012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Kali pertama beli seluar

>> 31.3.11

Sebaik bersara tempohari, perkara pertama dilakukan
ialah tangan kosong. Maksudnya tak mahu pakai jam tangan.

Perkara kedua ialah tak mahu ada pen dalam poket.
Malas terikat dengan waktu yang ketat dan malas
menulis. Nak hidup cara baru.

Jam tangan, baju, seluar (kecuali seluar dalam),
kot, tali leher dan kasut kulit telah difaraidh oleh
anak-anak. Syukur kerana anak-anak tak memilih hal-hal
pakaian. Semua pakaian yang dianggap sesuai dengan
jawatan dan kedudukan sebelum bersara dah tak ada.
Yang tinggal dua-tiga seluar dan baju buruk sahaja.

Seluar-seluar lama pun dah reput. Dah koyak sana-sini.
Jadi, petang tadi, beli sehelai seluar berharga di bawah
RM25. Kali pertama beli seluar setelah bersara.
Baju? Masih boleh pakai.

4 comments:

Unknown April 1, 2011 at 11:47 AM  

Hampir sama le kita. Cuma saya seluar aje tak di faraidkan, tapi hampir keseluruhan baju kerja saya anak ketiga pakai (dia aje yang badan hampir sama saiz dengan saya). Seluar baru saya belum beli tapi isteri dah tegur suruh beli pasal dah uzur. Nanti terkoyak sana snini masa pakai kat luar, ha kes naya

Pengasas April 2, 2011 at 12:40 PM  

Salam Zainal,
Semua anak saya sama saiz dengan saya. Semua boleh faraidh.

MOH KEMBARA April 2, 2011 at 2:50 PM  

Salam Prof, Selamat Bersara!

Pengasas April 4, 2011 at 11:15 AM  

W'salam MohKembara,
Terima kasih. Tapi saya dah bersara lebih dari 9 tahun.

Post a Comment

Komen Anda Tidak Ditapis. Jika ingin menghubungi saya secara peribadi sila email: universiti.maya@yahoo.com

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP