambah. Jadi, terpaksalah saya mengubah setiap cambah ke dalam pasu-pasu kecil.

Cerita pasal BAHAN dalam pertanian ini memang banyak yang luar-biasa. Suatu ketika dulu, saya sedang mengkaji dan mencuba beberapa formula hormon. Maka saya pun mencuba kepada pokok kacang bendi yang baru ditanam oleh isteri. Tinggi pokok itu kira-kira 10 inci dan saiz batangnya sebesar lidi penyapu. Dua hari kemudian pokok bendi itu berbunga dengan lebat. Pokok itu pun tumbang. Tak larat menahan beban bunga yang banyak. Apa lagi, saya pun dimarahi oleh isteri. Jawab saya senang saja, "Takkanlah pokok kacang nak berbunga pun tak boleh?".
Kaaahhhh, kah kah.

8 comments:

IAD UPNM March 9, 2011 at 8:26 AM  

waaahhhh Dr, eksperimen menjadi.....

ZAID SAHLAN March 9, 2011 at 4:32 PM  

prof spry dgn bahan apa ? boleh syer ilmu tu ?

p3chandan March 9, 2011 at 9:49 PM  

Prof nanti buat sikit utk kebun sayur saya boleh tak..hehehe..nak cuba gak tu!

jamiri March 10, 2011 at 7:55 AM  

Kalau begitu, count me in...nak juga cuba guna formula Dr.

Pengasas March 13, 2011 at 3:04 PM  

Salam PE,
Itu cerita lama ...
Berjaya tak sengaja ...

Pengasas March 13, 2011 at 3:05 PM  

Salam APU,
Boleh ... Insya Allah, bila kita lepak-lepak nanti ...

Pengasas March 13, 2011 at 3:07 PM  

Salam P3Chandan,
Aik, dah lupa ke bancuhan tu? Tapi kan, bahan-bahan tu dah tak ada di pasaran ... Kena buat sendiri.

Pengasas March 13, 2011 at 3:07 PM  

Salam Jamiri,
Tips mengenainya dah ada dalam kursus tu.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP