012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Menjelang Tahun Baru Cina

>> 29.1.11

Pagi tadi Anas sampai rumah. Dia sengaja tak mahu
naik bas. Nak rasa keretaapi kelas dua. Dia cuti hingga
6 Februari. Tengahari Wah pula balik. Juga cuti seminggu.
Semua lectures cancelled.

Petang, Anis sekeluarga sampai. Dia cuti sampai hari
Isnin. Malam, lepas isya^, Farid sekeluarga akan sampai.
Belum tahu dia cuti sampai bila. Fawzan, walaupun dekat,
belum tahu sama ada balik ataupun tidak. Sama ada cuti
ataupun tidak. Kalau Fawzan juga balik bererti semua
anak berada di rumah pada hari minggu besok.
Macam nak sambut raya Fitri pulak.

Begitulah keluarga kami minggu ini.

Read more...

Video Cinta di malam Juma'at

>> 27.1.11


Sumber dari sini

Read more...

Keinginan Baru

Pukul 10.00 pagi ke pasar besar Klang. Beli pokok parsley RM4.00, pokok ketumbar RM6.00, karret RM4.00, plum RM10.00 dan durian belanda RM19.00.
Wau, berbelanja sakan pagi tadi.

Tengahari, sampai di rumah. Minum dan makan roti bakar sekeping. Kemudian ke kedai kayu beli sekeping papan berukuran 10 kaki panjang. Dipotong dua jadi dua keping. Lima kaki setiap keping. Ewaaah, nampak macam tak selari dengan barang-barang yang dibeli sebelah pagi.

Pokok parsley dan pokok ketumbar direbus. Jadi minuman harian untuk dua minggu. Karret nak dijadikan pure juice. Baik untuk mata dan buah pinggang. Plum, isinya untuk dimakan dan bijinya (7 butir) untuk disemai dan ditanam di kebun.

Durian belanda untuk dijadikan minuman, baik untuk elakkan kolesterol jahat. Bijinya, kira-kira 120 butir, nak disemai dan ditanam dikebun. Manakala kepingan papan pula untuk dijadikan rak barang-barang semaian.

Huh, semua dah ada nawaitu. Maka sahlah segala amalan hari ini.

Read more...

Bersama Tentera Allah

>> 25.1.11

Malam tadi sakit gigi. Berbaring dan tidur di ruang tamu sahaja. Tengahmalam, saya teringat Malaikat-Maut. Dia umpama angin, macam sinaran dan seperti kegelapan. Berada setiap ketika dan di mana sahaja. Menyeluruh
di segenap ruang dan tempat.

Tiba-tiba satu penampar hinggap di pergelangan tangan kiri. Sekor nyamuk kecil terbunuh dan lumat. Hmmm, sah Malaikat-Maut ada berhampiran. Tap, sekor lagi nyamuk maut dan hancus. Lagi bukti adanya Malaikat-Maut.

Kemudian, saya tertidur. Sedar-sedar waktu subuh menjelma. SAKIT-GIGI sudah tiada. Saya yakin Malaikat-Syifa^ juga ada berhampiran. Saya tidak tahu nasib si SAKIT-GIGI. Apa yang berlaku ke atasnya.

Saya mengerti bahawa para malaikat bergerak dalam satu kumpulan lengkap. Masing-masing setia kepada Allah dan patuh kepada tugas masing-masing.

Begitulah peristiwa real Bersama Tentera Allah.
اللهم احيني بالإيمان وأمتنى فيه واحشرنى معه

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP